Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.

Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. 1) Bermula dari 1987.
2) Pengelola Haji & Umrah.
3) Jualan tiket kerajaan dan komersial.

Syarikat kami merupakan salah sebuah syarikat yang diberi lesen oleh Lembaga Tabung Haji untuk mengelola jemaah haji untuk menunaikan Ibadat haji bagi musim haji 1435 H / 2014 M dan telah diberi lesen sejak dari tahun 1987 lagi. Kami juga menawarkan perkhidmatan mengelola pakej umrah yang bermula pada bulan JAMADIL AWAL dan berakhir pada bulan RAMADHAN pada setiap tahun

Tarikh: 27.01.2025Hari: IsninAlhamdulillah, kumpulan pertama jemaah Umrah Batuta telah selesai melapor diri di Lapangan ...
27/01/2025

Tarikh: 27.01.2025
Hari: Isnin

Alhamdulillah, kumpulan pertama jemaah Umrah Batuta telah selesai melapor diri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1). Penerbangan Saudi Arabia (SV835) telah selamat berlepas ke tanah suci (Jeddah) sekitar jam 5:35 petang dan Insyaallah jemaah telah tiba di Jeddah sekitar jam 9:45 malam waktu Arab Saudi.

Seluruh warga kerja Batuta Travel mendoakan agar dipermudahkan segala urusan ibadah oleh Allah swt buat semua jemaah umrah.
Semoga mendapat umrah mabrur. Amin ya Rabbal Alamin 🤲

Pihak Pengurusan Batuta mengucapkan ribuan terima kasih kerana memilih Batuta sebagai Pengelola jemaah Umrah Anda.

Alhamdulillah, kumpulan pertama jemaah umrah Batuta bagi Penerbangan bulan tahun 2025  dijadualkan berlepas pada 27 Janu...
27/01/2025

Alhamdulillah, kumpulan pertama jemaah umrah Batuta bagi Penerbangan bulan tahun 2025 dijadualkan berlepas pada 27 Januari 2025 (Isnin) sekitar jam 09:40 pagi menerusi penerbangan MH1385.
Urusan daftar masuk bagi penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (KBR) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KUL).

Terima kasih kepada bakal Jemaah haji yang telah menghadiri kursus asas haji bersiri terbuka anjuran Batuta Travel & Tou...
25/01/2025

Terima kasih kepada bakal Jemaah haji yang telah menghadiri kursus asas haji bersiri terbuka anjuran Batuta Travel & Tours Sdn Bhd pada musim 2025M/1446H minggu yang ketujuh 25/01/2025 bertempat di Masjid Sultan Mansor Kg. Sireh, Kota Bharu Kelantan.

"Selamat Ulang Tahun Penubuhan yang ke-38 kepada BATUTA TRAVEL! Tahniah di atas pencapaian luar biasa selama hampir empa...
21/01/2025

"Selamat Ulang Tahun Penubuhan yang ke-38 kepada BATUTA TRAVEL!
Tahniah di atas pencapaian luar biasa selama hampir empat dekad dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan.
Semoga terus maju jaya , berkembang dan menjadi pilihan utama dalam industri perkhidmatan Haji & Umrah dalam menyantuni dhuyufulrahman.
Terima kasih atas dedikasi dan komitmen selama ini. Selamat maju jaya untuk tahun-tahun mendatang!"

PAKEJ HAJI 1445H/2025MBATUTA TRAVEL & TOURS SDN BHDNO. LESEN: PJH 08/1446HKhas untuk Jemaah Terpilih (P1)Yang telah mene...
21/01/2025

PAKEJ HAJI 1445H/2025M

BATUTA TRAVEL & TOURS SDN BHD

NO. LESEN: PJH 08/1446H

Khas untuk Jemaah Terpilih (P1)
Yang telah menerima surat tawaran terpilih daripada TH

Pendaftaran kini telah dibuka sehingga 14/02/2025

JOM DAFTAR PAKEJ HAJI BERSAMA BATUTA TRAVEL & TOURS

HARGA PAKEJ HAJI BERMULA DARI RM49,990.00 - Pakej Ekonomi

PROMO Semua Pakej Haji Batuta
Tawaran diskaun sebanyak RM5,000.00 akan diberikan kepada P1 - dan tertakluk kepada terma dan syarat.

KEISTIMEWAAN MEMILIH PAKEJ KAMI

1.Hotel Transit di Aziziyah

2.Sajian makanan di Mekah (International menu - Buffet 3x sehari)

3.Tempoh Penginapan lama di Mekah (16 malam)

4.Umrah percuma - 7 kali

5.Keretapi laju Al-Haramain
Sehala (Sektor Mekah-Madinah)

6.Ziarah Madinah 2X : Ziarah Luar
Ziarah Mekah 1X : Ziarah Luar

Sila hubungi Perunding Haji Kami di talian : 012-3587 652

18/01/2025

krusus Asas HAJI Minggu Ke-6

Kursus Asas Haji Minggu ke-6
14/01/2025

Kursus Asas Haji Minggu ke-6

"Hari ketiga Karnival Haji 2025 membawa semangat persiapan ke Tanah Suci yang semakin dirasai.Booth Batuta hari ini meri...
05/01/2025

"Hari ketiga Karnival Haji 2025 membawa semangat persiapan ke Tanah Suci yang semakin dirasai.

