ZIKIR HAPUSKAN DOSA
Manusia pasti tidak lari dari membuat dosa kan, begitu juga dengan kita. jom amalkan zikir ini untuk menghapuskan dosa walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. semoga memberi manfaat kepada saya dan anda. 😇
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
DOA DALAM KESULITAN
𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗼𝗮 𝘀𝗲𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿. 𝗞𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗲𝗺𝗽𝘂𝗿𝗻𝗮. 𝗦𝗲𝗺𝗼𝗴𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮.
𝗸𝗿𝗲𝗱𝗶𝘁 𝘁𝗼 : 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗶𝗵𝗿𝗲𝗱𝗵𝗮
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
DOA KETIKA DALAM KESULITAN
Doa ketika ditimpa musibah / kesulitan / bencana atau sebagainya. amalkan doa ini sebelum baca doa lain. InshaaAllah dipermudahkan urusan..
Diriwayatkan dalam sahihain (kitab sahih bukhari dan Muslim) bahawa baginda rasulullah apabila ditimpa bala musibah akan membaca doa berikut,
"tiada tuhan yag berhak disembah selain Allah yang maha Agung lagi Lemah-lembut, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan pemilik Arsy yang agung, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan pemilik langit dan bumi dan pemilik Arsy yang mulia."
kredit kepada : dailuqman
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
MUDAH MASUK SYURGA BAGI WANITA DENGAN 4 PERKARA
4 PERKARA PERLU ADA UNTUK WANITA MASUK SYURGA DARI MANA PINTU SAJA??
Umum mengetahui syurga bukan untuk orang-orang sembarangan, syurga adalah ganjaran bagi hamba-hamba Allah yang selama hidupnya beriman dan bertakwa di mana larangan Allah dijauhi dan segala perintah-Nya dipatuhi.Tapi kita sebagai wanita pasti mahu hidup pengakhiran yang baik iaitu syurga yang kekal abadi.
Sabda Rasulullah s.a.w bersabda: “ Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan solat lima waktu, puasa bulan ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintu mana yang ia suka” (mengikut pilihannya).”
Berdasarkan hadis tersebut jelaslah kepada kita bahawa Allah s.w.t Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang telah memberi peluang keemasan kepada setiap wanita yang beriman bahawa untuk memasuki Syurga-Nya yang penuh kenikmatan adalah melalui empat syaratnya.Sedangkan seorang lelaki yang beriman ia kena melalui banyak halangan dan dugaan dan melaksanakan beberapa tanggungjawab kepada Allah s.w.t terlebih dahulu barulah ia layak memasuki Syurga Allah melainkan para syuhada yang syahid di jalan Allah.
Suatu Ketika Ummu Salamah Radhiyallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasullah S.A.W mengenai mana yang lebih utama antara wanita dunia dengan bidadari syurga, ‘Ya Rasulullah , beritakanlah kepada kami mana yang lebih utama di syurga, wanita di dunia ataukah wanita di syurga? Lalu Rasulullah S.A.W menerangkan “ bahawa perempuan di dunia ketika di syurga akan lebih utama dari bidadari syurga kerana solat, puasa dan ibadah yang dilakukannya”
Untungnya insan yang bergelar wanita kerana mereka boleh pilih mana-mana pintu syurga jika mereka jaga dan melakukan empat perkara
1- Solat 5 waktu
2- Berpuasa pada bulan ramadan
3- Taat kepada suami
4- Menjaga kehormatan diri
Secantik-cantiknya bidadari di syurga, tetaplah lebih cantik para wanita solehah yang selama di dunia hidup dengan amal soleh, melakukan ketaa
KEKUATAN HATI
SEGALA AMAL KITA DAH BUAT TAPI HATI MASIH LAGI TAK TENANG. MUHASABAH DIRI KEMBALI APA YANG KITA BUAT SELAMA INI ALLAH PERNAH REDHA ATAU TAK❓
Pernah tak dalam seharian hidup kita, kita rasa ada yang tak kena.
Walaupun dah solat, dah baca Quran, dah buat segala jenis amal seperti biasa...
Tapi masih rasa hati tak tenang 😟 Hati masih ada sesuatu yang mengganggu. 😟
Kalau perkara macam ini terjadi,
Biasanya apa yang kita buat❓
Semestinya kita akan cari semula apa kesalahan dan dosa yang telah kita buat.
Nak katanya, perasaan resah, kosong jiwa dan hati tak tenteram itu pun adalah satu ‘hadiah’ daripada Allah untuk manusia seperti kita yang lupa ADA DOSA.
