Suzahomestay kota kinabalu

Suzahomestay kota kinabalu SSM : 1224034-V | KPK/LN : 8716
(91)

Kepakaran kami adalah merealisasikan anda sekeluarga bercuti di Sabah especially Kota Kinabalu, Kundasang & Semporna pada harga pakej yang Murah, Fleksibel, Tour Guide Penyabar hingga anda terasa seperti bercuti dengan keluarga sendiri di Sabah!

LAMIN KOPIO Lamin adalah satu kata yang di dedikasi dari maksud sebuah rumah, Kopio di ambil dari ayat atau bahasa orang...
14/08/2024

LAMIN KOPIO

Lamin adalah satu kata yang di dedikasi dari maksud sebuah rumah,
Kopio di ambil dari ayat atau bahasa orang berbangsa Dusun
“Lamin kopio” dengan sebutan bahasa lain bermaksud
“Rumah Biasa”

walaupun konsep bangunan penginapan alah-alah british design , tapi
lamin kopio dapat menempah nama dengan panggilan yang sangat senang disebut dan senang dikenali oleh orang ramai,

Kalau datang ke kundasang, nama-nama homestay yang ada disana memang diambil dari perkataan bahasa dalam bangsa mereka,
Sebagai contoh nama homestay yang ada disana

1. Sulap homestay (pondok)
2. Walai tokou (Rumah kita)
3. Sinurambi (bag atau tempat penyimpanan)
4. D’Olundus (cantik atau menawan)
5. Himbaan (hutan tebal)
6. Kalangadan (kerinduan)

Kalau belajar bahasa yang ada di sabah ini, memang sangat menarik, kami orang sabah sendiri pun s**a belajar bahasa-bahasa yang ada di negeri berbilang bangsa ini 😁

Apa yang special bila dapat menginap di Lamin Kopio?

Mount View!
Cafe Kopi Kopio
Family Suite
Balkoni view Gunung

penginapan ini sangat digemari, setiap Tahun akan penuh ,

Kalau nak belajar dengan Aj, jom datang sabah kita belajar sama-sama 🫶

Sepanjang perjalanan kita akan belajar bahasa dusun sambil santapan View Gunung Kinabalu ❤️


13/08/2024

D’OLUNDUS VIEW LODGE📍

Penginapan yang dekat dengan pekan kundasang ranau,
memang best kalau dapat penginapan ini.

semestinya dapat view yang memuaskan,

Jom buat tempahan awal
untuk percutian anda di Sabah😍


GOLDEN HOUR ON MAMAHIL CAMPSITEPertama kali masuk ke bukit Kokol HillSuatu kenangan yang sangat menakjubkan, Jarak Kokol...
13/08/2024

GOLDEN HOUR ON MAMAHIL CAMPSITE

Pertama kali masuk ke bukit Kokol Hill
Suatu kenangan yang sangat menakjubkan,

Jarak Kokol Heaven dari bandar Kota Kinabalu
hanya makan masa dalam 30 minit sahaja tengok daripada
keadaan lalu lintas,

Kokol Heaven memang sangat terkenal dengan pemandangan senja, yang sangat memukau,
awan karpet yang terlentang dengan pancaran cahaya senja dari laut,
telah memberi Golden Hour untuk pengunjung yang datang ke Kokol Heaven ini.

Apa aktiviti yang boleh kita lakukan disini?

1. camping di mamahil
2. chill di Heal site Cafe
3. paragliding
4. theme park

aktiviti ini hanya sampingan, yang penting bila datang kesini wajib Potret dengan pemandang pagi dan senja yang ada disini 😍

Susun jadual perjalanan anda di Sabah dengan betul, agardapat sampai ke setiap destinasi yang menarik di Sabah.

Jom, Rancang percutian anda dengan saya Mohd Ajwad
kejar Potret bersama Keluarga anda dengan kami..

SUZA HOLIDAYS 💙
~ Ease Your Journey ~


01/08/2024

Penginapan yang semestinya dapat view Gunung Kinabalu,
Mesra Oku ✅

1. Orange Villa
2. Salaman Homestay
3. D’Olundus view Lodge

Jarak daripada homestay ke desa dairy Farm 7-10minit sahaja, ikut musim dan keadaan lalu lintas 😁

26/07/2024
26/07/2024
“𝟴𝟬% 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗡𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗘𝗪 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨”Plan percutian bersama keluarga mesti ada problem kan?Baru ada masa n...
26/07/2024

“𝟴𝟬% 𝗣𝗘𝗟𝗨𝗔𝗡𝗚 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗜𝗡𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗩𝗜𝗘𝗪 𝗚𝗨𝗡𝗨𝗡𝗚 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗕𝗔𝗟𝗨”

Plan percutian bersama keluarga mesti ada problem kan?

Baru ada masa nak buat tempahan?
Last minutes planning,
Kos melebihi expectation?

