(OAM) merupakan sebuah organisasi perniagaan strategik yang ditubuhkan pada tahun 2011 untuk membangunkan sebuah projek akuakultur bersepadu berdasar kepada kesesuaian kawasan di persisiran pantai Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Terengganu untuk ternakan ikan dan udang marin.
(OAM) mempunyai visi untuk menerajui dan membangunkan senario baru Industri Akuakultur di Malaysia sebagai sebuah Kumpulan Perniagaan Akuakultur moden yang megintegrasikan komponen pembenihan, pemakanan, ternakan, pemprosesan, perdagangan dan penyelidikan saintifik bagi membangunkan sebuah rangkaian lengkap industri makanan laut halal di pasaran global dan tempatan. (OAM) memberi keutamaan untuk menghasilkan makanan laut yang sihat, selamat dan halal sebagai satu tanggung jawab dalam melaksanakan strategi jangka panjang terutamanya dalam pemprosesan, pengeksportan dan agro-tourism dan seterusnya dikembangkan dalam bidang pembenihan, makanan ternakan dan penghasilan produk berasas ikan. Pembangunan aktiviti perniagaan akan ditumpukan di Malaysia sebelum dikembangkan ke negara lain di benua Amerika, Afrika, Eropah, Asia dan Oceania.