Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan

Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan Indahnya Kelantan

Penafian: Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC) tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau kesilapan kandungan di dalam laman Facebook ini.

Suasana di Masjid Kampung Laut bergema dengan semangat warisan dan keindahan silaturahim apabila delegasi Wanita PERKIM ...
26/04/2025

Suasana di Masjid Kampung Laut bergema dengan semangat warisan dan keindahan silaturahim apabila delegasi Wanita PERKIM Kebangsaan mengadakan satu lawatan penuh makna. Lawatan ini diserikan dengan keberangkatan YM Tunku Puan Sri Dato’ Hajah Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, merangkap Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga Ketua Wanita PERKIM Kebangsaan.

Menyusuri sejarah Masjid Kampung Laut, para delegasi dihidangkan dengan kisah keteguhan binaan tanpa paku dan warisan ini masih teguh berdiri melawan arus masa.

Cenderamata penuh makna disampaikan sebagai tanda ingatan tulus kepada YM Tunku Noor Hayati, manakala sesi fotografi p**a merakam momen berharga dalam lipatan memori ukhuwah.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

25 APRIL 2025 | JUMAATCamping Raya Vol. 2 bermula 24 - 27 April 2025 bertempat di Pantai Kemasin Bachok dianjurkan oleh ...
25/04/2025

25 APRIL 2025 | JUMAAT

Camping Raya Vol. 2 bermula 24 - 27 April 2025 bertempat di Pantai Kemasin Bachok dianjurkan oleh Pertubuhan Aspirasi Kreatif Kelantan. Acara "Camping Raya Lumba Pantai Vol. 2" adalah kesinambungan daripada edisi pertama yang telah berjaya menarik perhatian komuniti motosikal retro dan kereta retro di seluruh Kelantan.

Majlis perasmian Camping Raya Vol. 2 dirasmikan pada 25 April 2025 oleh YB Tuan Hj Mohd Huzaimy Che Husin ADUN Pantai Irama bersama YBrs En Nik Mohamad Fahmi Bin Nik Daud Pengarah Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan.

Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, acara ini bertujuan mengumpulkan peminat motosikal retro dan kereta retro untuk merapatkan ukhuwah melalui aktiviti santai, sukan permotoran, sukan rakyat dan hiburan.

Selain itu, acara ini berperanan sebagai platform untuk mempromosikan Pantai Kemasin sebagai destinasi pelancongan dan menjana ekonomi setempat.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

23/04/2025

Kemeriahan reruai Pelancongan Negeri Kelantan sempena program MATTA FAIR 2025 sepanjang 3 hari bertempat di MITEC, Kuala Lumpur.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Kampung Kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu adalah antara lokasi tarikan pelancongan utama di Negeri Kelantan....
22/04/2025

Kampung Kraftangan yang terdapat di bandar Kota Bharu adalah antara lokasi tarikan pelancongan utama di Negeri Kelantan. Walaupun namanya Kampung Kraftangan, namun ia bukanlah sebuah kampung yang sebenar. Ia merupakan simbol pelancongan yang dijadikan sebagai daya tarikan kepada pelancong. Di Kampung Kraftangan ini terdapat pelbagai jenis barangan seperti cenderamata, hasil kraftangan, barangan tradisional yang dijual untuk pengunjung. Barangan tersebut adalah meliputi barangan ukiran kayu, buluh, songket, raga, pelbagai jenis cenderamata dan hasil anyaman rotan.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

20 APRIL 2025 | AHADHari terakhir bagi reruai Pelancongan Negeri Kelantan bagi program MATTA FAIR 2025 telah pun melabuh...
21/04/2025

20 APRIL 2025 | AHAD

Hari terakhir bagi reruai Pelancongan Negeri Kelantan bagi program MATTA FAIR 2025 telah pun melabuhkan tirai di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Terima kasih yang tak terhingga kepada setiap pengunjung yang mengunjungi reruai Pelancongan Negeri Kelantan selama 3 hari kami.

