Anok kelate kito

Anok kelate kito halaman ini bertujuan memberi info dalam negeri kelantan

27/11/2024

cacing gele banyok timbul atas jale

Mula-mula Shopee ada Spay later. Kemudian Tiktok pun ada juga.Apa maksudnya ni? Maksudnya mereka tetap nak cari customer...
24/11/2024

Mula-mula Shopee ada Spay later. Kemudian Tiktok pun ada juga.

Apa maksudnya ni? Maksudnya mereka tetap nak cari customer dari kalangan orang tak mampu.

Amalan berhutang ni bala tuan-tuan. Bala besar. Seronok sekejap, seksa berpanjangan.

Elakkan berhutang. Tolong elak. Riba pun ya juga. Emmm.

Kredit : Mohd Fadli Salleh

22/11/2024

KAJANG: Daripada penghantar surat menjadi pemilik syarikat bas ekspres.

18/11/2024

1/12/24 sesiapa yang masuk melalui pengkalan haram akan di tangkap serta merta

13/11/2024
12/11/2024

Pekan Rantau Panjang yang sebelum ini meriah dengan kunjungan orang ramai untuk membeli belah terutama pelancong kini bertukar menjadi lengang dan sepi sejak beberapa tahun lalu.

Jika sebelum ini keadaan pekan itu sesak dengan kenderaan termasuk bas pelancong namun kini situasi itu tidak berlaku meskipun pada hari minggu.

11/11/2024

Jumlah Masjid di seluruh kelate chematkelate

05/10/2024

Empat kampung di rantau panjang terima rakit kecemasan

Katanya,ini dari puncak bukit Jepun,Dabong Kelantan.Pertemuan antara...Sg.Dabong dan Sg.Kelantan... credit owner
25/09/2024

Katanya,ini dari puncak bukit Jepun,Dabong Kelantan.Pertemuan antara...Sg.Dabong dan Sg.Kelantan... credit owner

21/09/2024

Kerajaan negeri kelantan dalam perancangan untuk memindahkan zon bebas cukai rantau panjang ke lokasi baru yang lebih strategik

Lumba kura-kura pulok adik kakoh abe dio
19/09/2024

Lumba kura-kura pulok adik kakoh abe dio

23/08/2024

JANGAN UPLOAD STORY MASA DOK TEMPAT TU…upload LEPAS BALIK TEMPAT TU

ETAK SALAI BERASAL DARI PASIR MAS?Etak/Etok( loghat Kelantan) atau nama saintifiknya Corbicula fluminea adalah salah sat...
14/08/2024

ETAK SALAI BERASAL DARI PASIR MAS?

Etak/Etok( loghat Kelantan) atau nama saintifiknya Corbicula fluminea adalah salah satu spesis kerangan di Asia yang berbentuk separa bulat dan kadangkala agak pipih, bersaiz antara sebesar butang baju ( paling kecil) hingga sebesar syiling 50 sen lama ( paling besar).

Etak kebiasaanya di temui di kawasan delta banjir dan sempadan antara sungai dan laut di kebanyakan kawasan berpasir serta berlumpur..

Etak cukup signifikan dengan masyarakat Kelantan. Malah berabad lamanya, rakyat Kelantan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat tak kira golongan bangsawan atau rakyat jelata menikmati hidangan ringan ini..

Apa yang menarik etak salai iaitu salah satu hidangan yang pop**ar hasil dari kerangan ini, dikatakan dicipta di Pasir Mas. Adakah ianya benar? Sebenarnya tidak ada catatan mahupun fakta tepat berkenaan perkara ini. Tapi seperti yang dketahui disebabkan sifat semulajadi haiwan ini hidup berkembang biak dengan baik di kawasan hilir sungai dan delta banjir. Jadi tidak mustahil hidangan itu bermula di Pasir Mas.

Disebabkan kedudukan Pasir Mas diantara hulu dan hilir sungai Kelantan. Malah hampir sepanjang tebing sungai di kawasan Pasir Mas mempunyai benting pasir yang luas. Jadi etak disini dapat hidup dengan baik, malah dikatakan etak Kelantan terutama yang hidup di kawasan Pasir Mas adalah etak terbaik yang ada..

