25/12/2021
Hotel jemaah syarikat fadlim & tours duduk,cantik dan selesa..
Umrah pada bahasa ialah ziarah, manakala dari segi istilah yang disepakati oleh kebanyakan ulama ialah tawaf di Baitullah, dan saie di antara Safa dan Marwah dengan berihram.
Sebahagian ulama berpendapat bahawa hukum melaksanakan umrah adalah wajib atau fardu bagi orang yang belum melaksanakan sementara dia mampu untuk melaksanakannya.
Firman Allah SWT:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya: “Dan sempurnkanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)