Aswara

Aswara Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan / The National Academy of Arts Culture & Heritage (ASWARA)

AKADEMI SENI KEBANGSAAN (ASK) yang ditubuhkan pada tahun 1994 dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia kini dikenali sebagai AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) berkuatkuasa pada 1 Ogos 2006 melalui AKTA Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan 2006 (Akta 653). ASWARA merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi dalam bidang persembahan yang didokong

i sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia dibawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara. ASWARA bertanggungjawab mengeluarkan graduan-graduan yang berupaya menjadi cendekiawan, penggalak, pemupuk, pelaku dan pengamal seni budaya dan warisan di peringkat sijil, diploma, ijazah dan ijazah tertinggi dalam bidang-bidang penyelidikan dan pemupukan kebudayaan, pemuliharaan dan pentadbiran warisan pelbagai jenis. NATIONAL ART ACADEMY (ASK) was set up in 1994 under Ministry of Cultural, Art and Tourism Malaysia which is currently known as NATIONAL ART CULTURE AND HERITAGE ACADEMY (ASWARA) starting on 1st August 2006 through National Art Culture and Heritage Academy ACT 2006 (653 Act). ASWARA is the only higher learning institution in performing area which is fully supported by the Malaysian Government under the Ministry of Unity, Cultural, Art and Heritage Malaysia. It is a form of higher learning institution which provides learning, research and academic publishing as well as professional consultant service in art culture and heritage which aim to produce a skilled artist and integrity author in their area beside to strengthening the national art heritage. In principles, ASWARA concentrates on art learning to produce educated and professional performers to fulfill the national art industry. ASWARA is responsible to produce graduates that are able to become a mentalist, supporter, inspirer, actor and practitioner of art, culture and heritage in research and culture conservation and various of heritage preservation.

Korang nak feel vibes seram tak??Jom saksikan Podcast Sembang ASWARA Episod 2 yang membawakan topik “Seram ASWARA”Tunggu...
03/02/2025

Korang nak feel vibes seram tak??

Jom saksikan Podcast Sembang ASWARA Episod 2 yang membawakan topik “Seram ASWARA”

Tunggu apa lagi, jom saksikan Podcast Sembang ASWARA di Saluran YouTube ASWARA.official

Jangan lupa like, komen dan share!!!






Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025Semarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara dan eratkan hubungan sesam...
01/02/2025

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2025

Semarakkan rasa cinta dan sayang kepada negara dan eratkan hubungan sesama kita. Semoga pembangunan budaya dan warisan di Wilayah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan terus memacu pertumbuhan ekonomi negara dan mensejahterakan kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada Rektor, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga ASWARA.






SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025Gong Xi Fa Cai! Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025 kepada masyarakat Cina ...
28/01/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BAHARU CINA 2025

Gong Xi Fa Cai! Selamat menyambut Tahun Baharu Cina 2025 kepada masyarakat Cina serta seluruh rakyat Malaysia dan semoga Tahun Ular pada tahun ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada semua pihak.

Selamat Tahun Baharu Cina 2025. Ikhlas daripada Rektor, Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Seluruh Warga ASWARA.







‘Dekat KL’ dgn kerjasama Rashid Shikh Abdullah mengadakan pameran seni visual - ‘TUMBUH’; karya berbentuk catan hasil pe...
26/01/2025

‘Dekat KL’ dgn kerjasama Rashid Shikh Abdullah mengadakan pameran seni visual - ‘TUMBUH’; karya berbentuk catan hasil pelajar Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Visual, Fakulti Seni Halus, ASWARA (20 Jan - 23 Feb 2025). Seramai 17 pelajar terlibat dlm. pameran tersebut yg telah dirasmikan oleh Prof Madya Suzlee Ibrahim Dekan FSH Aswara pada 25 Januari 2025.

TUMBUH merupakan pameran yang menghimpunkan karya seni visual daripada 17 pengkarya generasi baharu Malaysia. Setiap satu karya yang dipamerkan mempunyai tema dan konsep yang pelbagai mewakili identiti unik setiap seorang pengkarya. Pengunjung pameran akan meneroka pengalaman visual dengan campur baur rasa, emosi dan cerita yang lahir daripada kejujuran pengkarya yang sedang tumbuh.

