30/12/2022
𝗞𝗨𝗜𝗛 𝗔𝗞𝗢𝗞 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗔𝗠, 𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗛𝗜𝗧𝗔𝗠
Apa yang berasap asap tu dari jauh? Haa bukan orang bakar sampah ya. Ini ialah kedai Kuih Akok Mariam yang terletak di tepi jalan. Kalau nampak kereta banyak parking dan orang ramai beratur betul lah tu
Antara menu yang dijual disini ada 3 jenis
1. Kuih Akok
2. Kuih Bakar
3. Kuih Bingke Kelapa/Nyior
Akok sangat creamy dan tidak kedekut telur. Bingke Nyior p**a gebu dan tebal serta tidak kedekut kelapa.
Kesemua jenis kuih disini dimasak menggunakan cara tradisional. Memang harum bau kuihnya jika dibandingkan dengan cara moden. Ditambah p**a dengan bau asap daripada sabut kelapa mengembalikan nostalgia suasana di kampung kampung
🕛 Waktu Operasi : - Buka setiap hari (tutup jika stok telur tiada)
- 11.45am - sampai habis
📌 Landmark : Atas bukit jalan Batu Hitam (Google Maps - Gerai Kuih Akok Mariam)
Sila datang awal ya untuk elak kekecewaan!