Jangan risau setiap tempahan akhir kami masih terima, peluang dapatkan bilik yang ada view Gunung Kinabalu pasti ada.

Kos pasti dapat diselesaikan, dengan serendah
𝗥𝗠𝟰𝟵𝟱/𝗽𝗮𝘅 sahaja, boleh dapatkan perjalanan
Dan percutian yang memuaskan bersama kami 😍

Pakej yang boleh dapatkan penginapan kegemaran anda,
Bermalam 1 malam dan dapat pemandangan paling indah ketika bercuti di kundasang 😍

✅ H benjamin Residence
✅ Jabeez Resort
✅ Celyn Resort
✅ Kinabalu Pine Resort
✅ Perkasa Hotel
✅ Puteri Nabalu

Tempat yang terbaik ada di tangan anda,
Buat tempahan lebih awal sebelum datang ke Sabah 😍

Jadual perjalanan yang sudah disediakan, tidak perlu pening-pening untuk cari tempat yang menarik,
Pihak kami akan sediakan sediakan tempat-tempat yang menarik untuk anda kunjungi.

Pakej ini menyediakan :

1. Transportation with driver + Fuel 🚐
2. Entrance ticket 🎫
3. Driver accomandation 🏡
4. Private Tour 👨‍👩‍👧‍👦
5. Hotel & Airport transfer 🏣
6. Island Hoping - snorkling activities 🏝

Sertai kami dalam percutian di Sabah!
Potret bersama keluarga pasti cantik berlatarkan Gunung Kinabalu 💙

Tunggu apa lagi?
JOM! Kejar potret yang indah bersama kami!

https://wa.link/kgxw8e

https://wa.link/kgxw8e

https://wa.link/kgxw8e

25/07/2024

SKY BIKE MARAKAU 📍

nak hilangkan rasa gayat, boleh try aktiviti ini di Ranau sabah,
best experience untuk yng pertama kali..

18/07/2024

Semi D’Mesilau 📍

Salah satu penginapan baru di kundasang, memang tidak rugi kalau ambil penginapan ini 😍
Baru, cantik & sesuai untuk group-group besar 😁

Homestay yang ada view Grade ‘A’

Homestay ini simetri, ada 2 unit dalam 1 bangunan, muatan boleh sampai 20pax

4 bilik (unit pertama)
1. 2nd floor 1 bilik
2. 3rd floor 3 bilik
3. 1 dapur
4. 2 tandas
5. Parking lot muatan 5 kenderaan

Tempahan awal untuk homestay ini boleh hubungi kami 😁😁


𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 𝐢𝐧𝐢?sebenarnya, sudut pemandangan Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu ini sangat uni...
11/07/2024

𝐌𝐚𝐡𝐮 𝐭𝐚𝐡𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐢𝐤 𝐝𝐢 𝐏𝐞𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 𝐢𝐧𝐢?

sebenarnya, sudut pemandangan Gunung Kinabalu di Pekan Nabalu ini sangat unik dan lain dari yang lain.
Sudut pemandangan yang menegak, 🤔
dan nampak leher gunung sahaja...

Nak tahu apa lagi keunikan yang ada disini?
JOM! cari potret bersama keluarga dengan kami
di Sabah.

Suzaholidyas!
Mudahkan Percutian Anda..

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 "𝟏𝟎 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚", 𝐚𝐢𝐫 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝟏 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦..Peristiwa 30/6/2024 B...
11/07/2024

𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐚𝐬𝐚 "𝟏𝟎 𝐦𝐢𝐧𝐢𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚", 𝐚𝐢𝐫 𝐧𝐚𝐢𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐞𝐫𝐚𝐬, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐲𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝟏 𝐃𝐚𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦..

Peristiwa 30/6/2024
Banjir kilat telah berlaku,
1 daerah Penampang ini telah ditenggelami air.

Daripada bencana ini telah memberi impak yang sangat besar kepada penduduk Daerah Penampang..

Dalam posting pada hari ini, tidak fokus kepada peristiwa banjir di Daerah Penampang, tetapi mahu berkongsi tentang
pentingnya persediaan sebelum dan selepas, dan sedikit tips untuk menghadapi bencana alam ini terutamanya diwaktu percutian.

Ada 5 tips atau cara yang boleh dijadikan rujukan kepada pelancong yang mahu bercuti di dalam Sabah.

1. 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗽𝗲𝗿𝗴𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶:

- 𝘙𝘦𝘴𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 tentang cuaca, dan ambil tahu berita-berita tempatan tentang tempat yang mahu dikunjungi.
- Ambil insurans peribadi yang boleh digunakan ketika darurat.

- Lengkapkan data peribadi kepada kedutaan ( kalau bercuti diluar negeri/negara)

- kalau pandu sendiri, pastikan kenderaan dalam keadaan baik.

- Pastikan kelengkapan mencukupi dan selamat digunakan.

2. 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗰𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮𝗻.

