Destinasia Travels Sdn Bhd

Destinasia Travels Sdn Bhd Kami adalah syarikat yang berdaftar untuk menguruskan Haji & Umrah, Inbound & Outbound.

Daripada Abi Darda’ R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ،...
01/07/2022

Daripada Abi Darda’ R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ

Mafhumnya: “Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.

Hadith Riwayat Muslim

‼️7 KELEBIHAN KENAPA PERLU MENGERJAKAN UMRAH ‼️Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah ...
01/07/2022

‼️7 KELEBIHAN KENAPA PERLU MENGERJAKAN UMRAH ‼️

Kelebihan Mengerjakan Umrah Seperti mana keistimewaan ibadah Haji, umrah juga ada kelebihannya. Sebenarnya memang banyak hadis-hadis yang membicarakan tentang kelebihan umrah.

Di antaranya ialah :

✅1. MENJADI TETAMU ALLAH Di dalam Ihya’Ulumiddin, Jarir bin Abdillah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Tetamu Allah ada tiga golongan iaitu orang yang berhaji, berumrah dan berperang”

✅2. PAHALA DAN GANJARAN DILIPATGANDAKAN Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah : “Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

✅3. TIDAK DIHISAB JIKA MENINGGAL DUNIA SEMASA MENUNAIKAN UMRAH Di dalam Ihya’Ulumiddin, disebut bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya : “Barang siapa keluar untuk menunaikan ibadah haji atau umrah lalu meninggal dunia, maka baginya diberlakukan pahala berhaji dan berumrah hingga hari kiamat. Dan barang siapa meninggal dunia di salah satu tanah suci, maka kelak dia tidak diadili dan tidak p**a dihisab, melainkan dikatakan kepadanya, `Masuklah ke dalam syurga'”

✅4. PAHALA UMRAH BULAN RAMADHAN MENYAMAI IBADAH HAJI Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya : “Melakukan umrah pada bulan Ramadhan menyamai ibadah haji”

✅5. MENGHILANGKAN DOSA DAN KEFAKIRAN Dalam Ibnu Majah, Umar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud : “Perturutkanlah antara haji dan umrah, sebab sesungguhnya berturut-turutnya antara keduanya akan menghilangkan kefakiran dan dosa-dosa, ibadat kir (nyalaan api pada tukang besi) yang menghilangkan kotoran besi”

✅6. DIWAJIBKAN WALAUPUN SEKALI (JIKA MAMPU) Umrah juga diwajibkan atas manusia sekali seumur hidup jika mampu. Walau bagaimanapun penduduk Mekah tidak diwajibkan menunaikan umrah hanya ibadah haji sahaja. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud : “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah” Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata : “Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

✅7. PENGHAPUSAN DOSA Dalam riwayat Al-Bukhari, Rasululluh SAW telah bersabda yang bermaksud : “Satu ibadah umrah sehingga sampai umrah lainnya adalah sebagai pelebur (dosa) di antara keduanya. Sedang haji yang mabrur tidak mempunyai balasan kecuali syurga "

Welcome to your destination travels all around the world
29/06/2022

Welcome to your destination travels all around the world

29/06/2022

Address

Kuala Lumpur
54200

Opening Hours

Monday 09:00 - 16:30
Tuesday 09:00 - 16:30
Wednesday 09:00 - 16:30
Thursday 09:00 - 16:30
Friday 09:00 - 16:30

Telephone

+60342664155

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Destinasia Travels Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Destinasia Travels Sdn Bhd:

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Kuala Lumpur

Show All

You may also like