15/10/2022
“TIPS BAWA ANAK KECIL MENGERJAKAN IBADAH UMRAH”
1.PILIH TRAVEL AGENT YANG KIDS FRIENDLY ( Glocal Travel & Tours Sdn Bhd )
perkara pertama yang perlu anda ambil berat adalah mengenai travel agent(ini jika anda mahu menggunakan service travel agent). Sebelum buat booking, tanya kepada pelanggan yang telah menggunakan service travel agent tersebut terlebih dahulu, adakah mereka ini jenis kids friendly atau pun tidak. Bagaimana review mereka mengenai travel agent tersebut. Adakah sesuai jika anak kecil sertai group tersebut? Kids friendly ini lebih kepada masa yang fleksible, kedudukan hotel dan lain-lain lagi.
2.PILIH MASA PENERBANGAN MENGIKUT WAKTU TIDUR ANAK
Jika perjalanan anda melebihi 5 jam dan anak anda masih bawah umur setahun , disarankan ambil bassinet. Supaya tidak lenguh untuk pegang bayi ketika dalam kapal terbang. Dan anak pun boleh tidur dengan lena dan selesa.
3.VAKSIN
Vaksin yang perlu diambil untuk kanak-kanak dan dewasa adalah vaksin meningococcal. Tetapi bagi bayi yang bawah umur 9 bulan mereka hanya perlu bawa buku vaksin yang diberi sejak umur setahun sahaja kerana vaksin meningococcal ini sesuai untuk bayi yang berusia 9-10 bulan ke atas. Ini apa yang diberitahu oleh pihak kerajaan negara UAE.
4 PILIH HOTEL YANG DEKAT
bila bawa anak kecil membuat umrah pemilihan hotel yang dekat sangat penting kerana pelbagai faktor. Contohnya seperti nak ke tandas.
5.BAWA BARANG KEPERLUAN SECUKUPNYA
Barang keperluan ini termasuklah pakaian, pampers, perubatan, makanan dan sebagainya. Selain itu, anda perlu alert tentang suhu di Mekah dan madinah. Kedudukan Madinah lebih tinggi dari Mekah menyebabkan suhu dua kota ini agak berbeza sedikit.
Bagi keperluan ubat, bawa lotion(kulit anak-anak jadi sangat kering disebabkan suhu di sana), ubat demam, balm, minyak gamat, aloe vera dan plaster. Sebenarnya jika anda terlupa nak bawa barang ubatan ini, jangan risau di mekah dan madinah banyak pharmacy cumanya harga agak tinggi sikit berbanding di Malaysia.
Barang-barang keperluan yang wajib dibawa jika nak travel dengan bayi yang bawah setahun.
Dari segi pakaian,sepasang baju siang dan sepasang baju malam untuk tidur. asingkan baju mereka dan letak dalam travel pouches. Supaya mudah nak diambil dan tidak akan bersepah-sepah nanti.
6.BAWA STROLLER & BABY CARRIER
Dua benda ini sangat penting jika nak bawa anak kecil untuk buat umrah, sebabnya kita banyak berjalan dan melakukan aktiviti fizikal.
7.BERCERITA TENTANG KAABAH DAN UMRAH KEPADA ANAK-ANAK
Ceritakan tentang apa yang bakal akan tengok di tempat tersebut. cara ini untuk timbulkan rasa excited dalam diri mereka. Menceritakan kaabah itu apa, umrah itu bagaimana, tawaf itu nak buat caranya macam mana, keadaan di sana bagaimana. Sebagai ibu bapa layankan sahaja karenah mereka dan terangkan perkara yang betul.
https://wa.me/60129094971 (amin)
https://wa.me/60133003536 (shatila)