- 𝘔𝘦𝘥𝘬𝘪𝘵/𝘍𝘪𝘳𝘴𝘵 𝘈𝘪𝘥 𝘬𝘪𝘵.

- kalau aktiviti yang extream seperti 𝘩𝘪𝘬𝘪𝘯𝘨, pastikan membawa alat kecemasan yang sesuai dengan aktiviti
sebagai contoh lampu suluh extra, GPS tracker body, dan peralatan tajam seperti pisau lipat.

- Makanan ringan atau makanan tambahan.

3. 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗱𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶.

- Ketahui selok belok laluan kecemasan .

- Patuh dengan undang-undang yang telah disediakan dikawasan tersebut.

- Sentiasa lebih peka dengan keadaan semasa, seperti cuaca.

- Banyak bertanya dengan pihak yang menjaga dikawasan tersebut, bagi persediaan awal kalau ada bencana berlaku.

4. 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶𝘁𝗶𝗺𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮.

- Sentiasa dalam keadaan tenang dan tidak panik.

- Cari tempat perlindungan yang selamat.

- Saling tolong-menolong ketika dalam keadaan darurat atau dalam keadaan yang saling memerlukan.

- Memberi kerjasama kepada semua pihak terutama pihak berkuasa yang sedang dalam proses penyelamatan.

5. 𝗦𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗯𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮.

- Buat pemeriksaan diri dahulu.

- Hubungi keluarga terdekat, dan membuat laporan kepada pihak berkuasa.

- Ikut arahan pihak berkuasa sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

- membuat rawatan susulan dihospital atau klinik untuk pemeriksaan kesihatan tubuh dan mental.

Dalam keseronokan ketika bercuti, pastikan ada persediaan yang lengkap sebelum menikmati segala keindahan di destinasi
percutian kita ini.

Tidak semuanya indah dari pandangan.
Sediakan Payung sebelum hujan.

Saya berharap,
Jangan abaikan tips ini, bantu kongsikan lagi sebagai rujukan untuk kita gunakan dimasa akan datang.

𝐒𝐮𝐳𝐚𝐇𝐨𝐥𝐢𝐝𝐚𝐲𝐬
𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚!


Salam Jumaat 🤲
05/07/2024

Salam Jumaat 🤲

28/06/2024

BLUE OCEAN STATION
PUTATAN 📍

Penginapan yang ada sea view Memukau 😍

Lokasi :
Taman teluk villa, Putatan.

Stay 1 malam disini sangat tidak rugi, dengan view dan penginapan yang sangat selesa,

Mempunyai 4 Bilik
1. Sweet Hut Room (4 Adult)
2. Kitty Room (2 Adult)
3. Ocean Room (3 Adult)
4. Family Room (5 Adult)

Parking lot boleh muat 5 buah kereta,
Swimming Pool mini
BBQ set
Setiap bilik ada tandas
Set karaoke😍
Port OOTD


Untuk pertanyaan lebih lengkap
boleh contact kami 💙


24/06/2024

𝐇𝐎𝐌𝐄𝐒𝐓𝐀𝐘 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐃𝐈 𝐊𝐔𝐍𝐃𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆??

Pasti ramai pengunjung yang datang ke kundasang, banyak pengalaman yang sama dan pengalaman yang berlainan mereka lalui ketika bercuti disana..

terutamanya tentang homestay di Kundasang..

Keluhan tentang homestay "berhantu" ini memang jadi bualan hangat setiap kali balik dari Kundasang..

Homestay di Kundasang, sebenarnya, bukan setiap hari akan ada orang yang menginap disana,
ada sesetengah homestay ini, akan diisi waktu musim percutian sahaja, waktu-waktu biasa sangat jarang orang berkunjung..

𝐀𝐏𝐀 𝐓𝐈𝐏𝐒?
untuk hindar dari rasa takut dan hindar dari di ganggu oleh makhluk-makhluk halus ini?

Salah satu tips ada dalam video ini..

bagi yang pertama kali datang ke kundasang.. pastikan buat sedikit research tempat-tempat yang sesuai untuk bermalam.. tidak semua tempat itu sama, pastikan kita tahu dan lebih bersedia.

JOM share video ini, untuk semua orang lebih bersedia dan tahu apa tips yang sesuai ketika bercuti di Sabah..

Jangan lupa Komen apa lagi pengalaman berhantu anda??

𝐒𝐔𝐙𝐀 𝐇𝐎𝐋𝐈𝐃𝐀𝐘𝐒
𝗠𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗰𝘂𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮!

21/06/2024

𝖠𝗌𝗌𝖺𝗆𝗎𝖺𝗅𝖺𝗂𝗄𝗎𝗆 & 𝖲𝖾𝗅𝖺𝗆𝖺𝗍 𝖯𝖺𝗀𝗂...

