28/04/2016
7 BENDA PENTING SEBELUM ANDA PERGI BERCUTI.
Apa yang perlu kita bawa semasa pergi melancong di luar negara, Kalau melancong dalam negara admin rasa tak berapa banyak benda penting sangat yang perlu bawa dan kena ingat sebab kalau nak packing pun lebih kurang balik kampung jer yer dak..? -
Ini admin nak senaraikan beberapa benda penting yang perlu bawa bila nak travel ke luar negara..Checklist sebelum ke luar negara :
1. Dokumen Penting
- Benda ini adalah paling penting sekali sebab jika anda tak bawa pasport atau Visa memang merayu tahap dewa macam mana pun memang tak boleh lepas di airport.., so sebelum berlepas ke airport pastikan dokumen peribadi semua dibawa.. dan lebih penting sekali tengok Pasport anda tu mati bila..!!! kena ingat pasport anda kena hidup 6 bulan sebelum tarikh luput pastport itu wajib!!! contoh nak fly bulan 1/14, pasport anda punya tarikh luput mesti 7/14 ke atas..., dan ingat perlu juga ambil kira hari tau…..
2. Duit
- jika anda nak ke negara orang mesti gunakan matawang dorang yer dak..? so tukar duit di Malaysia siap-siap.. ada beberapa money changer yang terkenal dengan rate murah seperti di midvalley atau masjid india… terp**ang pada keselesaaan anda….
- Dan jangan lupa bawa duit cash RM ke negara luar kerana bila berlaku kecemasan duit RM tu boleh ditukar di negara orang tu, contoh biasa berlaku kecemasan ialah tak cukup duit shopping.
- Perlu diingat juga beberapa negara jiran kita seperti Indonesia dan Thailand kalau kita tukar RM di sana lagi berbaloi.., kena pandai cari Money Changer ok.
3. Universal Travel Adabter
- Benda ni agak penting kerana lain negara lain p**ak kepala plug dia.. kalau anda pergi Indonesia dan Thailand memang lain..kalau pergi London sama dengan Malaysia.. kadang kita lupa bawa,bila nak cas henpon or kamera dah tak boleh..
- So kalau pergi ke luar negara bawak la Universal Travel Adabter ni.., kalau taknak bawa pun terp**ang pada anda..!!! kalau dah tertinggal cuba tanya hotel korang duduk tu biasanya dorang ada kasi pinjam cuma kena letak deposit duit sikit.., lepas p**ang depa kasi balik duit tu...
4. Ubat
- Ubat ni tak berapa penting untuk yang antibody kuat.., tapi kalau jenis yang sensetif dengan cuaca atau apa benda yang anda sensetif bawa la ubatan atau supliment sikit.., paling tidak panadol walaupun panadol tu tak bagus..hahhaha…
- Kot dah nak pergi berjalan tetiba tak sihat kan kurang best yer dak..??
5. Kad Kredit
- Kad kredit ni agak penting untuk kecemasan yang tahap dewa.., contohnya paling utama ialah anda tertinggal kapal terbang bila nak balik.., jadi duit cash tak berapa nak ada.., so gunakan lah kad kredit untuk beli tiket baru gitu.., so kalau pergi jauh(selain asia tenggara) takde kad kredit pinjam la mak bapak or sesiapa family yang ada.
- Kot la kad kredit anda kata kecemasan untuk shopping admin tak berapa nak setuju..hehe,
6. Peta / Tentatif
- Peta yang penting maksud admin ialah map..., maksud admin ialah travel map di negara tersebut.., sebelum pergi korang wajib study lokasi dan juga beberapa landmark penting tempat korang tuju supaya senang tak gelabah bila dah sampai nanti
- Selain itu jangan lupa bawa tentatif program korang ke negara tersebut.., contoh 1st day nak pergi mana tulis siap-siap lokasi dan anggaran masa, 2nd day pergi mana semua kena tulis dan setkan siap2 di Malaysia supaya masa korang di tempat melancong nanti terancang dan jimat masa.
7. Bagasi
- pastikan bagasi anda bersesuaian dengan trip pelancongan anda, tidak terlalu besar atau kecil.
- Jangan lupa key-lock. Benda kecil yang penting yang selalu diabaikan oleh kita apabila melancong atau mengembara atas urusan apa sekali pun;.
INGINKAN PERCUTIAN FREE DISELURUH DUNIA tinggalkan No. Whasp anda sekarang!!!!!!!!