Emma’s homestay /Guest house, Kuantan

Emma’s homestay /Guest house, Kuantan : Menyediakan penginapan sebuah banglo 3bilik dan 3 bilik air di Taman LKNP Bukit Setongkol
(23)

Alhamdulillah
08/09/2024

Alhamdulillah

😍Senarai Tempat Makan Best Sekitar Kuantan!😍Yang bercadang bercuti atau jalan2 sekitar Kuantan tu, sila save senarai ni ...
21/05/2023

😍Senarai Tempat Makan Best Sekitar Kuantan!😍

Yang bercadang bercuti atau jalan2 sekitar Kuantan tu, sila save senarai ni untuk rujukan bila dah rasa lapar tu.

SARAPAN

1- De' Aisyah -RnR Pandan Bypass (Nasi Kerabu Kemira)
2- Kari kambing -dalam kawasan Masjid Pandan
3- Nasi Kerabu Kemira -sebelah Petronas Tjg. Lumpur
4- Nasi Kerabu Mekla - Sg. isap
5- Roti Canai Sedap -depan Airport
6- Roti Canai Mat Hasib -depan Airport
7- Cafe Hujung Landasan -depan landasan TUDM (Nasi kerabu Kemira)
8- Nasi Dagang Ubai 2 - Tjg. Lumpur
9- Kedai Kopi Mie Merdeka - Nasi dagang,roti canai,nasi berlauk dll..semua sedap (hadapan Yayasan Pahang Tjg Lumpur
10- Roti Canai Mansor - Peramu, Tanjung Lumpur (opposite masjid)

MAKAN TENGAHARI

1- Mabiq 2 - Tjg Lumpur (Pais Patin dia power)
2- Mabiq (asal) - Masuk simpang Yayasan Pahang
3- Gobang - Tjg Lumpur (Patin)
4- Gelora Point - (lunch set Patin)
5- Warung Aja - Bukit Setongkol (Lauk banyak giler - buka weekdays sahaja)
6- Nasi Ayam Madu - Sg. Isap (nasi ayam memang the best, sambal n kicap free flow kalau dine in)
7- Nasi Vanggey - IM depan UIA dan Jln Teluk Sisek
8- Restoran Bombay - Jalan Besar (Nasi Beriani, Nasi Daun Pisang)
9- Akob Patin - banyak cawangan
10- Mee Calong Joe -Beserah (mee calong dan nasi kukus)
11- Restoran Saji Rahmat -IM 8
12- Jaman Tory - IM 2 (Patin, daging salai memang power)
13- Nasi Kukus MyMama - banyak cawangan
14- Nasi Kukus Juna - banyak cawangan
15- Nasi Kukus RZ - Tjg. Lumpur
17- Rojak Pak Lah - Taman Gelora (Rojak dan Nasi Ayam)
18- Gulai Kawah - Kuantan Bypass
19- Sedap weh - Kuantan Bypass (lauk pauk macam Mabiq)
20- Restoran Hijau - Simpang Tol Gambang (lauk-lauk kampung yang sedap)

MINUM PETANG

1- Paksu Maksu - sebelah Balai Polis Tjg Lumpur (celup tepung, sata, nasi campur, kuih muih)
2- Mokna - Tjg Lumpur (celup tepung, sata, nasi campur, kuih muih)
3- Selera D Pantaa - Pantai Kempadang (celup tepung, rojak)
4- Hafisah - Pantai Sepat (keropok lekor)
5- Mee Calong Dapo Arang - Kg. Pelindung Beserah (mee calong n rojak sedap)
6- Mee Calong Awang - Beserah (mee calong, pulut panggang)
7- Cendol Mustafa - Jalan Teluk Sisek (pelbagai cendol, rojak, mee goreng mamak)
8- Medan Selera Hasil Laut Tg Lumpur - (celup tepung)

MAKAN MALAM

1- Jaman Tory - IM2 (Char Kuey Teow, set patin, daginh salai, dll, my favourite Nasi Cis Terbakor)
2- Ana Ikan Bakar Petai - Tjg Lumpur (Ikan bakar petai, sotong celup tepung, sotong telur masin mabeles)
3- Mail Ikan Bakar - Tjg Lumpur (but my tekak prefer Ana hehe)
4- Sara Thai - Bandar dan Balok (cawangan Balok ada ikan bakar, sedap!)
5- Selera Rose - sebelah Petronas Tjg Lumpur (Ikan Siakap RM25 seekor, Burger Bakar Abang Burn)
6- Nik Tom Yam Kelapa- Tjg Lumpur (Tom Yam power)
7- Sinar Mesra - Jalan Gambang - (sebelah Petronas bt.11 )
8- Rossa D Western - Medan Warisan accross Giant (Western food , gravy dia yummy)
9- Aniq Steamboat - Medan Warisan
10- Angah Steamboat - Jln Kg.Tengah
11- Sate Zul - Jln Teluk Sisek (famous sate in Kuantan)
12- Wan Sate - Shoplot Near Hotel Sri Malaysia (sate sedap macam-macam lagi)

Santai-santai petang hingga malam

1- Burgerak - Jln Beserah (burgers, burritos etc)
2- Galeri Kraftangan - Pantai Cempaka (Nasi Lemak, Western food, Char Kuey Teow etc)
3- Jungle foodcourt - IM opposite KMC (macam-macam ada..nasi arab best!)

