LWB TV

LWB TV We specialist for

Produk & Business Review
Riding Tour & Merchandise Riding
(1)

Celebrating my 6th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉
16/11/2024

Celebrating my 6th year on Facebook. Thank you for your continuing support. I could never have made it without you. 🙏🤗🎉

Hari ke 12 ( 20.2.2024 )Hari terakhir kami bermusafir bersama Dan kami berpisah di Hatyai.Ada yang keluar ikut narathiwa...
25/02/2024

Hari ke 12 ( 20.2.2024 )

Hari terakhir kami bermusafir bersama Dan kami berpisah di Hatyai.

Ada yang keluar ikut narathiwat, ada ikut betong, ada ikut Dannok.

Permusafiran yang akan dirindui selamanya.
Macam2 kejadian Dan kenangan yang manis, s**a Dan duka.

Pengembaraan sekitar 6,000km selama 12 hari di Bumi thailand.

Kami memilih insuran Dari ANF untuk pengembaraan ini..

Stop racing, start touring.

Insyallah kembara lwb tv seterusnya 4 nation Vietnam, Laos, cambodia, Thailand.

Yang berminat nak sponsor perjalanan LWB TV boleh pm terus nanti.

Hari ke 11 ( 19.2.2024 )Perjalanan Dari Hua Hin ke Hatyai memerlukan banyak stamina.perjalanan lebih kurang 800km kene h...
25/02/2024

Hari ke 11 ( 19.2.2024 )

Perjalanan Dari Hua Hin ke Hatyai memerlukan banyak stamina.perjalanan lebih kurang 800km kene hadap. Kami keluar seawal 5.30am waktu thailand.

Sebelum sampai ke Hatyai kami singgah ke route 41 untuk berehat Dan solat sambil Beli belah kali terakhir.

Kami sampai di Hatyai sekitar 8 malam Dan menikmati hidangan makan malam bersama2.

Sesungguhnya barai is real ini kali. Tapi mental semua kuat lagi alhamdulillah.

Hari ke 10 ( 18.2.2024 )Perjalanan Dari bangkok ke Hua Hin.Kami singgah tengok depan Mata maeklong station yg viral tu.p...
25/02/2024

Hari ke 10 ( 18.2.2024 )

Perjalanan Dari bangkok ke Hua Hin.

Kami singgah tengok depan Mata maeklong station yg viral tu.penuh sesak dengan pelancong meratap ceruk.

Kemudian kami singgah makan di kedai makan Muslim di sana.

Seterusnya kami ambil keputusan untuk tido di Hua Hin Dan menikmati kecantikan Bandar Hua Hin. Memang rekemended Hua Hin ni sangat cantik.

Kami semua fully rest pada hari ni sebab esok kami semua decide untuk terus ke Hatyai perjalanan dalam 800km.. Fuhh mental koyak 😂

Hari ke 9 ( 17.2.2024 )Perjalanan Dari Phitsanulok ke bangkokSepanjang Perjalanan untuk kembali ke malaysia ni korang bo...
25/02/2024

Hari ke 9 ( 17.2.2024 )

Perjalanan Dari Phitsanulok ke bangkok

Sepanjang Perjalanan untuk kembali ke malaysia ni korang boleh ke route 12 Dan wind mill Khao Kho.. View Dia sangat superb bila tengok kincir angin tu depan Mata. Punya lah Besar 🤭.

Kat sana korang boleh layan Jalan offroad Nak sampai ke kedai makan Muslim Dan Ada surau untuk solat.

Seterusnya kami terus Kan perjalanan ke bangkok yang amat stress dgn Jalan sibuk Dan huru hara..

Kene berhati2 Kat Bangkok Kang termasuk highway tak pasal melayang duit kene Saman. Motor tak leh masuk highway bangkok. Tip Dia mudah nampak signboard kaler biru jgn gatal2 gi lalu. Tu highway.

Pilih laluan signboard kaler Hijau saja. Selamat.

Hari ke 8 ( 16.2.2024 )Akhirnya kami sampai ke Golden triangle sempadan 3 Negara Myanmar, Laos, Dan thailand.Macam tak p...
25/02/2024

Hari ke 8 ( 16.2.2024 )

Akhirnya kami sampai ke Golden triangle sempadan 3 Negara Myanmar, Laos, Dan thailand.

