Umrah Untuk Semua

Umrah Untuk Semua Trusted Agen Untuk Semua dapat Menunaikan Umrah Bersama kami glocal travel

16/12/2022
Siapa yang ada rantai, ada gelang, ada cincin, pergilah jual ataupun pergilah gadai di Ar-Rahnu. Datanglah Makkah. Datan...
10/11/2022

Siapa yang ada rantai, ada gelang, ada cincin, pergilah jual ataupun pergilah gadai di Ar-Rahnu. Datanglah Makkah. Datanglah Madinah. Kita akan rasa macam dilahirkan semula. Kita tengok Kaabah tu kita akan rasa,

"Ya ALLAH, akhirnya aku jumpa kiblatku. Ya ALLAH, Kaabah ini tempat Rasulullah SAW tawaf."

Pergilah ke Tanah Suci. Kita akan jadi seperti orang baru. Kita akan dapat semangat yang baru.

Bukan haji sahaja wajib tetapi umrah ini juga wajib bagi yang mampu.

Pergi Ar-Rahnu gadailah barang kemas ataupun jual untuk ke Tanah Suci. Jangan bagi alasan tak mampu sedangkan ada barang kemas pada tubuh badan. Juallah atau gadailah untuk ke Tanah Suci mengerjakan umrah. Insya-ALLAH nanti ALLAH gantikan semula dengan rezeki yang jauh berganda lebih baik. Dapat tebus balik atau dapat beli barang kemas yang baru. Yakinlah.

Ramai di kalangan kita mengatakan dirinya tak mampu tapi sebenarnya dia yang tak mahu.

Bukan dia tak mampu tapi dia yang tak kuat mahu.

Kalau dia betul-betul nekad mahu, dia sanggup nekad buat pengorbanan. Dah ramai fakir miskin sanggup jual tanah dan jual barang kemas untuk sampai ke Tanah Suci.

Esok kalau mati agak-agak kita boleh jawab tak depan ALLAH apabila ditanya kenapa kamu tak pergi umrah? Kenapa tak pergi haji?

Kita nak jawab tak mampu ke depan ALLAH?

Ingat boleh selesai ke kita jawab tak mampu?

ALLAH akan hisab dengan teliti, benarkah kamu tak mampu ataupun kamu belum kuat mahu?

Allahu Akhbar.

"Ustazah boleh lah cakap macam tu.. ustazah mampu. Saya betul-betul tak mampu."

Selagi anda guna ayat 'Saya tak mampu' itu selagi itulah anda tak mampu.

Sebab apa?

Sebab anda mencari-cari sebab dan alasan untuk membenarkan apa yang anda buat dengan merendahkan orang lain dan menempelak apa yang orang cakap, sehingga tak jumpa jalan untuk datang ke Tanah Suci.

Allahu Akhbar.

___________

ALLAH melihat hati kita. ALLAH memandang usaha kita.

ALLAH pasti menjemput siapa yang mahu.
ALLAH pasti membantu memampukan sesiapa yang betul-betul mahu.

Jangan asyik di lisan menyebut tak mampu, tak mampu dan beralasan tidak mampu sedangkan sebenarnya tidak betul-betul mahu. Malu kita dengan ALLAH. Nak jawab apa kita depan ALLAH kelak?

Wallahua'lam.
Semoga bermanfaat.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ ٱلْعَلِيِّ ٱلْعَظِيمِ‎

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

*Sedikit Rahsia Masjidil Haram*( info bagi yg mahu melaksanakan ibadah Haji/ Umrah).Makkah - Masjidil Haram di Makkah, A...
07/11/2022

*Sedikit Rahsia Masjidil Haram*
( info bagi yg mahu melaksanakan ibadah Haji/ Umrah).

Makkah - Masjidil Haram di Makkah, Arab Saudi adalah masjid terbesar di dunia.
Tidak semua tempat dijelajahi jamaah , padahal sudut-sudutnya punya rahsia.

Kerana faktor lokasi hotel, kebanyakan jamaah baik umrah atau haji, selalu masuk dari pintu King Fahd Gate dan King Abdul Aziz Gate. Padahal itu baru 2 dari 95 pintu masjid yang ada di sana.

Area yang dilawati jamaah menuju Kaabah, ya itu-itu saja. Namun jika ada waktu, cubalah menjelajahi masjid suci ini, ada banyak hal menarik boleh ditemukan di sana.

*1. Tempat Wudhu dekat Ka'bah*
Ini anggapan keliru semua jamaah umrah: tempat wudhu Masjidil Haram cuma ada di luar dan itu jauuuuh sekali. Tidak hairan, jamaah yang batal wudhu s**a berwudhu dengan air minum.

