31/10/2022
Time raya kalau buat xmkn sngt, kalau buat time xraya laju je habis...auto sedap lain macam hehe...biskut dahlia ♥️🍂
Resepi...
1 cawan butter @ majerin pelangi
1 cawan gula aisin ( boleh kurangkan kalau xsuka manis )
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 biji kuning telur
2cawan tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Cara...
1. Ayak dl gula, dan semua tepung2..
2. Satukan gula, butter @ majerin, kuning telur dan esen vanila. Gaul biar sebati sahaja menggunakan senduk kayu, biar sebati je ye xpayah nk gaul lama2..
3. Kemudian masukkan tepung² dan gaul sehingga menjadi doh.
4. Saya guna acuan tembaga pecah 10. Tekan dan biar kn seketika letak ceri dan bakar pada suhu 160° api bawah sahaja...dlm ms 20 minit atau sehingga masak @ terpulang pada suhu ovan masing²..
Credit : Nor Khomariah Norrohman