Homestay Baitilhisan HUSM Kubang Krian Kota Bharu

Homestay Baitilhisan HUSM Kubang Krian Kota Bharu A comfortable and affordable homestay. Free unlimited wifi
All aircond

Just across HUSM
Come and st
(41)

Satu bas. Dari jabatan kerajaan di Taiping.Bas boleh masuk. Tak perlu ambil semua bilik.Tiada limit tamu. Silakan.
13/11/2024

Satu bas. Dari jabatan kerajaan di Taiping.

Bas boleh masuk.
Tak perlu ambil semua bilik.

Tiada limit tamu. Silakan.

Bismillah.Memandu kereta sewa di UK. Pengalaman pertama. London-Manchester-Edinburgh dan Pulang.1. Sebelum pergi, kita t...
04/11/2024

Bismillah.

Memandu kereta sewa di UK. Pengalaman pertama. London-Manchester-Edinburgh dan Pulang.

1. Sebelum pergi, kita tanyalah kawan2 yg biasa pergi. Sangat membantu membuat keputusan.

2. Rujuk dengan semua online co. yg ada.

3. Boleh pakai lesen Malaysia.

4. Bayar hanya dengan kredit card. Baki boleh guna mesti kira sekali dengan deposit antara 500-1000 Paun.

5. Ambiklah insuran zero acces. Minda lebih tenang, ada stone chip pun dia cas 100paun. Jem. Katanya ada takaful malaysia yg boleh cover. Sila semak lah.

6. Macam2 kereta ada. Pastikan seat tak lebih dari penumpang. Datang 7 orang, jgn ambik vw polo.

7. Harga macam2. Saya dapat dari Alamo. Volvo XC90 B5. RM500 sehari.

8. Always observe speed limit. Bus lane. Kamera merata-rata.

9. Parking bayarlah. Paling mahal kami kena 8 paun sejam.

10. Jalan2 di London, tak perlu sewa kereta ada macam2 cas. Serabut.

11. Jalan sempit. Parking kecik.

12. Minyak mahal. Lebih kurang rm9 satu liter. Di hiway lagi mahal. Nak isi angin kena bayar 1 paun. Ampeh.

13. Pemandangan. Subhanallah.

14 Bila pulang doalah banyak2 takda saman. Hahah.

Alhamdulillah.

Bismillah.Ini eklan homestay.25 tahun.1993. Tamat spm, saya terus cuti. Di rumah. Saya tidak pulang ke Maahad Ahmadi unt...
04/10/2024

Bismillah.
Ini eklan homestay.

25 tahun.

1993. Tamat spm, saya terus cuti. Di rumah. Saya tidak pulang ke Maahad Ahmadi untuk sambung thanawi 3. Cukuplah. Saya mana ada tokoh nak mengaji di Mesir. Di Salford ok lah.

Saya isi borang upu. Abang saya kata. Dah. Kau mintak Law. Dalam kepala, mengaji Syariah lah. UIA ni. Bukan uni sekular.

Saya pegi interviu. Depan Tuan Syed Tahir. Pakai baju melayu lengkap. Hijau. bersamping. Supaya tukang interview nampak lain lah sikit. Tapi ada juga makhluq pakai macam saya. Namanya Iqram. Kacau daun betul.

Kemudian. Kami mendaftar di Matrik UIA. Lembah Pantai. Saya ambil APT (test Arabic). Dapat level 4 dari 6. Not bed. Rily not bet.

Kemudian EPT(Bahasa English) dapat Level 1. Ini level paling pandai lah. The rest is histeria.

Saya mau mengaji saja. Budak kampung. Tak pernah beli atau pakai jeans pun. Menggigil lari di sapa apok jalan cokit.

Tapi apakan daya. Ada budak Kelantan, Lawa. Baju kurung merah. Gheboh boh. Ghobahh. Jem. Tulis panjang2 ni, mau cerita yg ini saja.

Satu hari balik dari kem wataniah. Saya cal guna publik phone. Saya kata, marilah kita kahwin. Makan modal ni. And the rest is hesteria olso.

Di akhir tahun 3 pengajian, kami menikah. 26.06.1999. Maleh tunggu 9999 tu itu bomba.

Anak kami yg sulung, ada menghuni rahim mama, sewaktu mengambil skroll graduasi di Gombak.

Tahun ini. Iya. Ini tahun 2024. 25 tahun. Jubli Perak. Pastilah ia amat istimewa. Kami raikan di United Kingdom dengan anak2. Apa barang Uzbekistan.