Booth Batuta hari ini meriah dengan kehadiran bakal jemaah yang tekun merancang perjalanan ibadah mereka, setiap perbincangan dan pertanyaan menjadi langkah bermakna menuju Baitullah.

Kami di Batuta berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada persediaan ini. Semoga segala urusan haji dan umrah anda dipermudahkan oleh-Nya, insya-Allah."

Booth Batuta Bernombor 20 & 21 Telah Dibuka Bertempat  di Karnival Haji, Hari yang Terakhir!Ayuh jangan lepaskan peluang...
05/01/2025

Booth Batuta Bernombor 20 & 21 Telah Dibuka Bertempat di Karnival Haji, Hari yang Terakhir!

Ayuh jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun menarik yang tidak patut dilepaskan. Jangan ketinggalan!

Koleksi gambar bakal jemaah haji yang menghadiri Karnival Haji 2025 di Convention Centre KLIA. Jom sama-sama hadir.
04/01/2025

Koleksi gambar bakal jemaah haji yang menghadiri Karnival Haji 2025 di Convention Centre KLIA. Jom sama-sama hadir.

04/01/2025

Selamat datang para bakal haji ke booth Batuta Travel di Karnival Haji, Hari yang ke 2.

Ayuh jangan lepaskan peluang ini untuk menikmati pelbagai tawaran eksklusif dan diskaun menarik yang tidak patut dilepaskan. Jangan ketinggalan!

1) Bermula dari 1987.
2) Pengelola Haji & Umrah.
3) Jualan tiket kerajaan dan komersial.

27/12/2024

Tabung Haji (TH), dengan kerjasama Persatuan Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan ke-3 bagi Pengelola Jemaah Haji (PJH) Musim Haji 1446H/2025M (Karnival PJH).

Sebanyak 37 syarikat PJH berlesen di bawah TH, termasuk Batuta Travel, akan turut serta dalam karnival ini untuk bertemu anda pada:

🗓️3,4 & 5 Januari 2025
⏰9 Pagi - 9 Malam (Jumaat & Sabtu) / 9 Pagi - 6 Petang (Ahad)
📍Movenpick Hotel & Convention Centre, Sepang Selangor

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai karnival ini dan memeriahkan suasana!
Jumpa anda di sana!

Tarikh: 19.12.2024Program: Aktiviti jemaah Batuta - Ziarah  Luar di Sekitar Bandar Madinah menaiki bas Himpunan photo je...
20/12/2024

Tarikh: 19.12.2024
Program: Aktiviti jemaah Batuta - Ziarah Luar di Sekitar Bandar Madinah menaiki bas

Himpunan photo jemaah di lokasi berikut :

1. Masjid Quba'
Masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah S.A.W ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Sabda Nabi Muhammad saw bermaksud:
“Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya satu pahala umrah."

2. Ladang kurma
Terdapat banyak jenis tamar, kekacang dan manisan di sediakan untuk di jual. Jemaah juga berpeluang membeli buah tamar dan kekacang untuk di bawa balik Malaysia.

3. Bukit Uhud & Syohada' Uhud
Satu-satunya bukit di dunia ini yang akan masuk ke syurga. Perang Uhud tercetus pada tahun 625 Masihi dengan jumlah Islam 700 orang manakala kafir Quraisy 3,000. Kekalahan pada peperangan itu turut mengorbankan 70 tentera Islam dan Rasulullah SAW mengalami kecederaan serta patah gigi geraham.

4. Masjid Tujuh (Khandak)
Masjid Tujuh (المساجد السبعة; Al-Masajid As-Sab'ah) atau Sab'u Masajid ialah sebuah kompleks enam masjid kecil yang bersejarah dan sering dikunjungi di kota Madinah, Arab Saudi. Kompleks ini terdiri daripada enam masjid walaupun nama "Sab'ah" bermaksud "tujuh", kerana ia termasuk Masjid al-Qiblatayn pada asalnya. Masjid-masjid ini terletak di selatan Gunung Sala' yang merupakan tempat berlakunya Perang Ahzab.

5. Masjid Qiblatain
Masjid al-Qiblatain (مسجد القبلتين; "Masjid Dua Kiblat") ialah sebuah masjid di Madinah yang dipercayai oleh umat Islam sebagai tempat di mana nabi Islam terakhir, Muhammad, menerima perintah untuk menukar kiblat (arah solat) dari Baitulmaqdis ke Makkah. Masjid ini dibina oleh Sawad ibn Ghanam ibn Ka'ab pada tahun 2 H (623 M)[1] dan merupakan salah satu daripada beberapa masjid di dunia yang mengandungi dua mihrab (ceruk yang menunjukkan kiblat) dalam arah yang berbeza.

Semoga pengalaman Ziarah ini memberikan manfaat, seribu satu kenangan manis dan penghayatan yang mendalam kepada Al-Quran terutamanya, walaupun dalam keadaan cuaca yang amat panas. InsyaAllah.

Address

Lot 903 & 904, Tingkat 1, Bangunan PKDK, Jalan Dato Pati
Kota Bharu
KOTABHARU15200

Telephone

+6097443652

Website

https://linktr.ee/batutatravel

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Batuta Travel & Tours Sdn. Bhd.:

Videos

Share

Category