𝖲𝖺𝗅𝖺𝗆 𝖩𝗎𝗆𝖺𝖺𝗍 𝖯𝖾𝗇𝗀𝗁𝗎𝗅𝗎 𝖲𝖾𝗀𝖺𝗅𝖺 𝖧𝖺𝗋𝗂..

Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” [Riwayat al-Baihaqi (5995)]

Ease Your Journey!

𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 “𝐅𝐄𝐄𝐋” 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀..Mesti ramai penggemar ‘Hiking’ Sabah adalah salah satu negeri yang mem...
20/06/2024

𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀 𝐓𝐄𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 “𝐅𝐄𝐄𝐋” 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐌𝐀..

Mesti ramai penggemar ‘Hiking’
Sabah adalah salah satu negeri yang mempunyai bukit dan gunung ganang yang sangat cantik,

Kebanyakkan bukit-bukit di sabah adalah destinasi pelancongan yang sangat terkenal di Sabah.

Oleh kerana Gunung Kinabalu ini adalah gunung yang “Hardcore” perlukan stamina yang cukup, dan semangat yang kuat untuk mendaki disana,
Kalau setakat nak merasa tapi tidak ada persediaan, batalkan niat itu,nanti terseksa..

Posting ini, akan berkongsi beberapa bukit-bukit yang boleh di daki di area bandar Kota Kinabalu, Sabah, dan bukit ini adalah tempat “training” sebelum pergi mendaki gunung yang tertinggi..

5 BUKIT “Beginner” YANG ADA DI KOTA KINABALU

1. 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗸𝗼𝗹

Bukit yang sangat terkenal dengan pemandangan 2 sesi dalam 1 masa iaitu, sunrise dan sunset, berada di daerah inanam kionsom, 25minit daripada bandar kota kinabalu

2. 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗕𝗼𝘁𝗮𝗸 & 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝘁

2 bukit yang berhampiran dan berada di tempat yang sama tetapi puncak yang berbeza,
Bukit ini memang dijadikan tempat rekreasi harian kepada penggemar ‘hiking’
Mempunyai 1 pemandangan yang sangat cantik, dengan pemandangan matahari terbenam dan pemandangan laut yang sangat indah.

3. 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗠𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗮𝗿𝗮𝗺𝗯𝘂𝗻𝗮𝗶

Bukit ini berada berdekatan dengan daerah tuaran, daripada kota kinabalu mengambil masa 35minit untuk sampai ke bukit ini.

4. 𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 (𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗧𝘂𝗻 𝗙𝘂𝗮𝗱)

Bukit ini juga adalah bukit rekreasi orang tempatan, dan dijadikan tempat untuk jogging dan hiking, tempat ini tidak jauh daripada bandar kota kinabalu, hanya 15minit sahaja dari bandar untuk ke bukit padang.

Suasana yang tidak jauh beza dengan bukit-bukit yang lain, sangat tenang dan kawasan bukit yang terjaga dan bersih.

5.𝗕𝘂𝗸𝗶𝘁 𝗞𝗼𝗽𝘂𝗻𝗴𝗶𝘁

Bukit ini berada di bandar kota kinabalu, di kawasan kepayan.

Bukit yang mempunyai gua kecil.
Trail disini tidak terlalu mencabar tetapi mempunyai keunikan dan pemandangan laut yang sangat cantik,
Kalau orang lain tengok sunset dari Tanjung aru, tetapi dari atas bukit Kopungit ini lagi seronok puncak yang ada view sunset yang sangat indah..

Bukit ini pagi dan petang memang penuh.
Antara bukit yang jadi tumpuan ramai di kawasan bandar kota kinabalu.

Perbezaan bukit-bukit ini adalah trail dan kawasan terletaknya bukit ini.
Dari segi ketinggian semuanya lebih kurang, tidak jauh beza, tetapi menyajikan pemandangan laut dan gunung yang sama.

Mesti seronok kalau dapat ‘hiking’ di Sabah ini,
Masukkan jadual aktiviti ini dalam jadual percutian kita, pasti jadi lain dari yang lain..

Cabaran baru, Pengalaman baru, ini yang BEST! bila datang Sabah 😁

Perlukan nasihat dan cadangan kos percutian sabah? Boleh hubungi kami dalam talian untuk sebarang pertanyaan..
𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚!

SUZA HOLIDAYS

AKTIVITI LASAK DI SABAH! Sabah ini adalah negeri yang mempunyai pulau/laut ,bukit/gunung dan sungai yang bermacam jenis ...
11/06/2024

AKTIVITI LASAK DI SABAH!

Sabah ini adalah negeri yang mempunyai pulau/laut ,bukit/gunung dan sungai yang bermacam jenis arus..

Semua alam semulajadi ini adalah salah satu pilihan yang boleh kita jadikan tempat beraktiviti, dan yang paling penting tempat-tempat ini adalah pilihan pelancong dari seluruh negara..

5 aktiviti lasak yang ada di sabah..

