Felcra Travels & Tours Sdn Bhd

Felcra Travels & Tours Sdn Bhd Bumi Travel Agent
Type & Service
- Flight Reservation & Air Ticketing
- Inbound & Outbound Tours
-
(34)

Kami adalah sebuah syarikat yang telah beroperasi selama lebih 30 tahun dalam bidang pelancongan dan Perkhidmatan UMRAH dan HAJI.

01/01/2023
16/12/2022

Masih menyesali apa yang berlaku semalam? Lepaskan jer...hadapi hari ni dengan lebih baik dan pandang ke depan dengan rasa konfiden. Allah kan ada?

Apapun tahun 2023, Felcra Travel & Tours akan melancarkan beberapa siri pelepasan pakej-pakej kembara dan pelancongan ke bumi Uzbekistan....jangan lupa roger-roger kami dan rajin2x singgah di FB kami....kami pun akan turut cari anda semua untuk diajak berziarah di bumi Imam Al-Bukhari rahmatullahi alaihi di bumi Samarkand, Uzbekistan.

SEJARAH SEMALAM YANG PEDIH DAN KEGEMBIRAAN HARI-HARI ESOK YANG DINANTI DI BUMI UZBEKISTAN. Uzbekistan adalah sebuah nega...
16/12/2022

SEJARAH SEMALAM YANG PEDIH DAN KEGEMBIRAAN HARI-HARI ESOK YANG DINANTI DI BUMI UZBEKISTAN.

Uzbekistan adalah sebuah negara Asia Tengah dan bekas republik Soviet. Ia terkenal dengan masjid-masjid, madrasah-madrasah, makam dan tapak-tapak lain yang dikaitkan dengan Jalan Sutera, agama Islam dan laluan perdagangan purba antara China dan Mediterranean. Samarkand, sebuah bandar utama di laluan itu, mengandungi sebuah arca seni bina Islam yang mengkagumkan iaiatu Registan, sebuah kompleks dengan tiga struktur bangunan madrasah-madrasah agama yang dihiasi mosaik yang dibina dalam abad ke-15 dan ke-17.

Uzbekistan juga adalah tempat kelahiran ulama Islam terkenal dunia seperti Imam dalam Ilmu Hadis iaitu Imam Al-Bukhari dan At-Tirmidzi. Bukhara pernah menjadi pusat ilmu Islam terkenal selama ratusan tahun.

Bila cahaya dakwah sampai di Bukhara khususnya dan Uzbekistan amnya? Di akhir tahun 672, Ziyad bin Abihi menugaskan Miqdam Rabi’ bin Haris berlayar dari Iraq menuju daerah Khurasan. Miqdam berjaya menakluk wilayah itu sampai ke Iran Timur. Setelah Ziyad meninggal dunia Mu’awiyah, Khalifah Bani Umayyah memerintahkan Ubaidillah bin Ziyad untuk menakluk Bukhara.
Pas**an tentara Islam yang pertama menjejakkan kaki di bumi Bukhara dalam tahun 674 Masehi adalah di bawah pimpinan panglima perang, Ubaidillah bin Ziyad. Namun, pengaruh Islam benar-benar mulai mendominasi wilayah itu pada 710 Masehi di bawah kepemimpinan Kutaiba bin Muslim.

Selepas satu abad terjadinya Perang Talas, Islam mulai berakar-umbi di Bukhara.Pada tahun 850 Masehi, Bukhara telah menjadi ibu kota Dinasti Samanid. Dinasti itu membawa dan menghidupkan kembali bahasa dan budaya Iran ke wilayah itu. Ketika Dinasti Samanid berkuasa, selama 150 tahun Bukhara tidak sahaja menjadi pusat pemerintahan, ia juga menjadi pusat perdagangan.

Pedagang dari Asia Barat dan Cina bertemu di kota itu. Di kota Bukhara juga berkembangnya perniagaan pembuatan kain sutera, tenunan kain dari kapas, permaidani, produk tembaga, dan perhiasan dari emas serta perak dengan berbagai bentuk. Bukhara pun masyhur menjadi sebagai pusat pemasaran dan pengump**an produk dari Cina dan Asia Barat.

Selain itu, justeru ia berada di sekitar Sungai Jihun, tanah Bukhara dikenali dengan kesuburannya. Buah-buahan pun melimpah. Kota Bukhara terkenal dengan buah-buahan seperti Barkouk Bukhara yang terkenal hampir seribu tahun. Aktiviti perniagaan dan perekonomian pun tumbuh pesat. Lalu menyumbang kepada kemasyhuran Bukhara.

Pada era keemasan Dinasti Samanid, Bukhara juga menjadi pusat intelektual dunia Islam. Ketika itu, di kota Bukhara muncul madrasah-madrasah yang mengajarkan ilmu pengetahuan. Dinasti Samanid pun mulai memperbaiki sistem pendidikan umum. Di setiap perkampungan didirikan sekolah. Keluarga yang kaya-raya mendidik anak-anak lelaki dan perempuan mereka dengan sistem home schooling atau sekolah di rumah.

