Homestay Kota Bharu, Telipot

Homestay Kota Bharu, Telipot Penginapan bajet di tengah Bandar Kota Bharu. Penginapan keluarga yang ekonomikal dan membahagiakan.
(1)

Senarai kelengkapan yang ideal untuk homestay.1) TV, jika ada bajet sekalikan dengan astro. Homestay admin ada pakej Njo...
30/05/2017

Senarai kelengkapan yang ideal untuk homestay.

1) TV, jika ada bajet sekalikan dengan astro. Homestay admin ada pakej Njoi. sekali bayar saja kan...

2) Set sofa, sangat di sarankan yang cover dengan PVC. senang cuci jika tertumpah apa-apa.

3) Kelengkapan memasaka secara asas. Dapur + gas, sudu + garpu, pinggan + mangkuk, pisau + senduk dan lain-lain yang sesuai.

4) Katil setiap bilik, tentang susunan katil nanti admin ceritakan dalam post yang akan datang. sebab ia ada kena mengena dengan "customer avatar".

5) peti sejuk mengikut kapasiti rumah.

6) aircond, samaada fully aircond atau sesetangh bahagian dalam rumah tu nanti admin kongsikan yang ideal serta jimat ya.

7) water heater untuk mandi. Kalau tekanan air kurang memuaskan disarankan beli yang ada pump.

8) Tempat sangkut pakaiaan, admin tidak sarankan almari atas banyak sebab yang menyusahkan akan datang.

9) Mesin basuh, tidak kisah auto atau semi-auto. yang penting ikut pada kapasiti rumah.

Post seterusnya admin ada kongsi tentang cara fikir sebelum kita isi homestay kita dengan kelengkapan rumah.

Jangan lupa LIKE & SHARE.

Susun atur rumah yang ideal untuk dijadikan homestay.Bagi admin, ini adalah yang paling s**ar. Nak ikut kelengkapan pada...
30/05/2017

Susun atur rumah yang ideal untuk dijadikan homestay.

Bagi admin, ini adalah yang paling s**ar. Nak ikut kelengkapan pada homestay ni bukan boleh samakan isi kelengkapan di rumah.

Masa admin mula-mula tubuhkan homestay dulu. Inilah perkara yang meletihkan dari segi nak cari kelengkapan dengan bajet yang ditetapkan. Kena banyak buat survey lah ya.

Alhamdulillah, sekarang ini admin sudah kurang pening sikit. Seperti di tempat admin beroperasi, di Kota Bharu, admin sudah jumpa beberapa tempat yang boleh bekalkan kelengkapan rumah terpakai yang masih dalam keadaan . Yang paling penting harga mampu milik. :)

Nak tahu tempat selalu admin cari barang kelengkapan rumah? Pm admin ya, admin tidak akan berahsia sikit pun....

Post seterusnya admin akan senaraikan kelengkapan rumah yang ideal bagi bisnes homestay.

Jangan lupa LIKE & SHARE.

30/05/2017

.

Seperti yang admin cerita dalam post sebelum ini. adalah satu job yang non-profit tapi admin rasa rugi kalau tak buat.

Sebelum itu ini bukan satu kerja kebajikan ya. Nanti ada yang cop admin ni poyo di bulan Ramadhan p**a. huhuhu

Sebenarnya, ada individu yang beri kepercayaan pada admin untuk renovasi satu rumah. Dan kena siap sebelum Raya .

Menariknya, bajet cuma RM7000 sahaja. Dengan target, rumah ini akan jana pendapatan selepas renovasi.

InsyaAllah admin akan kongsikan dari masa ke semasa perkembangan rumah ini. Mudah-mudahan siaplah sebelum raya ni. :)

Jangan LUpa LIKE & SHARE :

maaf admin belum sempat tangkap gambar rumah yang bakal di renovasi tu lagi....

30/05/2017

Assalammualaikum wbt.

Selamat pagi gaiss... sudah 2 3 hari admin tak menulis ni. Fuhhh sibuk melanda sedikit sehari dua ni, maklumat sambut bulan puasa lah katakan. :)

Tambah p**a sekarang ni admin ada satu job Ramadhan yang agak menarik. Admin namakan job ni .

Nak tahu apa itu ? Komen sikit boleh?

Post seterusnya admin admin cerita secara ringkas apa itu . InsyaAllah.