Terlalu sikit syukur ini, ketimbang nikmat. Dalam susah, dalam senang dia tetap percaya dan meyakinkan saya untuk teguh bahawa Allah sebaik-baik pengatur.

25 tahun. 6 anak. 13 biji kereta, 12 kali pindah rumah. 1 homestay 15 bilik. Hutang ada. Semoga Allah meluaskan rezeki. Sedikit catatan perjalanan itu.

Alhamdulillah. Terima kasih Allah. Kerana memilih teman hidup untuk saya.

Doakan kami.
Aaminn.

Bismillah.Tiba jua hari akhir itu. Dr. Ayu Try Sartika bersama Suami dan anakanda Kinan, dari Makasar, Sulawesi, Indones...
28/09/2024

Bismillah.

Tiba jua hari akhir itu.

Dr. Ayu Try Sartika bersama Suami dan anakanda Kinan, dari Makasar, Sulawesi, Indonesia. Ada pengajian di HUSM. Satu bulan.

Dr. Ayu menginap sejurus selepas 3 orang Dr. muda Indonesia menginap satu bulan juga.

Alhamdulillah. Syukur kami ada sedikit cerita dalam kerjaya Dr2 ini.

Bismillah.Berikut adalah cacatan perjalanan dari Kota Bharu ke United Kingdom. 12-23 Sep 2024. Berlima dari KLIA. Berena...
26/09/2024

Bismillah.

Berikut adalah cacatan perjalanan dari Kota Bharu ke United Kingdom. 12-23 Sep 2024. Berlima dari KLIA. Berenam di UK. Pulang Berempat ke KLIA

Kami musafir ke UK. Kali pertama setelah 3 tahun Hisan mengaji di Manchester. Dari nama anak sulung kami ini lah, asalnya Baitilhisan.

1. Tiket Emirates Di beli 3 bulan dahulu. Lebih kurang RM3200 seorang return. (RM12100) Empat orang

2. Sewa kereta dari London ke Edinburgh dan pulang 8 hari. Rm4000

3. Sewa penginapan total GBP1199 (RM6620)

Bersambung....

08/07/2024

Bismillah.

Ada pakej bilik rahmah
Rm50 sahaja. Ekon, peti sejuk.

Selalu penuh.

14/06/2024

Bismillah

Untuk raya haji, masih boleh. Available. Sila sila

Bismillah.Untuk hari raya, kami masih available. Tahun ini, kami tutup tempahan di OTA. hanya yg direct sahaja. Time ray...
19/03/2024

Bismillah.

Untuk hari raya, kami masih available. Tahun ini, kami tutup tempahan di OTA. hanya yg direct sahaja. Time raya ni, takda cukup staff untuk mengemas kalau back to back booking.

Silakan Tuan2.

Bismillah.Masa terasa pantas berlalu. Ini sudah hampir menyudahkan tahun ke 3 pengajian di Manchester.Sebahagian rakan, ...
26/01/2024

Bismillah.

Masa terasa pantas berlalu. Ini sudah hampir menyudahkan tahun ke 3 pengajian di Manchester.

Sebahagian rakan, akan tamat tahun ini dan majlis konvokesyen dijangka pada Julai.

Bagi Anakanda sulung kami, belum lagi. Demi memenuhi keperluan Board of Engineers Malaysia, harus ditambah 1 tahun lagi.

Tambahan setahun ini membolehkan anak2 Malaysia menamatkan pengajian di Peringkat Masters of Engineering (MEng).

Semoga Allah memberi kemudahan.
Aaminn.

29/12/2023

Bismillah.

Sejak bulan mac, setiap 3 bulan kami menerima tamu doktor2 muda yg mulia dari Oman. Word of mouth marketing saja.

Mereka akan menginap selama 6 minggu sehingga selesai urusan pengajian di HUSM.

Ini dipaksa kami minum teh 'karak'. Iya memang sedapp lahh. Kalah yg di Balqis tu.

Alhamdulillah.

Tahniah anak abahAbh maghin, mimpi saja lah. Dewa2 pun tak dapat. A for Allah.
29/12/2023

Tahniah anak abah
Abh maghin, mimpi saja lah. Dewa2 pun tak dapat. A for Allah.

26/12/2023

Sumbangan ihsan buat mangsa musibah banjir oleh Yayasan Petronas

Address

Hadapan HUSM
Kota Bharu
15200

Telephone

+60193894647

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Baitilhisan HUSM Kubang Krian Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Baitilhisan HUSM Kubang Krian Kota Bharu:

Videos

Share