Kerjasama :

PERSENI
Seni Jauhari
BREW CEM
Ali Maju Cafe






23/01/2025

Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan ASWARA membawakan Academia-Talk Siri 1 Tahun 2025 – “Makna Siratan dalam Kajian Karya Kesusasteraan” bersama Prof. Madya Dr. Ariff Bin Mohamad, Pensyarah Kanan daripada Fakulti Bahasa dan Komunikasi ,Universiti Pendidikan Sultan Idris dan moderator Encik Azrie Izham Hamzah, Timbalan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem, ASWARA.

Got it! Here’s a fun and engaging Instagram caption for the Global Game Jam Malaysia 2025event:🎮✨ Calling all game creat...
23/01/2025

Got it! Here’s a fun and engaging Instagram caption for the Global Game Jam Malaysia 2025
event:

🎮✨ Calling all game creators, innovators, and dreamers! ✨🎮

Get ready for the Global Game Jam Malaysia 2025 at ASWARA, KL from January 24-26! 🚀
Whether you’re a coding wizard, aspiring artists, or just a passionate gamer, this is your chance
to team up, get creative, and bring your wildest game ideas to life in 48 hours! 🎉

🔹 What to Expect:
● Non-stop game-making madness! 🕹
● Meet like-minded creators and collaborators. 🤝
● Epic challenges, surprises, and endless fun. 🎉

🔹 Why You Should Be There:
● The global game dev community is waiting for YOU. 🌍
● Create something totally unique with no limits! 🎨
● It’s all about creativity, collaboration, and good vibes. ✨

Ready to make magic happen? Let’s jam! 💥
🔗Register here: https://bit.ly/AGCxGGJ2025
📍 Location: Games Lab, Faculty of Animation & Multimedia, ASWARA-KL
🗓 Date: 24th - 26th January 2025










BENGKEL TEKNIK KOMPOSISI & GUBAHAN MUZIK MODEN SEMPENA PENGANJURAN PERTANDINGAN VOKAL TERBUKA ANTARABANGSA KE-12 Sekitar...
21/01/2025

BENGKEL TEKNIK KOMPOSISI & GUBAHAN MUZIK MODEN SEMPENA PENGANJURAN PERTANDINGAN VOKAL TERBUKA ANTARABANGSA KE-12

Sekitar Bengkel Teknik Komposisi & Gubahan Muzik Moden sempena Pertandingan Vokal Terbuka Antarabangsa ke-12 yang disampaikan oleh YBrs. Dr. James Philip Sheng Boyle, Dekan Fakulti Muzik ASWARA, Encik Perry Martin dan Encik Collin QI dan dihoskan oleh Encik Lee Nai Kang telah berlangsung pada:

📅 20 Januari 2025 (Isnin)
🕰️ 9:00 pagi
📍Studio Rakaman, Fakulti Muzik ASWARA

Bengkel tersebut memberi fokus pada pengajaran teknik-teknik untuk mencipta dan menggubah muzik dalam konteks moden yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai aspek komposisi muzik, seperti teori muzik, struktur lagu, penggunaan alat muzik digital dan perisian muzik.






KONSERT KHAS SEMPENA PERTANDINGAN VOKAL ANTARABANGSA KE-12 ANJURAN HONG KONG INTERNATIONAL MUSICIAN ASSOCIATION (IMA) DE...
21/01/2025

KONSERT KHAS SEMPENA PERTANDINGAN VOKAL ANTARABANGSA KE-12 ANJURAN HONG KONG INTERNATIONAL MUSICIAN ASSOCIATION (IMA) DENGAN KERJASAMA AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA)

Sekitar acara berprestij dalam konsert khas sempena Pertandingan Vokal Antarabangsa ke-12 yang dianjurkan oleh Hong Kong International Musician Association (IMA) dengan kerjasama Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA, YBrs. Dr. James Philip Sheng Boyle, Dekan Fakulti Muzik dan pensyarah-pensyarah Fakulti Muzik telah berlangsung pada:

📅 19 Januari 2025 (Ahad)
🕰️ 3:00 petang
📍 Dewan Filharmonik PETRONAS, KLCC

Konsert khas ini menampilkan persembahan dari barisan finalis, juri dan artis antarabangsa tersohor yang mengetengahkan persembahan eksklusif termasuk karya-karya klasik seperti "Tu che le vanita" dari opera Don Carlos oleh Verdi dan "Questo amor, vergogna mia" dari Le Villi oleh Puccini.






