TSK Travel & Tours

TSK Travel & Tours Menyediakan Pakej Umrah & Ziarah

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah, menghayati jejak perjuangan Nabi Muhamma...
06/01/2025

Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Mekah, menghayati jejak perjuangan Nabi Muhammad SAW dan menyelami makna ibadah dengan lebih mendalam. Semoga setiap langkah menjadi saksi pengabdian kepada Allah SWT.


Alhamdulillah,selesai menunaikan umrah wajib di malam Jumaat yang penuh keberkatan bersama ahli jemaah TSK Travel. Syuku...
03/01/2025

Alhamdulillah,selesai menunaikan umrah wajib di malam Jumaat yang penuh keberkatan bersama ahli jemaah TSK Travel. Syukur atas segala nikmat dan kemudahan yang Allah kurniakan.

اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadan.

Semoga perjalanan ibadah ini menjadi bekal menuju keredhaan-Nya. 🤲


Alhamdulillah, semalam 1/1/2025,Group umrah private selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Bermalam di hotel di Taif s...
02/01/2025

Alhamdulillah, semalam 1/1/2025,Group umrah private selamat tiba di Lapangan Terbang Jeddah. Bermalam di hotel di Taif sebelum menuju ke Mekah, sambil berpeluang menziarahi tempat-tempat bersejarah di Taif. Semoga perjalanan ini diberkati dan dipermudahkan, insyaAllah.

Alhamdulillah, permulaan 2025 yang penuh keberkatan bersama group VIP ke Mekah, Madinah, dan Mesir. Semoga perjalanan in...
01/01/2025

Alhamdulillah, permulaan 2025 yang penuh keberkatan bersama group VIP ke Mekah, Madinah, dan Mesir. Semoga perjalanan ini dipermudahkan, diberkati, dan membawa kenangan indah untuk semua. Doakan kami sentiasa dalam rahmat-Nya.

Alhamdulillah, malam terakhir yang penuh keberkatan! MasyaAllah, rezeki ahli jemaah wanita dapat masuk ke Raudah sebelum...
28/12/2024

Alhamdulillah, malam terakhir yang penuh keberkatan! MasyaAllah, rezeki ahli jemaah wanita dapat masuk ke Raudah sebelum p**ang. Semoga mereka diberi kemudahan, ketenangan, dan doa-doa mereka diangkat oleh Allah SWT.

Raudah adalah tempat yang istimewa dan mustajab untuk berdoa. Moga pengalaman ini menjadi kenangan yang terindah dan memberi keberkatan sepanjang hayat. Semoga perjalanan p**ang juga dipermudahkan, dan semua selamat sampai ke destinasi masing-masing dengan hati yang tenang.

Alhamdulillah,perjalanan terakhir kami ke Al-Ula bersama jemaah TSK Travel penuh dengan momen indah dan kenangan bermakn...
27/12/2024

Alhamdulillah,perjalanan terakhir kami ke Al-Ula bersama jemaah TSK Travel penuh dengan momen indah dan kenangan bermakna.Dari keunikan Elephant Rock hingga keindahan matahari terbenam di Maraya Hall, setiap detik dirakam dalam hati.

Syukur atas setiap pengalaman, dan semoga ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perjalanan berharga bersama TSK Travel.

Terima kasih kepada semua ahli jemaah yang menjadikan trip ini luar biasa. Semoga berjumpa lagi dalam trip akan datang, insyaAllah! ❤️

Ziarah sekitar Madinah membawa seribu ibrah dan pengajaran. Setiap langkah mengingatkan kita pada perjuangan Rasulullah ...
27/12/2024

Ziarah sekitar Madinah membawa seribu ibrah dan pengajaran. Setiap langkah mengingatkan kita pada perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menegakkan Islam. Semoga kita dapat menghayati makna di sebalik setiap tempat yang dilawati dan menambah cinta kepada agama.

