Mutawwifah Umrah Haji Private

Mutawwifah Umrah Haji Private Kursus Kefahaman Ibadah Umrah Haji +6018-9350667
Bimbingan Secara Persendirian Setiap Sabtu PERCUMA Bimbingan berterusan utk kefahaman ibadah umrah haji
(13)

7 Wirid Utama Setiap Hari1. Terdapat 7 wirid utama yang disarankan kita membacanya setiap hari. Jika boleh diusahakan un...
15/11/2024

7 Wirid Utama Setiap Hari

1. Terdapat 7 wirid utama yang disarankan kita membacanya setiap hari. Jika boleh diusahakan untuk kita membacanya tanpa gagal. Dan ini datang dari hadis yang sahih, fadilatnya sangat besar, keutamaannya sangat hebat.

2. Pertama, ialah selawat.

“Allahumma solilalasayyidinamuhammad”

3. Kedua adalah wirid…

“Ya dzal jalaali wal ikram”
Ia adalah doa memuji kebesaran Allah, keagungan Allah. Insyaallah semua hajat akan diperkenankan Allah.

4. Wirid ketiga adalah..

“Laa hawlawalaa quwwata illa billaah hil aliyil azim”

Kita akan diberi kekuatan dan keteguhan iman oleh Allah

5. Keempat adalah wirid..
“Astaghfirullah wa atubuilaih”

6. Kelima p**a…
“Laa ilaaha illa anta subhanaka inni kuntum minazzhalimin”

7. Keenam berbunyi…
“Subhannallah walhamdulillah walaa ilaaha illaallaah wallaahuakbar”

8. Dan ketujuh…
“Hasbunallah wa ni’mal wakil”

9. Semoga menjadi amalan harian kita semua. Amin

24/10/2024
24/10/2024

🧕 Assalamualaikum.Para Duyurfurahman, Calon Calon Tetamu Allah SWT Salamun Qaulan Mirrabir Rahhim Buat Ybhg Datuk, Tuan/Puan Semua Sahabat Yg Beriman Bertaqwa

🧕 Alhamdulillah kami dari Syarikat Cahaya Delima Travel & Tours sekali lagi tahun ini mengeluarkan Pakaj Haji Furoda 1443H Dengan kuota visa Furoda yang terhad

📲 Harga terkini pakej haji furada 10hb Jun kami seperti berikut.
⤵️⤵️⤵️⤵️
🔥 PAKAJ SAFWA 🔥
📌 Makkah
Hotel safwa 50M
📌 Madinah
Hotel Al -Aqeeq 50M
Bilik ber4 = rm60000
Bilik ber3 = rm65000
Bilik ber2 = rm70000

📌🔥RINGKASAN PERJALANAN HAJI🔥📌
✅6 Zulhijjah KLIA ke JEDDAH .
Pakai Ihram Haji di KLIA atau di rumah.
Niat dalam pesawat apabila pesawat sampai di Qarnumanazil.

✅JEDDAH ke hotel di Aziziah ( lebih kurang 1km dari Jamrah )

✅Malam jemaah akan dibawa ke Makkah untuk
Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad Tawaf Qudum dan Saie Haji.
✅Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk, tawaf, saie dan tahlul.

✅9 Zulhijjah jam 10 pagi bergerak ke Arafah menggunakan bas sewa khas ( bukan bas Muassasah)
Bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk pakai ihram di hotel dan niat ihram Haji semasa bas mula bergerak

✅9 Zulhijjah masuk waktu Zohor mula wuquf. ( Rukun Haji )

✅9 Zulhijjah jam 10 malam bergerak ke Muzdalifah.

✅Di Muzdalifah jemaah tidak turun , hanya lalu sahaja ( wajib haji )

✅Dari Muzdalifah balik ke hotel di Aziziyah.

✅Sampai di hotel berehat sebentar sambil mengutip 7 biji anak batu

✅10 Zulhijjah ( Hari Nahar ) lebih kurang jam 1 pagi * bergantung ketibaan di hotel dan keadaan perjalanan
Jemaah di bawa ke Jamrah Aqobah untuk melontar ( wajib haji )
Tahlul awal
Selepas tahlul awal jemaah boleh mandi dan memakai pakaian biasa.

✅11, 12 dan 13 Zulhijjah malam berjalan kaki ke Mina ( lebih kurang 1km )
Berada di Mina lebih kurang 7 jam ( Bermalam di Mina/ wajib haji )
Melontar Jamrah Ula, Jumrah wusto dan Jamrah Aqabah hari 11, 12 dan 13 Zulhijjah ( wajib haji )

✅14 Zulhijjah bergerak ke hotel.di Makkah check in hotel ( mengikut pilihan pakej )

✅Di Makkah Tawaf Haji bagi jemaah yang mengerjakan Haji Ifrad
Tawaf Haji dan Saie Haji bagi jemaah yang mengerjakan Haji Tamattuk.
* Rukun Haji.

