Musim menghijau sudah di sawah Tempasuk. Ngam mau OOTD, tapi diingatkan jangan suka-suka masuk ke sawah, nanti boleh kena sogit kalau terdapat kerosakan tu sawah.
Welcome to Sawah Tempasuk, Kota Belud
Tahniah kawan saya @cucugusting Roland dan partners atas pembukaan Kolombong Sang Nyuk Mee. Hari ini hari pertama operasi diorang, banyak makanan sedap-sedap, bah yang berkelapangan boleh singgah dan support diorang ya . Lokasi sebelum Shell Kolombong (Flyover) kalau dari pekan Inanam. Tepi jalan sebelah kiri saja boleh nampak singn board ni.
Bukit Bongol, Kota Belud. Menikmati pemandangan gunung Kinabalu dari puncak Bukit Bongol. #jelajahkotabelud #sabah #kotabelud #hiking #nature #mountkinabalu
Tamu Mingguan Kota Belud, bermula malam Sabtu hingga ke Ahad. Apa favourite kamu kalau datang ke tamu KB ni.
Mari berkenalan bersama Mr. Kaamatan Kota Belud 2021, Hassander Koko
Jangan lupa menyokong Hassander Koko dan kesemua peserta Mr Kaamatan State Level yang akan bertanding di pertandingan akhir Mr Kaamatan State Levelyang akan berlangsung pada 20 November 2021, jam 11.30 pagi di Jkkn Sabah.
Lagu latar: Nunuk Ragang by Mar
Lokas : Jalan Sangkir, Jalan Lasau Podi, Bukit Kimo-Kimo dan Kg. Rinig Tempasuk 2
Pic dan video oleh Jelajah Kota Belud
Puncak Donggiranuk, Kg. Melangkap Kapa, Kota Belud
Lama betul tidak beraktiviti, kali ni Team JKB seramai 6 orang telah berjaya menawan Puncak Donggiranuk, KG Melangkap Kapa Kota Belud semasa Hari Sukan Negara 2021 dan bermalam di sana 😍
Secara keseluruhannya, Puncak Donggiranuk memberikan pengalaman yang amat menarik, dengan layanan tuan rumah yang amat baik, fasiliti yang baik (penambah baikan sedang di teruskan) dan paling penting view dia paling mantap. Perasaan di atas puncak waktu malam memberikan ketenangan yang luar biasa.
So, apa lagi, kalau anda sudah lengkap 2 dos vaksin, boleh la menempah pendakian ini, oh ya, mau tambah best, bermalam la sini. Sila buat tempahan terus di Puncak Donggiranuk.
Video 8K ini memenangi The Special Award for Best Camerawork di 21st World Media Festival di Hamburg, Germany baru-baru ini.
Video ini ada memaparkan beberapa footage yang dirakam di Kota Belud, mungkin 2 footage atau pun lebih 😍. Can you spot them?
The two-and-a-half-minute video titled ‘AMAZING’ has won the Special Award “MAGIC EYE” for Best Camerawork, made possible under the direction of globally-acclaimed commercial and film director Mark Toia, and production of Chilli Pepper Films. The initial production was a creative collaboration between Tourism Malaysia and SHARP called ‘Truly Aquos 8K, Truly Asia Malaysia’, where the production team was the first to shoot an 8K video in Malaysia
https://www.tourism.gov.my/media/view/tourism-malaysia-s-amazing-video-wins-global-award-for-best-camerawork
Begini la si Aki Nabalu dan Gunung Nungkok lerlahan-lahan menunjukkan diri pada 5 Julai 2020, jam 6.30-6.50 am di @nohutu_ecotourism
.
.
.
Beautiful 🎥 by @cucugusting
.
.
.
#jelajahkotabelud #sabah
#borneo #malaysia
Bah jangan kamu membahayakan diri sendiri dan orang lain ya. Patuh lah betul2 arahan ni, diam2 di rumah saja, buat la benda2 lain spt spring cleaning, kasi habis semua movie di netflix ka, kasi bersih rumah, berkebun di di belakang rumah dll. Keluar rumah bila perlu saja dan pastikan pakai mask dan cuci tangan selalu, dan berdiri kamu jauh2 dari org lain kalau boleh.
Ini saja yg boleh kita buat untuk bantu kerajaan membendung ni wabak. Jangan pentingkan diri sendiri, kasihan2 la saudara mara, kawan2 kita yg di barisan hadapan esp staff KKM yg bertungkus lumus utk kawal ni wabak dan sanggup membahayakan nyawa sendiri.
Jangan bagi alasan dan kaitkan dgn alasan ada Tuhan/Allah yang melindungi selagi kita percaya (kalau tiba masa mau mati, mati juga tu 🤷♂️). Dalam situasi ni gunalah tu logik akal, cegah la sebelum jadi mudarat. Tuhan suruh kita jaga diri baik2 juga tu.
Kalau nampak inan2,aki2, angkol2, anti2, babu2 atau sesiapa saja yg saja lepak2 isap sigup, kasi tau/ tegur lah diorang baik2 utk balik rumah.
Harap2 dengan bahasa pasar begini faham la bagi yg masih selfish/ masih ingkar, masih ketawa2 dan pandang remeh temeh benda ni. Terpanggil utk buat teguran sbb masih lagi ada yg ingkar ni arahan, geram betul nampak.
Jadi tanggungjawab kita la ni mengingatkan sesama.
Jadi sekali lagi, merayu juga ni, duduk la di rumah dan jangan keluar kalau tidak perlu.
Semoga kita sentiasa dilindungi Tuhan dan dijauhkan dari wabak ini. 🙏🙏
Sama-sama kita bekerjasama membantu Kerajaan bagi membendung Covid-19 ini. Tuan/puan boleh melakukannya. 💪💪
.
.
.
KERATAN AKHBAR PILIHAN: MASYARAKAT PERLU JALANKAN PERANAN BANTU KERAJAAN BENDUNG COVID-19
Kuala Lumpur, 18 Mac 2020- Orang ramai perlu jalankan peranan membantu kerajaan bagi membendung jangkitan COVID-19.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato' Seri Abdul Hamid Bador, berkata semua pihak perlu patuh kepada arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengelak dikenakan tindakan undang-undang.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggunakan kuasa yang diperuntukkan mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 dalam memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang telah berkuat kuasa mulai tengah malam tadi sehingga 31 Mac ini.
“Perlu diingatkan bahawa sebarang bentuk pelanggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan mengikut Kanun Keseksaan”, katanya.
Sambil makan Mee Sup KB sambil dihiburkan.
Orang Kota Belud mesti kenal ni uncle.
Kalau nampak uncle ni sedang memetik gitar dan menyanyi, bagi la token of appreciation sebab sudah menghiburkan kita 😁