Disebabkan page ini masih baru dan tak ramai yang follow. Admin mohon jasa baik, pada sesiap yang ternampak post ini LIKE & SHARE ya. :)

By the way, Selamat Berpuasa ya. :)

Model bisnes homestay yang menjual perkhidmatan homestay orang lebih kurang seperti model platform market place seperti ...
26/05/2017

Model bisnes homestay yang menjual perkhidmatan homestay orang lebih kurang seperti model platform market place seperti agoda, booking, trivago dan lain-lain.

ianya seakan model usaha sama seperti mana admin jelaskan dalam posting sebelum ini. tetapi peranan pendiri bisnes homestay model ini adalah sangat sedikit, setimpal dengan keuntungan.

Dalam kes ini pendiri bisnes cuma menguruskan pemasaran serat jualan homestay sahaja. Lain-lain operasi akan dikendalikan oleh pemilik homestay.

Di malaysia ramai juga yang praktik model bisnes ini. Antara yang pernah approach admin supaya iklankan homestay adalah "mnymalaysiahomestay.com", mereka ini ambil 12% dari setiap jualan perkhidmatan homestay.

Admin juga pernah jalankan model bisnes itu dahulu. tapi admin lihat ada bebrapa perkara yang diluar kemanpuan admin. :)

Gambar dibawah adalah salah satu contoh homestay yang mengunakan model "jual perkhidmatan homestay orang lain"

Jangan lupa LIKE & SHARE. :)

Dalam model bisnes homestay usaha sama ia akan melibatkan 2 entiti yang berbeza. Iaitu pengusaha homestay dan juga pemil...
25/05/2017

Dalam model bisnes homestay usaha sama ia akan melibatkan 2 entiti yang berbeza. Iaitu pengusaha homestay dan juga pemilik homestay.

Pengusaha homestay adalah individu yang menguruskan homestay tapi tidak memiliki homestay. Pemilik homestay adalah individu yang disebut sebagai "tuan punya rumah"

Dalam hal ini persetujuan bertulis sangat penting. Perjanjian mesti merangkumi beberapa aspek penting seperti;

+ hak pemilik dan hak pengusaha.
+ pembahagian keuntungan (contoh: 70/30)
+ tempoh perjanjian
+ dll

Ini juga antara model bisnes homestay yang admin s**a. adalah salah satu contoh model usaha sama. :)

Post seterusnya admin akan kongsikan satu model yang mungkin diminati oleh orang-orang muda sekarang iaitu menjual homestay orang lain.

Jangan lupa LIKE & SHARE. :)

25/05/2017

Hari ini ulang tahun pertama ikut bulan islam.

Homestay ini siap renovasi pada Feb 2016. 2 hari sebelum puasa pada tahun lepas kami menerima tetamu pertama.

Alhamdulillah... :)

Homestay secara sublet, bahasa mudahnya sewa rumah orang lain dan jadikan homestay.Secara peribadi admin tidak s**a cara...
25/05/2017

Homestay secara sublet, bahasa mudahnya sewa rumah orang lain dan jadikan homestay.

Secara peribadi admin tidak s**a cara ini. Seperti admin kongsikan dalam post sebelum ini, "ia bergantung pada selera pengusaha itu sendiri".

Tidak dinafikan ada pengusaha homestay yang buat banyak duit dengan model homestay sublet ni.

Katakan, kita menyewa sebuah rumah di Kota Bharu. kadar sewaan bagi rumah jenis teres RM700 sebulan.

Kita jual homestay pada kadar RM180 satu malam. katakan homestay kita ditempah sebanyak 10 kali sebulan.

Bermakna, RM200x10 = RM2000, tolak dengan kadar sewa RM700 = RM1300.

Jika kita menyewa 3 buah homestay yang sama, RM1300X3 = RM3900.

Begitulah sistem nombor secara kasar bagi model bisnes homestay sublet ni.

Posting seterusnya, admin kongsi model perniagaan homestay lain p**a ya. :)

Jangan lupa LIKE & SHARE.

Kenapa beli rumah dan jadikan homestay? kenapa tidak sewakan sahaja? bukankah itu lagi mudah?Admin selalu ditanya dengan...
25/05/2017

Kenapa beli rumah dan jadikan homestay? kenapa tidak sewakan sahaja? bukankah itu lagi mudah?

Admin selalu ditanya dengan soalan ini. Jujurnya admin juga tidak ada satu jawapan yang solid, selain dari "nak jaga rumah dari rosak".

