Belukar Bukit Kayak Adventure Park

Belukar Bukit Kayak Adventure Park Jenoba Trading & Services Sdn Bhd (1255417-P) There are three routes available for you to choose. We will be fully operated in January 2021

Located at the river bank of Sungai Berang, Kuala Berang Adventure Park provides kayak tour to adventure and nature tourist. For the camping enthusiast, our park is equipped with facilities such as electricity, toilet and open hall.

S**a sangat orang Turkiye ni minum air nyiur. Trip kayak hari ini disertai 4 orang. 2 dari KL, 2 dari Turkiye. Hari ini ...
23/08/2024

S**a sangat orang Turkiye ni minum air nyiur.

Trip kayak hari ini disertai 4 orang. 2 dari KL, 2 dari Turkiye.

Hari ini kami buat kelainan sikit. Guide Najmi bawa buah kelapa muda. Sampai dekat tempat berehat, Najmi kupas dan beri pada pelancong. Bukan main s**a lagi orang Turkiye tu. Tengoklah gambar dia togok air kelapa tu. Tak cukup sebiji. 😄

Kayak di Sungai Berang tu santai sangat lah bang. Takde adrenaline rush. Takde ke aktiviti yang 'mencemaskan' tapi selam...
10/07/2024

Kayak di Sungai Berang tu santai sangat lah bang. Takde adrenaline rush. Takde ke aktiviti yang 'mencemaskan' tapi selamat?

Adaaa...

Jom try River Splash di Sungai Berang. Aktiviti menuruni jeram kecil di Sungai Berang dengan menggunakan tiub. Korang tengok air dia pun dah adrenaline rush. Tapi sebenarnya selamat je aktiviti ni.

20 Julai ni kami buat open trip aktiviti River Splash ni. Jom join ramai-ramai.

Harga RM50 je. Harga ni dah termasuk:
- Sewaan helmet dan tiub
- Bayaran guide
- Local transfer
- Insurans

Tapi untuk trip 20 Julai ni kami bagi diskaun RM20. So bayar RM30 sahaja. Cuma slot sangat limited. Kami buka untuk 20 orang sahaja.

So sesiapa yang nak join boleh whatsapp 013 702 6923 untuk maklumat lanjut sebelum slot penuh.

📸 Sodiqin Masengat

Apa kata orang Jerman tentang pengalaman mereka berkayak di Sungai Berang?Seronok diorang ni sebab dekat Jerman diorang ...
09/07/2024

Apa kata orang Jerman tentang pengalaman mereka berkayak di Sungai Berang?

Seronok diorang ni sebab dekat Jerman diorang kata monyet pun takde. Bila dapat tengok monyet bebas berkeliaran diorang jadi teruja sangat. Tengok biawak pun diorang tepuk tangan. 🤣🤣

Kayak In Little Amazon of Terengganu. Nak berkayak dekat sini tapi takde partner? Jangan risau, 10  & 13 Julai ni ada sl...
08/07/2024

Kayak In Little Amazon of Terengganu.

Nak berkayak dekat sini tapi takde partner?

Jangan risau, 10 & 13 Julai ni ada slot kosong. Datang sorang pun takde masalah.

Nak book boleh whatsapp 013 702 6923

Air sedikit cetek tapi ia tak mematahkan semangat untuk geng Kikfit buat aktiviti River Splash hari ini. Semalam santai ...
07/07/2024

Air sedikit cetek tapi ia tak mematahkan semangat untuk geng Kikfit buat aktiviti River Splash hari ini. Semalam santai (tak lah santai sangat) berkayak 22km. Hari ini adrenaline rushing sikit menuruni jeram menggunakan tube. Overall, it was wet and fun!

Gambar-gambar dari Kalang Rengas, Kg Gunung, Ajil tak pernah mengecewakan. Dekat Kalang Rengas pun boleh camping. Tempat...
06/07/2024

Gambar-gambar dari Kalang Rengas, Kg Gunung, Ajil tak pernah mengecewakan.

Dekat Kalang Rengas pun boleh camping. Tempat selesa ada tandas dan surau. Wiken selalu full jadi kena datang cepat.

Alhamdulillah jajaran Sungai Berang semakin hidup dengan aktiviti-aktiviti rekreasi dan perkhemahan.