Jumpa lagi di MATTA FAIR akan datang.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Kelantan 2025 telah membuka lembaran baharu dalam merencana masa d...
20/04/2025

Sesi Libat Urus Bersama Penggiat Industri Pelancongan Kelantan 2025 telah membuka lembaran baharu dalam merencana masa depan pelancongan negeri Kelantan.

Sesi ini juga menjadi medan muafakat dalam menyatukan suara dan mencambahkan idea demi memperkukuh hala tuju pelancongan Kelantan. Inisiatif ini merupakan langkah strategik dalam menjulang aspirasi negeri seiring dengan Kempen ‘Visit Malaysia 2026’ (VM 2026).

Turut dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tourism Malaysia atas sokongan padu dan kesungguhan berterusan dalam memperkasakan sektor pelancongan negeri serta menjadikan Kelantan sebagai destinasi pelancongan budaya dan warisan.

Semoga kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Tourism Malaysia terus utuh demi merealisasikan matlamat “Indahnya Kelantan 2025” & “Visit Malaysia 2026”.

°

19 APRIL 2025 | SABTUSekitar Hari Kedua Program MATTA FAIR yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji...
19/04/2025

19 APRIL 2025 | SABTU

Sekitar Hari Kedua Program MATTA FAIR yang dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur.

Pelbagai tawaran pakej pelancongan dalam dan luar negara. Dengan kehadiran ramai pengunjung yang mencari tawaran percutian, MATTA FAIR 2025 ini dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan jualan bagi peserta pameran seterusnya merangsang ekonomi sektor pelancongan. Jom
beramai-ramai memeriahkan Program MATTA FAIR 2025 kali ini.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Sekitar Hari Pertama Program Matta Fair yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (M...
18/04/2025

Sekitar Hari Pertama Program Matta Fair yang sedang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC), Kuala Lumpur selama tiga hari bermula 18 sehingga 20 April 2025.

Program ini menyediakan tawaran pakej penginapan serta pelancongan yang istimewa kepada semua pengunjung yang ingin berkunjung ke Kelantan.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Petang semalam telah menjadi saksi kepada satu lagi detik penting dalam usaha memperkukuh keselamatan perairan negeri Ke...
18/04/2025

Petang semalam telah menjadi saksi kepada satu lagi detik penting dalam usaha memperkukuh keselamatan perairan negeri Kelantan apabila YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri Besar Kelantan telah hadir membuat satu lawatan tinjauan strategik ke atas aset-aset milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia(APMM) di Tok Bali. Lawatan ini turut disertai oleh YB Datuk Kamarudin Md Nor, Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Kelantan. Turut hadir bersama adalah YB Dato’ Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail, EXCO Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Negeri Kelantan.

Tinjauan ini adalah bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan aset-aset keselamatan yang memainkan peranan penting dalam situasi kritikal bagi memastikan perairan negara sentiasa berada dalam keadaan aman serta terkawal.

Kehadiran pimpinan tertinggi negeri ini mencerminkan tekad serta komitmen Kerajaan Negeri Kelantan dalam memperkukuh hubungan bersama agensi penguatkuasaan demi menjamin kesejahteraan rakyat terutamanya komuniti pesisir pantai dan nelayan yang bergantung harap pada rezeki di laut sebagai nadi kehidupan mereka.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Pasar Siti Khadijah merupakan mercu tanda warisan dan pusat perdagangan utama di Kelantan. Keunikan pasar ini jelas ters...
15/04/2025

Pasar Siti Khadijah merupakan mercu tanda warisan dan pusat perdagangan utama di Kelantan. Keunikan pasar ini jelas terserlah apabila pasar ini diusahakan majoritinya oleh kaum wanita, dan ini telah menjadi satu identiti kepada pasar ini. Pasar Siti Khadijah ini mempunyai empat tingkat dan menjual pelbagai jenis barangan oleh peniaga daripada berpuluh-puluh kedai di bagunan tersebut.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

14/04/2025

Coming Soon 🔥



°

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE10 APRIL 2025Hari ini menandakan hari terakhir ...
10/04/2025

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
10 APRIL 2025

Hari ini menandakan hari terakhir TIC KELANTAN di MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025 kini rasmi melabuhkan tirai. Terima kasih yang tidak terhingga kepada setiap pengunjung yang mengunjungi reruai Pelancongan Negeri Kelantan selama 4 hari kami.