Anak yang berusia enam tahun mulai mendapat pendidikan dasar selama enam tahun. Setelah itu, anak-anak di Bukhara boleh melanjutkan pelajaran mereka ke madrasah. Pendidikan di madrasah dilalui dalam tiga tingkatan, masing-masing selama tujuh tahun. Keseluruhan pendidikan di madrasah harus ditempuh selama 21 tahun.

Para siswa mempelajari berbagai ilmu pengetahuan, bermula dari ilmu agama, aritmatika, jurisprudensi , logika, musik, serta puisi. Aktiviti pendidikan di Bukhara itu telah membawa pengaruh yang positif dalam penyebaran dan penggunaan bahasa Persia dan Uzbek.

Tak heran, kemampuan penduduk Bukhara dalam menulis, menguasai ilmu pengetahuan serta keterampilan berkembang pesat. Di tanah Bukhara pun kemudian lahir ulama dan ilmuwan Muslim termasyhur.

Pada tahun 998 Masehi, kekuasaan Dinasti Samanid berakhir dan digantikan Dinasti Salajikah. Tak lama kemudian, diambli alih Dinasti Khawarizmi. Pada masa itu, status Bukhara sebagai pusat peradaban dan perkembangan Islam masih tetap dipertahankan. Ketika masa kekuasaan pemerintah Sultan Ala’udin Muhammad Khawarizmi Syah berakhir, Bukhara sebagai pusat ilmu pengetahuan pun mula melalui tempoh malap.

Pada 1220 Masehi, peperangan hebat antara pas**an Sultan Ala’udin dengan pas**an Mongol di bawah komando Jengiz Khan meletus. Serangan brutal yang dilakukan 70 ribu pas**an Jengiz Khan tak mampu ditahan. Bukhara pun jatuh ke tangan pas**an Mongol. Dengan kejam dan sadis, pas**an Mongol membantai penduduk kota, membakar madrasah, masjid dan bangunan penting lainnya.

Jengiz Khan memusnahkan peradaban dan ilmu pengetahuan yang dibangunkan umat Islam di Bukhara. Bukhara hancur bagaikan padang jarak padang terkukur. Ibnu Asir menggambarkan Bukhara dengan kata-kata: ka an lam tagna bi al-amsi (seolah-olah tak ada apa-apa sebelumnya). Cahaya kemajuan peradaban yang ilmu pengetahuan yang terpancancar dari Bukhara pun malap dan sirnar.
Selepas penakukan Mongol, kawasan ini semakin dikuasai oleh bangsaTurki. Bandar Shahrisabz adalah tempat kelahiran panglima perang Turk Timur, yang pada abad ke-14 mendirikan Empayar Timurid dan telah diumumkan sebagai Emir Agung Turan dengan ibukotanya di Samarkand. Kawasan ini ditakluki oleh bangsa Uzbek Shaybanids pada abad ke-16, dengan memindahkan pusat kekuasaan dari Samarkand ke Bukhara. Wilayah ini dibahagikan kepada tiga negeri: Khanate Khiva, Khanate Kokand, dan Emirat Bukhara. Ia secara beransur-ansur dimasukkan ke dalam Empayar Rusia pada abad ke-19, dengan Tashkent menjadi pusat politik Turkestan Rusia.

Pada tahun 1924, selepas persempadanan negara, republik konstitusional Kesatuan Soviet yang dikenali sebagai Republik Sosialis Soviet Uzbek telah diwujudkan. Berikutan pecahnya Kesatuan Soviet, ia mengisytiharkan kemerdekaan sebagai Republik Uzbekistan pada 31 Ogos 1991.

Uzbekistan mempunyai warisan budaya yang pelbagai kerana sejarah nya yang rencam dan lokasi strategiknya. Bahasa rasminya adalah Uzbek, sebuah bahasa Turki yang ditulis dalam abjad Latin dan dituturkan secara asli oleh kira-kira 85% penduduknya. Bahasa Rusia p**a mempunyai penggunaan yang meluas; ia adalah bahasa kedua yang paling banyak diajar. Penduduk Uzbekistan terdiri dari 81% bangsa Uzbek, diikuti oleh Rusia (5.4%), Tajik (4.0%), Kazakh (3.0%), dan lain-lain (6.5%).

Umat Islam membentuk 79% daripada pop**asinya manakala 5% daripada rakyatnya beragama Kristian Ortodoks Rusia, dan 16% daripada penduduk mengikuti agama lain dan tidak beragama. Majoriti bangsa Uzbek adalah orang Islam yang masih jauh dari ajaran agama Islam yang sebenarnya. Adalah menjadi tugas umat Islam seluruh dunia untuk menziarahi Uzbekistan dan mempamirkan cara hidup dan perwatakan serta amalan Islam sejati. Moga dengan cara itu, kesan yang ditinggalkan dapat memupuk kembali rasa kesedaran terhadap agama Islam dan menanamkan bibit-bibit kecintaan terhadap agama ini.