Pagi ini kami menerima kunjungan 16 orang peserta campkayak Little Amazon of Terengganu
06/07/2024

Pagi ini kami menerima kunjungan 16 orang peserta campkayak Little Amazon of Terengganu

Bukan orang tempatan sahaja yang datang berkayak di Sungai Berang. Orang Perancis pun s**a datang sini. Korang bila nak ...
05/07/2024

Bukan orang tempatan sahaja yang datang berkayak di Sungai Berang. Orang Perancis pun s**a datang sini.

Korang bila nak try berkayak dekat sini?

Dah penat kayak, malam kita layan BBQ sambil camping.
08/06/2024

Dah penat kayak, malam kita layan BBQ sambil camping.

Kami buntu. Ini sampah yang ditinggalkan pengunjung di Belukar Bukit. Biasanya kami bakar sampah-sampah ni. Tapi kehadir...
05/06/2024

Kami buntu.

Ini sampah yang ditinggalkan pengunjung di Belukar Bukit. Biasanya kami bakar sampah-sampah ni. Tapi kehadiran pengunjung yang ramai sejak kebelakangan ni menyebabkan kami tak sempat nak bakar. Bukan takde masa nak bakar, tapi bakar tak sempat habis dah sampai sampah baru. Macam-macam sampah ada. Plastik megi, tin butane, sisa makanan, kotak rokok, polisterin dan spender to name a few. Pampers Putree Dayyan Batrisyia Hannah Montana Binti Mohd Marjono pun ada.

Jadi kami ambil inisiatif untuk kambus sampah-sampah ni petang tadi. Lokasi tong sampah pun kami dah alih ke tempat lain supaya tak mengganggu pergerakan kenderaan. Siap kena sewa traktor untuk alih sampah-sampah ni. Begitulah banyaknya sampah ditinggalkan pengunjung di Belukar Bukit.

Lepas kambus, nampak kemas sikit kawasan ni. Tapi tu lah, kalau ikut kadar pembuangan sampah ni, dalam masa 2 bulan je habis semua tanah di Belukar Bukit ni guna untuk kambus sampah.

Masalahnya, PBT tak masuk ke sini untuk kutip sampah.

Apa pendapat korang? Ada idea dan cara lain tak untuk uruskan sampah-sampah ni?

Selamat menikmati keindahan malam Belukar Bukit kepada semua camper yang camping malam ni.
30/05/2024

Selamat menikmati keindahan malam Belukar Bukit kepada semua camper yang camping malam ni.

Kami ada membela beberapa ekor unikorn untuk kegunaan anda semua.
25/05/2024

Kami ada membela beberapa ekor unikorn untuk kegunaan anda semua.

We go extra mile. Literally. Lousia dan Ken ni dari Singapura. Stay di Tanjung Jara tapi nak berkayak di Hulu Terengganu...
24/05/2024

We go extra mile. Literally.

Lousia dan Ken ni dari Singapura. Stay di Tanjung Jara tapi nak berkayak di Hulu Terengganu. Nak datang tu takde masalah sebab area Tanjung Jara banyak Grab.

Yang jadi masalah bila dia nak balik ke Tanjung Jara. Mana ada Grab di Hulu Terengganu. 🤣🤣

Takkan nak tidur dekat tepi sungai. Kalau orang biasa camping memang kami suruh je tidur tepi sungai tu. Khemah ada je. Tapi sebab dia stay di Tanjung Jara Resort jadi kita faham-fahamlah style dia macam mana.

Jadi Guide Najmi pun offer lah untuk hantar balik ke Tanjung Jara Resort. Maka sampailah mereka ke Tanjung Jara Resort dengan selamat.

Selain daripada pengalaman berkayak di Sungai Berang, apa yang kami cuba tonjolkan dalam pakej berkayak ini adalah keuni...
23/05/2024

Selain daripada pengalaman berkayak di Sungai Berang, apa yang kami cuba tonjolkan dalam pakej berkayak ini adalah keunikan budaya di daerah Hulu Terengganu. Semasa berkayak, kami tunjukkan kepada pelancong tabang dan nyacor yang merupakan teknik tangkapan ikan tradisional.

Paling utama sudah tentu kami tonjolkan makanan yang terkenal di Hulu Terengganu iaitu baung tempoyak. Tengok Chris dan Sarchlot dari Jerman ni, berselera sungguh makan ikan baung masak tempoyak.

Tempat kita cantik sebenornya. Budaya pun menarik. Hargailah khazanah di tempat kita.

Address

Belukar Bukit
Kuala Berang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Belukar Bukit Kayak Adventure Park posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Belukar Bukit Kayak Adventure Park:

Videos

Share

Category