Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd.

Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd. Kami menyediakan Perkhidmatan Haji Dan Umrah ke Tanah Suci, Berpengalaman mengendalikan jemaah Umrah sejak tahun 1993.

Selain itu, kami turut menyediakan pakej-pakej dalam dan luar negara seperti di AFamosa, Legoland, Indonesia dan Vietnam

10/02/2025

Bumi Madinah yang tenang dan menenangkan ❤️


اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ
07/02/2025

اَلسَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ

Sebelum Umrah ke-3, group sempat ziarah ke museum Almoudi. Di sini, banyak yang kita boleh belajar tentang cara hidup da...
06/02/2025

Sebelum Umrah ke-3, group sempat ziarah ke museum Almoudi. Di sini, banyak yang kita boleh belajar tentang cara hidup dan peradaban lama masyarakat Arab.

Dibangunkan oleh seorang usahawan Arab, museum ini menampilkan cara hidup traditional Arab dengan binaan replika alatan Dan suasana yang sama seperti zaman dulu.

Malah, dinding museum ini dibina dengan cara tradisional iaitu campuran lumpur, jerami pelepah kurma dan susu, persis rumah tradisional Arab masa lalu.

Jom, alami sendiri!

You see
You touch
You smell
You feel


06/02/2025

Subuh di Masjidilharam

Jabal Rahmah! Ada yang pernah berdoa di sini? Tempat penuh sejarah dan barakah. Bukit yang menjadi saksi 3 peristiwa agu...
02/02/2025

Jabal Rahmah! Ada yang pernah berdoa di sini?

Tempat penuh sejarah dan barakah. Bukit yang menjadi saksi 3 peristiwa agung dalam sejarah Islam.

Harini, kami ke sini. Antara tempat ziarah sebelum berniat di Ja'ranah untuk Umrah yang kedua.

Bayangkan, inilah bukit tempat Nabi Adam dan Siti Hawa bertemu semula selepas sekian lama terpisah. Bertahun-tahun mereka berdoa memohon keampunan, akhirnya dipertemukan kembali di sini. Betapa besarnya kasih sayang Allah!

Kemudian, kisah Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS pun ada di sini. Mimpi baginda yang diperintahkan menyembelih anaknya bukan mimpi biasa, tapi wahyu daripada Allah. Ujian yang sangat berat, tapi Nabi Ibrahim AS tetap patuh.

Dan paling menyentuh hati, di sinilah turunnya wahyu terakhir kepada Nabi Muhammad SAW. Saidina Abu Bakar dan Umar terus sebak sebab mereka faham, ini petanda Rasulullah SAW akan meninggalkan mereka. Beratnya perasaan sahabat ketika itu...

Sekarang, Jabal Rahmah jadi tempat doa hamba-hamba-Nya. Ramai datang ke sini mengharapkan cinta dan keberkatan.
Semoga Allah makbulkan segala doa kita, insyaAllah!

Anda nak berdoa di sini?

Meh klik sini,
http://www.wasap.my/+60139779501/UmrahLepasRaya

Alhamdulillah Selesai Umrah wajibDi antara jutaan manusia, Engkau menjemput kami ke siniMaka,Terimalah ibadah kamiTerima...
01/02/2025

Alhamdulillah
Selesai Umrah wajib

Di antara jutaan manusia,
Engkau menjemput kami ke sini

Maka,
Terimalah ibadah kami
Terimalah niat kami
Terimalah doa kami
Terima kasih Wahai Tuhan


Jemputan Tuhan!Semoga DIA kurniakan barakah Dan Umrah yang mabrur! Amiinn
31/01/2025

Jemputan Tuhan!

Semoga DIA kurniakan barakah Dan Umrah yang mabrur!
Amiinn


31/01/2025

Nak puas hati duduk kat Mekah?
Jom pergi umrah Puasa Sebulan
2 seat kosong lagi, RM9000 je

Akhirnya, tiket pun dah dapat!Penerbangan group kami, selalu bersama Malaysia Airlines. Alhamdulillah, 8 jam penerbangan...
22/01/2025

Akhirnya, tiket pun dah dapat!

Penerbangan group kami, selalu bersama Malaysia Airlines. Alhamdulillah, 8 jam penerbangan yang terus ke Arab Saudi daripada Kuala Lumpur. Selesa dan mudah.

Semoga Allah permudahkan dan berkati perjalanan Umrah kami nanti 🤲🏻

Umrah sebulan puasa di mekah masih ada kosong!
Umrah selepas raya pun masih ada kosong!

Berminat? Meh pm kami,
http://www.wasap.my/+60139779501/Umrah2025

Khusyu' masing-masing pasang telinga mendengar pesanan-pesanan penting! Excited pun yeBerdebar-debar pun yeTaklimat perj...
18/01/2025

Khusyu' masing-masing pasang telinga mendengar pesanan-pesanan penting!

Excited pun ye
Berdebar-debar pun ye

Taklimat perjalanan terakhir sebelum berlepas tak lama lagi
Alhamdulillahil 'ala kulli haal
Semoga Allah berkati dan permudahkan 🤲🏻


09/01/2025
30/12/2024

Selamat pulang para Duyufurrahman!