Berikutan kematian Presidennya; Islam Karimov pada 2016, presiden keduanya - Shavkat Mirziyoyev memulakan gagasan baru, yang digambarkan sebagai “Revolusi Diam dan Revolusi dari Atas” (A Quiet Revolution and Revolution from Above) . Beliau menghapuskan perhambaan pertanian kapas iaitu penggunaan secara sistematik buruh kanak-kanak, visa keluar (exit visa untuk rakyatnya sebagaimana yang masih diamalkan oleh kerajaan Syria), memperkenalkan reformasi cukai, mewujudkan empat zon ekonomi bebas baru, serta membebaskan ramai tahanan politik. Hubungan dengan negara-negara jiran Tajikistan, Kyrgyzstan, dan Afghanistan secara drastik bertambah baik.

Ekonomi Uzbekistan dalam proses peralihan secara beransur-ansur kepada ekonomi pasaran, dengan dasar perdagangan asing berasaskan penggantian import. Pada September 2017, mata wang negara ini boleh ditukar sepenuhnya pada kadar pasaran. Uzbekistan adalah pengeluar utama dan pengeksport kapas. Negara ini juga mengendalikan lombong emas terbuka terbesar di dunia. Dengan kemudahan penjanaan kuasa raksasa era Soviet dan bekalan gas asli yang mencukupi, Uzbekistan telah menjadi pengeluar elektrik terbesar di Asia Tengah. Tenaga boleh diperbaharui merupakan lebih daripada 23% daripada sektor tenaga negara, dengan tenaga hidroelektrik sebanyak 21.4% dan tenaga suria sebanyak 2%.

JOM ZIARAH UZBEKISTAN BERSAMA FELCRA TRAVEL & TOURS SDN BHD

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE, CROATIA 1- Tasik Plitvice merupakan gabungan daripada 16 buah tasik yang terdapat dalam tam...
06/12/2022

TAMAN NEGARA TASIK PLITVICE, CROATIA

1- Tasik Plitvice merupakan gabungan daripada 16 buah tasik yang terdapat dalam taman negara ini. Ia terbahagi kepada dua bahagian, iaitu tasik atas dan tasik bawah.

2- Pelancong-pelancong yang datang ke sini tidak dibenarkan untuk bermandi-manda adalah untuk menjaga kelangsungan alam sekitar dan kalau lemas nanti mayat susah nak jumpa sebab tasiknya terlalu luas dan pergerakan airnya yang berubah-ubah.

3- Tasik ini terletak bersempadan dengan negara Bosnia & Herzegovina. Luas keseluruhan tasik Plitvice mencapai 300 kilometer persegi.

4- Terdapat lebih 320 jenis kupu-kupu dan 120 jenis burung.

5- Warna air yang sentiasa berubah-ubah bergantung kepada kuantiti mineral dalam laut dan kedudukan matahari seperti warna biru azure, hijau, hijau turquoise, kelabu cair

6- Dikatakan tasik ini menerima pengunjung lebih 1 juta setiap tahun.

Ada orang tanya kalau nak minum air tasik ni boleh ke?
Boleh, minum boleh, cuma berenang, mandi, berendam, basuh baju je tak boleh.

Kalau berminat nak rasa air tasik ni, boleh whatsapp kami ye.

Tragis betul reunion macam ni. Ni Baru real BFF - best friends forever
05/12/2022

Tragis betul reunion macam ni. Ni Baru real BFF - best friends forever

01/12/2022

Kita bagi teaser dulu untuk pakej Bosnia & Croatia 2023.

Ini air terjun di salah satu National Park di Croatia.
Kalau datang Bosnia Croatia ni tengok ciptaanNya memang mulut tak putus-putus ucap "SubhanaAllah" sebab memang cantik sangat.

Baru-baru ni ada client tanya saya, kalau nak ke negara Balkan, pakej mana yang sesuai, negara mana yang best, berapa hari seeloknya dan macam-macam lagi soalannya.

Bosnia + Croatia (Slovenia pun boleh)
Romania + Bulgaria + Macedonia + Albania + Montenegro

Ya, kita faham bila travel dah jauh-jauh takkan kita nak 'touch n go' saja.
Dah alang-alang sampai kan, kita ronda bagi habis lah.
Baru berbaloi penat tu.

Kami pernah uruskan group VIP ke Bosnia Croatia selama 13 hari, sehinggakan mereka dapat ziarah perkuburan umat Islam berhampiran Srebrenica di Bosnia, iaitu tragedi pembunuhan beramai-ramai. (Yang ni nanti kami buat satu post lain cerita pasal tragedi ni)

Berminat tak? Kalau berminat kami nak open date ni.

