Juara Travel & Tours Kuantan - Original

Juara Travel & Tours Kuantan - Original Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Juara Travel & Tours Kuantan - Original, B-6, 1st FLOOR, LORONG PANDAN DAMAI 2/201, 25150, KUANTAN, Kuantan.
(4)

KEPAKARAN KAMI MENGURUSKAN PERJALANAN UMRAH KELUARGA ANDA SATU PERJALANAN IBADAH YANG TERBAIK
JUARA Travel merupakan agensi pelancongan yang berpengalaman selama 21 tahun menguruskan lebih 60,000 jemaah umrah dengan lebih 120 mutawwif berpengalaman.

27/03/2024
SIFAT YANG MULIA DISISI ๐Ÿ˜Š"TIADA MAAF BAGIMU"Nampak macam ringkas saja sebutannya tetapi ia sudah cukup mencengkam sanuba...
31/05/2021

SIFAT YANG MULIA DISISI ๐Ÿ˜Š

"TIADA MAAF BAGIMU"

Nampak macam ringkas saja sebutannya tetapi ia sudah cukup mencengkam sanubari bagi sesiapa yang menantikan balasan kata-kata pemberian maaf selepas membuat permohonan maaf tersebut. Andai kata,ayat itu terdetik dalam hati, pastinya golongan berkenaan terlupa bahawa tiada manusia di dunia yang tidak berbuat kesalahan. Sudah tentu ada kekhilafan di mana-mana.Usah berdendam dengan orang yang buat salah kita.

Kita akui bukan mudah untuk memaafkan seseorang. Ia tidak semudah mengungkapnya hanya pada bibir tetapi keikhlasan dalam hati itu untuk memaafkan amat payah, Namun, perlu lahir dari lubuk hati yang paling dalam. Situasi macam kita p**a apabila kita buat dosa, kita nak sangat Allah maafkan kita ,tapi bila orang buat salah sikit dengan kita. Susah betul kita nak maafkan dia. Jadi didiklah hati kita untuk memaafkan. InshaAllah.โ€™Hati Tenangโ€™.
Ketahuilah bahawa apabila memaafkan orang lain, ia bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang tetapi Allah turut akan menurunkan ketenangan itu kepada kita. Bahkan, Allah juga begitu memuliakan dan meninggikan darjat mereka yang memaafkan orang lain.
Mari kita mengingati kembali kisah Nabi Yusuf AS yang mana baginda telah dibuang ke dalam sebuah telaga buta ketika masih kecil. Perbuatan itu dilakukan oleh adik-beradiknya akibat rasa cemburu mereeka terhadao baginda AS.
Apabila Nabi Yusuf sudah menjadi oang yang berkuasa di Mesir, baginda AS tidak berdendam. Malah, baginda memaafkan adik-beradiknya. Sifat pemaaf juga telah ditujukkan Nabi Muhammad SAW ketika peristiwa pembukaan Kota Mekah. Namun baginda telah memaafkan Makkah yang pernah menghalau baginda sebelum ini.
Peristiwa begini dapat digambarkan sifat pemaaf adalah amalan yang mulia sedangkan Allah pun Maha Pengampun dan Pengasih. Kita sebagai manusia dan hamba kepada Allah sepatutnya kita mesti memaafkan kesalahan mereka.
Allah telah berfirman dalam Al-Quran: โ€œ Jadilah pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil.(Surah al-Aโ€™raf, ayat 199).

Mungkin kita sukar melupakan kesalahan mereka kepada kita sebab itu fitrah manusia jadi tidak mengapa perlahan-perlahan belajar memaafkan orang lain kerana banyak kelebihan apabila kita memaafkan mereka.Tetapi ingatlah bahawa melupakan itu bukan kerja kita.Itu adalah kerja Allah swt. ALLAH TIDAK MENYURUH KITA MELUPAKAN, TETAPI MEMAAFKAN.
Sekalipun individu berkenaan tidak menzalimi atau berbuat kesalahan dengan kita, mohon maaflah kepada orang tersebut .Kata- kata daripada Abdullah bin Abbas: โ€œKamu akan berjaya di atas titian sirat kerana Allah memafkan kita.โ€

Dunia kita pada hari ini sangat menuntut orang yang boleh memaafkan kesalahan orang lain, bertolak ansur dan berlapang dada dengan kelemahan orang.Itulah antara kesempurnaan apabila kita bahagia. Mudah-mudahan dengan sebab kita memaafkan orang akan menyebabkan orang memaafkan kita.










