Homestay Kota Bharu

Homestay Kota Bharu mozaf homestay...
(2)

PIPIT, GAGAK & NABI IBRAHIM A.S.Ada org mampu ke sana,Ada org mampu bawa suara Malaysia,Ada org mampu condemn,Ada org ma...
25/12/2023

PIPIT, GAGAK & NABI IBRAHIM A.S.

Ada org mampu ke sana,
Ada org mampu bawa suara Malaysia,
Ada org mampu condemn,
Ada org mampu boikot,
Ada org mampu share,
Ada org mampu berdoa,

You do what you can..

Ketika Namrud Laknatullah cuba utk membakar Nabi Ibrahim a.s hidup-hidup, kelihatan burung pipit cuba menangguk air di paruh dan menuju ke tempat Nabi Ibrahim a.s.

Gagak kemudian kehairanan..

"Untuk apa air yang kau bawakan?", tanya si Gagak.

"Aku mengambil air untuk memadamkan api," jawab burung pipit.

Gagak bertanya lagi, "Api apa?"

"Api yang disiapkan untuk membakar Ibrahim," jawab burung pipit.

Gagak pun melihat burung pipit dengan pandangan yg pelik. Dia merasa bingung, bagaimana mungkin titisan air yang dibawa burung pipit mampu memadamkan api yg sedang marak membakar..

"Engkau yakin bahwa dirimu dapat memadamkan api sebesar itu? Apakah air yang kau titiskan dari paruhmu sia-sia saja? Engkau hanya menyusahkan dirimu saja," kata gagak mencemuh burung pipit.

"Setidaknya, aku punya alasan di hadapan Rabbku kelak, di posisi siapa aku berdiri. Aku ingin berusaha, setidaknya dengan menunjukkan siapa yang aku bela", balas Pipit.

Hari ini, gagak-gagak muncul semakin ramai, dalam kalangan kita sendiri, biar pun usaha kita seperti pipit, walau sekecil zarah sekali pun, usaha. Buatlah.

Supaya ada jawapan kita dihadapan Rabb nanti.

Teruskan, teruskan, teruskan.

InsyaAllah semoga doa dan usaha kita Allah swt makbulkan. InsyaAllah..

08/12/2023
Bila sebut tentang ujian, setiap manusia ada ujian masing-masing.Ada yang di uji dengan kemiskinan. Ada yang di uji deng...
07/12/2023

Bila sebut tentang ujian, setiap manusia ada ujian masing-masing.

Ada yang di uji dengan kemiskinan.

Ada yang di uji dengan kesakitan.

Ada yang di uji dengan masalah orang sekeliling yang sering fitnah, kutuk dan membuka aibnya.

Ada yang di uji dengan masalah keluarga yang porak peranda.

Ada yang di uji dengan maksiat. Ketagih sehingga jatuh berkali-kali.

Namun...

Setiap ujian itu hanya satu yang Allah mahu.

Allah mahu kita kembali padaNya.

Allah gembira mendengar suara kita.

Allah rindu mendengar rintihan kita.

Allah amat mencintai kita.

Yakinlah teman...

Allah akan balas segala kesabaranmu dengan syurga yang kekal selamanya!

Tika itu, tiada lagi kesedihan, tiada lagi bebanan, tiada lagi tangisan dan kesakitan. Yang ada cuma kebahgiaan.

MOZAF HOMESTAYKOTA BHARU KELANTANUntuk Tempahan🏡🏡🏡Hubungi ☎️013-9837382 atau https://wa.me/60139837382Kemudahan fasiliti...
04/12/2023

MOZAF HOMESTAY
KOTA BHARU KELANTAN

Untuk Tempahan🏡🏡🏡

Hubungi ☎️013-9837382 atau https://wa.me/60139837382
Kemudahan fasiliti yang dekat dan menjimatkan masa
- Pusat Bandar Kota Bharu (3km)
-pasar Siti Khadijah (3 km)
- masjid al aman (20m)
- Restoran Kopitiam Kita (2 km )
- Hospital Raja Perempuan Zainab 2 HRPZ 2 (2km)
- Wisma Persekutuan, Jalan Bayam (2.5 km)
- Wakaf Che Yeh (8 km)
- stadium sultan muhammad iv (2.5 km)

*QUNUT NAZILAH RINGKAS*Kata Tuan Guru Syaikh Ibrahim Masran Al-Banjari Hafizahullah Taala:Kepada sesiapa yang teringin m...
04/12/2023

*QUNUT NAZILAH RINGKAS*

Kata Tuan Guru Syaikh Ibrahim Masran Al-Banjari Hafizahullah Taala:

Kepada sesiapa yang teringin membaca qunut nazilah dalam solatnya, tetapi tidak hafal. Atau kepada makmum yang mengikuti imam, tetapi imamnya tidak membaca qunut nazilah.