Alhamdulillah, diberi peluang menziarahi makam Baginda Nabi Muhammad ﷺ di Masjid Nabawi. Subhanallah, terasa dekatnya de...
25/12/2024

Alhamdulillah, diberi peluang menziarahi makam Baginda Nabi Muhammad ﷺ di Masjid Nabawi. Subhanallah, terasa dekatnya dengan junjungan besar yang kita cintai. Semoga ziarah ini menjadi asbab keberkatan dan kerinduan untuk terus menghidupkan sunnah Baginda. اللهم صل على سيدنا محمد ❤️

Alhamdulillah, perjalanan bersama jemaah TSK Travel menaiki tren dari Mekah ke Madinah menjadi satu pengalaman yang sang...
24/12/2024

Alhamdulillah, perjalanan bersama jemaah TSK Travel menaiki tren dari Mekah ke Madinah menjadi satu pengalaman yang sangat bermakna. Dengan kelajuan tinggi dan kemudahan moden, perjalanan ini bukan sahaja selesa, tetapi juga memberikan peluang untuk jemaah merehatkan diri sambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan. Dari Kota Suci Mekah menuju Madinah Al-Munawwarah, setiap detik terasa penuh keberkatan, mengeratkan ukhuwah sesama jemaah dalam suasana yang damai dan harmoni.

“Alhamdulillah,bersama ahli jemaah tsk travel mendaki Bukit Jiyad hari ini sambil ziarah rumah ust aiman di perkampungan...
21/12/2024

“Alhamdulillah,bersama ahli jemaah tsk travel mendaki Bukit Jiyad hari ini sambil ziarah rumah ust aiman di perkampungan melayu mekah,Dari atas sini pemandangan Kota Mekah begitu menakjubkan, mengingatkan kita akan kebesaran Allah SWT. Semoga setiap langkah yang kita ambil menjadi ibadah dan menguatkan hati kita untuk terus dekat dengan-Nya. Nikmati keindahan ini sambil mensyukuri segala nikmat yang Allah kurniakan.”

“Alhamdulillah, selesai menunaikan ibadah umrah dengan penuh rasa syukur. Semoga segala amalan diterima Allah SWT dan di...
20/12/2024

“Alhamdulillah, selesai menunaikan ibadah umrah dengan penuh rasa syukur. Semoga segala amalan diterima Allah SWT dan diberi keberkatan dalam kehidupan.”

Jom sertai TSK Travel and Tours untuk pengalaman ibadah yang lancar dan bermakna. Kami sedia membantu merealisasikan perjalanan ibadah anda.


Fayyum, sebagai lokasi bersejarah yang dikaitkan dengan kisah Nabi Yusuf dan Qorun, memberikan pelbagai ibrah (pengajara...
19/12/2024

Fayyum, sebagai lokasi bersejarah yang dikaitkan dengan kisah Nabi Yusuf dan Qorun, memberikan pelbagai ibrah (pengajaran) yang boleh kita ambil untuk kehidupan harian. Berikut adalah beberapa pengajaran penting yang boleh diambil daripada kisah mereka di Fayyum:

1. Kekayaan Adalah Ujian, Bukan Kebanggaan
Qorun lupa bahawa kekayaannya adalah ujian dari Allah. Dia menjadi sombong dan lupa bersyukur.
“Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu kerana ilmu yang ada padaku.” (QS. Al-Qasas: 78)

• Pengajaran: Semua nikmat yang kita miliki adalah pemberian Allah dan harus digunakan untuk kebaikan.
2. Akibat Kesombongan dan Keangkuhan
Qorun menolak nasihat kaumnya dan mengabaikan peringatan Allah. Akhirnya, dia dan hartanya ditenggelamkan ke dalam bumi.
“Maka Kami benamkan dia bersama rumahnya ke dalam bumi.” (QS. Al-Qasas)

Iskandariah, atau lebih dikenali sebagai Alexandria, adalah sebuah bandar bersejarah di Mesir yang terletak di pesisir L...
18/12/2024

Iskandariah, atau lebih dikenali sebagai Alexandria, adalah sebuah bandar bersejarah di Mesir yang terletak di pesisir Laut Mediterranean. Bandar ini dinamakan sempena Alexander the Great dan terkenal dengan sejarahnya yang kaya serta keindahan pantainya. Antara tempat menarik yang terdapat di Iskandariah ialah:

• Bibliotheca Alexandrina: Sebuah perpustakaan moden yang dibina untuk memperingati Perpustakaan Agung Alexandria yang dahulu.
• Kubu Qaitbay: Kubu abad ke-15 yang dibina di tapak Rumah Api Alexandria (Pharos) yang merupakan salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Purba.
• Istana Montaza: Istana diraja dengan taman-taman yang indah.
• Corniche Alexandria: Kawasan tepi pantai yang sangat indah untuk bersiar-siar.