✅Selesai Ibadah haji🔥

Semua pakej ini 25 hari tiket Kapal Terbang dari KK KL KL KK tidak termasuk dalam harga Pakej.

‼️ PAKEJ TERHAD SIAPA CEPAT DAPAT

‼️‼️ JOM UMRAHAJI PAKEJ PROMOSI TERHAD SIAPA CEPAT DIA DAPAT

Calon Calon Tetamu Allah *https://www.facebook.com/groups/calontetamuallahswt.

Mutawiffah Umrah Haji Global https://www.facebook.com/mutawwiffahmalaysia

‼️. Jom Daftar Haji Furada
http://www.wasap.my/601132479981/HajiFurada.

🕋 Cahaya Delima Travel & Tours Sdn Bhd ( 1107612-H)(KPK\LN8543)
54-G, JALAN 2, BATU CAVES CENTRE POINTS, 68100 Batu Caves, Selangor

🧕✍🏼 Follow Me At FB Page
Cahaya Delima Travel & Tours
https://www.facebook.com/cahayadelimatravelntours

🧕 Sazana Saleh https://www.facebook.com/sazananetwork

24/10/2024

Assalamualaikum, Calon Tetamu Allah SWT, Seruan Ke Bumi Anbiaya Bagi Thn 2022-2023( 1444 Hijrah)

Salamun Qaulan Mirrabir Rahhim Salam Santun Berjemaah Menuju Allah

Calon Calon Tetamu Allah (Umrah &Haji *https://www.facebook.com/groups/calontetamuallahswt

Mutawwifah Umrah Haji M Private https://www.facebook.com/mutawwiffahmalaysia

🧕📲 Pn Sazana Saleh
✍🏼 Sales & Marketing Networking
Cahaya Delima Travel & Tours Sdn Bhd ( 1107612-H)(KPK\LN8543)
54-G, JALAN 2, BATU CAVES CENTRE POINTS 68100 Batu Caves Selangor.
Tel Pejabat +603-61776388
Hotline +6011-32479981
👇👇👇👇👇👇👇👇👇 Cahaya Delima Travel & Tours
https://www.facebook.com/cahayadelimatravelntours. 👇🏼👇🏼🧕👇🏼👇🏼. http://www.wasap.my/601132479981/UmrahPrivate

24/10/2024

10 Tempat lawatan di Madinah perlu dilawat semasa Umrah

BERCADANG KE UMRAH,TAK TAHU DI MANA TEMPAT2 MENARIK ZIARAH DI MADINAH?

Ramai yang tidak tahu mengenai tempat-tempat menarik dan bersejarah di Madinah yang wajib diziarah.

Mungkin ada juga yang tertanya-tanya dimanakah dan apa nama tempat-tempat menarik di Madinah tu kan tapi, tak tahu nak cari di mana.

Pastikan LIKE, TAG dan KLIK SHARE untuk manfaat rakan rakan anda juga bakal- bakal jemaah

24/10/2024

Setiap penyakit pasti dan pasti ALLAH datangkan ubatnya..Usaha dan terus usaha.

Al-Quran akan mendatangkan kebaikan bagi kita.
Tentu masih banyak lagi manfaat dan keutamaan membaca Al-Quran setiap hari. segera memahami dan mempelajari Nye
Sungguh rugi orang-orang yang meninggalkan Al-Quran sebagai pedoman dalam kehidupan. Al Quran Teman HIdup Di AKhirat

Semoga kita semua semakin rajin membaca, mengamalkan dan akan lebih istimewa jikalau boleh menghafal dan faham maksudnye

Mohon sahabat Like Dan Share
Al Quran Radio Digital Terkini
https://www.facebook.com/AlQuranRadioDigitalTerkini/

24/10/2024

Sesiapa yg dah pernah jejakkan kaki keMekah Al Mukarramah sahaja tahu betapa Istimewanya Baitullah..Tak Pernah berhenti untuk bercerita keistimewaannya..🕋🕋Allahumma SolliA'ala Sayyidina Muhammad Wa'ala A'ali Sayyidina Muhammad 🕋🕋 Ya Allah Sampaikan Kami berulang kali lagi ke sana..Semoga dihari kiamat kelak kita mendapat Syafaat Rasulullah SAW 🕋🕋 Semoga pada sahabat2 yang belum terpilih suatu hari nanti Allah akan makbulkan hajat untuk menjadi tetamuNya mengerjakan haji dan umrah disana nanti.🕋🕋 In Shaa Allah Aamiin.🕋🕋 Ya Allah Kau lindungi lah kami semua dari wabak Covid 19 dan Kau angkat lah wabak itu kelangit sebelum tibanya musim Haji dan selama2nya.Ya Allah Kau perkenankan lah permohonan kami Ya Allah.Aamiin2 Ya Rabbal A'alamin.🕋🕋🕌🕌😭😭 🤲