Bila timbul perasaan macam tadi,barulah kita rasa nak perbetulkan kesalahan kita. Baru rasa nak bertaubat supaya dosa terhapus. Sebab apa❓ Sebab kita nak HATI YANG TENANG itu kan❓
Jadinya tak perlu tunggu datangnya perasaan jiwa kosong,
hati tak tenteram semua itu untuk timbulkan kesedaran bahawa kita perlu berasa insaf.
Sebaliknya, hadirkan perasaan insaf itu sentiasa dalam kehidupan kita.
Agar hati kita sentiasa terpaut ingin selalu kembali pada Dia. 😊
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
NIAT YANG TERTANGGUH MENJADI TETAMU ALLAH
NIAT YANG TERTANGGUH MENJADI TETAMU ALLAH
Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama kita. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.
Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah Saw. bersabda: “ Tetamu Allah ada tiga: Orang yang menunaikan haji, orang yang menunaikan umrah dan orang yang berperang.”)HR al-Nasai, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban).
Tambah mungkin dalam situasi sekarang ada yang menghadapi masalah kewangan, peribadi dalam kehidupan dan lain-lain.Tapi rezeki ke Tanah Suci ini akan datang tanpa diduga mana nak tahu dalam keadaan kita tidak bersedia Allah jemput kita ke sana. Sebagai contoh majikan beri hadiah menunaikan umrah kepada kita atas asbab prestasi pekerjaan kita. Itu kan rezeki juga untuk kita walaupun dah lama kita berniat untuk menunaikan umrah tapi sebab kewangan yang tidak mencukupi niat kita jadi tertangguh.
Jadi yakinlah rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara apabila rezeki seruan untuk menjadi tetamu Allah di Tanah Suci sama ada mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana InsyaAllah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar.
Perbaiki diri, luruskan dan teguhkan niat seikhlas hati untuk menjadi tetamu Allah. Jika semuanya kerana Allah, kita tidak akan rasa kecewa walaupun sesuatu perkara tidak menyelebahi kita dan bertawakal kepada Allah. Moga Allah pilih kita untuk menjadi tetamu-Nya satu hari nanti.
*Jangan lupa share dan tag rakan yang mahu menunaikan umrah bersama anda dan sharekan gambar jika anda pernah umrah bersama Juara Travel*
-----------------------------------------------------------------------------
📞 Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan 😁👇🏼
📌 Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/6
PERBEZAAN HAJI & UMRAH
IBADAH YANG WAJIB SEKALI SEUMUR HIDUP DAN SUNAT DIKERJAKAN BERULANG-KALI.
FAHAMI KONSEP DAN CARA PELAKSANAAN HAJI DAN UMRAH
Ibadah haji merupakan salah satu rukun Islam dan menjadi kewajipan kepada seluruh umat islam lelaki mahupun wanita bagi yang berkemampuan untuk melaksanakannya dan melaksanakannya dikira wajib hanya sekali seumur hidup jika dilakukan lebih dari itu dikira sunat.
وَلِلَّـهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.”
(Surah Ali-Imran: 97)
Manakala Umrah dari segi bahasa bermaksud ziarah dan dari segi istilah yang telah disepakati oleh kebanyakkan ulama ialah tawaf di baitullah, dan saei di antara safa dan marwah dengan berkain ihram. Tetapi sebahagian ulama berpendapat hukumnya wajib bagi orang yang belum melaksananya meskipun ia mampu untuk melaksanakanya.
Firman Allah swt.:
وَأَتِمُّوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ لِلَّهِ
Maksudnya: “Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah.”
(Surah al-Baqarah: 196)
Dan ini adalah pendapat sahih menurut mazhab syafie. Para ulama yang lain seperti imam malik dan Imam Abu Hanifah pula mengatakan bahawa ibadah umrah itu hukumnya sunat mua’akad bagi umrah yang pertamanya.
Semoga dengan sedikit penjelasan dari kami berkenaan haji dan umrah dapat menambah ilmu pengetahuan kepada kita serta bakal-bakal jemaah dan Allah juga memilih kita menjadi tetamu-Nya. Semoga ilmu yang kita perolehi dapat diamalkan dengan sempurna dan amalan diterima oleh Allah swt dan Allah pilih kita
Jangan lupa like dan share
DOA ADALAH SENJATA ORANG MUKMIN
Doa adalah senjata orang mukmin
Rezeki bukanlah hanya terhad kepada wang ringgit sahaja, tetapi kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, dan bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya.