Macam tak percaya kami semua berjaya. Alhamdulillah syukur pengalaman yang sangat berharga.

Kat sini korang boleh tengok depan Mata sungai mekong Dan Negara Myanmar Dan Laos..kami singgah dulu kedai tepi jalan untuk beli jajan..

Nak ke Laos boleh melalui border Chiang Kong Dan Ada juga bot Kat immigration sini boleh juga digunakan untuk ke Laos.

Seterusnya kami Menghala ke Chiang Mai untuk makan Dan solat di masjid Chiang Mai

Nak sampai sini kene melalui corner Bukit bukau Dan gunung ganang selama 3 Hari Baru jumpa Jalan lurus balik 😂..

Kami meneruskan perjalanan untuk bermalam di Phitsanulok.. Perjalanan yang amat memeritkan 😂

Hari ke 7 ( 15.2.2024 )Perjalanan diteruskan Dari Pai ke Mae saiPAI sebuah pekan yang agak pop**ar Dan ramai pelancong a...
25/02/2024

Hari ke 7 ( 15.2.2024 )

Perjalanan diteruskan Dari Pai ke Mae sai

PAI sebuah pekan yang agak pop**ar Dan ramai pelancong asing. Suhu Kat sini mencecah 10 darjah celcius bercakap pun keluar ASAP Dr mulut 😂..

Sangat sejuk Kat sini kene pakai berlapis baju. 😂. Seterusnya kami ke long neck untuk melihat sendiri warga Myanmar berleher panjang depan Mata.. Ada sejarah yang diceritakan di tempat dorang kenapa dorang duk di Thailand. korang Google je sendiri.

Kami tiba di border Mae Sai waktu 10 malam Thai. Pihak Tentera yang bertugas waktu tu bagi kami masa 10.minit je untuk Bergambar sebab Myanmar Masih tak Aman. Dorang takut kena peluru sesat. Dan dorang tak benar Kan kami tido berdekatan border waktu ni sebab tak selamat.

Cuaca di Mae Sai ni pun sejuk betul walau tak sesejuk di pai...

Hari ke 6 ( 14.2.2024 )Impian pertama kami da tercapai.. Perjalanan kesini sangat cantik banyak viewpoint yang sangat me...
25/02/2024

Hari ke 6 ( 14.2.2024 )

Impian pertama kami da tercapai.. Perjalanan kesini sangat cantik banyak viewpoint yang sangat menakjubkan. Masyallah..

Untuk yang kaki corner Hati2 riding. Jangan alpa dengan keindahan Alam memang bahaya.

Makanan halal p**a kami bungkus Dan ikat Kat motor siap2 sepanjang Perjalanan Dari Mae sariang ke Mae Hong son..

Seterusnya sesudah dapat sijil kami terusKan perjalanan ke masjid terdekat untuk solat Dan makan sebelum meneruskan perjalanan ke Pai..

Untuk yang banyak duit mungkin boleh pergi berkali2 kesini. Untuk yang marhaen macam kami walau sekali seumur hidup pun kepuasan sungguh rasa impian tercapai..

"We been there, We done That"

Hari ke 5 ( 13.2.2024 )Perjalanan Dari Tak ke Mae sariang.Permulaan stage 1 thousand corner Kat sini korang Akan mula me...
25/02/2024

Hari ke 5 ( 13.2.2024 )

Perjalanan Dari Tak ke Mae sariang.

Permulaan stage 1 thousand corner Kat sini korang Akan mula mendaki selekoh2 pelbagai bentuk.

Kami singgah ke curve 33 suhu waktu ni 42 darjah macam Nak rentung kulit 😂.

Seterusnya kami ke magic hill untuk melayan keajaiban gravity naik Bukit.

Kemudian kami ke border Mae sot untuk berehat Dan makan sambil melihat sendiri kehidupan peniaga pasar orang Myanmar.

Sebiji macam Kat pasar Selayang dah rasa 🤭.