24/10/2024

7 Tempat Berdoa Paling Mustajab Di Makkah Yang Pasti Dimakbulkan Allah | Ketika anda melakukan perjalanan umrah atau haji, terkadang banyak saudara atau rakan-rakan yang ingin didoakan di tempat yang mustajab di Makkah. Jarang diantara jemaah umrah maupun haji masih mencari-cari dimana tempat yang paling mustajab untuk berdoa di Makkah.

Tetapi sesetengah golongan yang belum membuat persiapan untuk menunaikan umrah mahupun haji pasti telepas pandang akan hal ini. Kebiasaan selalu yang kita kirimkan ialah doa kita di sana. Jom sama-sama kita study 7 tempat berdoa yang pasti dimakbulkan Allah. PASTI!!!

24/10/2024

KUALITI SOLAT MENENTUKAN KUALITI KEHIDUPAN

Alhamdulillah, pada suatu pagi sedang sy memandu ke ibu kota, sudah menjadi kebiasaan saya untuk mendengar tazkirah pagi yang disiarkan di radio IKIMfm kebetulan pagi tu Prof Dr Muhaya menyampaikan tazkirah tentang topik 9 Disiplin Solat.

Yang tertariknya adalah bukan Rukun Solat sahaja yg perlu kita ambil kira dalam Solat kita tetapi terdapat 9 perkara yg perlu kita disiplin dalam solat kita. 9 perkara tersebut ialah:

1. Waktu
- Sesungguhnya orang yang menjaga waktu solatnya sudah tentu sekali akan menjaga waktu hidupnya dengan baik. Tatkala kita asyik dengan kesibukan dunia, kita lupa yang dunia ini hanyalah sementara. Ajal tidak mengenal usia. Jadi kadangkala kita tidak menjaga waktu kita dengan Allah SWT apatah lagi sesama manusia. Jika Solat yang sgt lah penting kita boleh abaikan, apatah lagi urusan dunia, tidak kira masa interview ke, masa temu janji ke, ataupun waktu2 yg penting yg kita sudah berjanji untuk berurusan. MashaAllah...

Jadi kalau kita jaga waktu Solat bererti kita jaga waktu dengan Allah SWT, secara xlansung waktu dengan manusia kita akan jaga.

2. Niat

- Kita tahu Solat xkan bermula dan sah jika tidak dimulakan dengan niat tetapi adakah kita fokus dengan Niat kita?

Kita harus sentiasa menjaga dan fokus dengan Niat kita tidak kira apa jua perkara yg kita nk buat. Sebelum kita mulakan satu perkara tanamkan niat dengan penuh ikhlas dan fokus nescaya, perbuatan kita sentiasa mendapat berkat Allah SWT. sekiranya Niat kita yg tidak elok, Allah tidak akan merahmati perbuatan kita dan kecelakaan akan menimpa kita. Begitu juga dalam hidup. Sekiranya kita berniat utk menyakiti org lain, Allah akan membalas dengan berkali ganda kepada org yg melakukan perbuatan tersebut. Sekiranya dalam kita bersolat kita x berpegang dengan Niat kita dan fokus, kita solat dengan tidak penuh ikhlas dan sibuk memikirkan hal lain, Allah tidak akan pandang sedikit pun Solat kita malah tidak diterima solat kita dan silap haribulan hanya dosa yg kita peroleh.

3. Bersih

Mudah. Kalau kita bersih bukan setakat Manusia s**a kita, Allah SWT lg syg pada kita. Bukan setakat tubuh badan tapi hati kita jiwa kita niat kita akal kita semuanya bersih. Alhamdulillah, Allah sayang sangat kepada kesucian kita di saat kita menghadap dia. Sesungguhnya kebersihan itu adalah separuh dari iman.

4. Fokus

- kebiasaan kalau kita pergi apa jua motivasi samada motivasi diri, perniagaan dan lain2 mesti perkara yg akan di nasihatkan adalah FOKUS. Orang yang fokus dalam sesuatu perkara hidupnya confirm best hidup dia, yela, keje xsettle dah sibuk benda lain, pastu xsiap salahkan org lain, dah menimbun pastu tinggalkan, padahal dari awal xfokus. Yang dikendong berciciran, yang dikejar xdapat.