1 Mendaki gunung kinabalu
2 Snorkling di laut sabah
3 Rafting di sungai sabah
4 Paragliding
5 Explore hutan sabah

Daripada senarai ini, sangat mudah tapi cabaran untuk semua aktiviti ini sangat mencabar..

MENDAKI GUNUNG KINABALU

Salah satu aktivit wajib bila datang ke sabah,
Whishlist orang ramai, dapat mendaki sekali menjadi satu sejarah indah kepada semua pengunjung,
Untuk mendaki gunung kinabalu ini kena tempah 1 tahun sebelum, kerana bukan setiap hari atau setiap bulan ada pendakian,
Pakej ini dibuka ketika waktu yang sesuai..
Dalam 1 tahun akan ada pendakian dalam 60-70% sahaja kerana cuaca yang sangat tidak menentu di kawasan tanah tinggi sabah ini berubah-ubah..

Apa yang special bila mendaki Gunung Kinabalu ini

1. Pengalaman
2. Ada certificate
3. Penat tapi berbaloi!

Tetapi di sabah bukan sahaja gunung kinabalu tempat yang boleh kita daki, tetapi banyak lagi bukit dan tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti ‘hiking’

Seperti hiking mencari air terjun

Sekarang sangat terkenal dengan aktiviti ‘hiking+camping’

dan jadi rebutan anak mudah sekarang..

SNORKLING DI LAUT SABAH

Sabah juga terkenal dengan pulau-pulau yang sangat cantik, memang di penuhi dengan pulau yang mempunyai tempat pelancongan dan mempunyai aktiviti laut yang memang jadi tarikan pelancong..

Yang lagi best dan sangat unik sesetengah orang sabah ada yang tinggal atas laut,
Seperti di semporna,

Mempunyai pusat pelancongan rumah atas air, yang memberi impresi yang sangat tinggi kepada pelancong, dengan keunikan dan keindahan yang disana, memberi satu pengalaman baru kepada kita..

Aktiviti yang memang jadi rebutan adalah islang hoping, dan snorkling..

Untuk aktiviti lain, seperti ‘diving’
Parasiling atau banana boat,

Aktiviti ini memamng disediakan disemua tempat pulau pelancongan yang di sabah,

Untuk diving yamg saya tahu ada di pulau sipadan (untuk yang kebih mencabar)

RAFTING DI SUNGAI SABAH

Mesti ramai yang tidak tahu, sungai sabah ini bukan ada 1 cabang sahaja,

Ternyata sungai sabah ini ada banyak jenis,
Seperti di kinabatangan sungai nya lebih luas dan bewarna jingga, dikelilingi dengan tumbuhan bakau..

Sungai padas, sungai lebih extreme dan warna sungai sama macam kinabatangan..

Tetapi sungainya lebih deras dan banyak batu batuan.. dan sungai ini memang sangat sesuai dengan aktiviti rafting

Sungai woriu atau sungai air gunung terletak di kawasan banjaran ini mempunyai sungai ya g sangat indah dengan kejernihan dan kawasan sungai yang sangat bersih.

Sungai ini memang dijadikan pusat pelancongan dan dijadikan kawasan ‘picnic’ untuk keluarga..

PARAGLIDING

Aktiviti ini adalah aktiviti yang sangat mencabar,
Aktiviti payung terjun.. sesuai
Kepada mereka yang sangat berminat dengan aktiviti lasak dan mencabar,
Aktiviti ini boleh dirasai di ranau dan kokol

2 tempat ini mempunyai agensi dalam bidang payung terjun ini, mereka menyediakan aktiviti ini dan mempunyai lesen untuk membawa penggemar payung terjun terbang di atas bumi sabah..

Untuk yang mahu cabar diri dan pertama kali mahu merasa.. boleh cuba confirm repeat!

EXPLORE HUTAN SABAH

Salah satu aktiviti yang juga adalah aktiviti yang sangat mencabar,
Mencari satu hiden gems dalam tanah sabah ini bukan senang..
Di kawasan banjaran crocker ini terdapat hutan simpan yang sangat terjaga dan dijadikan pusat pelancongan yang luar biasa..

Dengan adanya pusat pelancongan ini, orang ya ng berkunjung di sabah ini dapat merasai pengalaman duduk dalam hutan dengan suasana hutan yang sangat menyegarkan

Untuk explore hutan-hutan sabah.. tempat ini memang dijadikan tempat yang sesuai untuk kita :

: Tabin wildlife reinforest
: Danum valley
: Imbak canyon
: Station sayap
: Kinabalu park
: Canopy walk poring ranau

Senarai ini adalah salah satu hutan simpan yang sesuai kepada mereka yang gemar dengan kawasan hutan yang sangat cantik..

saya selitkan beberapa kepingan gambar tempat-tempat yang ada dalam senarai posting ini.

