RD Warisan Homestay

RD Warisan Homestay RD Warisan Homestay menyediakan penginapan bercirikan suasana yang lain dari yg lain. MUSLIM ONLY Jom tempah!

RD Warisan Homestay menyediakan penginapan bercirikan suasana yang lain dari yang lain dengan rekabentuk rumah bercirikan kayu dan santai.

15/05/2024

Fuhhh.. Meriah betul cuti skolah minggu depan.. Xmenang tangan kami jawab2 pertanyaan utk tarikh2 pd minggu cuti.

Alhamdulillah rezeki pengusaha2 homestay tambah pendapatan. Peringatan juga pada yang mencari2 homestay.. Jgn terlalu ghairah mencari sampai lupa untuk survey dahulu takut nnt ditipu scammer. Cuba tgk pages homestay dahulu, kaji, selidik berkaitan homestay, review customer sblm2, gambar & sbgainya. INGAT!! SENTIASA WASPADA.

So mana yang masih mencari2 di mana nak stay di Kuala Terengganu? Boleh cuba hubungi kami, insha Allah kot kot boleh bantu.



Ramadan kini berlalu pergi,Syawal p**a kini tiba.Alhmadulillah bertemu lagi kita pada 1 Syawal,  ingin kami menyusun sep...
09/04/2024

Ramadan kini berlalu pergi,
Syawal p**a kini tiba.

Alhmadulillah bertemu lagi kita pada 1 Syawal, ingin kami menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan yang sengaja atau tidak disengajakan.

Marilah kita bersama-sama meraikan kemenangan ini bersama keluarga, sahabat dan mereka yang memerlukan. Semoga selamat sampai bagi yg balik ke kampung.

Selamat Hari Raya Aidilfitri!✨
Maaf Zahir dan Batin.

𝗦ALAM 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasu...
27/03/2024

𝗦ALAM 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰/𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa Allah SWT menurunkan ayat pertama Al-Quran kepada Rasulullah ﷺ dan berterusan secara berperingkat selama 23 tahun sehingga lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Bersama-sama kita berkati bulan penuh kemuliaan ini dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Semoga ia kekal menjadi cahaya selama kita menjalani kehidupan di dunia ini dan bekalan untuk alam yang kekal abadi.

Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran 2024/1445H

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛

Selamat Datang Ramadan!Di bulan yang penuh berkah ini, kami dari RD Warisan Homestay ingin mengucapkan selamat berpuasa ...
11/03/2024

Selamat Datang Ramadan!

Di bulan yang penuh berkah ini, kami dari RD Warisan Homestay ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Muslim. Semoga Ramadan kali ini membawa kedamaian, kebahagiaan, dan keberkahan bagi anda dan keluarga.

Kami berharap bulan Ramadan ini mempererat tali persaudaraan, memupuk semangat kebersamaan, dan mendorong kita untuk menjadi individu yang lebih baik dalam masyarakat.

Selamat menjalankan ibadah puasa, dan semoga setiap amalan kita diterima. Semoga Ramadan membawa berkah bagi kita semua.

Salam Ramadan!



𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐢𝐬𝐟𝐮 𝐒𝐲𝐚’𝐛𝐚𝐧 | Malam Mustajab BerdoaSabtu | 24 Februari 2024 Malam Nisfu Syaaban adalah pada malam 15 Syaaban iai...
24/02/2024

𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐢𝐬𝐟𝐮 𝐒𝐲𝐚’𝐛𝐚𝐧 | Malam Mustajab Berdoa

Sabtu | 24 Februari 2024

Malam Nisfu Syaaban adalah pada malam 15 Syaaban iaitu sebaik sahaja masuk pada waktu maghrib pada hari sabtu, 24 Februari 2024.

Malam Nisfu Syaaban merupakan salah satu malam mustabjabnya berdoa seperti mana yang disebutkan oleh Imam Syafie.

Umat Islam digalakkan :
• Memperbanyakkan berdoa memohon keampunan dari Allah SWT.
• Menghidupkan Malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca Al-Quran, berzikir, berselawat, istighfar, hadir majlis ilmu dan sebagainya.

