Road2Percutian

Road2Percutian Seorang Tour Leader yang berpengalaman dalam menguruskan hal² percutian mengikut bajet anda.

Menyediakan beberapa pakej dari beberapa agency tempatan & luar negara dengan harga dan servis yang terbaik.

Port OOTD baru di Melaka. Semenjak Dato Siti nyanyi lagu org Melaka. Memang confirm double jem lah Melaka lepas nie. Sem...
19/01/2024

Port OOTD baru di Melaka.
Semenjak Dato Siti nyanyi lagu org Melaka. Memang confirm double jem lah Melaka lepas nie. Semakin meriah lah Melaka.
Orang Melaka pun x sempat nak berOOTD lagi. Hehehe.
Jom lah ke Melaka.

Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pa...
18/01/2024

Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).

Kisah² Customer Perlancongan.Mungkin ada yang 1st time cop passport. Mungkin ada yang 1st time nak naik kapalterbang dan...
18/01/2024

Kisah² Customer Perlancongan.
Mungkin ada yang 1st time cop passport. Mungkin ada yang 1st time nak naik kapalterbang dan mungkin ada yang dah mcm expert naik kapalterbang dan selalu travel.
Tak kiralah siapa pun, sebagai tour leader kekadang kami kena menjawab soalan² lazim yang sepatutnya tak perlu ditanya. Tapi kami tetap kena jawab.
Menjadi satu keseronokkan buat kami melayan cust² yang banyak bertanya daripada cust yang tak bertanya dan akhirnya tak tahu apa yg sepatutnya di buat. Just ikut ajer.
Bagi Che Ly secara peribadi, bila kita travel dalam kumpulan yang kita tak pernah kenal, klu boleh janganlah bawa "title" duniawi kita ketika melancong. Melainkan kita ambil pakej private. Maka hendaklah Tour Leader atau Pengiring melayan kita seadanya kita.
Banyak kisah² yang akan Che Ly share. Macam mana kisah2 cust yang tak mendengar arahan ketika bergerak dalam kumpulan. Kekdg lucu. Kekdg terpaksa senyum ajer.
Yang mana nak cari pakej Hatyai. Boleh jengah² tarikh kat bawah nie.

Surau yang lebih selesa. Terletak di aras 4 (dekat ngan gate 29) dalam Terminal 1 Duty Free.Bilik pompuan n lelaki akan ...
18/01/2024

Surau yang lebih selesa. Terletak di aras 4 (dekat ngan gate 29) dalam Terminal 1 Duty Free.
Bilik pompuan n lelaki akan di asingkan. Itu yang pasti.

Your comfort is our priority! 🌟

Starting on 1st January 2024.All foreign citizens seeking entry to Malaysia, 𝗲𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹𝗹𝘆 𝘁𝗵𝗿𝗼𝘂𝗴𝗵 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻...
18/01/2024

Starting on 1st January 2024.

All foreign citizens seeking entry to Malaysia, 𝗲𝘀𝗽𝗲𝗰𝗶𝗮𝗹𝗹𝘆 𝘁𝗵𝗿𝗼𝘂𝗴𝗵 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹 𝗔𝗶𝗿𝗽𝗼𝗿𝘁 (KLIA), are required to fill out the Malaysia Digital Arrival Card (MDAC).

To prevent possible delays during immigration clearance at the arrival hall or to avoid being denied entry, make sure to adhere to this step and ensure compliance. 🤗

For more information or to register for MDAC, please visit:
https://imigresen-online.imi.gov.my/mdac/main







For more info...

Please follow us on Instagram 😉 :
https://www.instagram.com/imigresen_klia/

Please follow us on TikTok 😉 :
https://www.tiktok.com/

𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟: 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔Kemaskini terkini: 17 Januari 2024Info u...
17/01/2024

𝗜𝗡𝗙𝗢 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟: 𝗦𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗜 𝗛𝗢𝗧𝗘𝗟 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗨𝗡𝗬𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗦𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗟𝗔𝗟 𝗗𝗜 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

Kemaskini terkini: 17 Januari 2024
Info untuk



Arigato Gozaimasu ... lepas tue akan tundukkan kepala tanda hormat.Begitulah budaya Japan yang kekal sampai sekarang. Pe...
17/01/2024

