In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu

In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu Kami menguruskan pakej pelancongan dalam dan luar negeri dengan perkhidmatan yang terbaiik

Salam Isra' wal Mikraj dari kami di In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu.“Malam Israk Mikraj mengajar kita erti ke...
27/01/2025

Salam Isra' wal Mikraj dari kami di In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu.

“Malam Israk Mikraj mengajar kita erti ketaatan dan keimanan. Mari kita pertingkatkan kualiti solat dan amalan kita."




16/01/2025

Tertakluk kepada keperluan masing-masing.

Digalakkan ke atas jemaah sediakan ubat-ubatan utk kegunaan masing-masing dengan secukupnya.

KEKASIH HATI PART 2Bolehkah Wanita Yang Uzur Menziarahi Rasulullah SAW?Mengikut  mazhab Syafie, wanita didatangi haid @ ...
15/01/2025

KEKASIH HATI PART 2

Bolehkah Wanita Yang Uzur Menziarahi Rasulullah SAW?

Mengikut mazhab Syafie, wanita didatangi haid @ nifas diharamkan berada di dalam masjid. Namun jika wanita yang didatangi haid @ nifas masuk ke dalam masjid dari satu pintu dan dia terus berjalan tanpa berhenti sehingga dia keluar dari masjid tersebut melalui satu pintu pintu yang lain, maka laluannya di dalam masjid tersebut adalah makruh jika laluan tersebut tanpa sebarang keperluan.

Manakala mengikut pandangan Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir, wanita kedatangan haid @ nifas dibolehkan masuk ke dalam masjid Rasulullah SAW untuk tujuan menziarahi Baginda SAW kerana menziarahi Baginda SAW adalah termasuk di dalam kategori laluan di dalam masjid disebabkan ada tujuan.

KEKASIH HATI PART 1Hukum menziarahi Rasulullah SAWAl-Imam al-Tobaroniyy telah meriwayatkan melalui sanad beliau: عَن ابْ...
13/01/2025

KEKASIH HATI PART 1

Hukum menziarahi Rasulullah SAW

Al-Imam al-Tobaroniyy telah meriwayatkan melalui sanad beliau:

عَن ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلِّمَ: ((مَنْ زَارَ قَبْرِى بَعْدَ مَوْتِى، كَانَ كَمَنْ زَارَنِى فِى حَيَاتِى))

Maksud: "Daripada [Sayyidina Abdullah] bin Umar, beliau telah berkata: Rasullullah SAW telah bersabda: "Barang siapa yang telah menziarahi kuburku selepas kewafatanku, dia adalah seperti menziarahi sesiapa sahaja yang telah menziarahiku semasa hayatku."



TAWAF PERPISAHAN PART 3Apakah Hukuman Bagi Orang Yang Tidak Melakukan Tawaf Perpisahan?Wajib melakukan penyembelihan den...
08/01/2025

TAWAF PERPISAHAN PART 3

Apakah Hukuman Bagi Orang Yang Tidak Melakukan Tawaf Perpisahan?

Wajib melakukan penyembelihan dengan sebab-sebab tertentu.

TAWAF PERPISAHAN PART 2Adakah Tawaf Perpisahan Memerlukan Niat?Ya, Tawaf perpisahan memerlukan kepada niat. Dan hukum ba...
07/01/2025

TAWAF PERPISAHAN PART 2

Adakah Tawaf Perpisahan Memerlukan Niat?

Ya, Tawaf perpisahan memerlukan kepada niat. Dan hukum bagi niat Tawaf Perpisahan adalah Wajib.

06/01/2025

🤲الحمد للَّه على كل حال🤲

In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu telah mengadakan Kursus Umrah di:

📍Tempat: Masjid Al Fathul Mubin (Masjid Mukim) Kg Tok Sadang, Badang, 15350 Kota Bharu, Kelantan

🗓️Tarikh: 04/01/2025

⏰Masa: 9:30 am - 12:30 pm

✨Penceramah: USTAZ HJ. ABD. FATTAH BIN HJ. JAAFAR

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para jemaah yang telah menghadiri kursus umrah tersebut dan kami memohon maaf di atas segala kekurangan daripada pihak kami. Semoga Allah SWT permudahkan segala urusan kita dalam menunaikan umrah dan sepanjang hidup kita. Aaminnn Ya Rabbal Alamiin 🤲🤲🤲

TAWAF PERPISAHAN PART 1Hukum Melaksanakan Tawaf Perpisahan.
02/01/2025

TAWAF PERPISAHAN PART 1

Hukum Melaksanakan Tawaf Perpisahan.

NASIHAT UMUM PART 4Mengambil Berat Terhadap Doa Di Tempat-Tempat Mustajab.
01/01/2025

NASIHAT UMUM PART 4

Mengambil Berat Terhadap Doa Di Tempat-Tempat Mustajab.

