Alhamdulillah, selesai sudah Kursus BKH 4.0 yang telah berlangsung pada 6-8 April yang lalu. First time join kursus luar dan Shida hanya gamble pergi Kuala Lumpur sorang-sorang. Naik bas - LRT - Rapid dan akhirnya sampai pun ke Bilik Seminar Kuala Lumpur dengan jayanya. Alhamdulillah. ^_^
Walaupun tak pernah jumpa Sales Team BKH face-to-face, dalam masa tiga hari kami semua dah bagai satu family besar.
Memperkenalkan ahli team Shida; Mami Aisyah, Aminah, Fitrah, Kak Ros, dan Husain.. yang lain masih ramai tapi yang ni je yang betul-betul free untuk join kursus.
Ini Teha dari Maran, comel macam ‘Kakak’ kenalan Shida dari Tunas Usahawan Belia Bumiputera, iras sangat muka diorang.. Nak tengok muka kakak? Ni ha, sama tak?? huhu...
Gaya Shida sama je dalam dua gambar tu okey! Hahaha
Sambung balik cerita tadi. Asalnya plan nak jumpa di Pekeliling dengan Teha, tapi ya ampun memang jenuh la kalau Teha tunggu Shida, 1 jam setengah kemudian baru Shida sampai. So awal-awal Shida decide kami bergerak sendiri-sendiri. Sampai je TBS rasa rindu sangat nak naik LRT. Tapi kenangan sedih pun ada kat sana, sebab masa ayah meninggal, Shida still di TBS menuju ke Bangi.. kadang-kadang moment tu datang balik. ermm..
Sebenarnya Shida tahu info Setapak Mall paling dekat berhenti di LRT Wangsamaju. So, Shida pun tukar ke LRT Star di Masjid Jamek. Sampai sahaja di LRT Wangsamaju, perut p**ak berbunyi lagu keroncong, haha.. alang-alang tak tahu nak naik kenderaan apa ke destinasi, kita beli waffle coklat + butter sambil tanya akak waffle tu Bas apa nak naik. Bas 250. Alright, Thank you akak, with luv!
Turun je dari bridge, terus naik bas..
“Encik, nanti kalau sampai di Setapak mall boleh inform tak? Saya tak tahu jalan sini.”
Driver bas angguk je dan terus sambung tengok phone dia.
Haish, tak boleh harapkan orang, Shida pun on Google Maps! Haha.. memang menyimpang banyak la jalan yang Google Maps suggest dengan laluan Bas Rapid. Ramai jugak student Chinese di TAR College yang menaiki bas ya. Setelah beberapa minit barulah nampak senibina bangunan Setapak Mall yang dulu dikenali sebagai Festival City. Haish, rindu datang lagi. Kenangan bersama Geng “Kronie Ain” p**a menjengah. Kawan-kawan Perdana Leader Fellowship 2012/2013 yang banyak mengajar Shida mengenal Kuala Lumpur dan menjadi lebih matang bersama mereka. Rindunyaa.. apa khabar la Mak Kak Ju, Semoga mak cik cepat sembuh dari stroke. Shida rindu mak cik.
“Adik, kalau nak ke Setapak Mall, berhenti sini ke?”
“Ya.” sambil mengangguk amoi itu menjawab.
Turun sahaja dari bas, Shida follow je penumpang bas yang lain melintas dalam keadaan terpinga-pinga jugak. Mana la nak cari Bilik Seminar Kuala Lumpur ni? Jalan punya jalan, jumpa Bus Stand. Kita rehat dulu sambil makan waffle dan menikmati langit Kuala Lumpur dan bunyi kenderaan yang lalu lalang. =) Sambil-sambil makan, tangan ligat mencari nombor Kak Aisyah. Katanya dalam panggilan tadi, Bilik Seminar tu betul-betul belakang Setapak Mall. Hmm, clueless mana depan, mana belakang mall, hahaha..
Alhamdulillah, sambil menghirup udara kota dan menghabiskan separuh waffle tu, terlihatlah shida bangunan berwarna kuning di hujung kanan seberang jalan seperti yang dipamerkan dalam group Whatsapp. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Shida.
Makanya bermulalah perjalanan kursus setelah mendaki 4 tingkat anak tangga. =D Fuhh, penat hokey.. termengah-mengah nak sampai atas. Dah masuk group baru tau ada lift. Uwaaa... dah la bawak beg pakaian sekali.. takpela, niat exercise.. kikiki...
Nak dipendekkan cerita, sepanjang kursus, Shida sebilik dengan Kak Ros dari Sarawak, Abidah dari Kedah, Dalila dari Johor, Wawa dari Subang walaupun asal Kelantan, huhu, dan Una adik boss pun join sekaki dari Putrajaya-Mek Kelate jugok sama dengan Wawa, ngee. Tak yah nak bilik sangatla, kitorang share satu homestay, huhu.. Nampak tak kami datang dari serata Malaysia. Alhamdulillah semoga ukhuwah ini kuat. Office team plak yang satu homestay katanya ada junior UMK Shida, Eiqa namanya tapi tak sempat berbual. Yelah, malam pertama masing-masing tidur awal, hari kedua semua pakat ke Danau Kota, tak sempat nak borak, huhu..
Hari pertama lebih kepada kerohanian dan ice breaking, malam dah start kelas. So tumpuan penuh diberikan. Hari kedua selepas pekena nasi lemak, joget pingu dan berbarabarabara-berebere la kitorang dalam kelas supaya tak mengantuk. Hahaha.. Banyak ilmu marketing yang dicurahkan oleh boss Afiq dan pengisian Trip Korea oleh Cik Atiqah, tour leader Korea Trip kami. Semoga bermanfaat buat semua yang hadir.
Sekian catitan Shida ComeL ^_^
Assalamualaikum.