Selain rasa syukur, kita sebagai orang mukmin mempunyai senjata yang paling hebat iaitu DOA. InsyaAllah dengan amalan yang baik diiringi dengan doa pintu semoga pintu rezeki kita akan terbuka dengan lebih luas lagi. Jadi janganlah dipersiakan senjata yang hanya dimiliki oleh orang mukmin ini.
Jom kita sama-sama amalkan doa-doa dibawah ini.
DUNIA TEMPAT UJIAN
DUNIA TEMPAT UJIAN. 😁
Firman ALLAH SWT: “KAMI akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai ujian. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada KAMI.” (Surah al-Ankabut, ayat 35)
ALLAH SWT berfirman: “ALLAH yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapakah paling baik amalannya.” (Surah al-Mulk, ayat 2)
Yang demikian kita sedar bahawasanya dunia ini bukanlah tempat untuk kita berseronok atau bersenang lenang. Tetapi adalah sebagai ujian buat kita Mukmin. Setiap perkara yang kita lakukan ditimbang & setiap keputusan yang dibuat adalah tanggungan kita.
Syurga itu mahal harganya. Sedangkan kerata mewah pun kita berkerja keras, bertungkus lumus untuk mendapatkanya apatah lagi syurga. “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta.’” (Surah al-An-kabut, ayat 2-3)
Tetapi jangan kita lupa setiap ujian yang diberikan itu bersebab. PASTI ada hikmah disebaliknya cuma cepat atau lambat, mahu atau tidak untuk kita Nampak hikmah tersebut. Tidak mungkin orang beriman akan memperoleh pahala dan nikmat syurga tanpa sebarang ujian dan kesusahan. Cuma yang membezakan antara manusia adalah bentuk ujian yang diterima. Dan ingatlah Allah tidak akan memberi ujian diluar batasan kemampuan hambaNya. Ujian dapat mendekatkan diri seseorang Muslim kepada Allah SWT. Tidak ada tempat selayaknya diharapkan pertolongan selain dari Allah SWT.
Tanamkan dalam diri kita kepercayaan dan keyakinan bahawa ALLAH sangat-sangat menyintai hambaNya. Allah tidak sekali-kali bagi ujian kepada hambaNya tanpa sebab. Sama ada untuk meninggikan darjat kita atau menghapuskan dosa-dosa hambanya kesemuanya untuk keba
SOLAT DHUHA
Solat dhuha ini boleh dianggap sebagai salah satu cara untuk kita sebagai hambaNya berterima kasih kepada Allah SWT atas segala nikmat dan keberkatan hidup yang diberikanNya.
.
Bilakah waktu solat sunat dhuha?
Waktu solat sunat dhuha adalah 28 minit selepas waktu syuruk, iaitu sekiranya waktu syuruk adalah 7:32 pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8:00 pagi.
.
Berapa bilangan rakaat?
Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sebanyak 2, 4, 6 atau 8 rakaat dengan 1 salam setiap 2 rakaat.
.
Jom kita tengok video dibawah cara solat Dhuha.
AISHAH ISTERI RASULULLAH
‘Ummul Mukminin’ yang bermaksud ‘ibu kepada orang yang beriman’ adalah gelaran yang diberikan kepada Saidatina atau Siti Aisyah r.a, isteri Rasulullah SAW. Banyak sumbangan yang telah diberikan Siti Aisyah terhadap agama Islam.
Aisyah adalah seorang wanita berparas cantik berkulit putih, sebab itulah ia sering dipanggil dengan “Humaira”. Selain cantik, ia juga dikenal sebagai seorang wanita cerdas yang Allah SWT telah mempersiapkannya untuk menjadi pendamping Rasulullah SAW dalam mengembangkan amanah risalah yang akan menjadi penyejuk mata dan pelipur lara bagi diri beliau.
Moga, keperibadian isteri Rasulullah SAW menjadi panduan dan pengajaran yang boleh diambil iktibar oleh wanita hari ini.
Kredit video; Fikri Najmi
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
JAUHKAN HATI DARIPADA SIFAT MAZMUMAH
Assalamualaikum sahabat semua.
.
Pernah tak kita rasa tak tenang dalam hidup?
Kadang-kadang dalam sehari tu ada saja benda tak kena yang kita lalui?
.
Mungkin ada beberapa sifat seperti dalam video ini ada dalam diri kita yang membuatkan kita rasa tak tenang.
.
Jom muhasabah diri! Maafkan semua orang sebelum tidur.
.
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahbersamajuara
'INI 3 TEMPAT ISTIMEWA DI DALAM DAN LUAR MASJID NABAWI' 😁 .