Maka bolehlah dia membaca doa paling ringkas ini agar terkabul hasratnya untuk melakukan sesuatu yang berharga kepada saudara-saudara kita di Palestin. Iaitu berdoalah dengan lafaz:

*اَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ*

*"ALLAHUMMA 'ALAIKA BIL YAHUDI"*

_*"Ya Allah, kepada-Mu lah kami serahkan urusan orang Yahudi"*_

Doa ini yang ringkas sebutannya, tetapi padat maknanya. Ia meliputi permohonan kita kepada Allah Ta'ala agar Allah Ta'ala :

= membinasakan kezaliman dan kejahatan orang Yahudi,
= menghancurkan kekuatan bala tentera Yahudi,
= memecahbelahkan persatuan orang Yahudi,
= menggagalkan segala perancangan orang yahudi,
= dan supaya Allah Ta'ala terus menimpakan kehinaan kepada musuh-musuh Islam khususnya dari kalangan orang Yahudi.

Jangan dilihat kepada ringkasnya doa, tetapi pandanglah kepada kekuatan doa!

*Semoga kita semua dapat mengamalkannya, In Shaa Allah*.

- Petikan Kalam Tuan Guru Syaikh Ibrahim Masran Al-Banjari Hafizahullah Taala

Ustaz ada seorang kawan. Dia pencen askar. Untuk isi masa lapang, dia berniaga pisang goreng di tepi jalan. Bila dah ber...
27/11/2023

Ustaz ada seorang kawan. Dia pencen askar. Untuk isi masa lapang, dia berniaga pisang goreng di tepi jalan.

Bila dah berniaga tepi jalan ni, faham-fahamlah. Pakaian biasa-biasa saja. Kadang nampak selekeh apa adanya. Lengan penuh parut kena percikan minyak panas.

Sahabat saya ni berniaga pisang goreng dari tengah hari sampai petang. Berjemur tengah panas hampir setiap hari.
Apa yang menariknya,

Setiap kali azan, dia berhenti jual pisang goreng, tutup warung. Cepat-cepat bersiap ke masjid untuk solat jemaah. Tak kira pelanggan datang atau tak ada, dia tetap akan siap-siap untuk ke masjid.

Ada satu hari, dia jadi imam.

Pada rakaat keempat, dia sujud lama. Tak bangun-bangun. Bila jemaah lain datang check, rupanya dia dah meninggal dunia. Hembus nafas terakhir ketika sujud.

Innalillahiwainnailaihirojiun…

Alhamdulillah, saya berpeluang untuk turut mandikan jenazah sebab agak rapat dengan arwah. Lengan berparut kesan kena minyak panas semuanya suci bersih. Hilang begitu saja. Wajah dia p**a tenang dan tenteram dilihat.

SubhanaAllah. Allah muliakan dia dengan pilih dia meninggal ketika dalam sujud solat Jemaah di masjid. Husnul Khatimah. InshaAllah.
Kalau tengok secara zahir kehidupan dia semasa berniaga tepi jalan jual pisang goreng tu memang tak sangka akan temui kematian semulia itu.

Allahuakbar. Hebat kurniaan Allah.
Tuan puan, kadang kita ni mudah nak bersangka-sangka bila tengok orang lain.

Tengok orang susah tepi jalan, kita mula pandang sinis. Macam-macam sangka buruk timbul dalam fikiran.

Boleh jadi juga orang yang kita nampak selekeh tu lebih kaya dari kita.

Tengok orang berniaga tepi jalan sepanjang hari, kita fikir mereka ni mesti tinggalkan solat.
Ingatan untuk diri ustaz sendiri dan tuan puan semua, jangan s**a bersangka-sangka bila tengok orang lain.

Sebaiknya saling mendoakan.

