01/03/2023
: Cara Pembersihan Untuk Tetamu Tidak Sama
Anda sendiri mungkin tidak begitu peduli dengan sedikit debu di sana sini, tetapi tetamu akan peduli, dan mereka akan memberitahu anda mengenainya dalam ulasan mereka.
Pembersihan untuk tetamu memerlukan lebih banyak perhatian berbanding pembersihan yang kita lakukan untuk keluarga sendiri. Perbezaan utama lain?
Anda sedang melakukan kerja pembersihan selepas tetamu pulang sambil bersiap untuk tetamu yang berikut. Jangan lupa untuk mengosongkan ruang, yang boleh meliputi almari hingga kepada meja sisi katil hingga ke peti sejuk. “Anda tidak mahu tetamu yang baharu terjumpa ayam yang separuh dimakan oleh tetamu sebelumnya,” kata hos Alex dari San Francisco.