Warna kuning keemasan dengan saiz sedang sebesar butang baju. Etak di Pasir Mas dikatakan memiliki kualiti rasa terbaik, disebabkan satu masa dahulu kawasan delta banjir ini memiliki air yang jernih, pasir yang putih beserta kawasan yang cetek menjadi kan kualiti etek dihasilkan terbaik. Saiz yang sedang-sedang dengan warna kuning menjadi kan rasa etak disini berlemak, isinya padat dan tidak ada rasa hanyir atau berlumpur. Berbeza dengan etak yang hidup di Pahang, Selatan Thailand yang berwarna hitam serta saiz yang terlalu besar.

Malah kawasan tumpuan utama penghasilan etak kuning terbaik, dikatakan antara Kg Aur Duri di Salor-Kg Seberang Pasir Mas-Pengkalan Pasir-Kasar. Di Kasar lebih tepat Kg Kubang Pa' Amin di dakwa antara tempat etak hidup paling subur dan berkualiti. Maka tidak hairan sekiranya Kasar menjadi rumah kepada hidangan etak salai yang pop**ar sehingga sekarang..

Masyarakat yang hidup di tebing sungai Kelantan kawasan Pasir Mas, dikatakan memanfaatkan 100% kehadiran haiwan bercengkerang ini dengan menghasilkan pelbagai menu masakan, pada awalnya etak cuma diletakkan garam, bawang putih dan serai lalu di masak dengan cara menjemur di bawah terik panas matahari hingga masak, sebab itu hidangan etak lebih pop**ar ketika musim kemarau antara bulan 3-7 di Kelantan..

Selepas itu cara memasak etak berevolusi dengan masyarakat disini memanfaatkan penggunaan api untuk mempercepatkan etak dimasak. Lalu lahir lah etak salai. Dimana etak di perap bersama rempah dan di salai diatas dapur dibina khas untuk menyalai etak... Hidangan etak salai dikatakan lebih sedap dan terjamin dari segi kebersihan dan keselamatan berbanding etak yang dijemur. Malah kini Kementerian Kesihatan telah melarang penyediaan etak yang dijemur untuk dijual akibat isu kehadiran parasit dan bakteria merbahaya. Lalu menjadikan etak salai lebih pop**ar..

Maka tidak keterlaluan dikatakan etak salai berasal dan dicipta penduduk Pasir Mas. Malah sehingga kini ia masih menjadi antara hidangan pop**ar di sini terutama di Kasar. Itulah serba sedikit berkenaan etak. Nanti kawe ceritakan p**a kisah bagaimana etak di kokok ( Tuai ) satu masa dahulu.

- W. M. FAKHRUL ANWAR

‎ ‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْنNur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kere...
15/07/2024

‎ ‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan maut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

"Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kredit Buletin Tv3 dan Harian Metro

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Kampung Dadong di sini, nyaris maut selepas termakan biskut yang dica...
14/07/2024

KEMAMAN: Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun di Kampung Dadong di sini, nyaris maut selepas termakan biskut yang dicampur racun dalam kejadian Jumaat lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 1.45 petang itu, Mohd Daynail Haikal Alias, dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman selepas pengsan ketika dirawat di Klinik Kesihatan Air Puteh.
Sebelum kejadian, mangsa bersama seorang rakannya masuk ke sebuah kebun pisang dan kelapa milik seorang penduduk kampung untuk memancing yang terletak kira- kira tiga kilometer dari kediamannya.
Dek kerana terlalu lapar, mangsa dikatakan telah makan sekeping biskut yang dipercayai dicampur racun untuk menghalau kera dan beruk yang digantung di atas sebatang kayu di kebun terbabit.
Menurut bapa mangsa, Alias Saras, 57 tahun ketika dihubungi berkata dia mengetahui kejadian yang menimpa anak keempat dari lima beradik itu selepas diberitahu oleh isterinya Roslina Ahmad, 52 tahun.
Katanya selepas makan makanan itu anaknya pengsan dan mulutnya mengeluarkan buih sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan.
Bagaimanapun, Alias bersyukur anaknya itu semakin pulih selepas menerima rawatan di hospital.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kejadian tersebut pada jam 4 petang tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.

credit:

salam nuzul al-quran 17 ramdhan 1445H
27/03/2024

salam nuzul al-quran 17 ramdhan 1445H

23/02/2024

Address

Kota Bharu

Telephone

+60199445552

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anok kelate kito posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Anok kelate kito:

Videos

Share