19/02/2024
Assalamualaikum my lovely
Pagi ni nak share tips yang maybe ramai yang tak tahu mengenai tips murah rezeki🥰
Yang biasa kita tahu, tipsnya adalah bersedekah, dhuha, selawat, alwaqiah,tahajud dan lain2.
Ni Nd share setelah Nd membaca dan selalu dengar ceramah tentang perkara ni. Ajommmm baca.
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah .
Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid).😊
Haaaaa jarangkan dengar pasal wuduk.
Lepas berjunubpun kalau malas mandi wajib di sarankan berwuduk, supaya kalau malaikat ambil nyawa kita, kita dalam keadaan yang suci😍
Ini ustaz yang bagitau ND tau. Selamat beramal gais😘