Ada seorang sahabat nabi yang dijanjikan sebagai calon ahli syurga. Beliau adalah Saad Bin Abi Waqash. Ketika ditanya apa amalan yang membawanya ke syurga beliau jawab,

“Aku tidaklah sehebat manusia lain dalam urusan ibadah mahupun ketaatan. Namun, aku sama sekali tidak mempunyai prasangka buruk kepada sesiapa pun termasuk tidak berkata buruk tentang sesiapa pun.”

Lalu balas sahabat yang bertanya: “Sungguh! Inilah perkara yang paling s**ar dilakukan oleh mana-mana manusia.”
MashaAllah, besarnya manfaat orang yang tidak bersangka buruk kepada orang lain.

Tuan puan, ustaz kongsi 6 tip jadi orang tidak bersangka buruk pada orang lain menurut Sheikh Abdul Kadir Jailani:

1. Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu.
Ucapkan dalam hati: "Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

2. Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah dalam hatimu: "Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku".

3. Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah dalam hatimu: "Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

4. Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah dalam hatimu: "Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku.

5. Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah dalam hatimu: "Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

6. Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah dalam hatimu: "Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.
Tuan puan yang ustaz hormati,

Kita mudah bersangka buruk pada orang sebab rasa diri kita lebih baik. Berhati-hatilah dengan rasa ‘diri lebih baik ini’. Sebab perasaan inilah menyebabkan iblis tidak mahu sujud kepada Nabi Adam atas perintah Allah SWT.

Kata Iblis laknatullah:

“Aku lebih baik dari kamu. Aku dari api sedang kau dari tanah.”
Sama-sama kita ambil iktibar dan pelajaran.

Baik atau buruk diri kita atau orang lain,
cukuplah Allah yang beri penilaian.

25/11/2023

Hidup adalah menunggu.

Menunggu kematian.

Perbezaannya terletak pada apa yang dilakukan ketika kita menunggu.

Beruntunglah mereka yang menunggu dengan memanfaatkan waktu sebaik mungkin untuk beramal produktif.

Rugilah mereka yang menunggu dengan membuang waktu dan tidak mengumpulkan pahala sebanyak yang mungkin.

Kita menunggu untuk p**ang.

Sebab rumah sebenar adalah kubur.

Kampung sebenar adalah akhirat.

S**a atau tidak. Percaya atau tidak kita pasti akan p**ang ke sana.

MOZAF HOMESTAYKOTA BHARU KELANTANUntuk Tempahan🏡🏡🏡Hubungi ☎️013-9837382 atau https://wa.me/60139837382Kemudahan fasiliti...
04/10/2023

MOZAF HOMESTAY
KOTA BHARU KELANTAN

Untuk Tempahan🏡🏡🏡

Hubungi ☎️013-9837382 atau https://wa.me/60139837382
Kemudahan fasiliti yang dekat dan menjimatkan masa
- Pusat Bandar Kota Bharu (10 minit ke pusat bandar)
-pasar Siti Khadijah (10 minit)
- masjid al aman (20m)
- Restoran Kopitiam Kita (5minit)
- Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Lelaki) (5minit)
- Hospital Raja Perempuan Zainab 2 (10minit)
- Wisma Persekutuan, Jalan Bayam (10minit)
-wakaf che yeh (8 km)

Assalamualaikum. Tawaran pekerjaan di pasir mas. Perempuan dan bujang sahaja. Jujur, amanah dan jaga solat. Gaji 4 angka...
31/08/2023

Assalamualaikum. Tawaran pekerjaan di pasir mas. Perempuan dan bujang sahaja. Jujur, amanah dan jaga solat. Gaji 4 angka. Pm atau whtsapp ke 0139508008 untuk pertanyaan lanjut

KENAPA KAMU DIAM?Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta atau berjalan-jalan atau berada di pasar atau ketika di ...
14/08/2023

KENAPA KAMU DIAM?

Kenapa kamu diam? Apabila kamu di dalam kereta atau berjalan-jalan atau berada di pasar atau ketika di pejabat atau di mana-mana sahaja.
Kenapa kamu diam? Sedangkan setiap detik daripada umur kamu itu dihisab oleh Allah.
Ucaplah Istighfar, bacalah Al-Quran. Jika kamu tidak hafal, maka bacalah dan ulanglah Al-Fatihah seribu atau dua ribu kali nescaya ia takkan memudharatkanmu bahkan ia memberi manfaat.
Kenapa kamu diam? Beristighfarlah, bertahlillah (sebut لا ٳله ٳلا الله). Bila kamu berhenti di lampu isyarat sambil menanti lampu hijau, kenapa kamu diam? Beristighfarlah, Bacalah, Ulanglah...