Kalau perkongsian ini sangat membantu anda untuk tambah aktiviti bila bercuti
Di sabah,

Jom! Share lagi..

Takut untuk buat sebarang tempahan boleh
Bertanya dengan kami SUZAHOLIDAYS

Lebih Mudah Bersama kami!


KUNDASANG MARKETPLACE PASAR TAMU UNTUK BELI BARANG KEPERLUAN YG FRESHLubuk SAYUR MURAH & FRESH!Kawasan tanah tinggi saba...
05/06/2024

KUNDASANG MARKETPLACE PASAR TAMU UNTUK BELI BARANG KEPERLUAN YG FRESH

Lubuk SAYUR MURAH & FRESH!

Kawasan tanah tinggi sabah, adalah salah satu eko sistem penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran segar,
daripada hasil tanaman ini, penduduk dalam kampung-kampung d kawasan ini jadikan
tanaman ini sebagai sumber utama mereka untuk menjana ekonomi di tempat mereka sendiri..

Dalam posting ini sy mahu berkongsi sedikit pengalaman dan kelebihan yangg ada di marketplace pasar tamu di kundasang..

Di kalangan masyarakat sabah, kundasang ini sangat dikenali sebagai pusat pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran segar..

Pasar tamu ini memang dijadikan lubuk utama untuk peniaga-peniaga luar kundasang, datang untuk mengambil stok sayur dan buah-buahan segar di pasar tamu kundasang.

Satu pengalaman yang saya pernah lalui sebelum ini, saya pernah mengikuti 1 peniaga sayuran di kota kinabalu dan kota belud,
Mereka datang ke kundasang 1 minggu 3/4 kali untuk menambah stok sayur mereka untuk di jual di pasar tamu di daerah-daerah lain..

Seawal 2-3 pagi akan bergerak ke kundasang dengan menaiki 4x4.
Anggaran sampai ke kundasang dalam 4-5 pagi ..
Setelah selesai mereka terus turun semula ke daerah-daerah tertentu untuk menjual sayur-sayuran ini di pasar tamu..

Mungkin sistem ini masih lagi dilakukan oleh peniaga-peniaga sayur di sabah ini..
Tetapi sekarang pembekal sayuran bukan sahaja ada di kundasang..
ada banyak lagi pembekal dari daerah lain..

Mesti ramai lagi yang tertanya-tanya orang di kundasang ni apa sumber utama mereka disana?

Jawapannya di atas..
(Pusat dagang sayur-sayuran)

Tetapi sekarang zaman sudah berubah, banyak sumber ekonomi yang boleh memberi kesenangan kepada orang-orang yang tinggal di tanah tinggi kundasang ini..
Salah satunya adalah :

1 Homestay
2 Pusat pelancongan
3 Kedai makan
4 Pasar tamu

Dari semua senarai ini telah memberi banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat kundasang dan orang sabah untuk menjana ekonomi mereka sendiri..

Berbalik kepada cerita pasar tamu kundasang..

Sejarah pernah mengatakan harga sayur di kundasang ini ‘ RM1 sahaja’

Kalau datang kundasang wajib borong sayur…

Sangat nostalgia harga itu..

Zaman sudah berubah, harga tidak lagi sama seperti dahulu..

Sedikit tips untuk orang yang datang kundasang untuk bercuti..
Kalau mahu penjimatan, stay homestay bajet..

Sediakan barangan keperluan (makanan)
Sayur-sayuran dan buah-buahan beli di pasar tamu kundasang,
manakala bahan basah beli dari kota kinabalu/daerah yang terdekat selain kundasang (frozen food) untuk di bawah ke kundsang sebagai santapan malam bila bermalan di kundasang..

Pastikan aktiviti malam anda di Kundasang ada BBQ seafood.. baru best bercuti 😁

JOM rasai pengalaman ini bersama
SUZAHOLIDAYS..

Lebih Mudah Bersama Kami..



28/05/2024
𝟓 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 '𝐏𝐄𝐀𝐊 𝐕𝐈𝐄𝐖' 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 1. Pantai Tanjung Aru 2. Bohey Dulang, Semporna 3. Berhala Island, Sandakan 4. Menara...
28/05/2024

𝟓 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 '𝐏𝐄𝐀𝐊 𝐕𝐈𝐄𝐖' 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

1. Pantai Tanjung Aru
2. Bohey Dulang, Semporna
3. Berhala Island, Sandakan
4. Menara Kayangan, Lahad datu
5. Signal Hill, Kota Kinabalu

Laut di Sabah adalah salah satu tarikan yang ada di tanah sabah,
Dengan pemandangan laut yang sangat luas, telah menarik mata dunia untuk datang ke Sabah..

Saya juga tertarik dengan keindahan ini,
Sedikit perkongsian untuk kita nikmati sama-sama, terdapat 5 lokasi 'peak view' laut yang memang jadi persinggahan kita setiap kali datang Sabah….