Jangan lepaskan peluang istimewa ini ✨

Mari sama-sama kita sebarkan buat Ummah 🤍

SALAM ISRAK MIKRAJ27 Rejab 1445Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dengan pengh...
07/02/2024

SALAM ISRAK MIKRAJ
27 Rejab 1445

Selamat Menyambut Israk Mikraj kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Semoga dengan penghayatan daripada peristiwa Israk Mikraj ini menjadikan kita lebih tawaduk dan terus istiqamah.

Sebut Israk Mikraj mesti ramai yang tahu peristiwa besar dalam Islam ini kan.
Namun, apakah perkara atau kejadian yang berlaku sepanjang malam peristiwa Israk Mikraj?

Banyak. Antaranya Nabi Muhammad ﷺ dibawa melihat kehidupan di syurga dan neraka malah Baginda bertemu Allah SWT secara bersemuka.

Namun, paling bermakna ialah betapa kasihnya Rasulullah ﷺ kepada umatnya sehingga Baginda sanggup turun dan naik sehingga langit ke tujuh, semata-mata memohon kepada Allah SWT supaya dikurangkan 50 waktu solat fardu kepada 5 waktu sehari semalam.

Jom, hayati kisah ini supaya kita sedar betapa kasihnya Baginda kepada kita.

Dan selamat bercuti dari kami RD Warisan Homestay. Semoga cuti panjang ini dimanfaatkan sepenuhnya bersama keluarga tersayang.




Hotohh... Tubik doh hor 2024 kalendar event di Terengganu!! Ni hok mane register dgn Terengganu Tourism.. Hok dok regist...
21/01/2024

Hotohh... Tubik doh hor 2024 kalendar event di Terengganu!! Ni hok mane register dgn Terengganu Tourism.. Hok dok register b*k lg tu.

Doh boleh ah plan slow slow mane mane hok nak mari tu. Adjust awal homestay2 hok mane rase nak stay. Booking awal dok kalut.. Last minit booking tkt kena baham di scammer. Hati2 deh.. Survey, tgk page fb, tgk review.. Jgn main dok dang dok dang g transfer..boleh pekdoh..

Nak booking? Nak tnye berkaitan tarikh kekosongan.. Wassap je RD Warisan Homestay. Insha Allah boleh wat kire.

www.wasap.my/60139804596/rdwarisanhomestay




Assalamualaikum   Sekadar perkongsian cuaca di Terengganu & sekitar. Utk pengunjung yang datang berkunjung ke Terengganu...
21/12/2023

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian cuaca di Terengganu & sekitar. Utk pengunjung yang datang berkunjung ke Terengganu, jgn lupa sediakan payung utk aktiviti2 luar bg memudahkan pergerakan.

Ramalan cuaca menjangkakan hujan bermula 23hb hinga 25hb. Mohon dijauhkan dari bencana banjir & sbgainya. Alhamdulillah 2-3hari ni cuaca cerah.

Insha Allah rancang perjalanan & sentiasa mengikuti info cuaca semasa.

Masih mencari2 homestay atau roomstay?
Meh ke RD Warisan Homestay.
www.wasap.my/60139804596/rdwarisanhomestay

Buat customer homestay yang akan berkunjung ke Terengganu sempena cuti panjang DEEPAVALI, rancang perjalanan anda. Pasti...
10/11/2023

Buat customer homestay yang akan berkunjung ke Terengganu sempena cuti panjang DEEPAVALI, rancang perjalanan anda. Pasti kan bawa payung bg memudahkan urusan ketika hujan.

Buat masa sekarang hujan kadang2 lebat tapi bukan berterusan.

Masih boleh melakukan aktiviti2 luar sempena cuti Depavali.

Selamat bercuti semua. Selamat datang ke Terengganu!

Inginkan tempat menginap?
Masih mencari2 & masih blur?
Cuba kami, RD Warisan Homestay Tok Jembal.

www.wasap.my/60139804596/Rdwarisanhomestay

27/09/2023

𝙎𝘼𝙇𝘼𝙈 𝙈𝘼𝙐𝙇𝙄𝘿𝙐𝙍 𝙍𝘼𝙎𝙐𝙇 2023 / 1445 𝙃

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang-orang yang paling banyak berselawat kepadaku” - HR. Ibnu Hibban

Sempena sambutan maulidur rasul pada tahun ini, kami dari RD Warisan Homestay memperingati diri kami dan seluruh umat islam untuk perbanyakkan selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW.




