Umrah.Almizan

Umrah.Almizan Dengan module yang lebih mampan memastikan para jemaah mendapat pakej umrah yang jimat dan ekonomik

31/12/2024

SIRAH MADINAH

31/12/2024

1 HARI 1 HADIS

1 HARI 1 HADISTAJUK PADA HARI INI📌MEMBACA ISTIRJA' DAN DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH⛱  Musibah adalah ujian yang didatangka...
31/12/2024

1 HARI 1 HADIS

TAJUK PADA HARI INI

📌MEMBACA ISTIRJA' DAN DOA KETIKA DITIMPA MUSIBAH

⛱  Musibah adalah ujian yang didatangkan oleh Allah kepada kita dalam bentuk kesusahan, kesakitan, dukacita  seperti kematian, banjir dan sebagainya.

⛱  Bersabar terhadap segala musibah yang menimpa adalah tuntutan kepada setiap Muslim.

⛱  Musibah yang menimpa seorang mukmin mempunyai banyak hikmahnya antaranya bertujuan untuk menghapuskan dosa dan meningkatkan pahala.

⛱  Muslim yang menerima musibah seperti banjir, kemalangan, kesakitan dan sebagainya, disunatkan agar mengucapkan kalimah istirja dan doa yang diajar oleh Rasulullah SAW:

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ . اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Sesungguhnya kami milik Allah dan pastinya kami akan kembali kepada-Nya, Ya Allah! Aku mohon agar kurniakanlah ganjaran pada musibahku ini, dan berikanlah ganti yang lebih baik daripada musibah ini”.

⛱  Orang yang membaca kalimah istirja dan doa diatas apabila menerima musibah akan diberi gantian yang lebih baik antaranya pahala di sisi Allah diatas kesabarannya serta pengampunan dosa.

⛱  Sebagai Muslim, kita perlu meyakini bahawa setiap yang berlaku terdapat didalamnya hikmah tertentu.





29 JAMADIL AKHIR 1446H
31 DISEMBER 2024

1 HARI 1 HADISTAJUK PADA HARI INI📌PENGADU DOMBA TIDAK MASUK SYURGA🚀 Setiap Muslim perlu memperlihatkan akhlak mulia dan ...
29/12/2024

1 HARI 1 HADIS

TAJUK PADA HARI INI

📌PENGADU DOMBA TIDAK MASUK SYURGA

🚀 Setiap Muslim perlu memperlihatkan akhlak mulia dan saling mengasihi.

🚀 Muslim dilarang menjadi pengadu domba, penghasut dan menyebarkan fitnah, gossip dan cerita yang boleh mencerai beraikan hubungan ukhuwah sesama Muslim.

🚀 Namimah atau pengadu domba tergolong dalam perbuatan dosa besar kerana ia melibatkan penipuan, pengkhianatan amanah, dan kerosakan masyarakat. Perbuatan ini boleh membawa kepada perpecahan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

🚀 Tidak akan masuk syurga orang yang menjadi pemfitnah dan pengadu domba. Namun jika dia bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah, Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

🚀 Setiap Muslim perlu memainkan peranan aktif dalam menjaga ukhuwah dengan mencegah penyebaran gosip atau fitnah. Jangan biarkan diri menjadi medium untuk menyampaikan berita yang boleh merosakkan hubungan orang lain.

🚀 Jadilah kita orang yang menyembunyikan aib saudaranya, bukan pengadu domba. Berusahalah mengeratkan hubungan ukhuwah sesama kita serta berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat.





27 JAMADIL AKHIR 1446H
29 DISEMBER 2024

29/12/2024

SURAH AL-WAQIAH & AL-MA'THURAT

28/12/2024

KURSUS UMRAH ALMIZAN (PRAKTIKAL TAWAF)

1 HARI 1 HADISTAJUK PADA HARI INI📌WAKTU MUSTAJAB BERDOA🌧 Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukann...
28/12/2024

1 HARI 1 HADIS

TAJUK PADA HARI INI

📌WAKTU MUSTAJAB BERDOA

🌧 Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.

🌧 Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu:

a.  Doa selepas azan dan sebelum iqamah
b.  Doa pada waktu hujan mula turun

🌧 Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut,  sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

Ambil peluang di musim hujan sekarang untuk membanyakkan doa pada waktu hujan mula turun, moga diperkenankan hajat kita.




26 JAMADILAKHIR 1446H
28 DISEMBER 2024

Jemput join Telegram untuk gambar dan maklumat terkini :
http://bit.ly/KenanganHajiUmrah

Ikuti perkembangan kami di facebook :
https://www.facebook.com/KembaraALMIZAN?mibextid=LQQJ4d

PENGURUSAN ALMIZAN MALAYSIA JOHOR DARUL TAKZIM

28/12/2024

KURSUS UMRAH ALMIZAN

KEPENTINGAN KAABAH🕋Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran:{ إِنَّ أَوَّلَ بَیۡتࣲ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِی بِبَكَّة...
27/12/2024

KEPENTINGAN KAABAH🕋

Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran:

{ إِنَّ أَوَّلَ بَیۡتࣲ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِی بِبَكَّةَ مُبَارَكࣰا وَهُدࣰى لِّلۡعَـٰلَمِینَ }

Maksudnya: "Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangunkan untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Makkah) yang diberkati dan menjadi petunjuk bagi semua manusia."