Kami berharap dapat menyambut anda lagi pada masa akan datang.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE9 APRIL 2025Hari ketiga TIC KELANTAN dimeriahka...
09/04/2025

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
9 APRIL 2025

Hari ketiga TIC KELANTAN dimeriahkan oleh pengunjung yang hadir bagi menyaksikan demostarsi seni pembuatan wayang kulit tradisional Negeri Kelantan. Proses pembuatan wayang kulit Negeri Kelantan memerlukan ketelitian dan kesabaran yang tinggi, bermula dari pemilihan kulit kerbau atau kambing, melukis reka bentuk karakter, hingga mengukir dan mewarnakannya dengan tangan.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE8 APRIL 2025Selesai hari kedua TIC KELANTAN yan...
08/04/2025

MALAYSIA OPEN HOUSE EXHIBITION @ ASEAN 2025
KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE
8 APRIL 2025

Selesai hari kedua TIC KELANTAN yang dihadiri oleh ramai pengunjung termasuk YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan juga Hot FM.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai Gunung Stong, merupakan sebuah gunung yang terletak di Dabong, Jajahan Kuala K...
08/04/2025

Gunung Setong atau turut dikenali sebagai Gunung Stong, merupakan sebuah gunung yang terletak di Dabong, Jajahan Kuala Krai, Kelantan, Malaysia.

Lokasi Gunung Setong terletak kira-kira 300 km ke barat daya dari bandar Kota Bharu. Walaupun berada di jajahan Kuala Krai, ia secara relatifnya terletak berhampiran dengan jajahan Gua Musang. Gunung ini terkenal dalam kalangan para pendaki dan pencinta alam oleh kerana laluan pendakiannya yang mencabar fizikal dan mental, namun menyajikan keindahan hutan belantara.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Lensa Kamera sekitar kemeriahan hari pertama Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Ke...
07/04/2025

Lensa Kamera sekitar kemeriahan hari pertama Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) anjuran Kementerian Kewangan hari ini.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Ayuh raikan keindahan warisan dan nilai Islam dalam Seminar Kebudayaan Islam 2025 yang akan berlangsung pada 📅 14 April ...
04/04/2025

Ayuh raikan keindahan warisan dan nilai Islam dalam Seminar Kebudayaan Islam 2025 yang akan berlangsung pada

📅 14 April 2025 (Isnin)
⏰ 8.00 pagi - 1.00 tengahari
📍Dewan Putik, Pengkalan Chepa, Kota Bharu

Majlis penuh barakah ini akan dirasmikan oleh YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Bin Haji Daud (Menteri Besar Kelantan)

Lebih istimewa, seminar ini akan menampilkan panel jemputan, moderator dan penceramah ternama yang sarat dengan ilmu dan pengalaman pastinya menjanjikan perkongsian yang bukan sahaja hebat, malah membuka pemikiran anda.

Semua dijemput hadir beramai-ramai dan ayuh kita hayati budaya serta nilai Islam dalam suasana yang penuh ilmu dan harmoni.

SILA IKUTI KAMI / PLEASE FOLLOW US :-

Facebook : facebook.com/tic.kelantan
Tiktok : tiktok.com/
Instagram : instagram.com/tickelantan
Youtube : youtube.com/
Laman Web : tourism.kelantan.my
Portal : https://arcg.is/15OGHn1



°

Address

Jalan Sultan Ibrahim
Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Friday 08:00 - 12:30
14:30 - 17:00
Saturday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan:

Share