Kesemua tempat ini tidak berada di 1 daerah sahaja, tetapi ia berada di daerah-daerah yang berlainan..

1. Pantai Tanjung Aru,
Pantai tanjung aru ini adalah tumpuan ramai kepada semua penginjung..

Pernah sampai 1 tahap
pantai di sana sangat padat, dan parking susah mahu dapat..

2. Bohey Dulang Semporna
Pulau yang sangat popular di semporna,
Mempunyai pemandangan laut yang luar biasa,
Wajib ambil potret kalau datang kesini..
Kalau bercuti di semporna pastikan masuk ke pulau ini, untuk dapatkan pemandangan tu perlu
Mendaki ke puncak baru boleh nampak pemandangn laut semporna..

3. Berhala Island,
Pulau yang terletak di daerah Sandakan, Sabah.
Mempunyai keunikan nya tersendiri, kecantikan alam semulajadi..

Kalau nak tahu, berhala island ini menyimpan banyak sejarah tentang perang dunia ke-2 dahulu,
Permah dijadikan pusat tahanan askar-askar jepun dan british..

Pemandangan disinintidak jauh beza dengan semporna, menyajikan pemandangan laut yang sangat cantik.
Untuk dapatkan pemandangan cantik ini perlu mendaki ke puncak juga..

4. Menara Kayangan, Lahad datu,
Lahad datu sangat terkenal dengan tempat pelancongan hutan tropika, seperti danum valley dan tabin lodge.

Menara kayangan ini adalah lokasi pelancongan yang sangat terkenal di Sabah,
dengan pemandangn laut yang sangat cantik dari puncak menara kayanagan ini..

5. Signal Hill, Kota kinabalu
Signal hill ini sangat terkenal di kota kinabalu,
Pemandangan daripada signal hill ini sangat cantik, dengan pemandangan bandar dan matahari terbenam ketika waktu senja..

Tempat ini memang jadi tarikan kepada pelancong,

Tidak jauh daripada bandar kota kinabalu..

Notes : Signal hill sekarang masih dalam renovation,

Semoga perkongsian ini dapat dijadikan satu rujukan untuk anda yang tidak tahu mahu kemana bila waktu cuti..

Ada banyak lagi tempat yang menarik dan 'port view' yang ada di sabah ini..

Potret bersama keluarga dengan pemandangan yang sangat menakjubkan di Sabah,
Lebih Mudah Bercuti bersama kami!

-SUZA HOLIDAYS-


𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 1. kadazan dusun 2. Rungus 3. Murut 4. Bajau sama/laut 5. Lundayeh 6. Sungai Negeri ...
20/05/2024

𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐁𝐀𝐉𝐔 𝐓𝐑𝐀𝐃𝐈𝐒𝐈 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇

1. kadazan dusun
2. Rungus
3. Murut
4. Bajau sama/laut
5. Lundayeh
6. Sungai


Negeri dalam malaysia yang mepunyai lebih daripada 10 etnik dalam satu negeri, iaitu Sabah..

Kepelbagaian etnik ini telah membawa satu lambang perpaduan dalam malaysia..

Selain daripada kecantikan alam, sabah juga mempunyai keunikan bangsa, dengan bahasa yang berlainan, adat resam yang berbeza, tetapi mempunyai kepercayaan yang sama,

“Orang Asal Sabah”
Kalau ikut pra sejarah tanah Borneo ini, bangsa-bangsa ini memang bukan semuanya asal daripada borneo, ada yang berasal dari negara luar sebagai contoh filipina dan mongolia..

Daripada catatan sejarah ini telah membawa satu cerita yang sangat menarik,

Dan meninggalkan banyak cerita untuk dijadikan satu peringatan kepada anak-anak muda di masa akan datang..

Walaupun campuran ini memang banyak perbalahan tetapi, campuran ini lah yang telah membangunkan sabah menjadi satu negeri yang harmoni..

Baju-baju tradisi ini adalah satu lambang kemewahan orang Sabah..
Hiasan pada baju yang bewarna emas, lambang kerabat ketika zaman dahulu, warna warni pada baju yang melambangkan kepelbagaian kaum dalam satu bangsa..

Sebab itu kalau datang sabah, mesti rasa pelik kenapa ‘loghat’ orang sabah ni berlainan..

Baju-baju ini akan dipakai pada waktu tertentu sahaja,

⁃ perkahwinan
⁃ Acara majlis rasmi
⁃ Perayaan kaum

Kalau nak tengok pakaian penuh boleh la cuba hadir mana-mana kawan sabah yang berkahiwin, confirm mereka akan pakai baju tradisi mereka masing-masing..