Amalkan doa setiap pagi๐Ÿ˜Š
29/05/2021

Amalkan doa setiap pagi๐Ÿ˜Š










Bukanlah rezeki yang sempit tapi sedekah yang sedikit. ๐Ÿ˜Œ
28/05/2021

Bukanlah rezeki yang sempit tapi sedekah yang sedikit. ๐Ÿ˜Œ










Meninggalkan ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung...
23/05/2021

Meninggalkan ibadat atau amal soleh yang pernah dilakukan menunjukkan seseorang tidak prihatin kepada ibadat dan jantung hatinya terganggu daripada mengingati Allah SWT. ๐Ÿฅฐ

-----------------------------------------------------------------------------

๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------









Jangan mulai hari ini dengan goresan luka hari kelmarin. Tapi, mulailah dengan keceriaan dan semangat. ๐Ÿ˜Š
23/05/2021

Jangan mulai hari ini dengan goresan luka hari kelmarin. Tapi, mulailah dengan keceriaan dan semangat. ๐Ÿ˜Š










Syarak membolehkan seseorang yang hendak menggosok mulut menggunakan kayu sugi, jari tangan dan apa-apa sahaja alat yang...
22/05/2021

Syarak membolehkan seseorang yang hendak menggosok mulut menggunakan kayu sugi, jari tangan dan apa-apa sahaja alat yang tidak najis dan berbahaya. ๐Ÿ˜Š

-----------------------------------------------------------------------------

๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------









Pagi selalu mengajarkan kita banyak harapan di setiap langkah kehidupan. ๐Ÿ˜Š
22/05/2021

Pagi selalu mengajarkan kita banyak harapan di setiap langkah kehidupan. ๐Ÿ˜Š










๐Ÿ•ฏ๏ธGuru pelita hidup. Membentuk kita anak bangsa. ๐Ÿ•ฏ๏ธGuru pembekal. Menyebarkan ilmu buat kita di dunia hingga ke akhirat....
16/05/2021

๐Ÿ•ฏ๏ธGuru pelita hidup. Membentuk kita anak bangsa.

๐Ÿ•ฏ๏ธGuru pembekal. Menyebarkan ilmu buat kita di dunia hingga ke akhirat.

๐Ÿ•ฏ๏ธGuru sahabat, ibu dan bapa. Membimbing kita di jalan yang benar. ๐Ÿ•ฏ

๐Ÿ•ฏ๏ธTanpa guru, siapalah kita hari ini.

Jasa dan pengorbanan guru amat dihargai dan sentiasa dikenang. โค๏ธ

Kepada guru, ustaz, pensyarah dan seluruh warga pendidik.โœจ

Semoga saudara-saudari semua dirahmati.โœจ

Terima kasih, terima kasih atas segalanya. ๐Ÿฅฐ

'Berguru demi ilmu,
Bina generasi baharu.'

Selamat Hari Guru 2021 ๐Ÿ‘ฉ๐Ÿปโ€๐Ÿซ๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐Ÿซ





Awali harimu dengan rasa syukur agar kita selalu rasa bahagia. ๐Ÿ˜Š
13/05/2021

Awali harimu dengan rasa syukur agar kita selalu rasa bahagia. ๐Ÿ˜Š










Moga hari ini dipermudahkan oleh Allah. ๐Ÿ˜Š
12/05/2021

Moga hari ini dipermudahkan oleh Allah. ๐Ÿ˜Š










Berinfaqlah walaupun kita dalam keadaan sempit ๐Ÿฅฐ
11/05/2021

Berinfaqlah walaupun kita dalam keadaan sempit ๐Ÿฅฐ










Lihatlah dunia ini dengan mata kasar, gambarkan keindahan syurga dgn mata hati ๐Ÿฅฐโœจ"Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku...
06/05/2021

Lihatlah dunia ini dengan mata kasar, gambarkan keindahan syurga dgn mata hati ๐Ÿฅฐโœจ