Sumber: MamaBun

👉 Hotel Sekitar Kuantan Murah: https://shope.ee/1Ai33Roeiu
👉 Telegram Cuti2 Travel: https://t.me/JelajahMaya

Perkongsian destinasi travel, makanan, dekorasi, lifestyle dan segalanya menarik sekitar alam maya.

Today buat major service cleaning untuk 5 aircond  unit luar dan dalam.  Buat ni supaya aircond blh berfungsi dengan bai...
18/05/2023

Today buat major service cleaning untuk 5 aircond unit luar dan dalam. Buat ni supaya aircond blh berfungsi dengan baik dan boleh tahan lama. Musim panas ni mmg nak sejuk kan. Moga tamu2 Emma’s Guest House selesa.

Salam Ramadan 1444H buat semua tamu2 Emma’s Guest House , semoga terus dirahmati dan diberkati Allah SWT selalu. Selamat...
23/03/2023

Salam Ramadan 1444H buat semua tamu2 Emma’s Guest House , semoga terus dirahmati dan diberkati Allah SWT selalu. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadan.

Bg tamu2 yg pernah menginap di Emma’s Guest House.  Trophies and magazines yg Tn/pn Tgk are from this fabulous community...
20/03/2023

Bg tamu2 yg pernah menginap di Emma’s Guest House. Trophies and magazines yg Tn/pn Tgk are from this fabulous community club. This is what toastmasters is all about. Blh join online. A positive and encouraging environment to improve our English public speaking and leadership skills. A continuous learning platform. Been a member almost 16 years now.

New place to visit in kuantan. Dlm 3km je dr Emma’s Guest House.
21/02/2023

New place to visit in kuantan. Dlm 3km je dr Emma’s Guest House.

Alhamdulillah tq kepada tamu2 yg  order kek lapis kak emma. Sebagai org Sarawak kek lapis mmg tak asing lg. Yg menginap ...
21/02/2023

Alhamdulillah tq kepada tamu2 yg order kek lapis kak emma. Sebagai org Sarawak kek lapis mmg tak asing lg. Yg menginap di Emma’s Guest House InsyaAllah ada complementary homebake premium kek lapis disediakan tgk atas kek yang ada. Ada masa off baking jgk bila telor susah dpt.

Kemudahan InsyaAllah akan sentiasa tip top Dgn penambahbaikan. Terbaru speed internet pun telah diupgrade dan ada unify TV selain Netflix Utk pilihan tamu2 bila santai2.

Yg ada di kuantan blh lah visit dan support local traders Bermula 20/1/2023- 29/1/2023.
20/01/2023

Yg ada di kuantan blh lah visit dan support local traders Bermula 20/1/2023- 29/1/2023.

Jom jln2 teluk chempedak..
09/12/2022

Jom jln2 teluk chempedak..

Alhamdulillah Utk bulan feb 2023: 4-5 Feb dan 24-25 Feb dah ada yg booking. Mana yg nak bercuti Ke kuantan atau nak gi k...
09/11/2022

Alhamdulillah Utk bulan feb 2023: 4-5 Feb dan 24-25 Feb dah ada yg booking. Mana yg nak bercuti Ke kuantan atau nak gi kenduri di kuantan blh book awal2 ye. Jom booking awal if nak duduk rumah yg selesa, luas dan bersih siap dgn semua kelengkapan. Bilik tidur aircond dan bilik air pun ada Water heater. Service pun tip top. Nak gather2 family buat BBQ pun best. Ruang luar Utk santai pun luas.

Whatsap https://wa.me/message/EDMCQ5YSP46DK1

Hati2 dgn scammers ye. Emma’s Guest House di kuantan managed by kak Emma je & guna only satu no Utk call or WhatsApp. Ut...
02/11/2022

Hati2 dgn scammers ye.

Emma’s Guest House di kuantan managed by kak Emma je & guna only satu no Utk call or WhatsApp. Utk booking whatsap https://wa.me/message/EDMCQ5YSP46DK1

Yang s**a makan boat noodle, blh try Kat Sara Thai boat noodle at jln Gambut: 3-4km je dr Emma’s Guest House. Dapat posi...
04/08/2022

Yang s**a makan boat noodle, blh try Kat Sara Thai boat noodle at jln Gambut: 3-4km je dr Emma’s Guest House. Dapat positive review dr tamu duk 4D3N minggu lepas: Tq En Azlan & family.

InsyaAllah kemudahan dan perkhidmatan terbaik disediakan Utk Tamu2 Emma’s Guest House. Terima kasih memilih EGH as your ...
27/07/2022

InsyaAllah kemudahan dan perkhidmatan terbaik disediakan Utk Tamu2 Emma’s Guest House. Terima kasih memilih EGH as your home away from home.

