12/03/2022
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَّجِيم
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَاللهُ أَكْبَرُ لَاحَوْلَ وَلَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه
Allah SWT Maha Baik
1. Alhamdulillah atas segala kebaikan, nikmat, anugerah dan hadiah daripada Allah SWT kepada kita semua selama ini.
2. Kita rasa bantuan sahabat, pertolongan adik beradik, kasih sayang pasangan, ayahanda dan bonda adalah yang terbaik...namun percayalah kasih sayang Allah SWT jauh melebihinya (hakikat sebenar semua bantuan datang daripada Allah SWT melalui pelbagai cara)
3. Moga kita (a) berterima kasih kepada insan-insan yang membantu kita dan (b) sentiasa memperbanyakkan syukur kepada Allah SWT dengan sentiasa mematuhi segala suruhanNya dan menjauhi segala laranganNya dengan panduan kitab Al-Quran dan Hadis Baginda Nabi SAW.
إِنَّ ٱللَّهَ بِٱلنَّاسِ لَرَءُوفٞ رَّحِيمٞ
Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
(Surah Al-Baqarah 2: 143)
وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَئِن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِيدَنَّكُمۡۖ وَلَئِن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٞ
Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
(Surah 14 Ibrahim, Ayat 7)
Daripada Muaz RA, bahawa Rasulullah SAW memegang tangannya dan berkata, “Wahai Muaz, demi Allah SWT, aku mencintaimu.” Lalu beliau SAW berkata, “Aku wasiatkan kepadamu, wahai Muaz, janganlah sekali-kali engkau meninggalkan doa ini di akhir setiap solat,
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
"Ya Allah, tolong aku dalam berzikir, bersyukur, dan memperelokkan ibadah kepadaMu."
(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)