Sama juga dengan solat, kalau kita fokus, segala pahala yg dijanjikan akan kita peroleh. sempurna solat kita, Allah akan terima ibadah kita. Bacaan kita sentiasa terjaga makhrajnya, rukun solat kita sentiasa cukup dan sempurna. Jika kita x fokus, pusing sana pusing sini, tengok sana tengok sini. Rasa2nya sempurna kah amalan kita?

5. Teratur

- Dalam solat kita sentiasa mengikut rukun. Teratur pergerakan kita dari niat, takbir, rukuk, iktidal, sujud dan seterusnya sehinggalah memberi salam. Alhamdulillah. Ada kita nk terus bagi salam lepas Takbir? xde kan? kalau buat pun adakan di terima solat kita? sudah tentu tidak.

Itu bererti kita menjadi org yg mengikut peraturan, teratur dan berdisiplin. Lantas kita juga mengamalkan dalam kehidupan harian kita samada di rumah, di tempat belajar, di tempat kerja.

6. Tamakninah

- ini yang paling best. Masa kita bertamakninah bermakna kita berhenti seketika, masa inilah kita di datangi rasa ketenangan. Dan bukan hidup kita ini kita mengidamkan ketenangan?

7. Tawaduk

- Sedar x dalam perbuatan kita dalam solat dari berdiri kemudian kita rukuk kemudian kita sujud. Makin rendah kita. Maknanya kita menjadi org yg sgt merendah diri kepada Allah SWT, kita sebagai hamba bersujud kepadanya dengan memuji2 namaNya. Kalau kita bertawaduk nescaya hidup kita diluar pun akan sentiasa berendah diri.

8. Salam

- Lepas solat kita buat apa? Kita memberi salam ke kanan dan kiri dengan ucapan
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebenarnya bukan sahaja ke Makmum tetapi ke seluruh manusia di dunia. Sebab itu kita disuruh memberi salam Assalamualaikum Warahmatullah hi wabarakatuh

bermaksud kita mendoakan kesejahteraan, kerahmatan dan keberkatan kepada seseorang

Justeru membuat diri kita dijauhkan daripada membuat perkara yg tidak elok kepada org lain

9. Muhasabah

- Lepas solat kita beristighfar, kita fikir balik solat kita tadi khusyuk x sempurna x.. kita takut.. jadi kita istighfar meminta keampunan ALlah semoga diterima amal ibadah solat kita. Itu bermakna kita bermuhasabah diri.. kita sentiasa memikirkan diri kita... tgk apa yang kurang dan perlu perbaiki dan berdoa berusaha untuk menjadi org yg lebih baik

Jadi itulah sedikit ringkasan tentan 9 disiplin solat. Bayangkan kalau kita x solat, adakah kita amalkan 9 disiplin tersebut? sudah tentu tidak, lepastu kamu igt nak dapat 9 disiplin tu dalam hidup kamu?...

Kita mengejar macam2 dalam dunia sampai sanggup bergadai nyawa dan berpenat lelah kerana terlalu percaya dan yakin itulah segalanya dan penentu kebahagiaan.

Walhal kita lupa, SOLAT yg mudah dan ringkas itulah yg Allah minta kita buat dan janjikan pelbagai kebahagiaan dalam hidup dunia dan akhirat namun kita tewas dengan godaan syaitan dan lupa.

Sebenarnya kan kita di dunia tiada istilah bercuti sbb selagi kita hidup selagi itu kita perlu kerja dan berusaha bukan setakat kerja dunia tetapi kerja sebagai hamba Allah, beramal soleh sentiasa. Tetapi sebenarnya istilah yang betul adalah mengubah suasana supaya luas lagi pandangan dan terus beristiqomah. Bukan bercuti untuk mengejar kebahagiaan atau mengubat hati sekalipun. Pegilah mana pun dalam dunia ni kalau kita xbetulkan hati kita dengan solat, tetap hati kita akan gundah gulana.

Jadi semuanya bermula dari solat, jaga solat, hati kita akan berubah menjadi taman, kita dimana berada sekalipun, kita tetap akan bahagia. sebab apa?

Sebab Allah sayang kita 🤗

24/10/2024

Di Bukit Marwa -- Tempat Berdoa Paling Mustajab Di Makkah Yang Pasti Dimakbulkan Allah

Sedangkan Marwa adalah tempat dimana Sai berakhir dan biasanya para jamaah akan bertahallul atau memotong rambut di tempat ini setelah semua proses ibadah umrah selesai.

