Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar Bangunan Perpustakaan dibina sekitar tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 1997.

Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar kini berkonsepkan "Perpustakaan Bibliotourism"

12/02/2025

Sedang berlangsung Bengkel "Let's Make Art"
yang diajar oleh Puan Azni Mat Isa

Ramai adik-adik hari ini datang ke Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsaruntuk menimba ilmu baru dalam bidang lukisan dan seni๐Ÿคฉ.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak





NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN AWAM KUALA KANGSAR SEMPENA THAIPUSAMPerpustakaan akan tutup pada 11 Februari 2025 bersempen...
10/02/2025

NOTIS PENUTUPAN PERPUSTAKAAN AWAM KUALA KANGSAR SEMPENA THAIPUSAM

Perpustakaan akan tutup pada 11 Februari 2025 bersempena perayaan Thaipusam dan akan beroperasi semula pada 12 Februari 2025.



ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2025 Buku ini mengisahkan tentang kepayahan ibu bapa dahulu dan ibu bapa sekarang dalam membi...
10/02/2025

ULASAN BUKU BULAN FEBRUARI 2025

Buku ini mengisahkan tentang kepayahan ibu bapa dahulu dan ibu bapa sekarang dalam membina hubungan rapat bersama anak-anak. Kepayahan ibu bapa zaman hari ini ternyata lebih halus, lebih rumit dan lebih next level kerana SCREEN IS REPLACING THE PARENTS. Ramai anak hari ini tidak diasuh oleh ibu bapa tapi diasuh, dihiburkan, dipujuk dan dipenuhkan tangki emosinya oleh skrin.

Penerangan
Penulis: Adlil Rajiah
Terbitan: Galeri Ilmu
Tahun Terbitan: 2023
Bahasa: Bahasa Melayu
ISBN: 9786297556406
Bil M/S: 333 m.s
No. Panggilan : 306.874 ADL

Ibu bapa boleh juga membawa anak-anak ke perpustakaan membuat aktiviti disini ๐Ÿ˜„dan juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pihak perpustaakaan bagi mengelakkan anak-anak screen time terlalu lama. ๐Ÿ˜Ž

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri




Minggu akhir cuti sekolah ni, jom adik - adik kita meriahkan perpustakaan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Tarikh   : 12 Februari 2025Masa    : 9.30 p...
08/02/2025

Minggu akhir cuti sekolah ni, jom adik - adik kita meriahkan perpustakaan ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tarikh : 12 Februari 2025
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Perpustakaan Awam Kuala Kangsar

Moh adik-adik, ibubapa kita penuhkan gedung ilmu dengan aktiviti-aktiviti yang menarik sempena cuti sekolah ini .






6 Februari 2025 | Khamis ;Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala KangsarTelah berlangsung Bengkel Inovasi Sigai oleh Cik...
06/02/2025

6 Februari 2025 | Khamis ;
Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Telah berlangsung Bengkel Inovasi Sigai oleh Cikgu Haji Itamta dengan sambutan yang amat menggalakkan iaitu seramai 50 orang peserta. Peserta diajar menggunakan teknik sigai dalam operasi darab dan bahagi bagi memudahkan pengiraan sekaligus menarik minat peserta khususnya murid - murid dalam subjek matematik.

Turut berlangsung pameran "The Journey Of Art" oleh adik Sufi yang merupakan penulis dan pelukis buku "Jom Terokai Sejarah Tahun 4". Buku ini ditulis berdasarkan buku teks Sejarah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 yang digubal oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Setiap nota dipersembahkan dalam bentuk komik yang menarik, segar dan berwarna - warni menjadikannya lebih mudah dan santai untuk dibaca. Dengan ini, secara tidak langsung dapat menarik minat murid - murid untuk membaca dan menerokai tentang sejarah.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak






BENGKEL INOVASI SIGAI Jangan lupa semua temujanji kita esok, akan diadakan Bengkel Inovasi Sigai bersama Cikgu Haji Itam...
05/02/2025

BENGKEL INOVASI SIGAI

Jangan lupa semua temujanji kita esok, akan diadakan Bengkel Inovasi Sigai bersama Cikgu Haji Itamta, Tokoh Guru Negeri Perak 2024๐Ÿ˜Š

Anda ingin tahu cara dan teknik belajar & mengira formula matematik dengan mudah dan cepat??? Moh kome daftarkan nama di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar sebelum penyertaan ditutup.

Bengkel ini adalah -
1) Terbuka kepada semua adik-adik dan terutamanya guru-guru.
2) Yuran penyertaan : Hanya RM5.00/seorang.
3) Modul dan nota akan disediakan.

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak







5 Februari 2025 | Rabu ;Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala KangsarAlhamdulillah, selesai sudah aktiviti cuti sekolah...
05/02/2025

5 Februari 2025 | Rabu ;
Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Alhamdulillah, selesai sudah aktiviti cuti sekolah kita pada hari ini iaitu Bengkel Seni Kreatif bertemakan Labu Sayong dan Jam Besar Kuala Kangsar. Hasil bimbingan daripada cikgu Azni, para peserta dapat menghasilkan lukisan doodle art yang kreatif bercirikan tempat - tempat menarik di Kuala Kangsar.

Para peserta mengambil idea daripada pameran yang disediakan dan kemudian diterjemahkan dalam bentuk lukisan sebagai hasil seni yang berhubung kait dengan bandar diraja Kuala Kangsar.