5 FAKTA MENARIK TENTANG MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI1- Antara masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan lebih 40,...
30/11/2022

5 FAKTA MENARIK TENTANG MASJID SHEIKH ZAYED ABU DHABI

1- Antara masjid terbesar di dunia yang boleh menempatkan lebih 40,000 jemaah pada satu masa

2- Bahan-bahan binaan di import dari luar negara, antaranya New Zealand, Morocco, Turki, Mesir, India, Jerman, China, Greece, Itali dan Pakistan

3- Pembinaan yang mengambil masa kira-kira 11 tahun (1996-2007)

4- Memerlukan lebih 3000 pekerja dan 38 kontraktor untuk menyiapkannya

5- Kami rekomen datang waktu malam sebab lampu-lampu dalam masjid ni, dengan chandelier kristal nya fuhhh cantik, Swarovski tau!

Kami nak buka pakej ke Dubai Abu Dhabi 2023. Okay tak?

COMING SOON IN 2023 – SCANDINAVIAN TRIP (NORWAY, SWEDEN & FINLAND)Jika anda mengidamkan sebuah pengambaraan yang penuh w...
25/11/2022

COMING SOON IN 2023 – SCANDINAVIAN TRIP (NORWAY, SWEDEN & FINLAND)

Jika anda mengidamkan sebuah pengambaraan yang penuh warna-warni dan mengasyikkan dengan pemandangan alam semulajadi, lanskap yang "amazing" dan lokasi-lokasi uuumph dan "Spectacular" maka negara-negara Scandinavia adalah jawapannya.

Bermula dari Denmark- kota Copenhagen dengan pelabuhan berwarna-warni "Nyhavn" perjalanan diteruskan ke Malmo di Sweden melalui Jambatan Malmo yang superb dengan pembinaan "hi-Tech' terus ke Gothenburg bandar ke2 terbesar di Sweden. Setelah puas menerokai muzium, bergambar di Fortress Alvsborg dan merasakan rentak kehidupan para peniaga di Feskekorka (fish market) anda dibawa ke Norway p**a.

Dalam perjalanan singgah di Geilo bandar Ski Resort pertama dan terbesar di Norway di lembah Hallingdal yang kaya dengan keindahan alam semulajadil (dikelilingi oleh snow-capped mountains sepanjang tahun).

Bergen adalah bandar pelabuhan tercantik di Norway, keindahan bandar ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila anda menaiki Bergen Funicular ke puncah tertinggi di Bergen. Antara yang menarik ialah The Old Hanseatic Quarter dengan bangunan-bangunan tradisi papan Norway berwarna-warni!
Kemuncak kembara anda ialah "Norway in a Nutshell" yang merangkumi keretapi dari Myrdal ke Flam dengan menaiki keretapi Flambena penuh antik merentasi jajaran-jaran gunung-ganang dengan gaung dalam dan fjord di bawahnya serta simbahan air terjun, cruising dari Flam ke Gudvangen melihat keindahan Aurlandsfjord dan Naeroyfjord (dua di antara Fjords Norway yang tercantik merupakan tapak warisan Unesco.

Aaagh banyak sangat nak cerita tentang keindahan dan tarikan-tarikan di negara-negara Scandinavia ini..
Antara tarikan lain:

1. Stockholm - Vasa Museum
2. Stockholm - Gamla Stan
3. Helsinki - Porvoo Old Town
4. Helsinki - Suomelinna Fortress

14/11/2022

Siapa kita untuk menyalahkan qadha' dan qadar Allah . Apa yg Allah bagi tu lah yg terbaik utk kita. Cuma kita tak faham akan hikmah semuanya itu

TUNISIA KECIL-KECIL SI CILI PADIKecil2x cili padi walaupun kecil tapi pedas menyengat. Gitulah gambaran ringkas ttg Tuni...
12/11/2022

TUNISIA KECIL-KECIL SI CILI PADI

Kecil2x cili padi walaupun kecil tapi pedas menyengat. Gitulah gambaran ringkas ttg Tunisia. Unik yg membezakannya dari negara lain. Manakan tidak! Di Tunisialah gurun sahara bermula, berada di sini boleh "feel" akan suasana gurun yg bening dan damai. Jeritlah sekuat2x hati "echo" akan memenui segala ruang yg ada, lambungkn pasir2x halus berwarna jingga setinggi2x yg mampu, fuuuh rasa nikmat kebebasan, bebas dari bebanan masalah dunia, traffic jam di ibukota, hiruk pikuk yg menyesakkan dada.Lebih mendalam dari itu, dapat "feel" bagaimana perjuangan para Nabi di masa lampau meredah padang pasir yg luas semata2x berjuang menyampaikan risalah tauhid kepada umat manusia......

Nak lihat sebuah negara yang abang2x dan akak2x boleh tengok banyak benda - dari gurun Sahara, Tasik garam seluas lautan, lanskap unik pilihan pengarah filem Star Wars, kebun2x tamar Deglet Nour dan muzium Tamar yg pertama di dunia? HAAAH TUNISIA lah jawapannya.....