"Aku menyediakan syurga kepada hamba-Ku yang soleh. Sesungguhnya suatu pemandangan yang tidak pernah terpandang oleh pandangan mata dan telinga ini tidak pernah mendengar betapa indahnya syurga itu. Hati kita tidak pernah terdetik seindah ini syurga Allah." (Hadis Qudsi)
Hadis yang cukup cantik ini disebut oleh Allah melalui Rasulullah SAW bahawa syurga ialahโ€ฆ

โœจ โ€˜La Ainun Raaโ€™atโ€™; iaitu mata tidak pernah melihatnya. Sejauh mana kita berjalan di muka bumi ini untuk menikmati pemandangan yang indah, tak tertanding indahnya lagi syurga ciptaan Allah. Agak-agak setara manakah hebatnya syurga ini? Tidak dapat diucapkan kerana mata tidak pernah melihatnya.

โœจ โ€˜La Uzunun Samiโ€™atโ€™; tidak pernah telinga mendengarnya. Kita selalu mendengar nyanyian atau nasyid di radio, lantas terpesona dengan kemerduan suara penyanyi itu. Saat mendengar qari membaca Al-Quran, pasti kita terpegun dengan kelunakan suara qari berkenaan. Tapi, tidak di syurga. Kelunakan dan kemerduan di dalam syurga jauh lebih hebat lagi. Setara mana hebatnya suara itu? Tidak dapat digambarkan kerana telinga tidak pernah mendengarnya.

โœจ โ€˜La Khotoro โ€˜ala Qalbi basharโ€™ ; hati tidak pernah terdetik tentangnya. Walaupun kita cuba menggambarkan keindahan syurga, sama ada binaannya, sungainya, makanannya dan segalanya hanya sekadar gambaran. Hakikat sebenar syurga itu jauh lebih hebat lagi. Sungguh tak dapat diceritakan kerana apa-apa yang terdetik atau tergambar dek hati itu semuanya tidak sama.

Kita boleh bercerita tentang khemah-khemah dan istana-istana di dalam syurga. Tentang sungai โ€“ sungai yang indah mengalir, pepohon yang merimbun di dalam syurga, buah-buahan yang sedap, bunyi kicauan burung yang indah di dalam syurga. Namun, semua yang ada di dalam syurga tidak ada yang menyerupainya di dunia ini. Hanya namanya sahaja sama tapi zatnya sangatlah berbeza.

-----------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2

๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab

๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------










Menghubungkan silaturahim adalah salah satu cara yang membolehkan seseorang itu masuk syurga. ๐Ÿ˜Š-------------------------...
06/05/2021

Menghubungkan silaturahim adalah salah satu cara yang membolehkan seseorang itu masuk syurga. ๐Ÿ˜Š

-----------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2

๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab

๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------










Selamat pagi โ˜บ๏ธ
24/04/2021

Selamat pagi โ˜บ๏ธ










Bersemangatlah pagi ini, jangan peduli kegagalan hari kelmarin.Masih banyak kesempatan yang menunggu di depan sana. โ˜บ๏ธ  ...
22/04/2021

Bersemangatlah pagi ini, jangan peduli kegagalan hari kelmarin.
Masih banyak kesempatan yang menunggu di depan sana. โ˜บ๏ธ










ANGKARA LIDAHPastinya kita biasa dengar nasihat jemaah, setiap apa yang kita ucapkan di Masjidil Haram adalah doa. Oleh ...
17/04/2021

ANGKARA LIDAH

Pastinya kita biasa dengar nasihat jemaah, setiap apa yang kita ucapkan di Masjidil Haram adalah doa. Oleh itu, jangan sekali-kali bercakap tidak tahu hujung pangkal. Silap-silap, apa yang diucapkan menjadi kenyataan.
Sepanjang menguruskan Jemaah umrah kami telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik untuk dijadikan iktibar dan panduan bersama.

KISAH 1;NASI ARAB
Terdengar perbualan suami isteri, lepas habis umrah nanti kita makan nasi Arab yerr, teringin betul untuk menjamah nasi arab di Mekah ni tambahan lepas melakukan umrah memang terasa laparnya..
Si Suami menjawab tak perlulah membazir sebab di hotel kan dah disediakan makan, terlihat raut wajah isteri yang sedikit kecewa dengan jawapan suami.