[KURSUS UMRAH TERBUKA DAN PERCUMA]🕌 TEMPAT : MASJID AL FATHUL MUBIN (MASJID MUKIM) KG TOK SADANG, SADANG 15350 KOTA BHAR...
31/12/2024

[KURSUS UMRAH TERBUKA DAN PERCUMA]

🕌 TEMPAT : MASJID AL FATHUL MUBIN (MASJID MUKIM) KG TOK SADANG, SADANG 15350 KOTA BHARU, KELANTAN

🗓️ TARIKH : 04 JANUARI 2025

⏰ MASA : 9.30 PAGI - 12.30 TENGAH HARI

👨🏻‍🏫 PENCERAMAH : USTAZ HJ. ABDUL FATTAH BIN HJ. JAAFAR

📍Location : Boleh rujuk no. telefon di bawah

📞 Jika berminat dan untuk menyertai kursus umrah ini dan untuk dapatkan LOCATION tuan/puan boleh hubungi no dibawah
http://www.wasap.my/601137559013/kursusumrah

Kehadiran tuan puan semua amatlah dialu alukan😁

✨FACEBOOK
📍https://www.facebook.com/profile.php?id=100065144042814&mibextid=ZbWKwL

✨Tiktok
📍https://www.tiktok.com/.kota?_t=8qAZ7VoPtxq&_r=1

✨Instagram
📍https://www.instagram.com/invites/contact/?igsh=1c6vtvqhvsikl&utm_content=twrlt9d

NASIHAT UMUM PART 3MEMPERBANYAKKAN MELIHAT KAABAH DENGAN PENUH KEIMANAN DAN PENGHARAPAN.Firman Allah SWT:إِنَّ أَوَّلَ ب...
30/12/2024

NASIHAT UMUM PART 3

MEMPERBANYAKKAN MELIHAT KAABAH DENGAN PENUH KEIMANAN DAN PENGHARAPAN.

Firman Allah SWT:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia."

(Surah Ali Imran: 96)

NASIHAT UMUM PART 2BANYAKKAN MINUM AIR ZAMZAM Doa ketika minum air zamzam untuk mendapatkan keampunan daripada Allah SWT...
29/12/2024

NASIHAT UMUM PART 2

BANYAKKAN MINUM AIR ZAMZAM

Doa ketika minum air zamzam untuk mendapatkan keampunan daripada Allah SWT:

الَّلهُمَّ إِنَهُ بَلَغَنِى عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَآلِهِ وسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: (( مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ ))، وَإِنِّي أَشْرَبُهَا لِتَغْفِرَلِى، اللَّهُمَّ اغْفِرْلِى."

Maksud: "Ya Allah, Sesungguhnya terdapat satu hadis daripada Rasulullah SAW yang telah sampai kepadaku bahawa sesungguhnya Baginda telah bersabda: Air Zamzam adalah [diminum] untuk apa [sahaja tujuan] ia diminum. Sesungguhnya daku minum air ini supaya Engkau mengampunkan untukku [akan segala dosaku]. Ya Allah, ampunkanlah untukku."

NASIHAT UMUM PART 1Memperbanyakkan Ibadah Solat Di Dalam Masjid Al-Harom. Solat di Masjid Al-Harom adalah lebih baik dar...
26/12/2024

NASIHAT UMUM PART 1

Memperbanyakkan Ibadah Solat Di Dalam Masjid Al-Harom.

Solat di Masjid Al-Harom adalah lebih baik daripada seribu solat di masjid-masjid yang lain.

Selain itu, antara keistimewaannya solat
Di Masjid al-Harom, jemaah juga berpeluang melaksanakan solat jenazah boleh dikatakan setiap kali selesai solat fardu, pasti akan ada jenazah yang akan disolatkan di dalam masjid.

Pahala solat jenazah seumpama sebesar gunung Uhud. Maka berapa banyak pahala mendirikan solat dalam Masjid Al-Harom yang pahala solat di dalamnya lebih baik daripada seratus ribu kali ganda berbanding solat di tempat-tempat yang lain.

Alhamdulillah In Saff Travel & Tours Sdn Bhd telah mengeluarkan harga pakej haji 2025. Berminat?Daftar segera di:010-542...
24/12/2024

Alhamdulillah In Saff Travel & Tours Sdn Bhd telah mengeluarkan harga pakej haji 2025. Berminat?

Daftar segera di:

010-5429878 (pejabat)
011-37559013 (Masyitah)
010-8201863 (Ayu)

PANTANG LARANG IHRAM PART 2.Pelanggaran Kedua: Seorang Wanita Memakai Sarung Tangan.Ketika berada dalam ihram, wanita da...
24/12/2024

PANTANG LARANG IHRAM PART 2.

Pelanggaran Kedua: Seorang Wanita Memakai Sarung Tangan.

Ketika berada dalam ihram, wanita dan juga lelaki dilarang memakai sarung tangan. Bagi mereka yang tidak mengetahui pengharaman memakai sarung tangan semasa dalam ihram, hendaklah mereka membuka sarung tangan sebaik sahaja menyedari kesilapan tersebut.

✨Sumber rujukan: Kitab Panduan Lengkap Umrah dan Ziarah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam karya Hairul Nizam Bin Mat Husain

PANTANG LARANG IHRAM.Pelanggaran pertama: Tindakan Seorang Lelaki Memakai Pakaian Yang Berjahit dan Memakai Kasut Yang M...
23/12/2024

PANTANG LARANG IHRAM.

Pelanggaran pertama: Tindakan Seorang Lelaki Memakai Pakaian Yang Berjahit dan Memakai Kasut Yang Membaluti Kakinya.

✨Sumber rujukan: Kitab Panduan Lengkap Umrah dan Ziarah Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam karya Hairul Nizam Bin Mat Husain

Address

UNIT 70 ARAS 1, KOTA BHARU CITY POINT
Kota Bharu
15000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Saturday 09:30 - 17:00
Sunday 09:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to In Saff Travel & Tours Cawangan Kota Bharu:

Videos

Share

Category