Perjalanan Dari Mae sot ke Mae sariang memerlukan kami melayan perjalanan di waktu malam.. Kawasan gunung ganang dengan Bukit curam di waktu malam sangat menakutkan 🤭.

Alhamdulillah berjaya sampai dengan selamat. Merasa la juga layan tozen corner waktu malam. Seramm sangat. 🤭

Hari ke 4 (12.2.2024 )Perjalanan Dari ratchaburi ke Tak.Kopi Malay ni milik sedara aku.Baru bertapak Dan pastinya Akan m...
25/02/2024

Hari ke 4 (12.2.2024 )

Perjalanan Dari ratchaburi ke Tak.

Kopi Malay ni milik sedara aku.Baru bertapak Dan pastinya Akan menjadi Laluan route untuk bikers ke Mae Hong son.

PEKAN Tak boleh tahan cantiknya. Cuma lepas pukul 8 malam terus sunyi. Memang sesuai untuk yang mahukan ketenangan.

Korang boleh Roger je owner minta bantuan untuk carikan hotel sekiranya Nak bermalam di Tak. Kalau rindukan masakan malaysia Dan minuman teh tarik boleh terus kesini.

4 hari diperlukan Dari KL kesini.

Hari ke 3 ( 11.2.2024 )Perjalanan Dari Chumphon ke ratchaburi.Lokasi wajib singgah di rajabakhti park Bergambar dengan 7...
25/02/2024

Hari ke 3 ( 11.2.2024 )

Perjalanan Dari Chumphon ke ratchaburi.

Lokasi wajib singgah di rajabakhti park Bergambar dengan 7 raja @ pahlawan thailand.kene tengok sendiri depan Mata Lokasi ni.

Kami singgah ke Hua Hin untuk makan Tengahari, solat, Dan melihat kecantikan Hua Hin yang ramai bikers bagitau.

Iye memang cantik tempat nya.

Kami bermalam di ratchaburi Dan tq Ali belanja kami semua roti canai ajaib 🤭. Beliau belanja kami semua pada malam tersebut Alhamdulillah moga murah rezeki Ali.

Hari ke 2 ( 10.2.2024 )Dari Route 41 perjalanan diteruskan ke Chumphon Dan bermalam di sana.Singgah ke surat thani untuk...
25/02/2024

Hari ke 2 ( 10.2.2024 )

Dari Route 41 perjalanan diteruskan ke Chumphon Dan bermalam di sana.

Singgah ke surat thani untuk berehat Dan makan Tengahari Dan solat.

Perjalanan ditemani hujan lebat Dan setibanya di angsa emas masing2 buka baju hujan dulu.

Perjalanan yang panjang Dari Sadao - Chumphon. Keluar pada 5.30am waktu thailand Dan sampai ke Chumphon dalam 8malam waktu thailand.

25/02/2024

2nd Day ( 10.2.2024 )

Perjalanan diteruskan Dan berehat Sarapan di route 41 phattalong sambil membeli jajan di sana.

Sketsa LWB TV road to Mae Hong Son.Aku Sketsa Kan untuk rujukan sesiapa yang berimpian untuk merasai pengalaman once in ...
25/02/2024

Sketsa LWB TV road to Mae Hong Son.

Aku Sketsa Kan untuk rujukan sesiapa yang berimpian untuk merasai pengalaman once in a lifetime sebagai super rider thousand corner, Mae Hong Son.

Semua detik2 memory perjalanan LWB TV bersama sahabat2 LWBikers selama 12 hari di simpan disini.

Konsep riding free & easy takde tekanan..

Day 1 (9.2.2024)

KL - Sadao.

RV rnr gurun. Cuaca cerah Dan cantik. Alhamdulillah semua selamat sampai Dan sesi bersuai kenal dengan rakan2 Baru.

Singgah membeli jajan di 0km Dannok sebelum meneruskan perjalanan.

Singgah tido di homestay Abang Zon Sadao Dan ke program amal di masjid Sadao untuk memberi sumbangan.

Makan Malam di restaurant Sadao di uruskan oleh abang zon.

Address

Markas LWB
Kuala Lumpur
51000

Telephone

+60163306215

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LWB TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LWB TV:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Tour Guides in Kuala Lumpur

Show All