Tahu tak lanskap indah dan ganjil bumi Tunisia menjadi pilihan pengarah2x filem Hollywood. Antaranya ialah Steven Speilburg. Beliau telah memilih lanskap aneh Matmata dan tasik garam memutih menjadi pilihan Steven Spielberg utk diabadikan dlm karya fiksyennya "Star Wars"

Rumah2x berber yg bina di bwh tanah diubahsuai menjadi rumah2x watak2x utama filem Starwars. Rumah2x yg dikenali dgn nama Troglodyte ni dibina dgn menggali tanah sehingga menjadi lubang2x yg dibina bilik2x di dinding2x lubang tersebut. Hotel Sidi Driss di Matmata telah digunakan lokasi filem Star Wars dlm thn 1976 episod 6; A New Hope, ia dijadikan rumah Luke Skywalker, makciknya Aunt Beru Lars dan pakciknya Owen Lars di planet Tatooine. Sekali lagi hotel ini digunakan dalam sambungan Star Wars Episod ke 2- Attack on the Clones.. Sehingga hari ini, kita boleh tengok semua prop-prop yg digunakan utk filem tersebut.

SIDI BOU SAID

Uniknya Sidi Bou Said sebuah perkampongan Andalusia di pinggiran Laut Mediterranean yang berwarna biru dan putih! Dinding2x hanya dicat dengan warna putih manakala pintu dan tingkapnya berwarna biru. Sejuk mata memandang bila berada di Sidi Bou Said. Ia seolah-olah p**au Santorini di hujung benua Afrika.

CARTHAGE

Carthage - antara 10 lokasi Paling Mistik pilihan Lonely Planet, berusia lebih 1500 tahun, menyaksikan koleksi mosaic Roman yang Terbesar di dunia di Muzium Bardo.......

OLD TUNIS

haaaa...bagi yg kaki shopping boleh kunjungi kawasan yg diwartakan sebagai tapak UNESCO - Old Medina di samping boleh solat di Masjid Zaituniah yg merupakan lokasi asal Universiti Zaituniah - pusat pengajian tinggi Islam tertua di dunia!!
Tak sah ke Tunisia kalau tak ke kairouan - kota seribu masjid, pusat pengeluar karpet terbesar di Tunisia, kota yang pertama diasaskan oleh pejuang Islam Uqba bin Nafi yang membina masjid terbesar di Afrika Utara, oooh ye dari kairouan lah bermulanya kempen penyebaran Islam di Andalusia, Sepanyol!

KAIROUAN

Di Kairouan abang2x dan akak2x boleh ziarahi makam sahabat Nabi Sallallahu alaihe wasalam dan juga tukang gunting rambut baginda , yg bernama Ibnu Zam'ah Al-Bahlawi....tahu tak? Beliau telah dikebumikan bersama 3 helai rambut Rasulullah sallallahu alaihe wasalam.....lihat sampai ke sini sahabat Nabi datang untuk berdakwah dan berjuang menyebarkan ajaran Tauhid.
Jom abang2x dan akak2x kita hayati keindahan kota-kota pinggiran lautan Mediterranean dengan kota-kota lama (old Medina) ; Sousses, Monatsir, Nabeul (lokasi pengeluar seramik Tunisia yang terbesar)....

EL JEM

Kalau dah tengok El-Jem sebuah Colosseum yang menyerupai yg ada di Rom, rasanya tak payah lagi abang2x dan akak2x memasuki yg di Rom itu, yg di Sfax,Tunisia ni rasanya lebih best........abang2x dan akak2x boleh nilaikan sendiri nanti...eyes of the beholder!!!
Paling best..abang2x dan akak2x boleh alami sendiri betapa seronoknya menunggang unta di gurun Sahara..................lepas tu boleh mandi-mandi di oasis dan air terjun yang wujud di tengah-tengah gurun dan padang pasir tandus...wooww...

Nikmatilah gurindam tentang Tunisia;-

ASSALAMUALAIKUM..YA JAAMAAH..
AHLAN FIKUM ILA TUNIS...
Inginkan Kelainan Dalam Perjalanan...
Semuanya ada..Indah Pandangan....
Tidak Di sangka Semuanya Di depan..
Memang Menarik..membuahkan senyuman..
Jom ramai ramai Ke Tunis..
Negara Kecil Molek..Menyimpan Banyak Khazanah
Dari Sahabat..Hingga Kini...
Di Sini,,Ada laut..Ada Pantai...
Hati Terpaut..boleh Bersantai....
Di sini..Ada lautan Garam...Yang Luas Terbentang..
Siapa Memandang....Terpegun Seorang..
Di Sini Ada Ladang Kurma yang Banyak
Bila Di rasa..ummm sungguhlah Enak...
Di Sini Ada Sejarah Dan makam sahabat
Bila Di kaji..Sejarahnya Sungguhlah Hebat...
Di sini Juga Ada..Sahara Yang Di Bentang..
Boleh Di Rentas..Unta Di Tunggang...
Di Sini Ada..Kota Tepi lautan...
Sidi Bou said Yang Mashur..Jadi Sebutan..
Di Sini Anda Juga boleh Berlibur....
Banyak Barangan..Matamu Kan Kabur
Buatlah Pilihan....Sususn dan Atur..
In Syaa Allah..Hati mu Kan terhibur...