Rancang bercuti di Kuala Terengganu? Nak homestay di kawasan tempat menarik?Nak try suasana homestay yg berlainan?Meh tr...
16/09/2023

Rancang bercuti di Kuala Terengganu?
Nak homestay di kawasan tempat menarik?
Nak try suasana homestay yg berlainan?

Meh tra RD Warisan Homestay, Tok Jembal!!

Dengan access point yg strategik, mudah ke mana2 tanpa perlu memandu jauh utk ke lokasi lokasi viral di sekitar Kuala Terengganu!! Pasar Payang?UMT/UniSZA? Pantai Miami? ICT? Drawbridge? Dekat sangat wehhhh...

So tunggu apa lagi?? Terus hubungi kami utk tempahan rumah/bilik. Boleh terus ke pages kami atau terus WhatsApp kami utk sebarang pertanyaan.

www.wasap.my/60139804596/RDWarisanHomestay





Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-66 buat semua rakyat Malaysia, khusus customer kami, RD Warisan Homestay. Sama...
30/08/2023

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Yang Ke-66 buat semua rakyat Malaysia, khusus customer kami, RD Warisan Homestay.

Sama-samalah kita menghayati pengorbanan dan pupuklah semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing agar kita dapat kenang pengorbanan nenek moyang dalam membebaskan tanah air daripada penjajah.

Selamat bercuti kepada semua & tidak lupa kepada customer kami RD Warisan Homestay jutaan terima kasih kerana memilih kami sebagai tempat istirehat anda sepanjang berada di Terengganu.




Kami RD Warisan Homestay mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1445H/2023 buat seluruh umat Islam. Awal Muharam mer...
18/07/2023

Kami RD Warisan Homestay mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1445H/2023 buat seluruh umat Islam. Awal Muharam merupakan peristiwa sejarah Islam bagi memperingati penghijrahan baginda Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi.

Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

(Surah Ar-Ra’d : 11)

Marilah kita mengambil ikhtibar di sebalik peristiwa Hijrah dan jadikan tahun baru ini tahun yang lebih baik untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan keazaman serta memperbaharui segala amalan serta akhlak di samping mengejar keredhaan Allah SWT.

Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita, diampunkan segala dosa dan sentiasa dilindungi dan berada dalam rahmat-Nya.

Haaa.. Tarikh dah keluar...alang2 balik ngundi, adjust balik cuti skali.. Yela boleh jalan2 tgk kemeriahan suasana ngund...
09/07/2023

Haaa.. Tarikh dah keluar...alang2 balik ngundi, adjust balik cuti skali.. Yela boleh jalan2 tgk kemeriahan suasana ngundi, lawan dere.

Xdop homestay? Dok tahu nak stay mana lagi?
Dkt RD Warisan Homestay kami ada rumah utk disewa, & kami ada bilik2 jugok. Xpayah sakit pala.. Kalau mari se family boleh amik rumoh. Kalau balik sorang dua, boleh amik bilik. Janji balik... Ngundi utk masa dpn negara!!

Adjust call or wassap je no RD Warisan Homestay. InsyaAllah yg terbaik utk anda.

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirka...
28/06/2023

Seandainya inginkan kebahagiaan, kena sentiasa bersedia untuk berkorban. Kerana dalam tiap kesusahan, Allah akan hadirkan kemanisan. Semoga tiap pengorbanan kita di muka bumi ini mendapat redha daripada Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 2023 buat semua umat Islam terutama customer kami RD Warisan Homestay.

Allahuahkbar Allahuahkbar Allahuahkbar

Dirgahayu Tuanku.Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan...
05/06/2023

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku.

Dan selamat bercuti pd semua dr kami RD Warisan Homestay .