Kenapa kamu diam??

Kalahkan pendengki dengan kesabaran anda.Berkata Abu Tammam rahimahullah;اصبر على مضض الحسود فإن صبرك قاتلهالنار تأكل بع...
07/08/2023

Kalahkan pendengki dengan kesabaran anda.

Berkata Abu Tammam rahimahullah;

اصبر على مضض الحسود فإن صبرك قاتله
النار تأكل بعضها إن لم تجد ما تأكله

"Bersabarlah atas kesakitan yang disebabkan oleh pendengki kerana kesabaran kamu itu akan membunuhnya. Api akan
makan dirinya sendiri apabila tidak ada apa-apa lagi yang
hendak dimakannya." -Dipetik terjemahannya dari kelas Balaghah. Dan ini adalah Tasybih Baligh, Tasybih Tamsil dan Tasybih Dhimni.

Difahami dari bait syair ini;

1. Jika ada yang berdengki dengan anda dan anda tersakiti, maka jalan penyelesaiannya adalah anda perlu bersabar sahaja. Biarkan dia dengan perasaan dengkinya itu. Kerana apabila anda memilih untuk bersabar, tindakan sabar anda itulah yang akan membunuhnya. Sabar anda itu akan membuatkannya kalah, tidak bahagia dan terduduk hina.

2. Seperti api. Jika sudah tidak ada lagi bahan bakar untuk dimamahnya, akhir sekali dia akan memamah dirinya sendiri. Lama kelamaan api itu terpadam mati.

Sabar itu hanya berlaku tatkala ditimpa ujian sahaja. Dan setiap ujian pasti berakhir. Ia tidak mengambil masa yang lama. Fahamilah ...

Manakala syukur itu berlaku sepanjang hidup kita kerana kita sentiasa menerima pelbagai ni'mat daripada Allah. Maka teruskanlah hidup anda dengan rasa syukur itu.

Abaikan para pendengki anda. Apapun anda juga mesti menutup segala pintu yang mengakibatkan diri anda didengki. Tutuplah serapat yang boleh.

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, untuk meningkatkan kualiti hidupnya.Jadi, ujian itu diberikan buk...
02/08/2023

Setiap manusia pasti akan diuji dengan pelbagai ujian, untuk meningkatkan kualiti hidupnya.

Jadi, ujian itu diberikan bukan untuk buat kita lebih bermasalah, tapi untuk meningkatkan darjat kita di sisiNya.

Hidup ini mesti ada masalah, ertinya sepanjang hidup kita akan sentiasa berhadapan dengan masalah.

Kalau ada orang yang tak nak masalah, maknanya dia tak nak hidup.

Dengan ujian itu pahala datang, kalau tak pernah diuji bila nak dapat pahala?

Sabar itu ada ketika datang rasa marah, kalau tak ada marah maka kita tak tau nikmatnya sabar.

10/07/2023

Kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana mungkin dia bukan jodoh kita. Dan kita sepatutnya rasa bersyukur kepada Allah kerana kita dah tak lagi membazir masa kita dengan menjaga jodoh orang lain. Memberi kasih, cinta dan sayang kepada dia yang belum tentu milik kita.

Kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana Allah nak menjauhkan kita daripada mendekati maksiat yang di benci oleh Allah. Mungkin waktu kita bersama dengan dia dahulu yang kita dekati hanyalah jalan-jalan zina yang di benci oleh Allah, maka sebab itu Allah menjauhkan dia daripada kita.

Supaya kita dan dia tak tergelincir dalam jurang cinta yang di penuhi dengan nafsu semata-mata.

Kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana dia adalah milik Allah dan kita semua adalah milik Allah. Dan bila semuanya adalah Allah maka Allah berhak untuk ambil sesiapa sahaja yang Dia kehendaki sekalipun kita tak redha dan tak mengikhlaskan dia pergi daripada hidup kita.