Kepada peserta Bengkel Inovasi Sigai esok, jangan lupa temu janji kite ye ! ๐Ÿ˜‰





05/02/2025

๐Ÿš๐ŸŽฎ JELAJAH BAS MULTIMEDIA โ€“ Dari Jalanan Ke Dunia Maya! ๐ŸŒ

Kami akan membawa anda ke dunia permainan e-sport yang penuh keseronokan! Nikmati pelbagai pengalaman menarik seperti:
- ๐Ÿค– Robot Tinju & Samurai (RM2.00 untuk 5 minit)
- ๐Ÿš— FPV Racing Car (RM2.00 untuk 10 minit)
- ๐Ÿ•ถ๏ธ Virtual Reality (RM10.00 untuk 1 jam)
- ๐ŸŽฎ PlayStation 5 (RM10.00 untuk 1 jam)

Lokasi:
- ๐Ÿ“š Perpustakaan Desa Tengku Hussein (4 Februari 2025)
- ๐Ÿ“š Perpustakaan Desa Raja Bashah (6 Februari 2025)
- ๐Ÿ“š Perpustakaan Awam Cawangan Gerik (12 Februari 2025)
- ๐Ÿ“š Perpustakaan Desa GPMS Gopeng (8 Februari 2025)
- ๐Ÿ“š Perpustakaan Desa Kati (13 Februari 2025)

โฐ Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari

Jangan lepaskan peluang untuk meneroka dunia maya! ๐Ÿ“




AKTIVITI CUTI SEKOLAH HARI INI.5 FEBRUARI 2025 | RABU.Sedang berlangsung Bengkel Seni Kreatif di Perpustakaan Awam Cawan...
05/02/2025

AKTIVITI CUTI SEKOLAH HARI INI.
5 FEBRUARI 2025 | RABU.

Sedang berlangsung Bengkel Seni Kreatif di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar Woww menariknyaa!!๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ๐Ÿคฉ
Tenaga pengajar yang dijemput khas iaitu Puan Azni Mat Isaโ˜บ๏ธ

Tujuan Bengkel Seni Kreatif ini adalah untuk mencungkil bakat seni adik-adik disamping mempelajari teknik-teknik dalam menghasilkan seni dan lukisan yang menarik.

Tema lukisan yang diajar hari ini adalah ' Tempat Menarik di Kuala Kangsar".๐Ÿ˜

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak






28/01/2025

SELAMAT TAHUN BARU CINA

Ikhlas daripada Pengarah dan seluruh warga Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak.

28/1/2025 - Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar kini sedang berlangsung aktiviti "Indoor Games". Turut dihadi...
28/01/2025

28/1/2025 - Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar kini sedang berlangsung aktiviti "Indoor Games".

Turut dihadiri lawatan dari Tabika Kemas Bekor seramai 10 Orang murid & seorang guru pengiring dan juga adik-adik yang turut serta hadir bersama-sama ibubapa mereka.

Antara aktiviti yang dijalankan:-

1) Colour Tangram
2) Hide & Seek
3) Dam Ular Gergasi
4) Chess
5) Sahibba
dan lain-lain lagi ๐Ÿคฉ

Moh adik-adik, join Indoor Games yang dijalankan hari ini di Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar

Bermacam-macam lagi permainan yang adik-adik boleh guna dan main.๐Ÿฅณ

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak





| NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN |Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati & dikasihi,Untuk makluman, perk...
27/01/2025

| NOTIS PENUTUPAN PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN |

Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati & dikasihi,

Untuk makluman, perkhidmatan Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar akan DITUTUP
Pada 29 DAN 30 JANUARI 2025 (Rabu dan Khamis) sempena cuti
Tahun Baru Cina.

Perkhidmatan kami akan beroperasi seperti biasa pada
31 JANUARI 2025 (JUMAAT) dari jam 9.00 Pagi hingga 5.30 Petang.

Sekian,
Harap maklum dan terima kasih.




27/01/2025
23/01/2025

Musim cuti sekolah sudah tiba.Jom semua beramai-ramai datang ke Perpustakaan Desa Kerunai sepanjang cuti sekolah ini bagi mengisi masa lapang adik-adik dengan menyertai pelbagai aktiviti yang menarik.

Penyertaan adalah percuma dan adik-adik juga turut diberikan cenderahati bagi yang menyertai aktiviti ini.


Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak

Aktiviti Cuti Sekolah di Perpustakaan Awam Kuala Kangsar Bengkel Asas Memanah ๐ŸŽฏMeriahnye Perpustakaan Kuale hari ini den...
23/01/2025

Aktiviti Cuti Sekolah di Perpustakaan Awam Kuala Kangsar
Bengkel Asas Memanah ๐ŸŽฏ

Meriahnye Perpustakaan Kuale hari ini dengan penyertaan adik - adik untuk belajar memanah. Semua excited dapat belajar cara - cara memanah ๐Ÿ˜ƒ Walaupun adik - adik ni baru belajar, ade yang dapat target full mark dan ramai yang dapat pecahkan belon ye. Hebat adik - adik kite ni ๐Ÿคฉ

Haaa, yang lain ape lagi.. cuti sekolah ni jom datang ke perpustakaan dan manfaatkan cuti sekolah ini dengan pelbagai aktiviti menarik.





Address

Jalan Istana
Kuala Kangsar
33000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Saturday 09:00 - 17:30

Telephone

+6057768510

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar:

Videos

Share

Mengenai Kami

MULA BEROPERASI :

Beroperasi di dalam bangunan pejabat penghulu yang pada ketika itu terletak disekitar kawasan stesen bas Kuala Kangsar bermula pada tahun 1980-an sehingga 1997.

RINGKASAN INFO :

Sebuah bangunan baharu yang pembinaanya telah dimulakan sekitar tahun 1995 dan siap sepenuhnya pada tahun 1997. Mula beroperasi di bangunan baharu pada 1 Mac 1997 dan pada 30 Ogos 1997, bangunan baharu perpustakaan telah dirasmikan oleh Tan Sri Rafidah binti Aziz yang ketika itu merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.