Jom Kita Ke Tunisia BERSAMA FELCRA TRAVEL AND TOURS SDN Felcra Travels & Tours Sdn Bhd..Kecapi Pengalaman Baru Di Sini
Kami Sentiasa Bersama Anda,Keman Jua Anda Pergi.


Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalam telah bersabda:الصَّلَاةُ الْخ...
11/11/2022

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasalam telah bersabda:
الصَّلَاةُ الْخَمْسُ، وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ، كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُنَّ، مَا لَمْ تُغْشَ الْكَبَائِرُ

Maksudnya: “Solat lima waktu, Jumaat kepada Jumaat berikutnya merupakan kaffarah (penghapus dosa) di antara keduanya selagimana tidak melakukan dosa besar.” [Riwayat Muslim (233)]

Imam al-Nawawi menyatakan setiap yang disebut di dalam hadith tersebut boleh menghapuskan dosa sekiranya terdapat dosa kecil untuk dihapuskan. Sekiranya tidak terdapat dosa kecil atau besar maka akan dicatat baginya kebaikan dan diangkat darjatnya. Sekiranya terdapat dosa besar dan tidak terdapat dosa kecil, mudah-mudahan perkara tersebut dapat meringankan dosa besar yang dilakukan.

11/11/2022

SALAM JUMAAT AL MUBAARAKAH, PERBANYAKKAN SELAWAT KE ATAS RASULULLAH SALLALLAHU ALAIHI WASALAM...

Semua kita rindu pada Rasulullah sallallahu alaihi wasalam kan? Perolehilah syafaat baginda dengan memperbanyakkan selaw...
10/11/2022

Semua kita rindu pada Rasulullah sallallahu alaihi wasalam kan? Perolehilah syafaat baginda dengan memperbanyakkan selawat kepada baginda sallallahu alaihi wasalam.

Ikuti jemaah umrah dan ziarah FELCRA TRAVEL AND TOURS SDN BHD…

MARI KITA ZIARAHI MAKAM IMAM AL-BUKHARI DI UZBEKISTAN, PERJALANAN DENGAN KERETAPI LAJU "AFROSIAB" ....Hari ni rasanya na...
08/11/2022

MARI KITA ZIARAHI MAKAM IMAM AL-BUKHARI DI UZBEKISTAN, PERJALANAN DENGAN KERETAPI LAJU "AFROSIAB" ....

Hari ni rasanya nak menulis tentang Uzbekistan.

"Stan" ertinya bumi, Jadi Uzbekistan tu adalah bumi atau tanah air bagi bangsa Uzbek. Kali pertama datang ke sini bawa group tahun 2006, 17 tahun yg lalu, masa tu Uzbekistan punya seribu satu kekurangan dalam menyambut kedatangan pelancong. Kalau naik bas, ada someone dalam group nk buang air kecil maka kelam kabutlah gamaknya, mana ada R & R yg macam kita ada. Kalau ada toilet pun mujur. Jalan penyelesaiannya tumpang toilet rumah orang.

Saya masih ingat kami berbaris panjang nak masuk toilet, ianya bukan toilet dalam ertikata dan gambaran sebenarnya. Ianya lubang besar yang digali dan diletakkan kayu utk tetamu tandas mencanggung di atasnya…seterusnya anda boleh gambarkan sendiri…..

Sekarang ni keadaan jauh lebih baik, rasa malas nak naik coach, naik jer keretapi laju “Afrosiab” nya yang cantik. Sekejap jer sampai. Dari Tashkent ke Samarkand Cuma 2 jam , kalau naik coach paling kurang 5 jam, tu pun keadaan jalannya bukanlah elok sangat…
Kalau nak cite tentang Uzbekistan secara sempoi dan ringkat, senangnya. Ia terkenal dengan 3M. Masjid, Madrasah dan Mausoleum (Maqam). 3M ni adalah tarikan utama di Uzbekistan. Apa yg best 3M sampai dia janji identity nasional. Umumnya, Masjid, Madrasah dan Makamnya punya senibina yang seakan-akan sama, yg nyata pengunaan jubin atau tiles dilakukan semaksima-maksimanya. Agaknya masa tu ianya trending. Senibina indah ini boleh dilihat pada kompleks Registan di Samarkand, yang disenaraikan sebagai tapak warisan kebudayaan dan sejarah UNESCO. Kompleks Registan ini terdiri dari 3 buah madrasah; dari kiri ke kanan iaitu Ulugh Beg Madrasah, Tilya-Kori Madrasah dan Sher-Dor Madrasah.