SELAMAT HARI PEKERJA 2023“Tidaklah Seseorang Yang Memakan Suatu Makanan Yang Lebih Baik Dari Makanan Yang Ia Makan Hasil...
01/05/2023

SELAMAT HARI PEKERJA 2023

“Tidaklah Seseorang Yang Memakan Suatu Makanan Yang Lebih Baik Dari Makanan Yang Ia Makan Hasil Dari Kerja Keras Tangannya Sendiri. Kerana Nabi Daud AS Dahulu Bekerja Dengan Hasil Kerja Keras Tangannya.” (HR Bukhari)

Semoga kita semua terus kuat, bersemangat dalam menggalas segala amanah tidak kira apa jua bidang pekerjaan kita.

Dari kami RD Warisan Homestay .

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, kami RD Warisan Homestay ingin m...
21/04/2023

Sempena meraikan bulan Syawal, bulan kemenangan selepas sebulan menjalani ibadah puasa, kami RD Warisan Homestay ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang akan bersama-sama meraikannya. Raikan kemenangan dengan kita saling bermaafan dan kuatkan kembali jalinan silaturahim. Semoga hari raya ini disambut dengan penuh keceriaan

Cahaya Ramadan berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peribadi,
Semoga ikatan kekal dihati,

Salam Aidilfitri, Minal 'Aidin wal-Faizin

Semoga Allah menerima amal kita di sepanjang Ramadan & semoga sepanjang tahun kita semua berada dalam kebaikan.

Aamiin.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi. Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak da...
22/03/2023

Assalamualaikum dan salam Ramadhan Al Mubarak 1444 Hijrah bersamaan 2023 Masihi.

Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua customer kami RD Warisan Homestay & seluruh dunia yang beragama Islam.

Semoga Bulan Ramadan ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan kepada kita semua.

Marhaban Yaa Ramadan!

🤲🏻🤲🏻🤲🏻

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1444H.“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muha...
18/02/2023

SELAMAT MEMPERINGATI PERISTIWA AGUNG ISRAK MIKRAJ 27 REJAB 1444H.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekeliling, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Al-Isra’ 17: 1)

Salam Israk Mikraj, 27 Rejab 1444H/ 18 Februari 2023 kepada seluruh umat islam di negara ini. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang menjadi rahmat buat umat islam semesta alam.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selamat Berhujung minggu semua 😍

Jarang jarang kita upload feedback customer. Lumrah perniagaan, ada pasang surut..lagi2 berkaitan servis. Nak memenuhi p...
06/02/2023

Jarang jarang kita upload feedback customer. Lumrah perniagaan, ada pasang surut..lagi2 berkaitan servis. Nak memenuhi permintaan customer, ragam & macam2 perlu ambil positif.

Kadang bila dapat feedback mcm ni, dikira satu kepuasan buat kami di RD Warisan Homestay . Ingin mengekalkan kondisi, servis terbaik bukan senang. Kadang kami juga perlukan feedback dari customer.

Alhamdulillah rezeki Allah luas. Insha Allah semoga kita semua diberkati & dimurahkan rezeki, kesihatan yg baik.

Masih mencari homestay utk cuti sekolah? Raya? Boleh check & contact kami.

20/01/2023

Minggu cuti raya CNY..keb*kkn homestay full minggu ni. Alhamdulillah rezeki utk pengusaha homestay & guest house.

Buat pengunjung yg berkunjung ke Terengganu terutama Kuala Terengganu, jgn lupa bawa payung extra. MET Malaysia meramalkan hujan berterusan 20-22hb.

RD Warisan Homestay mengambil kesempatan mengucapkan Slmt Tahun Baru Cina & selamat bercuti pd semua.




Haaa..tubik dohhh..kalendar pelancongon Negeri Terengganu.So boleh la plan slow slow mana yang berkenan & yang pasti jgn...
12/01/2023

Haaa..tubik dohhh..kalendar pelancongon Negeri Terengganu.
So boleh la plan slow slow mana yang berkenan & yang pasti jgn lupa utk stay di RD Warisan Homestay .

💥100 ACARA PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI TERENGGANU💥
- Tertakluk Kepada Sebarang Perubahan

Jom Pakat Maghi Terengganu .