Mungkin ia bergantung kepada selera pemilik rumah itu sendiri. Ini adalah beberapa jawapan releven dari admin ya. Mari kita raikan. okay... :)

1. Admin tinggal di Kota Bharu, Kelantan. di sini kadare sewaan rumah agak rendah berbanding tempat lain terutamanya KL. Dari pengiraan admin, kadar sewaan rumah di KB tidak dapat untuk cover jumlah installment rumah setiap bulan. Jadi ia bukan satu bisnes yang menguntungkan.

Melainkan rumah itu sudah tiada installment atau memang niat sewaan untuk kurangkan kos installment bulanan.

2. Bisnes homestay juga merupakan pelaburan hartanah. Selain dari beli rumah dan simpan untuk faedah kenaikan harga.

Selain beli rumah dan sewakan untuk mendapat sedikit margin dari lebihan kos. Kita juga boleh jadikan rumah sebagai homestay.

3. Homestay lebih bisnes dari beri sewa. Kenapa?, sebab homestay ada melebihkan operasi yang lebih besar.

Dalam bisnes homestay, kita akan terlibat dalam kerja-kerja pengurusan, pemasaran, kewangan, operasi dan khidmat pelanggan.

4. Dalam tempoh setahun bisnes homestay lebih menguntungkan. Di Kota Bharu bisnes homestay masih lagi dalam kategeori "bisnes bermusim". Di mana permintaan homestay akan meningkat pada masa cuti. waktu-waktu lain ada suram bagi pengusaha homestay.

Bagusnya, negara kita malaysia terdapat banyak cuti umum. Jadi, pengusaha-pengusaha homestay boleh senyum panjang sikit. :)

Ada lagi beberapa sebab sebenarnya, nak admin kongsi lagi dalam post-post mendatang. Panjang sangat pun tak syok juga.

Jangan lupa LIKE & SHARE

23/05/2017

4 kaedah yang biasa diguna pakai untuk memulakan bisnes homestay.

1. Beli rumah dan jadikan homestay.

2. Sewa rumah dan jadikan homestay. (Sublet)

3. Cari rumah yang terbiar dan jadikan homestay melalui kaedah usaha sama.

4. Promosi dan jual perkhidmatan homestay orang lain.,

Posting seterusnya admin akan kongsi lebih detail mengenai kaedah-kaedah diatas. Dan kaedah yang manakah paling ideal bagi pengusaha homestay.

Jangan lupa LIKE & SHARE.

Dalam posting sebelum ini admin ada cerita tentang 3 kayu ukur ideal yang admin amalkan dalam menguruskan bisnes homesta...
22/05/2017

Dalam posting sebelum ini admin ada cerita tentang 3 kayu ukur ideal yang admin amalkan dalam menguruskan bisnes homestay. Soalnya kenapa kayu ukur itu penting dalam operasi sesebuah homestay?

Jawabnya, kalau nak ikut kayu ukur yang ada pada pelanggan, alamatnya homestay kita sentiasa tak siap. :)

Admin ada satu cerita sikit nak kongsi.

Pernah satu ketika ada pelanggan komplen yang homestay cuma ada satu cermin. Inilah sulitnya bila kita guna kayu ukur pelanggan untuk mengukur tahap kesedian homestay kita.

Pelanggan sentiasa nak lagi dan lagi. Bagi kita sebagai pengusaha tempat penginapan, kati perlu bagi yang perlu sahaja.
Post seterusnya, InsyaAllah admin akan kongsi lagi tentang bisnes homestay ni. Hari ini admin sudah post 4 posting berkaitan homestay.

Jangan lupa LIKE & SHARE ya. :)

3 Kayu ukur ideal yang admin gunakan bagi mengukur tahap kesediaan sesebuah homestay.1. Homestay hendaklah berada di lok...
22/05/2017

3 Kayu ukur ideal yang admin gunakan bagi mengukur tahap kesediaan sesebuah homestay.

1. Homestay hendaklah berada di lokasi yang strategik. Sesuai dengan kadar permintaan pelanggan. InsyaAllah dari masa ke semasa kita akan bincangkan hal ini.

2. Homestay hendaklah lengkap dengan perkakas asas sebuah rumah keluarga dan semua perkakas hendaklah dalam keadaan baik.