Namun bila sampai di hotel kami di kawasan Ajyad itu, bau nasi arab ni dah menusuk hidung, rupanya makan malam kami malam itu menunya Lamb Mandy.
Dihujung dewan makan ini ternampak suami isteri tadi tengah menjamu makan dengan selera dan bahagianya, lepas kempunan isteri jimat duit suami.
Apa yang dihajati Allah penuhi.

KISAH 2; SELIPAR

Dialami sendiri oleh penulis, semasa memasuki masjidil Haram melalui pintu 1 tiba-tiba terdetik di dalam hati untuk tidak letak selipar di rak yang sepatutnya bimbang lupa atau di ambil orang tambahan selipar baru di beli harganya pon boleh tahan mahal, sayang jika hilang.
Lalu selipar tersebut di letak dalam plastic dan diikat di beg yang dibawa. Jemaah pada masa itu tidaklah ramai memandangkan jam baru menunjukkan pukul 9.30pagi. Waktu ini kami panggil waktu tidur kerana kebanyakkan Jemaah yang iktikaf malam di masjid sehingga Subuh akan tidur selepas waktu Subuh dan Dhuha.

Seusai solat sunat dan tawaf sunat semasa menuju kepintu masjid untuk p**ang ke hotel, barulah penulis tersedar selipar yang digantung dibeg tadi sudah tercicir atau di ambil orang pun tidak pasti. Termenung seketika kerana penulis yakin bahawa plastik tadi memang diikat ketat tak mungkin boleh tercicir atau di ambil orang kerana bag sentiasa disandang.

Itulah teguran dariNya bahawa segalanya milik Allah swt, jika ia memberi bersyukurlah dan yang pasti nikmat itu bila-bila masa boleh ditarik olehNYA.

Asal perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan kata iman dan aman. Perkataan Mukmin berert...
17/04/2021

Asal perkataan amanah dalam bahasa Arab mempunyai akar kata yang sama dengan kata iman dan aman. Perkataan Mukmin bererti orang yang beriman iaitu yang mendatangkan keamanan, juga yang memberi dan menerima amanah. Justeru, jika seseorang itu tiada sifat amanah seumpama tiada iman dalam dirinya.

Mulakaan pagi anda dengan doa pagi . โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ
17/04/2021

Mulakaan pagi anda dengan doa pagi . โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ










Umrah Fasa 3 yang bermula pada 1 NOV 2020, dimana kerajaan Saudi telah membenarkan umat Islam di seluruh dunia mengerjak...
16/04/2021

Umrah Fasa 3 yang bermula pada 1 NOV 2020, dimana kerajaan Saudi telah membenarkan umat Islam di seluruh dunia mengerjakan umrah.

Tetapi sudah pasti umrah semasa pandemik ini akan ada SOP, peraturan-peraturan terkini yang perlu dipatuhi dan dipenuhi.

Di sini kami berkongsi serba sedikit info untuk umrah semasa pandemik Covid19;

1. Had umur yang dibenarkan adalah dari 18 hingga 50 tahun sahaja. Terkini, had umur bermula 18-70 tahun.
2. Setibanya di Mekah perlu jalani kuarantin 3 hari di bilik penginapan.
3. Memiliki sijil ujian kesihatan PCR yang menyatakan mereka bebas Covid.
4. Mendaftar aplikasi Eatmarna untuk tujuan umrah dan solat di Masjid.
5. Terdapat dua (2) jenis aplikasi iaitu Tawakkalna (Covid-19 KSA) dan Eatmarna.
6. Syarikat umrah perlu kemaskini maklumat tepat jemaah umrah 36jam sebelum jemaah tiba seperti maklumat penerbangan dan tarikh lahir.
7. Kump**an dibahagikan kepada 50 orang minimum setiap kump**an.
8. Syarikat Umrah perlu melantik seorang ketua untuk mengawal pergerakan jemaah.
Diharapkan Fasa 4 yang bakal bermula tidak lama lagi dengan kebenaran kapasiti penuh Masjidil Haram akan tercapai dan kita semua diberi peluang menjadi tetamuNya nanti.
Jom rancang umrah anda dengan kami.
Hubungi kami jika anda merancang menjadi tetamu Allah pada 1443H/2021 (23 Ogos -23 Dis 2021)
http://pakejumrah.com.my/zero-deposit

Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung d...
16/04/2021

Jadikanlah diri kita seorang yang kaya hati iaitu dengan akhlak terpuji dalam setiap perlakuan sama ada yang berhubung dengan Allah SWT, sesama manusia dan makhluk yang lain.