Padahal, ada banyak tempat wudhu di dekat Kabah. Tidak percaya? Kalau Anda berada di dekat Kabah, perhatikan semua tangga besar dan lebar dari lantai 1 untuk turun ke pelataran Kabah. Ada 5 di berbagai arah Kabah.

di bawah semua tangga besar ini tersembunyi tempat wudhu. Jadi jamaah tidak perlu penat penat pergi ke luar masjid.

*2. Tempat menonton Tutorial Umrah*
Lazim nya jemaah didampingi pembimbing agama saat umrah dan haji. Tapi bagaimana dengan jamaah negara lain yang yang tiada pengelola atau yang ingin lebih detail

Jangan bingung, Masjidil Haram menyediakan tontonan video tutorial umrah. Jamaah boleh menonton video tutorial ini, supaya tahu bagaimana melakukan Tawaf dan Saie dengan benar. Tempat nya ada di dekat pintu Gate 74.

*3. Bagi-bagi buku agama percuma.*
Dapat buku-buku agama percuma? Tidak banyak jamaah tahu kalau ada tempat bagi-bagi buku agama percuma di Masjidil Haram. Buku ini terdiri dari panduan umrah dan kumpulan doa-doa.

jamaah boleh meminta buku-buku dengan percuma. Tempat pembagian buku ini ada di dekat pintu Gate 74.

*4. Panduan Streaming Khutbah Jumaat Via audio*
Solat Jumat di Masjidil Haram adalah pengalaman tiada dua bagi umat Islam di seluruh dunia. Tapi kalau tidak boleh bahasa Arab, bagaimana memahami khutbahnya?

Jangan khawatir, kamu boleh mendengarkan streaming audio terjemahan khutbah. Modalnya cukup punya handfon yang aplikasi radio dan guna earphone.

Terjemahan khutbah tersedia dalam bahasa Inggris, Prancis, Urdu dan bahasa Indonesia. Informasi panduan audio ini tersedia di dekat pintu Gate 74.

*5. Khutbah Jumat dengan bahasa Isyarat*
Untuk jemaah kurang upaya yang berkomunikasi dengan bahasa isyarat, ada spot khusus untuk solat Jumaat. Tidak besar, tapi boleh menampung sekitar 10 jemaah. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 93.

Saat solat di sini, akan ada petugas yang menerjemahkan khutbah Solat Jumat dengan bahasa isyarat. Wah, sangat membantu nih!

*6. "SPBU" Zam-Zam*
Seluruh air minum di dalam Masjidil Haram adalah air zam-zam yang sumber airnya ada di bawah tanah Masjidil Haram. Jamaah boleh minum dari ratusan galon yang diedar di seluruh masjid. Galon-galon ini diisi secara berkala dan diantar petugas dengan kereta sorong.

Tapi tahu ke, zam-zam ini dibawa dari mana? Kalau mahu tahu, kamu pergi saja ke pintu Gate 93.

Di dekatnya, kamu boleh melihat pusat pengisian air zam-zam. Petugas mengisi air dengan nozel seperti di pum petrol. Air disalurkan dari mesin pendingin, itu sebabnya air zam-zam rasanya seperti air ais kosong.

*7. Ekskalator ke bumbung Masjid*
Solat di bumbung Masjidil Haram, Tapi tidak banyak jamaah yang tahu aksesnya.

Padahal, ada eskalator yang mengantar jamaah langsung ke bumbung Masjidil Haram. Lokasinya ada di dekat pintu Gate 91.

Solat di bumbung Masjidil Haram terkadang jadi pilihan jamaah -yang tahu letak eksalatornya- untuk salat Isya atau Subuh. Sebab pada siang hari, bumbung Masjidil Haram panas sekali...

PESANAN YG TER AKHIR IALAH
JIKA MAMPU PERTAMA KALI MENJEJAKI LANGKAH KAKI KALIAN KE DALAM MASJID HARAM...
MAKA GUNALAH PINTU BABUSSALAM...
KERANA DI SITU ADA DOA YG MASHUR YG SERING KITA BACA SELEPAS SOLAT MAGHRIB DAN SUBUH..
YAITU.....
ALLAH HUMMA ANTASSALAM..
WAMINKASSALAM..
WAILAIKA YAU'DUSSALAM..
FAHAYYINA RABBANA BISSALAM..
HINGGA AKHIR......
HANYA BAB SALAM SAJA MENGUAT KAN INGATAN KITA UNTUK BACA AYAT KESEJATERAAN INI...

Masjidil Haram Mekah mendahului senarai bangunan termahal di Bumi yang dibina dengan kos $100 Billion.

