31/07/2022
10 TIPS BERCUTI KE KUNDASANG
1.Ambil flight awal✈
Sesiapa yg bercadang terus ke Kundasang disyorkan ambil flight awal ke Kota Kinabalu (sama ada pagi/tengahari/awal petang). Kalau flight sampai KK lewat petang/malam sebaiknya bermalam di KK dulu, keesokan paginya baru gerak ke Kundasang🚗 Sebab apa?👇
2.Perjalanan 2 jam🚗
Perjalanan KK ke Kundasang ambil masa dalam 2 jam. Mula2 akan melalui fasa jalan lurus dari KK-Tuaran-Tamparuli. Kemudian selepas melalui Tamparuli barulah memasuki fasa jalan berbukit2 hingga ke Kundasang. Sila guna waze ke Kundasang sebab signboard ke sana tak banyak. Kalau jumpa signboard pun tulis ke Ranau, boleh ikut juga sebab Ranau terletak selepas Kundasang. Biasanya jalan berbukit mulai gelap berkabus dalam jam 5.30ptg-6ptg. Tidak digalakkan memandu kepada mereka yg tidak biasa melaluinya sebab bahaya
3.Isi minyak di KK⛽
Kalau ada yg nak isi minyak ke cucuk ATM ke solat ke buang air ke makan2 ke beli snacks ke, sila buat siap2 di area KK. Susah nak jumpa stesen minyak dalam perjalanan. Kalau terlupa jangan risau stesen minyak terakhir (kalau tak silap) ada SHELL betul2 sebelah Rumah Terbalik Tamparuli. Kalau terlupa juga, berpusing2 nanti cari minyak di Kundasang😅 Di pekan Ranau atas lagi dalam 20minit dari pekan Kundasang ada Petronas.
4.Tarikan dalam perjalanan
Apabila melalui kawasan Tamparuli bolehlah singgah Rumah Terbalik & 3D Wonder Museum betul2 di tepi jalan belah kiri. Kalau nak singgah Jambatan Tamparuli kena pergi ke arah pekan. Terp**ang nak pergi tempat2 tarikan ni masa perjalanan pergi mahupun waktu p**ang nanti ke KK.
5.Untuk Muslim
Selepas simpang Tamparuli nak ke Kundasang ada beberapa gerai tepi jalan kiri kanan. Tak perlu susah2 singgah ya. Gerai2 tu jual sinalau bakas ataupun babi hutan salai. Sila teruskan perjalanan ok!
6.Tempat tarikan Kundasang
Tempat2 tarikan ni jaraknya jauh2 sikit. Sebelum sampai Kundasang akan melalui Pekan Nabalu. Bolehlah singgah beli souvenirs murah2 sana berbanding di KK. Terus lagi jumpa Kinabalu Park (starting point hiking Gunung Kinabalu). Terus lagi sampai jumpa roundabout sayur Kobis situlah Pekan Kundasang. Bolehlah pergi Desa Dairy Farm, War Memorial, etc. Jangan lupa singgah Masjid Kundasang atas bukit tu dan juga gerai2 jual sayur, buah murah2 di tepi jalan tu.
7.Kedai makan🍚🍜
Tak banyak kedai makan di Kundasang. Ada yg s**a fastfood ada KFC sana. Kalau nak cari tempat makan, roundabout Kobis tu dari KK belah kanan, ada Intan Restaurant & Hidayah Restaurant. Order nasi putih & sup panas2 memang sedap dgn cuaca sejuk2 ni. Jangan lupa try chicken wings Kundasang👍
8.View gunung cantik😍
Jauh2 datang Kundasang mestilah nak tengok Gunung Kinabalu kan...Gunung Kinabalu ni jelas kelihatan mulai jam 6pagi hingga 10pagi. Lebih kurang jam 11pagi gunung mulai dilitupi kabus awan. Tidurlah di Kundasang satu malam kalau tak nak terlepas peluang keemasan tu. Ada banyak pilihan hotel/homestay. Sila booking lebih awal. Best bila bangun pagi2 dalam kesejukan dapat tengok pemandangan Gunung Kinabalu. Subhanallah jatuh cinta! Di Kundasang sejukkk sangat tau! Lagi2 waktu malam dan juga waktu hujan. Menggigil2 badan😂
9.Desa Dairy Farm🐄🐐
Tengok orang lain upload gambar DDF cantik2 dgn background Gunung Kinabalu, dgn ladang menghijau, dgn lembu2 comel. Tapi bila pergi nampak kabus, tak nampak gunung pun. Tipsnya pergi sana sebelum jam 10pagi. Bila DDF buka jam 8pagi tu pastikan sudah ada di sana. Nikmatilah pemandangan di sana puas2. Jangan lupa minum susu fresh yg amat sedap. Aiskrim pun sedap!
10.Tempat tarikan Ranau
Apa yg ada di Ranau?? Di situlah ada Poring Hotspring (kolam air panas, canopy walk, etc), Sabah Tea Garden, Fish Massage Kg Luanti🐟 Kundasang ke Pekan Ranau dalam 20 minit. Isi minyak siap2 di Petronas Ranau. Tempat makan pun lebih banyak pilihan di Ranau. Ok teruskan perjalanan. Dari Kundasang ke Poring dalam 45 minit. Dari Kundasang ke Sabah Tea dalam 1 jam. Betul2 sebelah simpang masuk Sabah Tea ada Fish Massage. Jangan terlepas tau! Kalau terus lagi alamatnya ke Sandakan p**a!
Ok sudah puas jalan2 Kundasang bolehlah jalan2 di KK p**a kan😊
Bolehlah share dgn famili, dgn kawan2 yg plan bercuti ke Kundasang terutamanya yg pertama kali pergi. Harap dapat membantu ya😊
Kereta Sewa? Pakej percutian?
Whatsapp jer 0169667229
Atau klik link di bawah👇
https://wa.me/message/SB7KD2IHLWPRH1
https://wa.me/c/60169667229