Program kembara kami di Uzbekistan sebahagian besarnya menggunakan keretapi laju (Afrosiab speed train), nak tahu kenapa? Kerana dalam keretapi terdapat kemudahan bilik air dan tandas yg moden. Settle masalah kan…?!

Ada sebuah kompleks sebagai umat Islam kita wajib kunjungi; iaitu kompleks Imam Al-Bukhari. Di situlah letaknya makam (kubur) Imam Al-Bukhari, pengarang kitab hadis Sahih Al-Bukhari. Kitab yang kedua paling sahih selepas kitab Al-Quran. Kompleks ini terletak di Samarkand. Walaupun Imam Al-Bukhari dilahirkan di Bukhara, jasad beliau telah disemadikan di Samarkand. Di kompleks ini juga terdapat perpustaan Al-Quran di mana kita boleh melihat mushaf2x Al-Quran yang berusia lebih dari 1000 tahun.

Tak sah ke Uzbekistan kalau tak menziarahi kota Bukhara. Bukhara adalah sebuah kota kuno yg pernah menjadi lokasi persinggahan dalam laluan sutera antara timur dan barat. Bukhara pernah menjadi pusat pengajian Islam di zaman pertengahan. Hari ini Bukhara masih mempunyai ratusan buah masjid, madrasah, bazaar dan caravanserai (tempat persinggahan kafilah perdagangan) yang dibina seawall kurun ke 9 dan ke 17 Masehi.

Mengunjungi Uzbekistan ibarat melawat sebuah muzium terbuka sarat dengan sejarah silam, kegemilangan senibina dan kehebatan tokoh2x ilmuan Islam seperti Imam Al-Bukhari, al-Maturidi dan Imam at –Tarmidzi.

FELCRA TRAVEL AND TOURS SDN BHD menawarkan pakej ZIARAH UZBEKISTAN setiap bulan bermula dari bulan Disember 2022, inshaa-Allah.

06/11/2022

📊Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menjangkakan Monsun Timur Laut 2022/2023 bermula dari 7 November 2022 hingga Mac 2023.

❗❗Bersedia hadapi bencana banjir dengan menyediakan beg kecemasan.

📌Sentiasa peka dengan amaran awal bencana dan berpindah dengan kadar segera sekiranya mendapat arahan daripada pihak berkuasa.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑Monsun Timur Laut (MTL) atau musim te...
06/11/2022

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐓𝐄𝐎𝐑𝐎𝐋𝐎𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀: 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐔𝐋𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐎𝐍𝐒𝐔𝐍 𝐓𝐈𝐌𝐔𝐑 𝐋𝐀𝐔𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟑

Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh di Malaysia akan bermula lebih awal daripada yang dijangka iaitu pada 7 November 2022 dan berterusan sehingga Mac 2023. Empat hingga enam episod luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan berpotensi berlaku sepanjang tempoh ini.

Sumber: Malaysian Meteorological Department


Kesibukan di tanah suci sudah bermula 2022.=
06/11/2022

Kesibukan di tanah suci sudah bermula 2022.=

Bugshan Palace/ ISTANA BUGSHA ; Hadramaut , Yemen.Dibina dari lumpur dalam tahun 1798 Masehi, istana ini mengandungi 8 t...
06/11/2022

Bugshan Palace/ ISTANA BUGSHA ; Hadramaut , Yemen.

Dibina dari lumpur dalam tahun 1798 Masehi, istana ini mengandungi 8 tingkat dgn keluasan tapak 800 meter persegi.

Namun sayang seribu kali sayang, suasana yang bergolak di Yemen tidak memungkinkan kita ke sana buat masa ni.

04/11/2022

KESYUKURAN MENAMBAHKAN RAHMAT DAN KURNIAAN ALLAH AZZA WA JALLA. NAMAKAN 3 NIKMAT YANG KAMU SYUKURI HARI INI DI RUANGAN KOMEN

4 KUNCI UNTUK KEHIDUPAN SIHATKunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :- Makan secara sihat;...
04/11/2022

4 KUNCI UNTUK KEHIDUPAN SIHAT

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :

- Makan secara sihat; ikutlah sebagaimana yang disyorkan di dalam piramid makanan....

Tidak merokok - part ni susah sikit bagi perokok tegar. Perlu strong will dan azam yg kuat untuk berhenti merokok. Cara paling mudah- niat berhenti merokok kerana Allah.

Lakukan aktiviti fizikal - bersenamlah ...sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Dalam rumah pun boleh bersenam mengeluarkan peluh....