Bila jln Kat kuantan art street, blh lah singgah rooftop cafe ni to chill kejap sambil dgr music dgn view menara kuantan...
19/06/2022

Bila jln Kat kuantan art street, blh lah singgah rooftop cafe ni to chill kejap sambil dgr music dgn view menara kuantan.

Dlm 3-4km dari Emma’s Guest House.
12/06/2022

Dlm 3-4km dari Emma’s Guest House.

06/06/2022
02/06/2022

Assalamualaikum Utk makluman setakat pg ni 10:20 Emma’s Guest House Cuma available checkin 6/6 checkout 8/6 ye utk tempoh cuti sekolah ni. Whatsap kak Emma

Raya treat
13/05/2022

Raya treat

Ruang tamu kita uplifted sikit.
10/05/2022

Ruang tamu kita uplifted sikit.

Assalamualaikum semua. Ni antara pelamin yg cantik baru2 ni dipasang Kat Ruang tamu utama Emma’s Guest House bulan Feb-M...
27/03/2022

Assalamualaikum semua. Ni antara pelamin yg cantik baru2 ni dipasang Kat Ruang tamu utama Emma’s Guest House bulan Feb-March 2022 yg mengadakan majlis akad nikah sekali.
Tq jgk kepada my repeat customers yg memilih EGH. Booking Utk Hujung minggu mmg kena booking awal ye Kalau tak nak terlepas. InsyaAllah service dan kemudahan masih tiptop dan kek lapis premium homebake InsyaAllah masih disediakan. Bln Ramadhan kita sedia kurma dan pudding cocktail pulak. Selamat menyambut bulan Ramadhan AlMubarak yg bakal tiba mgu dpn. Mohon Maaf diatas sebarang kekurangan di Emma’s Guest House.

12/2/22 Tamu ari ni pasang 3 canopy dpn guesthouse tanpa ganggu kawasan jiran dan masih ada laluan Utk kereta lalu. Luas...
12/02/2022

12/2/22 Tamu ari ni pasang 3 canopy dpn guesthouse tanpa ganggu kawasan jiran dan masih ada laluan Utk kereta lalu. Luas kan? Maaf kepada tamu yg tanya nak menginap atau buat majlis Utk Tarikh weekends Feb & March sbb dah penuh. Weekdays InsyaAllah ada lg kosong.

Terima kasih kepada tamu2 Yang memilih Utk buat majlis nikah dan tunang di Emma’s Guest House baru2 ni Ikut SOP semasa d...
11/02/2022

Terima kasih kepada tamu2 Yang memilih Utk buat majlis nikah dan tunang di Emma’s Guest House baru2 ni Ikut SOP semasa dgn Ruang & jemputan berperingkat.

Alhamdulillah Terima kasih kepada tamu2 Emma’s Guest House Bln January dan tarikh2 akan dtg. Ada penambahan tempat santa...
28/01/2022

Alhamdulillah Terima kasih kepada tamu2 Emma’s Guest House Bln January dan tarikh2 akan dtg. Ada penambahan tempat santai2 minum ptg or mkn2 waktu mlm dgn adanya Ruang lepak baru di Emma’s Guest House. Baru siap dan masih Dlm proses decor. Tarikh weekends February & March dah fully booked. Alhamdulillah. Tarikh weekdays ada kosong lg. InsyaAllah services & kemudahan tip-top.
Booking awal ye. https://wa.me/message/EDMCQ5YSP46DK1

Sekiranya anda peminat Yong Tau Foo: boleh try Kat sini at Yong Tau Foo terbaik Kuantan at Jalan Tun Ismail  Sri Daganga...
07/01/2022

Sekiranya anda peminat Yong Tau Foo: boleh try Kat sini at Yong Tau Foo terbaik Kuantan at Jalan Tun Ismail Sri Dagangan kuantan.

Sediakan grocery beg Bila shopping di Pahang.
02/01/2022

Sediakan grocery beg Bila shopping di Pahang.

Selamat Tahun Baru 2022. Tqvm to tamu2 yg pernah menginap dan my repeat customers. InsyaAllah ada penambahbaikan lg Utk ...
02/01/2022

Selamat Tahun Baru 2022. Tqvm to tamu2 yg pernah menginap dan my repeat customers. InsyaAllah ada penambahbaikan lg Utk tahun 2022. Autogate dah pasang Senang keluar masuk especially masa hujan2 ni. Alhamdulillah Guesthouse tak kena banjir dan dpt bantu family yg jadi mangsa banjir. Portable kid’s pool dah ada & disediakan atas permintaan with small fee. Yg nak buat majlis kecil kita bincang dulu Utk memudahkan urusan kita ye.

Setting pelamin pengantin ari ni. So sweet.
18/12/2021

Setting pelamin pengantin ari ni. So sweet.

Address

No 9 Lorong Bukit Setongkol 73, Kuantan
Kuantan
25200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Emma’s homestay /Guest house, Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Emma’s homestay /Guest house, Kuantan:

Videos

Share


Other Vacation Home Rental in Kuantan

Show All