[Surah Āli-ʿImrān: 96]

Ayat ini menegaskan keutamaan Kaabah sebagai rumah Allah yang pertama di bumi, penuh keberkatan, dan menjadi kiblat serta panduan umat Islam di seluruh dunia.


_______________________________________

‼️JOM UMRAH BERSAMA ALMIZAN ‼️

Klik Di Bawah untuk Whatsapp ADMIN UMRAH ALMIZAN
http://bit.ly/umrahalmizan

UMRAH ALMIZAN TERBAIKKK 👍🏻🇲🇾

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADISTAJUK PADA HARI INI📌UCAPAN BOLEH MENDATANGKAN PAHALA ATAU DOSAPengajaran:🚗  Hadis ini menunjuk...
27/12/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

TAJUK PADA HARI INI

📌UCAPAN BOLEH MENDATANGKAN PAHALA ATAU DOSA

Pengajaran:

🚗  Hadis ini menunjukkan bahawa ucapan seseorang boleh menjadi sebab kenaikan darjat atau kehinaan dirinya. Hal ini kerana Allah memberikan perhatian kepada apa yang kita katakan dan akan menilai setiap perkataan kita.

🚗  Kita perlu sentiasa menjaga lisan agar tidak mengeluarkan perkataan yang mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah seperti menghina, memfitnah juga menyakiti orang lain.
Ingatlah firman Allah SWT dalam Surah Qaf ayat 18:

مّا يَلفِظُ مِن قَولٍ إِلّا لَدَيهِ رَقيبٌ عَتيدٌ
Maksudnya: Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.

🚗 Berhati-hatilah dengan dosa yang dianggap remeh seperti memandang ringan kata-kata buruk terhadap orang lain seperti umpatan, senda gurau yang melukai hati orang lain kerana ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah.

🚗 Ucapkanlah kata-kata yang mendatangkan pahala dan kebaikan seperti memberi salam, memberi nasihat, ucapan yang menggembirakan dan memberi semangat, kata-kata memuji Allah, zikir dan doa.

🚗  Kata-kata boleh menjadi sebab untuk seseorang mendapat keredhaan atau kemurkaan Allah. Oleh itu, kita perlu sentiasa berhati-hati dengan apa yang diucapkan dan berusaha menggunakan lisan untuk kebaikan. Dengan menjaga kata-kata, kita bukan sahaja memperbaiki hubungan dengan sesama manusia tetapi juga meraih ganjaran besar di sisi Allah SWT.





25 JAMADIL AKHIR 1446H
27 DISEMBER 2024

27/12/2024

BACAAN SURAH AL KAHFI & MA'THURAT

1 HARI 1 HADISTAJUK PADA HARI INI📌ANTARA ANGAN-ANGAN DAN AJAL🪷 Rasulullah menggambarkan hakikat kehidupan manusia melalu...
26/12/2024

1 HARI 1 HADIS

TAJUK PADA HARI INI

📌ANTARA ANGAN-ANGAN DAN AJAL

🪷 Rasulullah menggambarkan hakikat kehidupan manusia melalui sebuah lukisan dengan garis-garis, di mana garis panjang mewakili angan-angan, dan garis pendek mewakili ajal (kematian).

🪷 Angan-angan yang terlalu panjang boleh melalaikan manusia daripada tanggungjawab mereka kepada Allah SWT. Oleh itu, seorang Muslim perlu memastikan bahawa harapan dan usaha mereka seiring dengan ketakwaan kepada Allah.
 
🪷 Kita perlu sedar bahawa kematian adalah kepastian yang boleh berlaku pada bila-bila masa malah mungkin lebih dekat. Oleh itu, perlu sentiasa bersiap sedia dengan amal soleh dan tidak menunda-nunda kebaikan.

🪷 Dunia hanyalah perjalanan sementara, dan kita perlu menjadikannya sebagai ladang yang perlu diusahakan dengan tanaman berkualiti untuk menuai hasil di akhirat kelak.

🪷  Dalam mengejar kehidupan dunia, penting untuk menumpukan kepada amalan-amalan yang memberi manfaat di akhirat. Angan-angan yang membawa kepada amal soleh dan persediaan akhirat adalah bentuk angan-angan yang terpuji.

🪷  Ajal adalah rahsia yang hanya diketahui oleh Allah. Oleh itu, manusia perlu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dan tidak leka dengan kehidupan dunia.





24 JAMADIL AKHIR 1446H
26 DISEMBER 2024

http://bit.ly/KenanganHajiUmrah

Ikuti perkembangan kami di facebook :
https://www.facebook.com/KembaraALMIZAN?mibextid=LQQJ4d

PENGURUSAN ALMIZAN MALAYSIA JOHOR DARUL TAKZIM

Address

72, Jalan Kluang Perdana 1, Taman Kluang Perdana
Kluang

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 12:30
Saturday 08:30 - 12:30
Sunday 08:30 - 17:30

Telephone

+60197548211

Website

https://linktr.ee/umrahalmizan, http://www.wasap.my/60197348211/CabutanBertuah

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah.Almizan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah.Almizan:

Videos

Share

Category