Arigato Gozaimasu ... lepas tue akan tundukkan kepala tanda hormat.
Begitulah budaya Japan yang kekal sampai sekarang. Pengalaman ke Osaka & Tokyo memang antara kenangan yang paling best sepanjang bergelar Tour Leader.
Kini ada 2 pakej ke Jepun. Mana satu pilihan hati? Pakej dah consider ALL IN. Mana nak cari?
Tokyo? Osaka? Disneyland? Universal Studio Japan? Aduhhh semuanya kalau boleh nak. Maka jangan risau. Sebab semuanya boleh.
Tunggu nak pilih yang mana satu ajer. Kalu rasa berminat, jangan segan² nak klik wasap link di bawah.
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/

Scammer Alert!Baru² ini salah satu agency yang menjadi pelopor route baru atau dalam bahasa mudah, laluan² travel yang r...
17/01/2024

Scammer Alert!
Baru² ini salah satu agency yang menjadi pelopor route baru atau dalam bahasa mudah, laluan² travel yang rare telah di scam lagi. Kali ini dengan mengunakan nama agency yang agak sama.
Pelik tapi Benar. Bagi Che Ly secara peribadi, kepada semua pelanggan, ada beberapa perkara yang perlu kita ambil tahu sebelum pembayaran di buat utk urusan jual beli.
PERTAMA : Jangan lakukan transaksi wang kepada nama individu. Pastikan nama yang hendak kita bayar adalah nama syarikat travel agency yg kita berurusan.
KE-DUA : Lesen Perniagaan atau Lesen Berdfatar dengan Motac. Ini amat penting. Minta no lesen motac. Double check dahulu samada nama yang berdaftar sama atau tidak dengan nama account yg kita nak buat transfer.
KE-TIGA : Check lah atau rajin² kan diri utk buat semakan secara online sebelum buat bayaran. Kita kan ada laman web utk check samada account atau no talipon yg digunakan berpotensi sebagai scammer atau tidak.
KE-EMPAT : ... yg ini nak ucap TAHNIAH lah sapa yang berjaya kena scam, sebab apa? Sebab asyik nak murah segala bagai. Mana ada istilah murah dah selepas covid² nie.
Maka kena selalu ambil tahu. Rujuk dengan pegawai dalam sesebuah agency utk kesahihan bahawa agent adalah agent sah dalam agency tersebut.
Harap post ini dapat sedikit sebanyak memberikan info.

SYARAT BARU UNTUK MELAWAT HAGIA SOPHIA.Tiket masuk sebanyak 25€ (manakala kanak bawah 8tahun adalah percuma) dikenakan k...
17/01/2024

SYARAT BARU UNTUK MELAWAT HAGIA SOPHIA.
Tiket masuk sebanyak 25€ (manakala kanak bawah 8tahun adalah percuma) dikenakan kepada setiap pelancong dan termasuk penduduk tetap atau residents Turkise yang ingin melawat ke Hagia Sophia.
Pintu masuk berada di hadapan Topkapi Palace. Walaupun begitu, Hagia Sophia masih lagi berstatus MASJID dan kepada orang Muslim yang ingin masuk percuma, boleh masuk waktu solat sahaja.
Untuk solat, pintu masuk adalah di kawasan hadapan Sultanahmed Square (pintu lama). Jadi kalau anda mengikut pakej berkumpulan, pastikan tour guide dan tour leader anda rancang perjalanan agar anda dapat masuk FREE ke Hagia Sophia.
Yang dah bayar harga tiket bole berpeluang masuk ke galeri muzium di aras 2. Maksudnya pelancong sudah tidak dibenarkan berada di kawasan solat yang terletak di kawasan solat utama.

