Wakil pelajar dari Pondok Pesantren Diniyyah Al Azhar Jambi Singgah menceritakan pengalaman selama berada di Malaysia. Moga dapat bertemu kembali di hari yang lain.
Kami dari pihak Anjung Rahmat amat mengalukan kedatangan tetamu tempatan termasuk luar negara.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang terlibat kerana memberi sokongan kepada kami.
Anda mencari tempat penginapan di sekitar Bangi dan Putrajaya?
Anda ingin menganjurkan pelbagai jenis program dengan kemudahan yang lengkap?
Anda memerlukan tempat yang selesa untuk majlis keramaian?
Silalah bertandang ke Penginapan Anjung Rahmat!
Terdapat pelbagai kemudahan seperti bilik mesyuarat, dewan kuliah, ruang makan dan internet berkelajuan tinggi.
Kami terletak di Sungai Merab Luar, Bandar Baru Bangi berdekatan dengan Putrajaya, UKM, GMI dan banyak lagi!
**Rombongan Pelajar Pondok Pesantren Diniyyah Al Azhar Jambi Singgah di Anjung Rahmat Sebelum Pulang ke Indonesia**
Sungai Merab, 26 September 2024 – Anjung Rahmat menerima kunjungan rombongan dari Pondok Pesantren Diniyyah Al Azhar Muara Bungo, Jambi, Indonesia, yang dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas menyelesaikan program **Praktek Pengabdian Masyarakat (PPM)** di Maahad Al Mustafa, Kedah.
Rombongan ini terdiri daripada 17 pelajar dan 2 guru, yang telah menjalankan pelbagai aktiviti sosial dan pembelajaran di Kedah selama beberapa hari. Kini, mereka singgah di Anjung Rahmat sebagai persinggahan terakhir sebelum menuju ke KLIA untuk kembali ke Indonesia.
Kami di Anjung Rahmat merasa gembira dapat menjadi tuan rumah dan menyambut mereka sebelum mereka meneruskan perjalanan pulang. Kami mendoakan agar mereka selamat tiba di tanah air dan semoga pengalaman pengabdian yang dijalani memberikan manfaat besar bagi para pelajar serta mengukuhkan hubungan silaturrahim antara kedua-dua negara.
Selamat jalan, semoga perjalanan pulang ke Jambi dipermudahkan.