Ada yang mahu "ribut minda" apakah perkakas asas sesebuah rumah?. Boleh tulisakan diruang komen ya. Mudah-mudahan ia bisa membantu pasangan muda yang baru berpindah ke rumah sendiri. mana tahu kan? :)

3 Homestay hendaklah bebas dari sebarang kerosakan serta masalah yang disengajakan.

Post Seterusnya admin akan kongsi. Kenapa kayu ukur ini sangat penting bagi operasi sesebuah homestay?

Jangan lupa LIKE & SHARE. :)

2 Jenis konsep homestay yang ada di malaysia.1. Homestay Pelancongan.Yang disebut sebagai "inap desa". ini adalah konsep...
22/05/2017

2 Jenis konsep homestay yang ada di malaysia.

1. Homestay Pelancongan.

Yang disebut sebagai "inap desa". ini adalah konsep homestay yang sebenar mengikut makna homestay itu sendiri. Homestay jenis ini biasanya mendapat sokongan dari kementerian pelancongan Malaysia.

2. Homestay Persendirian.

Konsep homestay mengikut pemahanan orang kita. Homestay jenis ini diuruskan secara persendirian. Pada mulanya ia sekadar menampung permintaan kepada penginapan sedia ada. Lama kelamaan ia menjadi semakin pop**ar di kalangan pengunjung yang inginkan sebuah rumah lengkap sebagai pengianpan sementara.

Dalam page ini Admin akan ceritanya banyak tentang homestay persendirian ni ya. :)

Post seterusnya nanti, admin nak kongsi beberapa kayu ukur yang admin sendiri guna untuk mengukur kelesesaan rumah untuk dijadikan penginapan. :)

Jangan lupa LIKE & SHARE. :)

Maksud homestay adalah tidak sama dengan konsep homestay yang kita faham di Malaysia.Homestay atau dalam bahasa melayu m...
22/05/2017

Maksud homestay adalah tidak sama dengan konsep homestay yang kita faham di Malaysia.

Homestay atau dalam bahasa melayu membawa maksud 'Inap Desa'. Konsep homestay seperti ini adalah bertujuan untuk mempromosikan Malaysia melalui kaedah 'pertukaran budaya'

Contohnya, pelancong dari Korea menginap di homestay Kampung Batu Papan, Gua Musang Kelantan. Mereka akan didedahkan dengan budaya serta gaya hidup masyarakat setempat.

Because we are Malaysian. Walaupun maksudnya lain, tapi kita sudah faham "asal rumah untuk penginapan, itulah homestay"

Bagi admin p**a, tidak kiralah kita salah menggunakan maksud sebenar 'homestay" itu sendiri. Asalkan gerak kerja homestay itu boleh merancakkan sektor pelancongan negara, itulah matlamat yang hendak dicapai. Tak gitu??

Post seterusnya, Admin nak share sikit 2 jenis homestay yang ada di Malaysia, mengikut kefahaman orang kita.

Jangan lupa LIKE & SHARE ya. :)

6 Peraturan Mudah Homestay.========================1. Merokok/minum keras diluar kawasan homestay.2. Jaga kebersihan ser...
18/05/2017

6 Peraturan Mudah Homestay.
========================

1. Merokok/minum keras diluar kawasan homestay.

2. Jaga kebersihan serta kekemasan homestay.

3. Guna kelengkapan/peralatan yang disediakan dengan cermat serta berhemah.

4. Jauhi Aktiviti yang tidak bermoral serta menyalahi undang-undang.

5. Hormati jiran tertangga.

6. Haiwan perliharaan tidak dibenarkan berada dalam kawasan homestay.

Koleksi-koleksi gambar hiasan dalam homestay kota bharu, telipot.   beroperasi di rumah jenis teres. Uniknya rumah ini s...
17/05/2017

Koleksi-koleksi gambar hiasan dalam homestay kota bharu, telipot.

beroperasi di rumah jenis teres. Uniknya rumah ini sudah berusia lebih 30 tahun, tetapi masih terjaga dengan baik. Saiznya yang luas selesa untuk didiami sebagai rumah singgahan keluarga. Renovasi terakhir adalah pada bulan Feb 2016.

Lokasi di area Telipot, Kota Bharu Kelantan. Sangat Strategik kerana lokasi terletak di antara Bandar Kota Bharu dan Pasar Besar Wakaf Che Yeh.

Address

3915-L Lorong Embi, Jalan Telipot
Kota Bharu
15670

Telephone

013 4905 154

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Kota Bharu, Telipot posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Kota Bharu, Telipot:

Share


Other Vacation Home Rental in Kota Bharu

Show All

You may also like