🇹🇷

Balat Fateh, TurkiyeSalah satu kawasan perumahan yang memang lawa untuk ootd. Sini pun banyak cafe² yang lawa² teruk.Bag...
17/01/2024

Balat Fateh, Turkiye
Salah satu kawasan perumahan yang memang lawa untuk ootd. Sini pun banyak cafe² yang lawa² teruk.
Bagi yang mengikut pakej secara berkumpulan ke Turki, maka anda kena bijak untuk SKIP dari salah satu program atau itternary yang sediada. Lari sejenak ke Balat Fateh dan nikmati keindahan penempatan penduduk di sini.
Tidak ramai pengunjung dari Malaysia yang ke sini. Untuk anda terserempak dengan pengunjung Malaysia amat kecil nisbahnya. Berbanding kalau kita berada di Spice Market atau Grand Bazaar. Kiri kanan penuh dengan orang Malaysia.
Ada juga Tour Leader yang pandai adjust itternary yang standard ke lokasi ini. Tapi kes2 begini biasanya kena ada persetujuan dari semua peserta dan kemungkinan ada sedikit penambahan duit.
Jadi, sekiranya nak cari pakej ke turki yang berbeza dari pakej² standard agency, maka anda kena cari itternary yang lebih flexi dan memudahkan anda.

Langkawi vs PangkorSejak kebelakangan ini, isu harga makanan dan penginapan yang mahal di Langkawi dan Pangkor menjadi b...
17/01/2024

Langkawi vs Pangkor
Sejak kebelakangan ini, isu harga makanan dan penginapan yang mahal di Langkawi dan Pangkor menjadi bual bicara semula.
Secara peribadi pendapat Che Ly, pemain² penginapan atau penyediaan makanan serta pengangkutan kena ada satu formula bagaimana nak memujuk semula agar Langkawi atau Pangkor menjadi tumpuan semula.
Adakah sebab kekurangan tempahan, maka extra bayaran di kenakan kepada pengunjung yang datang ke sana?
Terbaru kes Ayam Goreng Kunyit yang bagi Che Ly memang terlampau mahal. Mengunakan alasan kos yang meningkat memang tak masuk akal. Sedangkan kuantiti hidangan ayam goreng kunyit di Kuala Lumpur lebih banyak dan harga lebih masuk akal.
Tolonglah pihak peniaga dan pemain industri, do something. Jangan sampai pelancong datang dan masak sendiri.

Genting Dream CruiseBila sebut pasal pakej naik kapal (cruise) macam² yang cust akan pikirkan. Antara perkara yang selal...
15/01/2024

Genting Dream Cruise
Bila sebut pasal pakej naik kapal (cruise) macam² yang cust akan pikirkan. Antara perkara yang selalu dibahaskan :
# harga pakej yang mahal.
# ada apa atas kapal?
# bosan lah atas kapal.
Bila kita tak cuba, maka segala persoalan akan menghalang kita utk mencuba sesuatu yang baru. Bagi Che Ly, harga naik Cruise di Malaysia masih lagi terkawal dan mampu pergi.
Makan adalah unlimated. 5 kali sehari. Bagi yang kaki makan, maka inilah syurga pinggan anda dan tekak anda. Kepelbagaian menu dari lokal sehingga ke antarabangsa, semuanya ada.
Tak lagi di sebut hiburan di atas kapal. Perghh memang tak masuk bilik lah nak tido. Explore dan terus explore.
Nak tahu lebih lanjut perjalanan Cruise yang ada? Macam biasalah, klik saja link di bawah.
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/

Kisah Tour Leader.Selain pakej berkumpulan yang menarik, salah satu yang membuatkan trip tersebut menjadi satu trip yang...
15/01/2024

Kisah Tour Leader.
Selain pakej berkumpulan yang menarik, salah satu yang membuatkan trip tersebut menjadi satu trip yang paling best adalah di sebabkan oleh Tour Leader atau dalam bahasa mudahnya Pegawai Pengiring Pelancongan.
Tidak dinafikan bagaimana seorang Tour Leader kena memahami setiap peserta kumpulan agar dalam 'blend' untuk sepanjang tempoh percutian.
Mungkin nampak mudah. Mungkin nampak seronok sebab dapat berjalan sekali. Tapi tugas seorang Tour Leader tidaklah semudah itu.
Alhamdullilah sepanjang bertugas membawa peserta dalam trip berkumpulan, review yang cust bagi amat memuaskan.
Terima Kaseh untuk semua peserta2 yang pernah Che Ly bawa dan uruskan percutian anda.
Nak tahu trip2 yang Che Ly akan jadi Tour Leader? Jom klik link di bawah.
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/
https://chelytourleader.wasap.my/

Address

Kuala Lumpur
77400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Road2Percutian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Road2Percutian:

Videos

Share