Saiz: Satu juta (1,000,000) meter persegi kapasiti:

🕋Boleh memuatkan dua(2) juta orang
🕋Menerima dua puluh (20) juta pelawat setiap tahun
🕋Dibuka dua puluh empat (24) jam.Ia tidak pernah ditutup sepenuhnya dalam lebih 1400 tahun
🕋Mempunyai 1800 pembersihMempunyai 40 buah kereta pembersih sanitari elektrik
🕋Mempunyai 60 mesin sanitari elektrik untuk membersihkan halaman terbuka
🕋Mempunyai 2000 tong Sanitari tersebar di seluruh premis
🕋Lantai ditutup dengan 40000 permaidani (lebih panjang daripada jarak antara Jeddah dan Makkah (79km))

🕋13000 tandas, dibersihkan empat(4) kali/6 jam setiap hari
🕋25000 dispenser air (salah satu sistem pendispensan air terbesar di dunia)
🕋100 sampel rawak air minuman diperiksa setiap hari
🕋Lebihan air dari Telaga Zamzam disimpan dalam tangki simpanan berkapasiti 1,700,000 (1.7 juta), botol air (kapasiti 10 liter)
🕋Perkhidmatan bacaan HARAMAIN: penyiaran bacaan al-Quran; 24/7; bacaan menggunakan kesemua sepuluh(10) kaedah bacaan al-Quran yang diiktiraf; lebih daripada 500,000(setengah juta) episod di 180 negara telah dijalankan dalam tempoh tiga (3) tahun.
🕋Lebih daripada 2,000 peti deposit keselamatan (untuk menyimpan barang peribadi dengan selamat)
🕋Beratus-ratus unit penghawa dingin (untuk penyejukan) bertaburan di dalam Masjid.
🕋Lantai Masjid memantulkan cahaya dan haba sekali gus meningkatkan peraturan haba di dalam premis.
🕋Aplikasi panduan Lawatan Elektronik yang boleh menunjukkan lokasi mana-mana bahagian Masjid.
🕋Sistem audio yang terperinci dan sangat cekap:
🕋Sistem bunyi di Masjidil Haram adalah salah satu sistem bunyi terbesar dan paling rumit di dunia,
Margin ralat sistem audio: 0%
6000 pembesar suara
Empat(4) sistem audio yang berbeza
Lima puluh (50) kakitangan kejuruteraan bunyi
🕋Salinan al-Quran diterjemahkan ke dalam 65 bahasa yang berbeza
🕋Terjemahan setiap khutbah Jumaat ke dalam lima (5) bahasa yang berbeza

🕋Perkhidmatan/kemudahan OKU

🕋10,000 kerusi roda biasa tersedia untuk digunakan, percuma,400 kerusi roda berpandukan elektronik tersediia,Kerusi roda automatik (2 roda dan 3 roda)

🕋Khidmat istimewa RAMADAN

🕋4 juta hidangan percuma untuk berbuka puasa setiap hari, sepanjang Ramadan
🕋5,000,000 biji kurma (dibuang biji) diedarkan di dalam kawasan masjid setiap hari sepanjang Ramadan
🕋Selepas berbuka puasa, mengeluarkan makanan dan peralatan untuk membersihkan tempat solat Maghrib (Shalah) dilakukan dalam masa dua (2) minit sahaja

*SUBAHANALLAH*...

“BERCUTI SAMBIL BERIBADAH DI MADINAH”Antara tempat menarik yang bakal jemaah Glocal akan menziarahi adalah seperti berik...
04/11/2022

“BERCUTI SAMBIL BERIBADAH DI MADINAH”

Antara tempat menarik yang bakal jemaah Glocal akan menziarahi adalah seperti berikut :

-masjid Al Ghamamah
-Masjid Ar Raudhah
-Perkuburan Baqi
-Ladang Kurma
-Masjid Qiblatain
-Masjid Tujuh

Dan pelbagai tempat menarik lagi….

03/11/2022
Notis tentang perubahan atau kenaikan harga setiap pakej umrah dan pelancongan yang kami tawarkan kepada anda.
03/11/2022

Notis tentang perubahan atau kenaikan harga setiap pakej umrah dan pelancongan yang kami tawarkan kepada anda.

Kursus umrah percuma!!!Bagi anda bakal menunai umrah atau yang bakal daftar dengan kami, anda dialu²kan untuk mengikuti ...
02/11/2022

Kursus umrah percuma!!!

Bagi anda bakal menunai umrah atau yang bakal daftar dengan kami, anda dialu²kan untuk mengikuti kursus umrah percuma sebagai persediaan awal sebelum anda berangkat ke tanah suci untuk mendapat umrah yang mabrur.

Address

Lot 143 Kg Pulau Tengah, Kubang Kerian
Kota Bharu
16150

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60174784644

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Umrah Untuk Semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Umrah Untuk Semua:

Share

Category

Nearby travel agencies