Pameran Seni Visual “TUMBUH”.Tarikh : 20 Januari 2025 - 23 Februari 2025Lokasi : DEKATKL Creative Space, Wisma RampaiKur...
20/01/2025

Pameran Seni Visual “TUMBUH”.

Tarikh : 20 Januari 2025 - 23 Februari 2025
Lokasi : DEKATKL Creative Space, Wisma Rampai
Kurator : Rashid Shikh Abdullah, Anis A. Azam

TUMBUH merupakan pameran yang menghimpunkan karya seni visual daripada 17 pengkarya generasi baharu Malaysia. Setiap satu karya yang dipamerkan mempunyai tema dan konsep yang pelbagai mewakili identiti unik setiap seorang pengkarya. Pengunjung pameran akan meneroka pengalaman visual dengan campur baur rasa, emosi dan cerita yang lahir daripada kejujuran pengkarya yang sedang tumbuh.

Sejajar dengan hasrat penubuhannya untuk meraikan idea, cerita dan kreativiti, DEKAT KL Creative Space sentiasa menyokong kegiatan apresiasi seni dan kelestarian karya dan pengkarya. Dalam konteks ini, pameran TUMBUH bermatlamat mewujudkan kerjasama kreatif yang simbiotik dalam kalangan pengkarya generasi baharu serta komuniti setempat. Ini mungkin titik tumbuh bagi pengkarya yang terlibat dalam pameran ini, tetapi apa yang sentiasa menjadi harapan agar;
yang tumbuh akan mekar,
yang membenih akan mengakar.

Disokong Oleh :
Fakulti Seni Halus - Faculty of Fine Art - Aswara
PERSENI
Seni Jauhari Seni Jauhari
BREW CEM







PERTANDINGAN VOKAL TERBUKA ANTARABANGSA KE-12 TAHUN 2025Pertandingan Vokal Terbuka Antarabangsa Ke-12 dianjurkan oleh Pe...
19/01/2025

PERTANDINGAN VOKAL TERBUKA ANTARABANGSA KE-12 TAHUN 2025

Pertandingan Vokal Terbuka Antarabangsa Ke-12 dianjurkan oleh Persatuan Pemuzik Antarabangsa (HK) dengan Fakulti Muzik ASWARA Malaysia, sebagai salah satu rakan kerjasamanya, dengan bangganya menjadi salah seorang hos untuk acara Muzikal Antarabangsa yang berprestij ini yang berlangsung mulai 17 hingga 21 Januari 2025 di ASWARA, DBKL dan Dewan Philharmonik, KLCC.

Dengan peserta antarabangsa, juri dan pemuzik yang akan mengendalikan Masterclass, Ceramah, Seminar, Forum dan Bengkel dan muzik yang menampilkan secara meluas dalam bidang pop, folk, jazz, Broadway dan lagu Muzikal, Pertandingan Vokal Terbuka Antarabangsa Ke-12 bertujuan untuk membawa bakat terbaik dalam bidang ini. vokal dalam semua peringkat umur dari seluruh dunia!






BACA PeTA: Manuskrip 2024/2025Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA telah menjayakan BACA PeTA: Mansukrip 20...
17/01/2025

BACA PeTA: Manuskrip 2024/2025

Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem (FPKF) ASWARA telah menjayakan BACA PeTA: Mansukrip 2025 pada 15 Januari 2025 bertempat di Studio Televisyen dan Filem ASWARA.

Program ini merupakan salah satu daripada program bersempena Festival PeTA FPKF 2024/2025 yang berlangsung sepanjang minggu ini. Menerusi BACA PeTA, fragmen karya-karya PeTA tulisan pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan dengan Kepujian yang dinilai dipersembahkan ke pelbagai bentuk persembahan termasuklah lakonan, bacaan naskhah dan tayangan audio-visual.

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah selesai dinilai.

Teruskan berkarya, tajamkan pena!

