Pakej Umrah Berbulan Madu

Pakej Umrah Berbulan Madu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pakej Umrah Berbulan Madu, Travel Agency, No. 8, Jalan T. S. J. 9, Taman Sri Jelok, Kuala.

Berjumpalah dengan bakal mutawwif/mutawwifah terlebih dahulu sebelum membuat pilihan pakej.Saya ingin mengambil kesempat...
05/03/2024

Berjumpalah dengan bakal mutawwif/mutawwifah terlebih dahulu sebelum membuat pilihan pakej.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memulakan perkongsian dengan satu situasi yang tiada kena-mengena dengan industri haji dan umrah. Namun, kesimpulan daripada situasi yang akan saya kongsikan ini amat signifikan dengan pemilihan pakej umrah yang sebahagian daripada anda dah letih membuat carian.

Pagi tadi (Selasa 5 Mac 2024) saya berjumpa seorang kenalan, seorang pesara tentera. Beza umur beliau 20 tahun lebih tua daripada saya.

Beliau mengadu menjadi mangsa scam atas talian melibatkan wang berjumlah ribuan ringgit dalam akaun bank.

Saya cuba selidik bagaimana beliau boleh diperdaya dengan sebegitu mudah, seolah-olah "dipukau". Saya cuba menjadi seorang pendengar yang baik.

Selepas selesai beliau meluahkan perasaan (itu pun saya pasti masih ada yang terbuku di hati beliau), kesimpulan yang saya buat hanya satu - Beliau obses nak dapatkan perkhidmatan/produk yang paling murah dan konon-kononnya paling berbaloi dalam pasaran.

Di sinilah jerat pertama sang scammer. Beliau punya beriya-iya nak jimat, tapi akhirnya duit dalam akaun bank habis disedut sang scammer yang rakus.
Situasi yang sama boleh berlaku dalam pemilihan pakej umrah. Nak murah punya pasal.

Menghampiri Ramadhan al-Mubarak, scammer semakin ligat memasang jerat. Puak-puak scammer ini tak pernah pikir soal halal-haram, waima dalam bab umrah di bulan suci sekalipun. Yang penting, mereka dapatkan habuan.

Saya dan rakan-rakan lain dalam industri umrah dari pelbagai syarikat dah penat mendengar lambakan kes penipuan pakej umrah saban tahun. Dah beratus kali kami ingatkan prospek. Namun kes penipuan pakej umrah masih terus berlaku. Puncanya sebab terpesona dengan harga rahmah yang tak masuk akal.

Sebahagian besar bakal jemaah hanya mengharapkan pakej umrah berstatus rahmah, tetapi Hujung-hujungnya berakhir dengan sumpah-seranah. Berbaloikah perjalanan ibadah kita jika itu kesudahannya?

Posting kali ini, saya dah "tak larat" nak taip quotation lengkap. Nak dapatkan quotation lengkap, berkenalanlah dengan dua orang mutawwifah ini (bagi yang tinggal di sekitar KL dan Lembah Klang). Jumpa mereka secara berdepan, tanya mereka betul-betul.

InsyaAllah kedua-dua mutawwifah kepercayaan saya ini takkan marah jika anda tak membeli pakej umrah daripada mereka! 🤭

WhatsApp Hjh. Rohaya Abd Mutalib & Hjh. Nordina, 017-6326227.

Sedikit klu, hotel di Dataran Masjid, Visa umrah, tarikh kerberangkatan pada 13 Syawal selepas Ramadhan ini, harga bermula dari RM9490 seorang.

Hotel di Istanbul bagi yang mengambil pakej Umrah & Ziarah Istanbul bersama kami.Gambar ini di rakam oleh seorang jemaah...
18/12/2018

Hotel di Istanbul bagi yang mengambil pakej Umrah & Ziarah Istanbul bersama kami.

Gambar ini di rakam oleh seorang jemaah kami pada 12 Disember 2018.

Penerbangan seterusnya pada tahun hadapan bertarikh 6 Mac 2019.

Bagi pasangan suami-isteri, harga all-in adalah RM18,780 (bilik kelamin).

Whatsapp admin di talian 016 764 9172 untuk keterangan lanjut.

09/12/2018

Address

No. 8, Jalan T. S. J. 9, Taman Sri Jelok
Kuala
43000

Telephone

60167649172

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pakej Umrah Berbulan Madu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category