07/01/2024
𝑲𝑨𝑴𝑼 𝑻𝑨𝑯𝑼𝑲𝑨𝑯 𝑨𝑷𝑨 𝑵𝑨𝑴𝑨 𝑷𝑼𝑳𝑨𝑼 𝑰𝑵𝑰?
“𝐈𝐍𝐈𝐋𝐀𝐇 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐒𝐔𝐏𝐈𝐑𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐄𝐓𝐀𝐊 𝐃𝐈 𝐏𝐈𝐓𝐀𝐒, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇, 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀.”📍
Pulau Supirak Di Sabah, Kisah Kapal Yang Dipercayai Disumpah Menjadi Pulau Oleh Iqbal Yasir
( Pulau Supirak Yang Dipercayai Kapal Suatu Ketika Dahulu ).
*Pulau Supirak dipercayai pernah menjadi kapal suatu ketika dahulu sebelum disumpah menjadi batu. Menurut kisah, seorang anak lelaki ingin mengembara ke seluruh dunia untuk mencari rezeki dan dia telah meninggalkan ibunya, Supirak. Selepas beberapa tahun pulang dengan kekayaan. Kapalnya entah bagaimana telah menemui jalan pulang ke kampungnya. Supirak segera mengenali anaknya dan berasa gembira atas kepulangan anaknya itu. Malangnya, selepas melihat ibunya berpakaian lusuh, Si anak malu untuk mengakui bahawa itu ibunya dan menghalaunya. Disebabkan kecewa dengan sikap anaknya itu, dia telah mengutuk anaknya yang mengakibatkan anaknya dan kapalnya serta penduduk kampung Malubang menjadi batu termasuk Supirak.
Sumber: Siakap Keli