Pakej Haji Umrah Ziarah

Pakej Haji Umrah Ziarah Pakej Haji Umrah Ziarah Terbaik KEPAKARAN TH Travel & Services Sdn.
(66)

Bhd (THTS) adalah menyelesaikan MASALAH yang sering kali dihadapi oleh Jemaah Umrah Dengan Menyediakan Pelbagai Kategori Pakej Umrah dan Ziarah Yang Terbaik, Sempurna dan Selesa dengan Harga yang Berpatutan. Pengalaman menguruskan Jemaah Haji & Umrah selama lebih 40 tahun dengan Merealisasikan Tanggungjawab Sebaik Mungkin kepada Para Jemaah Dengan Menitikberatkan Konsep 3K iaitu Keselesaan, Kemud

ahan dan Keyakinan Untuk Beribadah dengan Penuh Ketenangan Berbekalkan Ilmu Yang Mantap dalam Menyuburkan Iman di Bumi Barakah - In Shaa ALLAH.

09/11/2024
18/08/2024

Mutawwif ni punca aku menangis selama 1 jam! 😭
"Waktu Tawaf dan Saie, korang baca apa?"
Tanya Mutawwif Haji Yunus Kphajiyusoff dalam bas pagi tadi selepas kami berniat di Miqat Tan'im.
Beberapa kali aku datang Umrah, amalan kegemaran aku adalah berzikir sepanjang Tawaf dan Saie.
"Saya nak cadangkan amalan yang kalian boleh buat waktu Tawaf dan Saie.." sambung Haji Yunus.
Aku dengar dengan baik.
"Waktu tawaf, afdhalnya zikir dan baca Al-Quran, saya cadangkan kalian baca ni kalau tak tahu nak baca apa.."
Pusingan 1 : Subhanallah
Pusingan 2 : Alhamdulillah
Pusingan 3 : Allahuakbar
Pusingan 4 : Lahaulawalaquwwataillabillah
Pusingan 5 : Surah Al Ahad
Pusingan 6 : Surah AlFalaq
Pusingan 7 : Surah Annas
"Waktu Saie, banyakkan baca doa, doa untuk diri sendiri, dan doa untuk orang lain.."
"Kenapa doa untuk orang lain? Sebab matematik rezeki Allah lain dari matematik kita.."
"Matematik biasa, kalau kita ada 10 barang, beri 1 pada orang lain, tinggal 9, betul?"
"Matematik Allah, kita ada 10, bagi orang 1, kita ada 19!"
"1 pemberian tu, Allah gandakan 10x ganda! Lagi p**a di Masjidil Haram, ganda lagi 100,000x ganda Allah ganti apa yang kita beri tu.."
"So, banyakkan doa untuk orang lain.."
Menarik! Sebelum ni aku tak pernah doakan orang sepanjang tawaf atau saie, kalau ada pun, sekali lintas je.
"Saya cadangkan kalian berdoa sepanjang saie.."
Pusingan 1 : Doa untuk diri sendiri
Pusingan 2 : Doa untuk mak ayah
Pusingan 3 : Doa untuk Pasangan
Pusingan 4 : Doa untuk Adik beradik
Pusingan 5 : Doa untuk Guru-guru
Pusingan 6 : Doa untuk sahabat-sahabat
Pusingan 7 : Doa untuk jiran.
Pertama kali air mata aku turun tak berhenti masa saie selama 1 jam.. 😭
Dulu, waktu saie, hanya baca zikir sambil mata melilau, langsung tak beri kesan pada hati.
Bila doakan untuk orang lain ni, satu-satu wajah yang aku doakan muncul dalam ingatan.
Pusingan kedua, doakan untuk mak ayah, tak payah cakap la syahdunya bila terbayang muka mereka. 😭
Pusingan seterusnya, terbayang muka pasangan, adik beradik, guru-guru, sahabat lama.. 😭
Seterusnya, sahabat yang bantu mudahkan urusan kami sepanjang kayuhan ke Mekah, sahabat yang beli poskad, beri sumbangan, walaupun tak kenal muka, tapi aku ingat nama-nama yang memberi sumbangan pada kami, dan semua Followers yang aku kenal ataupun tak 😭
Sungguh-sungguh aku doakan supaya Allah swt..
🤲🏻 Hapuskan dosa mereka
🤲🏻 Angkat darjat mereka
🤲🏻 Beri mereka kesihatan jika sakit
🤲🏻 Beri mereka ketenangan
🤲🏻 Limpahkan rezeki mereka
🤲🏻 Jauhkan dari azab kubur
🤲🏻 Mati dalam khusnul khotimah
🤲🏻 Jauhkan dari siksa Neraka
🤲🏻 Masukkan dalam Syurga tanpa hisab.
🤲🏻 Dan banyak doa lagi..
Tuan puan yang mulia..
Jadikan info bermanfaat ini sebagai panduan, banyakkan berdoa dari bersembang sepanjang Tawaf & Saie.
Simpan dan share untuk kegunaan masa akan datang.
Saya doakan supaya kalian dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci secepat yang mungkin dan rasai sendiri nikmat Umrah dan Haji.
Amin Ya Rabb 🥰🤲🏻🕋
Kredit : Ahmad Isa,

Address

Lantai 1, Bangunan Tabung Haji, 201, Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Haji Umrah Ziarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pakej Haji Umrah Ziarah:

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Cruise Agencies in Kuala Lumpur

Show All