Demikian beberapa tempat yang paling mustajab yang ada di area Masjidil Haram Mekkah, Perlu kita ketahui bahwa semua doa pasti akan diijabahi oleh Allah SWT dan dimanapun tempatnya juga Allah pasti akan mendengar doa kita. Namun kita hanya mengambil contoh dari Rasulullah SAW, Para Sahabat, Dan Tabi'in yang pernah beribadah di area yang sudah saya sebutkan diatas.

Dan tentang kabulnya doa itu tetap menjadi otoritas penuh Allah SWT karena hanya Allah SWT yang paling mengetahui hal-hal yang baik bagi hamba-hamba-Nya. Kita hanya berikhtiar maksimal dalam berdoa dan memohon kepadaNya.

Upah Badal Haji bererti mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi menunaikan ibadah haji untuk dirinya disebabkan uzu...
12/10/2023

Upah Badal Haji bererti mewakilkan kepada waris atau orang lain bagi menunaikan ibadah haji untuk dirinya disebabkan uzur seperti sakit yang tiada harapan sembuh atau terlalu tua atau meninggal dunia sedangkan dia berkemampuan tetapi tidak sempat menunaikan ibadat tersebut ketika masih hidup.

Syarat sah Upah Haji adalah seperti berikut:
Tidak sah badal haji bagi yang mampu untuk melakukannya sendiri.
Boleh dilakukan upah haji ini kepada mereka yang sakit tak sembuh, lumpuh atau kepada mereka yang meninggal dunia.
Badal haji tidak sah kepada orang fakir kerana ketiadaan wang, ia hanya untuk orang yang lumpuh/sakit/tidak berdaya dan tak sembuh dari penyakitnya itu.
Tidak harus seseorang itu melakukan badal haji kepada orang lain kecuali dia telah menunaikan haji untuk dirinya sendiri.
Boleh bagi wanita ambil badal haji untuk lelaki dan sebaliknya
Bila mati seseorang itu dan dia memiliki wang, maka selayaknya dia dihajikan dengan diupah kepada orang lain dengan menggunakan wangnya sama ada dia berwasiat ataupun tidak.
Sebaiknya badal haji itu dilaksanakan oleh anaknya, kerabatnya dan saudara mara yang terdekat dengannya. Jika dilakukan oleh orang lain, maka hukumnya adalah harus.
Tidak boleh seseorang yang diwakilkan itu, mewakilkan p**a kepada orang lain dengan syarat ia diberitahu kepada pemberi amanah tersebut dan ia bersetuju dengan tindakan itu.
Perlu diwakilkan atau diupah haji itu kepada seorg yang baik, jujur, amanah dan berilmu untuk melaksanakan badal haji tersebut.
Dalam satu hadis Rasullulah SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, dari Fadl bin Abbas ra bahawa seorang wanita dari Bani Khats’am berkata: “Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya Allah SWT telah mewajibkan haji kepada hamba-Nya, bapaku seorang yang lanjut usia dan tidak mampu berada pada kenderaan, maka apakah aku boleh menghajikannya?” Rasulullah SAW menjawab, “Boleh.”

Pemahaman Tentang Badal Haji: Apa, Mengapa, dan Bagaimana
12/10/2023

Pemahaman Tentang Badal Haji: Apa, Mengapa, dan Bagaimana

12/10/2023

Syarat wajib solat:
Islam
Baligh
Berakal
Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan
Syarat sah solat:
Suci badan dari dua hadas besar dan kecil.
Suci dari najis sama ada di badannya, di tempat solatnya, dan di pakaiannya.
Menutup aurat.
Menghadap qiblat (kecuali yang uzur dan tidak terdaya)
Yakin masuk waktu solat.
(nota: sekiranya sesudah tamat solat, lalu disedari perkara yang tersebut di atas terjadi - misalnya didapati ada najis di sejadah - maka perlulah diulangi solat itu kerana ianya tidak menepati syarat sah solat)

Solat SubuhWaktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan sola...
12/10/2023

Solat Subuh

Waktunya dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari. Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.

Rakaat pertama : Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.

Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Address

Aras G, Menara TH Selborn 153 Jalan Tun Razak
Kuala Lumpur
50400

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 06:00

Telephone

+601132479981

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mutawwifah Umrah Haji Private posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mutawwifah Umrah Haji Private:

Videos

Share

Category

Allah Swt Maha Menguasai

Semoga kita semua tergolong hamba2nya yg senantiasa bersyukur dan dipermudahkan segalanya dunia akhirat kelak in shaa Allah Aaminn

Nearby travel agencies


Other Travel Services in Kuala Lumpur

Show All