Allah ambil Mak Ayah kita, adik beradik kita sebab mereka adalah milik Allah. Allah ambil suami atau isteri kita sebab mereka adalah milik Allah, dan begitu juga tunang kita, Allah ambil dia dari kita sebab dia adalah milik Allah. Dan jika esok lusa Allah pisahkan roh kita daripada jasad kita kerana kita adalah milik Allah, kita datang daripada Allah dan akan kembali semula kepada Allah.

Last but not least,

Kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana Allah nak kita sayangkan diri kita sendiri dan mula untuk belajar cintakan diri kita sendiri terlebih dahulu. You know what i meant? Mungkin selama kenal dengannya kita semakin menjauh daripada Allah, semakin menjauh daripada cinta Allah.

Dan kenapa Allah pisahkan kita dari seseorang yang kita sayang? Kerana Allah nak ingatkan kita tentang 'pengharapan'. Sebab kita terlalu berharap pada manusia. Bila Allah jauhkan dia daripada kita itu supaya pengharapan kita kembali kepada Allah.

Kata Imam Syafi’i,

"Ketika hatimu terlalu berharap kepada seseorang maka Allah timpakan ke atas kamu pedihnya sebuah pengharapan, supaya kamu mengetahui bahwa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain Dia. Maka Allah menghalangimu dari perkara tersebut agar kamu kembali berharap kepada-Nya."

Dalam hidup ini belajarlah untuk redha kerana bila tak redhalah kita masih lagi hidup dalam kenangan yang lama kita. Dan kerana kita tak ikhlaslah melepaskan dia pergi dari hidup kita, kita masih lagi tak boleh terima nak hakikat yang sebenarnya dia bukan milik kita. Hingga buat kita sampai sekarang masih lagi tak move on move on.

Move on lah. Hidup ini terlalu singkat untuk kita lalui dengan hari yang dipenuhi dengan tangisan airmata. Saya berharap semoga tulisan kecil ini bermanfaat buat semua. Lagi-lagi untuk mereka yang baru kehilangan seseorang yang di sayangi. Lah tahzan teman, Allah bersama dengan orang-orang yang sabar.

Koho-Koho Nok Balik Doh Kite NingLama doh Mari doktongPah malang tumbahMari kecapHok pahit leppangHok masang rebbangHok ...
04/07/2023

Koho-Koho Nok Balik Doh Kite Ning

Lama doh
Mari doktong
Pah malang tumbah
Mari kecap
Hok pahit leppang
Hok masang rebbang
Hok tawor heber
Hok masing pekkok
Hok manih leteng
Nyer kammir belaka
Jadi pedomang dang pengajorang

Lama doh
Mari newwor
Pakat kutip bekal
Ada hok wat alik bekal
se supik rok rak
Ada hok se jabir
Ada hok segalah kussang
Ada hok se gudang
Ibaraknya gittulah
Ada hok banyok
Ada hok siket
Ada hok dok wat alik satusal
Mitok jauhlah kita

Lama doh
Duk dalang bermaing
Duk dalang berhibur
Ralik dengang dunia
Duk kejor ke pitih ke kuasa
Nyakit wahan dang hubbun dunia
Ger kattu duk kennang ke sinor lapu
Bahang lagho

Koho-koho nok balik doh kita ning
Mata koho dok napok
Gigi koho luok
Kaki koho ruyung
Rambut koho mutih koho botok
Reng koho tak dop
Koho sari koho dok rok

Koho-koho nok balik doh kita ning
Buleh jadi tahung depang
Muking bulang depang
Bakali jugop minggu depang
Kena molek kekgi doh
Dok derah sesaat
Dok lambak sesaat

Koho-koho nok balik doh kita ning
Dok tunggu kita racang
Dok nati kita stengbai
Belang-belang dok seke
Belang-belang dok sedor
Tengoh-tengoh ralik

Koho-koho nok balik doh kita ning
Dokkang pah ceroh nok duk sinning
hok Tuhang belake kang
Yer bui pinjang je
Sapa masa
Yer ambik balik ah hok Yer

Koho-koho nok balik doh kita ning
Semoga balik dalang keadaang comey lotey
Bawok bekal banyok ke negeri abadi
Dang tobak sebelung abih umur
Gi dalang keadaang husnul khatimah
Ngadap Tuhang
Rabbul jalil.

Amin ya rabbal a’lamin !

Address

Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Telephone

+60139837382

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Homestay Kota Bharu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Homestay Kota Bharu:

Share



You may also like