![Assalamualaikum dan salam penuh kehangatan,Adakah anda bersedia untuk menyertai acara penuh warna, keseronokan, dan insp...](https://img4.travelagents10.com/556/392/1129197885563925.jpg)
24/01/2025
Assalamualaikum dan salam penuh kehangatan,
Adakah anda bersedia untuk menyertai acara penuh warna, keseronokan, dan inspirasi? Kami dengan segala hormatnya menjemput anda dan keluarga untuk menghadiri Tenggara Euphoria Madani Fest 2025 (TEMF 2025), festival komuniti terbesar di Tenggara!
📅 Tarikh: *15 & 16 Februari 2025*
📍 Lokasi: *TIC Kota Tinggi*
TEMF 2025 menjanjikan pelbagai aktiviti menarik untuk seluruh keluarga, antaranya:
- *Tenggara Colouring Contest*
- *Tenggara Singing Contest*
- *Pameran Mini Bike Fest & Recreation Vehicle Malaysia*
- *Persembahan Tenggara Unplugged & busking sepanjang acara*
- *Tenggara Fishing Tournament & Tenggara E-Sport Challenge*
- *Cabutan bertuah dengan hadiah menarik*
- *Gerai jualan dan pameran daripada agensi seperti RISDA dan AADK.*
Majlis akan dimeriahkan dengan perasmian rasmi oleh YB Tuan Haji Manndzri bin Haji Nasib, Pengerusi RISDA Malaysia merangkap Ahli Parlimen Tenggara, pada 15 Februari 2025, jam 10:00 malam.
🌟 Untuk Penyertaan Aktitiviti :
- *Tenggara Singing Contest* (https://forms.gle/wgMmhtWa6TsrX5gB9)
- *Tenggara Fishing Tournament* (https://forms.gle/pEUanB86ricLrXbG8)
- *Tenggara E-Sport Challenge* (https://forms.gle/HxizRNJwxkNynpok6)
- *Tenggara Colouring Contest* (https://forms.gle/8uaRqwsbJaN1BDpy8)
Sila lawati pautan tersebut untuk mendapatkan informasi terkini dan panduan menyeluruh untuk setiap aktiviti di TEMF 2025.
Ayuh sertai kami di TEMF 2025 untuk menikmati persembahan busking santai, menyaksikan pameran bermanfaat daripada agensi-agensi seperti RISDA dan AADK, serta pelbagai aktiviti menarik yang lain!
Untuk maklumat lanjut, hubungi 017-7615481
📣 Jumpa anda di *Tenggara Euphoria Madani Fest 2025!*