
07/03/2025
PENUKARAN NAMA TEMPAT DI PAHANG
Penukaran nama tempat di Pahang terhadap 13 tempat melibatkan 4 daerah iaitu Kuala Lipis, Kuantan, Pekan dan Rompin
Penukaran nama ini bukan sahaja melibatkan nama jalan tetapi melibatkan juga nama mercu tanda bangunan dan pusat pelancongan
Senarai tempat yang ditukar nama baru adalah seperti berikut :
KUALA LIPIS
1. Jalan Silang, Lipis kepada Jalan Tan Sri Abd Razak
2. Kawasan Perindustrian Kechau Tui, Lipis kepada Kawasan Perindustrian Padang Tengku
KUANTAN
3. Menara Teruntum, Kuantan kepada Menara Kuantan 188
4. Perkampungan Tenun Pahang DiRaja, Kuantan kepada Perkampungan Kraf DiRaja Al-Sultan Abdullah
5. Kampung Sungai Deraka, Kempadang 2-5 dan Kempadang Utama, Kuantan kepada Pinggiran Putra 1
6. Kampung Permatang Gaharu dan Kempadang Permai, Kuantan kepada Pinggiran Putra 2
7. Kampung Pak Mahat, Kempadang Sejahtera dan Kempadang Makmur 1-3, Kuantan kepada Pinggiran Putra 3
8. Kempadang Makmur dan Kempadang Aman, Kuantan kepada Pinggiran Putra 4
9. Pasir Kubur Sungai Lembing, Kuantan kepada Pasir Puteri
PEKAN
10. Kompleks Budaya Kampung Pulau Keladi, Pekan kepada Perkampungan Kraf DiRaja Tunku Azizah
ROMPIN
11. Taman Negeri Endau Rompin kepada Taman Negeri Rompin, Pahang
12. Tanjung Gemok, Rompin kepada Teluk Gading
13. Terminal Feri Penumpang Tanjung Gemok, Rompin kepada Terminal Feri Penumpang Teluk Gading