Iskandariah masih kekal sebagai pusat budaya dan sejarah yang penting di Mesir.

Adakah anda merancang untuk ke sana?
Jom bersama kami tsk travel & tour sdn bhd.

“Jom Sertai TSK Travel untuk Umrah & Ziarah Mesir yang Luar Biasa!”Gabungkan keberkatan ibadah di Tanah Suci dengan peng...
14/12/2024

“Jom Sertai TSK Travel untuk Umrah & Ziarah Mesir yang Luar Biasa!”

Gabungkan keberkatan ibadah di Tanah Suci dengan pengalaman berharga menjelajahi keindahan dan sejarah Mesir.

TSK Travel menawarkan pakej eksklusif untuk anda yang ingin kelainan,menggabungkan spiritual dan pengetahuan dalam satu perjalanan

Trip Umrah Group Vip Satu Family 20 Jemaah Penutup Bagi Tahun 2024Semoga semua jemaah diberi kesihatan, kekuatan, dan ke...
13/12/2024

Trip Umrah Group Vip Satu Family 20 Jemaah Penutup Bagi Tahun 2024

Semoga semua jemaah diberi kesihatan, kekuatan, dan ketenangan dalam menunaikan ibadah, serta p**ang dengan umrah yang mabrur.

Umrah Ziarah Mekah Madinah Dubai Mesir

Di sekitar Mekah, terdapat banyak tempat menarik untuk ziarah yang berkaitan dengan sejarah Islam dan kehidupan Nabi Muh...
17/11/2024

Di sekitar Mekah, terdapat banyak tempat menarik untuk ziarah yang berkaitan dengan sejarah Islam dan kehidupan Nabi Muhammad SAW. Berikut adalah beberapa lokasi ziarah utama yang kami lawati:

1. Jabal Nur dan Gua Hira’

Terletak kira-kira 5 km dari Masjidil Haram.
Tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Jibril.

2. Jabal Thur

Lokasi Gua Thur, tempat Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar berlindung semasa hijrah ke Madinah.

3. Jabal Rahmah

Tempat Nabi Adam dan Hawa dipercayai bertemu semula selepas diturunkan ke bumi.
Terletak di Padang Arafah, kira-kira 20 km dari Masjidil Haram.

5. Mina dan Muzdalifah

Mina adalah tempat melontar jamrah semasa ibadah haji.
Muzdalifah p**a adalah lokasi jemaah berhenti seketika untuk mengutip batu melontar.

6. Padang Arafah

Tempat Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya semasa Haji Wada’.

10. Perkuburan Ma’ala

Tempat dikebumikan ahli keluarga dan sahabat Nabi SAW seperti Saidatina Khadijah.

Alhamdulillah, rezeki Ustaz Afif dan Family diundang Allah ke Tanah Suci Mekah buat kali pertama dan ditaja sepenuhnya o...
14/11/2024

Alhamdulillah, rezeki Ustaz Afif dan Family diundang Allah ke Tanah Suci Mekah buat kali pertama dan ditaja sepenuhnya oleh seorang jutawan yang dermawan.
Sesungguhnya, Allah Maha Memberi dan Maha Mengetahui rezeki hamba-hamba-Nya. Semoga perjalanan ini membawa berkat dan doa-doa yang ikhlas diijabah. Aamiin Ya Rabb.

Peluang dan rezeki adalah anugerah Allah, tak semua dijemput ke tanah suci Mekah. Maka, syukurilah setiap langkah yang d...
11/11/2024

Peluang dan rezeki adalah anugerah Allah, tak semua dijemput ke tanah suci Mekah. Maka, syukurilah setiap langkah yang diberi dan yakinlah, rezeki kita akan datang pada waktu yang tepat.

Address

Pintu Geng
Kota Bharu
15100

Telephone

+60133313302

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TSK Travel & Tours posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category