Alhamdulillah

Pagi di bumi Madinah
26/12/2024

Pagi di bumi Madinah

23/12/2024

Ramai yang bertanya pasal Umrah Cuti Sekolah.
Maaf, dah tutup. Penuh!🙏🏻

Bulan puasa dan selepas raya, kita masih buka

Hari ni jumaat. Hari yang penuh keberkatan.Tiada aktiviti ziarah dan umrah dalam jadual. Free and easy je.Bagi peluang p...
20/12/2024

Hari ni jumaat. Hari yang penuh keberkatan.
Tiada aktiviti ziarah dan umrah dalam jadual. Free and easy je.

Bagi peluang para jemaah untuk beriktikaf lama sikit di Masjidilharam. Tenang betul rasa duduk di rumah Allah ni.

Rasulullah SAW pernah bersabda:
"Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu waktu yang jika seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah bertepatan dengan waktu tersebut, pasti Allah akan memberinya apa yang dia minta."
— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Dan lagi,
"Satu solat di masjidku (Masjid Nabawi) lebih baik daripada seribu solat di tempat lain, kecuali di Masjidil Haram."
— Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Allahu, betapa banyaknya nikmat dan kelebihan bila jadi tetamu Allah ni. Semoga doa-doa kami hari ni, lebih-lebih lagi di bumi penuh barakah ni, diterima Allah SWT. 🤲🏻

=========

Semalam, Alhamdulillah, group kami selesai buat ibadah Umrah kali kedua. Kami bermiqat dan berihram di Ja'ranah.

Sebelum tu, sempat juga kami ziarah beberapa tempat bersejarah sekitar Kota Makkah - Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzdalifah, Mina Jamrah, dan Jabal Nur.

Seronok dapat menelusuri jejak sirah Rasulullah SAW. Setiap tempat ada cerita, ada sejarah yang buat kita lebih menghargai perjuangan Baginda. Semoga perjalanan ni mendekatkan kami dengan Allah dan mendapat keredhaan-Nya.


Alhamdulillah, selesai umrah pertama semalam. Syukur sangat, semua dipermudahkan. Harap-harap Allah terima setiap langka...
19/12/2024

Alhamdulillah, selesai umrah pertama semalam. Syukur sangat, semua dipermudahkan. Harap-harap Allah terima setiap langkah, usaha dan amalan kita. Dan jadikan umrah ni mabrur, insyaAllah. 🤲🏻

===========

Bila cerita pasal umrah, ramai orang tanya, “Masuk Mekah dulu ke, atau Madinah dulu yang best?”

Ikut pengalaman kami, kami prefer group masuk Mekah dulu. Terus settle umrah wajib masa badan masih fresh. Semangat pun tengah tinggi. Memang lega lepas tu, hati pun tenang.

Sebab apa buat awal?
Sebab biasanya bila dah 2-3 hari kat Mekah, badan dah mula rasa lain. Batuk sikit, selsema, demam. Cuaca berbeza daripada Malaysia, badan pun makin letih.

Jadi, buat awal ni memang win. Dah settle yang wajib, hati pun lega. Boleh fokus ibadah lain.

Trip kami ni special sikit, sebab dari airport Jeddah, kami singgah Taif dulu. Bermalam satu malam. Rehat lepas duduk 8 jam dalam flight. Orang Tengganu kata, "betul urat lu!" 😁

Bestnya pergi Taif dulu ni, tak payah pakai ihram lagi. Jemaah rasa lebih relax.

Masa kat Taif, kami bawa jemaah ziarah beberapa tempat menarik,
Masjid Abdullah bin Abbas
Kebun Addas (tempat Nabi berehat dulu)
Masjid K*k (atau masjid siku, unik kan nama dia!)
Kilang minyak wangi rose

Lepas tu, kami bermiqat dan niat ihram di Masjid Qarnul Manazil, baru masuk Mekah. Alhamdulillah, semua smooth je.

Kalau nak rasa perjalanan umrah yang tak rushing, route ni memang best.

Singgah Taif dulu. Badan dah ready, baru masuk Mekah dengan tenang. Yang penting, enjoy perjalanan, niat betul, dan serahkan semua pada Allah. Selamat beribadah! InsyaAllah


Kos haji bagi musim 1446H/2025M telah diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada ini. Bermakna, bakal Haji yang sedang...
16/12/2024

Kos haji bagi musim 1446H/2025M telah diumumkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada ini.

Bermakna, bakal Haji yang sedang menunggu panggilan, boleh mula melihat tawaran menunaikan Haji menerusi aplikasi Thijari.

Semoga dipermudahkan penantian selama ini 🤲🏻

16 DIS 2024TGG-KUL-JEDSemoga semua urusan dipermudahkan Dan mendapat Umrah yang mabrur 🤲🏻
16/12/2024

16 DIS 2024
TGG-KUL-JED

Semoga semua urusan dipermudahkan Dan mendapat Umrah yang mabrur 🤲🏻


Address

No 45, Jalan Kirana 1, Taman Kirana
Kuala Berang
21700

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139858257

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd. posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibrahim Holidays Travel Sdn. Bhd.:

Videos

Share

Category