Dalam posting sy ini, saya akan selitkan sedikit gambaran baju-baju tradisi ini,

Gambar ini di tangkap muat daripada muzium kraftangan keningau, Sabah.
Satu sesi lawatan pada tahun ini 2024, saya berkesempatan untuk melihat corak-corak batik sabah, dan pakaian tradisi orang-orang sabah..
Sangat Unik dan sangat cantik.
tetapi tidak semua etnik yang mereka pamerkan, pakaian tradisi disana lebih kepada corak batik, dan pakaian tradisi orang sungai..

saya akan selitkan juga satu suntingan daripada perkahwinan etnik orang dusun kota belud..

Nak rasakan pengalaman memakai pakaian tradisi sabah?

Percutian 3H2M, jadual perjalanan untuk melihat kepelbagaian ini pasti ada..
JOM bercuti bersama kami.

SUZA HOLIDAYS
Eease Your Journey


membesar dengan ilmu yang telah di beri dari seorang "GURU"terima kasih ilmu yang diberiSelamat Hari Guru
16/05/2024

membesar dengan ilmu yang telah di beri dari seorang "GURU"

terima kasih ilmu yang diberi
Selamat Hari Guru

15/05/2024

CITITEL EXPRESS KOTA KINABALU 📍


1. SUPER TWIN FACILITY
(QUEEN & SINGLE BED)
&
(DOUBLE SINGLE BED)
2. FAMILY SUITE (SINGLE&QUEENBED)
3. STANDARD ROOM 2 SINGLE BED
(No window)

Untuk sebarang tempahan
Boleh buat tempahan dengan cititel express dan suzaholidays di dalam talian 😁

Ease Your Journey

𝟏𝟎 𝐇𝐎𝐓𝐄𝐋 𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔“Saya nak hotel/homestay bajet RM100 satu malam..”Ramai yang tidak gemar buat carian yang...
14/05/2024

𝟏𝟎 𝐇𝐎𝐓𝐄𝐋 𝐁𝐀𝐉𝐄𝐓 𝐃𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔

“Saya nak hotel/homestay bajet RM100 satu malam..”

Ramai yang tidak gemar buat carian yang lebih tepat terlebih dahulu, sebelum buat tempahan homestay, dan hotel ketika bercuti di sabah..

Kita beli baju 𝙌𝙪𝙖𝙡𝙞𝙩𝙮 𝙩𝙞𝙥𝙩𝙤𝙥 pun harga ikut kesesuaian brand dan quality baju,

macam juga homestay dan hotel ini
Mahukan service, tempat yg selesa dan tempat yang ada view yang cantik, bajet mesti lebih daripada permintaan…

Semoga perkongsian ini dapat membantu kepada orang-orang baru datang ke sabah dan baru belajar mahu cari penginapan ini boleh jadikan sedikit rujukan untuk anda di masa akan datang..

10 hotel bajet di kota kinabalu :

1. KK Time square hotel
2. Super OYO 89965 stay in
3. Shangrila bandaran
4. Cititel hotel
5. Golden hill tanjung aru
6. Impiana mutiara
7. Tune hotel 1 borneo
8. Iskandar hotel
9. Sabah oriental hotel
10. Hotspot@city centres

ada banyak lagi hotel-hotel yang belum saya senaraikan..
di kota kinabalu ini..
terdapat lebih dari 100 hotel lagi, dengan harga yang bajet, dan tempat yang selesa ada di bandar kota kinabalu..

harga murah dengan view majestic..

Untuk review setiap hotel ini semua 4 star
On google review.. masih recommended..

kalau nak last minute booking
Boleh buat carian di :

booking.com
traveloka.com
Agoda.com

tempahan hotel boleh juga melalui, agent-agent travel, atau direct ke owner hotel, dan lebih baik banyak bertanya sebelum membuat perancangan percutian di negeri atau negara orang lain.
Semoga perkongsian ini membantu anda..

JOM! dapatkan hotel bertaraf 4 bintang di kota kinabalu, dengan pakej percutian yang menyeronokkan..

Suza Holidays
Ease Your Journey


10/05/2024

Dimana lagi Rojak yang sedap??

Inspection tempat peranginan di daerah bongawan,
Sedikit perkongsian tentang pantai kenangan, sebenarnya, bongawan ada port view sunset yang majestic juga,
Kawasan pantai yang luas, dan bersih sesuai utuk jadikan tempat percutian
…..

Jom jadikan setiap daerah di sabah ini sebagai, lokasi percutian yang menggembirakan 😁💪


Address

Pakej Percutian Sabah, Aeropod Commercial Square
Kota Kinabalu
84500

Website

https://suzaholidays.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Suzahomestay kota kinabalu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Suzahomestay kota kinabalu:

Videos

Share

Pakej Cuti Kota Kinabalu-Kundasang

TAK PAYAH BACA JIKA KORANG X BERMINAT NAK BERCUTI DI KOTA KINABALU & KUNDASANG SERTA TAK TERGOLONG DALAM 11 ORANG DI BAWAH⚠️

==============================

.

.


Other Vacation Home Rental in Kota Kinabalu

Show All