Kredit foto: .my_







ACADEMIA-TALK SIRI 1 TAHUN 2025 ANJURAN PUSAT PENYELIDIKAN, PERSIDANGAN DAN PENERBITAN, ASWARAPusat Penyelidikan, Persid...
16/01/2025

ACADEMIA-TALK SIRI 1 TAHUN 2025 ANJURAN PUSAT PENYELIDIKAN, PERSIDANGAN DAN PENERBITAN, ASWARA

Pusat Penyelidikan, Persidangan dan Penerbitan akan menganjurkan program Academia-Talk Siri 1 Tahun 2025 yang akan disampaikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Ariff Mohamad, Pensyarah Kanan Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama moderator Encik Azrie Izham Hamzah, Timbalan Dekan Fakulti Penulisan Kreatif dan Filem ASWARA pada ketetapan seperti berikut:

🗓️ 23 Januari 2025 (Khamis)
⌚️10.00 Pagi
💻 Facebook Rasmi ASWARA
🔗 https://www.facebook.com/10150114752700694/






MESYUARAT PASCANILAI PROGRAM PEMENTASAN TEATER MUZIKAL ‘SAKTI MERONG MAHAWANGSA”Mesyuarat Pascanilai Pementasan Teater M...
16/01/2025

MESYUARAT PASCANILAI PROGRAM PEMENTASAN TEATER MUZIKAL ‘SAKTI MERONG MAHAWANGSA”

Mesyuarat Pascanilai Pementasan Teater Muzikal ‘Sakti Merong Mahawangsa’ yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA, pengurusan tertinggi ASWARA dan Persatuan Alumni yang telah berlangsung pada:

📅 16 Januari 2025 (Khamis)
🕰️ 2:30 petang
📍Bilik Mesyuarat Aras 3, Aula Perdana

Sesi tersebut adalah bagi membentangkan mengenai laporan Pascanilai Pementasan Teater Muzikal ‘Sakti Merong Mahawangsa’ dan simbolik penyerahan skrip, video pementasan dan laporan ‘Sakti Merong Mahawangsa’ yang telah diadakan pada 22 hingga 24 November 2024 yang lalu.






SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN JARINGAN KERJASAMA DARIPADA YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS)Sekitar Sesi Kunjung...
16/01/2025

SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN JARINGAN KERJASAMA DARIPADA YAYASAN RAJA MUDA SELANGOR (YRMS)

Sekitar Sesi Kunjungan Hormat dan Perbincangan Jaringan Kerjasama daripada Yayasan Raja Muda Selangor (YRMS) yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr Khairul Azril bin Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, pengurusan tertinggi ASWARA, Future Creative School serta pegawai daripada Yayasan Raja Muda Selangor yang diketuai Encik Muhammad Syazwan Bin Mohd Daut, Ketua Pegawai Eksekutif YRMS telah berlangsung pada:

📅 16 Januari 2025 (Rabu)
🕰️ 2.30 pagi
📍Bilik Mesyuarat Aras 6, Seri Bendahara

Sesi tersebut adalah bagi membincangkan mengenai jaringan kerjasama program pembelajaran sepanjang hayat iaitu Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan proses pendidikan dan latihan yang menjurus ke arah pekerjaan dan menekankan amalan industri dalam pelbagai bidang seperti kraf, seni, muzik, animasi dan sebagainya.






SESI PERBINCANGAN KOLABORASI BERSAMA DELEGASI KOREA - PROGRAM KPOPSekitar Sesi Perbincangan Kolaborasi Bersama Delegasi ...
16/01/2025

SESI PERBINCANGAN KOLABORASI BERSAMA DELEGASI KOREA - PROGRAM KPOP

Sekitar Sesi Perbincangan Kolaborasi Bersama Delegasi Korea - Program KPOP yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Ts. Dr Khairul Azril bin Ismail, Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik ASWARA, wakil Fakulti Muzik dan Tari serta delegasi daripada negara Korea beserta wakil daripada syarikat Reed Education Group yang telah berlangsung pada:

📅 16 Januari 2025 (Rabu)
🕰️ 9.30 pagi
📍Bilik Mesyuarat Aras 3, Aula Perdana

Sesi tersebut adalah bagi membincangkan mengenai jaringan kerjasama dalam program akademik yang komprehensif yang menggabungkan latihan akademik dan praktikal serta bimbingan dan pendedahan kepada profesional industri dalam bidang tarian, vokal dan persembahan pentas.