Belajar menangani stress - kehidupan kita memang takkan lari dari tekanan dan cabaran. Hidup ni keras. Sepatutnya stress tak menjadi masalah bagi orang yang beriman jika beliau benar-benar yakin dengan Allah, yakin dengan qada dan qadar, belajar bersyukur, redha dan sabar.....beristiqamah berzikir mengingati Allah, berselawat dan beristiqhfar, dan bersahabat baik dengan Al-Quran dengan membacanya setiap hari, mentadabburinya, membaca terjemahannya dan memahami tafsirannya.

FELDA TRAVEL AND TOURS SDN BHD sedang berusaha untuk memperbaiki tahap servis bagi jemaah-jemaah Umrahnya dan bersedia untuk menjadi antara MAIN PLAYERS di Malaysia dalam pengendalian jemaah Umrah dalam masa yang terdekat. Inshaa-Allah.

Jika anda s**a dengan posting ni dan bersedia untuk menyokong kami tolong like, komen dan share posting ini........

04/11/2022

TIADA YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH. DLM MASA SUSAH DAN LAPANG TERUSKAN BERHUBUNG DENGANNYA

TIPS MELANCONG KE LUAR NEGARASebelum anda buat persiapan melancong ke luar negara, Tidak kiralah Singapura, Jepun atau A...
02/11/2022

TIPS MELANCONG KE LUAR NEGARA

Sebelum anda buat persiapan melancong ke luar negara, Tidak kiralah Singapura, Jepun atau Amerika Syarikat. Pernah anda terfikir tips persiapan sebelum pergi melancong ke luar negara. Semakkan perlu ada supaya barang-barang penting tidak tertinggal dan dibawa bersama semasa travel. Berikut saya kongsikan tips persiapan sebelum nak melancong ke luar negara

1. PASSPORT/Tiket Penerbangan

Sebelum membeli tiket flight, pastikan passport telah dibuat/renew atau tidak tamat tempoh. Sebabnya, ketika ingin melakukan online check-in, maklumat passport diperlukan untuk diisi pada form. Contohnya nombor passport dan tarikh tamat tempoh passport. Kalau yang dah ada passport tu, check betul-betul tarikh tamat tempoh passport anda. Jangan main agak-agak. Waktu tengah seronok berjalan nanti, jaga passport elok-elok. Susah nanti bila hilang.

Tiket Penerbangan p**a biasanya orang akan selitkan sekali dalam passport. Tengok details penerbangan betul-betul. Jangan tersilap hari, jangan tersilap masa. Pastikan sentiasa perhati tiket anda jikalau takut tercicir ketika anda sibuk uruskan hal lain.

2. Pakaian/Kasut

Sebelum bercuti, study sedikit info tentang suhu, cuaca kat tempat yang nak dituju. Sekurangnya, tahu pakaian apa yang sesuai nak bawa, tempat tu ada berapa musim dan sebagainya. Rancang baju dan seluar apa ingin dipakai mengikut bilangan hari anda bercuti.
Kasut p**a pilih kasut yang sesuai dan paling penting selesa. Biasanya, kalau time bercuti ni akan banyak berjalan. Salah pakai kasut, kaki boleh sakit dan melecet. Antara kasut yang selesa untuk banyak berjalan, dicadangkan sport shoes.

3. Barang peribadi
Bawa shampoo, berus gigi dan pencuci muka. Ada antara tempat penginapan sama ada hotel atau guesthouse yang menyediakan shampoo dan shower gel. Kita juga boleh bawa alatan mandi sendiri jika dikhuatiri alatan yang disediakan itu tidak sesuai untuk diri kita.

4. Duit 'Emergency'
Pastikan anda menyimpan sedikit wang untuk keadaan yang tidak dijangka. Ini memastikan anda tidak panik ketika menghadapi situasi ini. Anda boleh tenang menggunakan duit ‘emergency’ tersebut. Kita tidak tahu apa akan berlaku akan tetapi sebaiknya sediakan duit tersebut.

5. Datang awal Ke airport.
Sebaik-baiknya sampai di ‘airport’ 3 jam sebelum waktu berlepas. Ini kerana kita tidak tahu sebarang masalah yang berlaku semasa dalam perjalanan untuk ke ‘airport’. Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, kita juga akan menyesal. Datanglah awal supaya anda dapat bertenang ketika di sana.

6. Jaga keselamatan barangan.
Barang-barang yang kita bawa hendaklah sentiasa bersama kita. Jangan leka kerana ada sahaja orang yang ingin mengambil kesempatan. sekiranya passport kita ada di dalam beg kita yang hilang maka akan menyusahkan kita kelak. Jadi berhati-hati. Jangan kerana kelapaan kita membuatkan percutian kita hancur begitu sahaja.

02/11/2022

Nak bahagia? Sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita ada & jangan bandingkan kehidupan kita dgn kehidupan orang lain.

Address

No. 32a-1-1 Jalan Megan Setapak, Megan Setapak
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60341433655

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felcra Travels & Tours Sdn Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Felcra Travels & Tours Sdn Bhd:

Videos

Share

Category

Nearby travel agencies


Other Travel Agencies in Kuala Lumpur

Show All