![Allahurobbi, sedang saya uruskan jemaah di Mekah tiba2 dapat berita yang sangat mengejutlan. Rupa2nya sahabat baik kami ...](https://img4.travelagents10.com/727/021/588857157270211.jpg)
26/01/2025
Allahurobbi, sedang saya uruskan jemaah di Mekah tiba2 dapat berita yang sangat mengejutlan. Rupa2nya sahabat baik kami Jojo Fly Full Limits aka Jojoe 1 Nation Emcees baru saja meninggal dunia ketika sedang berada di dalam Masjid Sri Petaling
Sedih tapi cemburu sangat dengan Kematian beliau. Bayangkan di kemuncak Majlis Perhimpunan Da’ie2 dan Ulama di seluruh Malaysia (Jord Qudama’), yang menghimpunkan lebih 10ribu orang yang soleh lagi muslih, sambil mengaminkan doa dari Ulama, dengan tangisan taubat dan doa untuk ummat, Allah swt jemput beliau kembali ke RahmatNya.
إنَّا لِلَّهِ وَإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُونَ
Kata salah seorang jemaah yang sempat melihat jenazah beliau, di saat kain yang menutup jenazahnya disingkap, jelas kelihatan air mata membasahi mata dan wajahnya. Allahurobbi, dan air mata ini bukan air mata sembarangan. Air mata ini gugur di saat hati sedang menggeletar takutkan azab Allah swt, bercampur dengan harapan akan penerimaan dan keredhaan Allah swt serta kerisauan terhadap ummat.
Semiga air matu ini menjadi asbab keselamatan dan keredhaan Allah swt kelak.
Seperti mana Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: “Tidak ada sesuatu yang paling disukai Allah SWT selain daripada dua titisan dan dua kesan. Dua titisan itu ialah titisan AIR MATA yang keluar kerana takutkan Allah SWT dan titisan darah yang tumpah di dalam perjuangan di jalan Allah. Manakala dua kesan ialah kesan berjuang di jalan Allah SWT dan kesan kerana menunaikan kefardhuan yang telah difardhukan oleh Allah.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Semoga Allah swt ampunkan segala dosamu dan terima segala amalan serta pengorbananmu dalam membangunkan Usaha Agama di atas Jalan Dakwah.
اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah Ya Tuhanku Ampunilah dia, Rahmatilah dia, Maafkanlah dia 🤲🏼😭