Haa...Jgn lupa semua...19hb hari ngundi. Mana yang berada luar kwsn & merancang utk balik ke Kuala Terengganu, boleh dh ...
15/11/2022

Haa...Jgn lupa semua...19hb hari ngundi. Mana yang berada luar kwsn & merancang utk balik ke Kuala Terengganu, boleh dh survey2 homestay. Maklumla kali ni boleh kata balik ngundi skali pakej blk kg/bercuti...sbb toll free, cuti plak panjang...apa lagi kan..

Ini MANIFESTO kami di RD Warisan Homestay! Dan sebab utk PILIH KAMI sbgai tempat stay korang!!

- HARGA BERPATUTAN.
- KEBERSIHAN KAMI UTAMAKAN.
- LOKASI STRATEGIK.
- BERKONSEPKAN SANTAI & BERCIRIKAN RUMAH KAMPUNG MODEN.
- KEMUDAHAN SPT KEDAI MAKAN, DOBI & SBGNYA SENANG ACCESS.

So apa tunggu lagi....PILIH KAMI SEKARANG!
www.wasap.my/60139804596/RDWARISANHOMESTAY

BALIK NGUNDI WEHHH...



09/10/2022

Salam Maulidur Rasul 2022/1444H.

۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

12 Rabiulawal adalah tarikh yang bermakna buat umat Islam sempena kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

" Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"

Hidupkan dalam keluarga kita selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w .

Selamat beristirehat bersama keluarga sambil berselawat.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65 /2022 dari kami RD Warisan Homestay Tok Jembal.Semoga kita MERDEKA daripada seg...
31/08/2022

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-65 /2022 dari kami RD Warisan Homestay Tok Jembal.

Semoga kita MERDEKA daripada segala perkara yang tidak baik dan sama-samalah kita bersyukur di atas nikmat KEMERDEKAAN yang kita kecapi ini.

Gunakan cuti sebaiknya dengan keluarga & kawan2.

Doa Akhir Tahun 1443H Dan Awal Tahun Islam 1444H / 2022 Masihi.Sedar atau tidak sedar kita akan melalui fasa tahun bahar...
29/07/2022

Doa Akhir Tahun 1443H Dan Awal Tahun Islam 1444H / 2022 Masihi.

Sedar atau tidak sedar kita akan melalui fasa tahun baharu Hijrah (Awal Muharram) dan pastinya memori atau kenangan tahun Hijrah sebelumnya sama ada indah ataupun tidak, merupakan pengalaman mematangkan kita semua yang boleh dijadikan iktibar bagi menghadapi dugaan bakal mendatang pada tahun baru Islam 1444H.

Semoga usaha ini, dapat kita mulakan dengan kebaikan.

SALAM MAAL HIJRAH dr RD WARISAN HOMESTAY, TOK JEMBAL.

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami RD Warisan Homestay.Aidiladha merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorb...
09/07/2022

Selamat Hari Raya Aidiladha dari kami RD Warisan Homestay.

Aidiladha merupakan hari umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam mentaati perintah Allah untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail a.s.

Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT.

Moga ibadah korban Kita diterima Allah SWT. Selamat Hari Raya Aidiladha & selamat bercuti.

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ .Salam Akhir Ramadan dan Salam Lebaran Syawal.Semog...
01/05/2022

،تَقَبَلَ اللّٰهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ كُلُّ عَامٍِ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ .

Salam Akhir Ramadan dan Salam Lebaran Syawal.

Semoga Allah menerima seluruh amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan ini.

Ramadan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal p**a menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin dari kami, RD Warisan Homestay!

Salam Nuzul Al-Quran.Semoga amalan kita semua diterima oleh ALLAH SWT dengan  memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan ...
18/04/2022

Salam Nuzul Al-Quran.

Semoga amalan kita semua diterima oleh ALLAH SWT dengan memperbanyakkan membaca Al-Quran di bulan yang mulia ini.

Dari Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya Al-Quran itu akan datang pada hari Kiamat sebagai pemberi syafaat kepada para pembacanya”. (Hadith riwayat Muslim)



Address

Sebelah Taman Uda Murni, Jalan Tok Jembal
Kuala
21300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RD Warisan Homestay posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RD Warisan Homestay:

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Kuala

Show All