Saya doakan yang baca hadis ni dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki sentiasa. โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ
16/04/2021

Saya doakan yang baca hadis ni dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki sentiasa. โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ










โœจ๐ŸŒˆ SYURGA GANJARAN TERINDAHโœจ๐ŸŒˆSUBURKAN RASA TAMAK TERHADAP NIKMAT-NIKMAT YANG BELUM PERNAH DILIHAT OLEH MATA, DIDENGAR OL...
15/04/2021

โœจ๐ŸŒˆ SYURGA GANJARAN TERINDAHโœจ๐ŸŒˆ

SUBURKAN RASA TAMAK TERHADAP NIKMAT-NIKMAT YANG BELUM PERNAH DILIHAT OLEH MATA, DIDENGAR OLEH TELINGA DAN TERLINTAS DALAM HATI MANUSIA. โค๏ธ

CIRI-CIRI AHLI SYURGA โฌ‡๏ธ
1. Mampu kawal hawa nafsu
2. Sentiasa Tawaduk iaitu merendah diri,tidak merasa hebat
3. S**a melakukan kebaikan
4. Bersifat dermawan
5. Pemimpin yang adil

-----------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2

๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab

๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------










Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah ketua atau pemimpinnya sekalipun perintah tersebut berlawa...
15/04/2021

Setiap Muslim dituntut untuk bersabar dalam mentaati perintah ketua atau pemimpinnya sekalipun perintah tersebut berlawanan dengan kehendaknya yang menjurus ke arah kebaikan. Tetapi, jika perintah tersebut ke arah kebatilan maka tidaklah wajib mentaatinya.

Mulakan pagi dengan senyuman . โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ
15/04/2021

Mulakan pagi dengan senyuman . โ˜บ๏ธ๐Ÿฅฐ










Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat...
14/04/2021

Islam adalah agama yang mementingkan ikatan persaudaraan. Walaupun tiada pertalian darah, hubungan persaudaraan itu amat kuat apabila diikat dengan ikatan agama (Islam). Oleh itu, Islam melarang keras perbuatan menzalimi atau menganiayai Muslim yang lain dan membiarkan Muslim yang lain dizalimi. ๐Ÿ˜Š

-----------------------------------------------------------------------------
๐Ÿ“ž Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan ๐Ÿ˜๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

๐Ÿ“Œ Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2

๐Ÿ“Œ Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab

๐Ÿ“Œ Jshop : https://jshop.my/
๐Ÿ“Œ Website : www.juaratravel.com.my

-----------------------------------------------------------------------------------










Pagi hari selalu mengajarkan kita bahawa ada harapan di setiap langkah kehidupan. ๐Ÿ˜Š
14/04/2021

Pagi hari selalu mengajarkan kita bahawa ada harapan di setiap langkah kehidupan. ๐Ÿ˜Š










DOA SENJATA MUKMIN  Dari kecil lagi kita diajar untuk berdoa dalam semua urusan kehidupan. Tujuan kita berdoa adalah unt...
31/03/2021

DOA SENJATA MUKMIN
Dari kecil lagi kita diajar untuk berdoa dalam semua urusan kehidupan. Tujuan kita berdoa adalah untuk meminta pertolongan, perlindungan daripada Allah SWT bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara.
Yakinlah, setiap doa kita didengari oleh Yang Maha Mendengar. Dia pasti mengabulkan permintaan hamba-Nya sama ada cepat atau lambat.
Sebagai seorang hamba, bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Mengabulkan.


Address

B-6, 1st FLOOR, LORONG PANDAN DAMAI 2/201, 25150, KUANTAN
Kuantan
26070

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juara Travel & Tours Kuantan - Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Juara Travel & Tours Kuantan - Original:

Videos

Share



You may also like