SESI KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) KE MAYBANK FOUNDATIONSekitar Sesi Kunjungan Ho...
15/01/2025

SESI KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI SENI BUDAYA DAN WARISAN KEBANGSAAN (ASWARA) KE MAYBANK FOUNDATION

Sekitar Sesi Kunjungan Hormat Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) ke Maybank Foundation yang dihadiri oleh YBrs. Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA, pengurusan tertinggi ASWARA dan Pengurus Bahagian Pemerkasaan Komuniti Maybank Foundation iaitu Encik Amirul Muhammad yang telah berlangsung pada:

📅 15 Januari 2025 (Rabu)
🕰️ 10.00 pagi
📍Bilik Mesyuarat Aras 4, Menara Maybank, Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Sesi tersebut adalah bagi membincangkan jaringan kerjasama dalam memperkasakan seni dan budaya terhadap pelbagai program dan inisiatif dalam memberi peluang kepada pelajar- pelajar ASWARA seperti pameran seni dan program pendidikan.






SESI PERTEMUAN PENGURUSAN TERTINGGI ASWARA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)Sekitar Sesi Pertemuan Peng...
15/01/2025

SESI PERTEMUAN PENGURUSAN TERTINGGI ASWARA BERSAMA AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP)

Sekitar Sesi Pertemuan Pengurusan Tertinggi bersama Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang dipengerusikan oleh YBrs. Prof. Dr. Tan Awang Besar, Rektor ASWARA dan dihadiri oleh pengurusan tertinggi ASWARA dan Ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) yang telah berlangsung pada:

📅 14 Januari 2025 (Selasa)
🕰️ 10:00 pagi
📍Bilik Mesyuarat Seri Bendahara, Aras 6

Sesi tersebut adalah bagi membincangkan mengenai perancangan dan peranan Jawankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dalam menyuarakan pendapat dan cadangan pelajar kepada pihak pengurusan mengenai isu-isu yang berkaitan dengan kebajikan pelajar, hal ehwal akademik, pembelajaran dan program/aktiviti pelajar.

Semoga sesi pertemuan ini dapat meningkatkan komunikasi dan kerjasama antara pengurusan tertinggi dan JPP dalam memastikan kesejahteraan dan pelaksanaan aktiviti pelajar ke arah mencapai visi dan misi bersama untuk kebaikan institusi dan juga pelajar.






🌟 IP360 Metaverse – Platform Metaverse Sosio-Budaya Anda🌏✨Link: https://mdec.my/ip360-metaverse/platformProjek pembangun...
13/01/2025

🌟 IP360 Metaverse – Platform Metaverse Sosio-Budaya Anda🌏✨
Link: https://mdec.my/ip360-metaverse/platform
Projek pembangunan Metaverse sosial Malaysia yang terawal dibangunkan dengan kerjasama MDEC, Ammobox Studios Sdn Bhd, dan ASWARA bersama-sama agensi di bawah MOTAC seperti Tourism Malaysia dan Istana Budaya.

🎭 Muzium Budaya Malaysia
Hayati keindahan warisan negara dalam bentuk baharu. Muzium digital ini membolehkan anda menghidupkan kembali seni, sejarah, dan tradisi Malaysia dengan cara yang lebih interaktif dan imersif.

🌍 Dunia Ejen Ali
Masuki dunia futuristik penuh aksi dan pengembaraan. Dengan teknologi terkini, kami membawa pengalaman taman tema ke peringkat yang lebih mengujakan – di mana anda bukan sekadar penonton, tetapi sebahagian daripada cerita.

🎉 Dunia Didi & Friends
Satu pengalaman yang dinantikan! Watak kegemaran ramai ini bakal tiba ke IP360, menceriakan platform dengan hiburan mesra keluarga dan penuh warna.

✨ Menghidupkan Warisan Secara Digital dengan Semangat Cultural Futurists
Sebagai peneraju seni dan budaya, ASWARA tampil sebagai pelopor perubahan, memegang peranan penting sebagai “Cultural Futurists”. Dalam dunia yang semakin dikuasai teknologi, kami bertekad untuk memastikan nilai tradisi kekal relevan, berkembang seiring era digital tanpa melupakan akar budaya dan seni warisan.

📲 Jadi Sebahagian daripada Revolusi
Sertai kami di IP360 Metaverse dan rasai sendiri pengalaman yang menginspirasikan tradisi. Bersama-sama, kita boleh membina masa depan budaya dengan slogan ‘Melangkah ke hadapan bersama tradisi”.
Layari sekarang untuk mengetahui lebih lanjut: https://mdec.my/ip360-metaverse/platform







Address

Aswara
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60326971777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aswara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Aswara:

Videos

Share