27/09/2024
Realiti Sungai di Kelantan…
Sepanjang Abe La buat konten selama 7 tahun, cycle dia sama saja.
1. Waktu sesuai mandi sungai Mula bulan 3 hingga 7 sahaja. Waktu lain sama ada ada kepala air, banjir atau kering kontang.
2. Air sungai Kuala Krai, Jeli hanya biru kehijauwan pada bulan 2 hingga 7 apabila habis musim hujan, time ni paling heaven makn lata.
3. Sungai paling jernih Abe la pernah mandi adalah Kenerong Dabong. dan Sg Belimbing Jeli
4. Etok mula ada pada musim air cetek, bulan 3 hingga 9 musim kemarau etok banyak. Etok di Jeli warna kuning katanya lebih sedap wallahualam.
5. Sungai Kelate warna ok sikit pada bulan 4 hingga 7 kalau musim hujan dan peralihan monsun anda tahu sendiri warna dia apa😂
6. Di Dabong dan Lela Jasa ada pertemuan dua Sungai dua warna, dua suhu. Orang kata sini banyak udang galah.
Ada lagi tak fakta sungai di kelate anda boleh tambah. Boleh jadi panduan kepada Pelancong ke Kelantan yang nak enjoy Nature.
Gambar : Sungai Belimbing Jeli, lawa dooh air jerning pagi2 boleh nampak cebisan emas berkilat.