Masjid Nabawi di Madinah ni ada banyak keistimewaan. Bukan di dalam masjid sahaja tau, dekat luar pun ada kelebihan! ✨
.
Jom tengok video kat bawah ni!
.
Jangan lupa LIKE, COMMENT dan SHARE untuk kebaikan bersama! 😁
.
.
📌 Nota kaki ; Kami sedang melancarkan kempen UMRAH ZERO DEPOSIT. Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link di bawah ini http://pakejumrah.com.my/zero-deposit
.
.
.
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahbersamajuara
BACA DOA UNTUK HILANGKAN 'STRESS'
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Orang yang beriman hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." (Surah ar-Ra'd, ayat 28)
.
Jom jadikan doa ini amalan kita. Moga peroleh hati yang tenang.
#juarapilihankami
#juaratravel
#umrahbersamajuara
-----------------------------------------------------------------------------
📞 Jika anda berminat dengan produk terbaru keluaran Juara Travel, anda boleh tekan link di bawah untuk sebarang pertanyaan 😁👇🏼
📌 Frame perhiasan rumah JKhat :
www.wasap.my/601157824603/nakorderJkhat1
www.wasap.my/60102805979/nakorderJkhat2
📌 Pes Nasi Arab Madinah Al-Bathal :
www.wasap.my/601158532148/nakorderpesnasiarab
📌 Jshop : https://jshop.my/
📌 Website : www.juaratravel.com.my
-----------------------------------------------------------------------------------
#juaratravel
#juarapilihankami
#umrahzerodeposit
#umrah
#umrah2021
#nasiarab
#mekah
#madinah
#frame
#khat
“𝑨𝒑𝒂 𝒍𝒂𝒈𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒌 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒅𝒊𝒏𝒂𝒉?”.
𝑯𝒂𝒂 𝒊𝒏𝒊 6 𝒕𝒆𝒎𝒑𝒂𝒕 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒆𝒏𝒂𝒓𝒊𝒌 𝒅𝒊 𝑴𝒂𝒅𝒊𝒏𝒂𝒉 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒏𝒚𝒂 𝒃𝒆𝒓𝒋𝒂𝒍𝒂𝒏 𝒌𝒂𝒌𝒊.
.
Madinah merupakan tarikan kedua selepas Makkah bagi umat islam. Dan seperti yang kita belajar dari sekolah lagi Madinah merupakan Negeri yang tenang dan nyaman dimana di situlah terletaknya makam Rasulullah saw. Dan menjadi kewajiban bagi setiap umat islam yang datang ke Madinah untuk menziarahi makam Nabi Muhammad saw.
.
Masjid Nabawi di Madinah, merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah kita diketahui, masjid ini menjadi kedua terbesar di dunia setelah Masjidil Haram di Makkah. Rumah ibadah tersebut juga merupakan tujuan bagi umat yang ingin menziarahi makam Baginda SAW dan solat didalamnya.
.
Samada dalam keadaan sedar atau tidak, banyak lokasi yang menarik yang ada dibumi Madinah Al Munawwarah. Bagi mereka yang tidak berkesempatan lagi, tidak perlu risau dan bersedih. Disini saya kongsikan dengan hanya berjalan kaki, anda dapat melihat 6 tarikan yang ada di Madinah. Semoga dapat mengubat rindu dan manfaat kepada semua yang membaca.
1. MASJID NABAWI✨
Tidak lain dan tidak bukan tarikan utama di Madinah ialah Masjid Nabawi. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang didirikan oleh Nabi Muhammad SAW dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia.
Keistimewaan di masjid ini selain daripada mendapat ganjaran pahala 1000kali jika solat di masjid nabawi, ia sekelilingi dengan payung gergasi yang akan tertutup dan terbuka secara automatik mengikut cuaca di sana.
2. RAUDHAH @ TAMAN SYURGA✨
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi dan sesiapa yang berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah dan Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah.
Untuk pengetahun anda, “petua” untuk mengenali kawasan Raudhah dengan mudah adalah ia bersebelahan
EMPAT PESANAN RASULULLAH SEBELUM TIDUR
𝔸𝕤𝕤𝕒𝕝𝕒𝕞𝕞𝕦𝕒𝕝𝕒𝕚𝕜𝕦𝕞 & 𝕊𝕖𝕝𝕒𝕞𝕒𝕥 𝕄𝕒𝕝𝕒𝕞
Siang telah berakhir, malam telah tiba. Hari ini berlalu dengan pelbagai dugaan, moga esok datang cahaya yang baru. salam buat sahabat muka buku semua. Mari kita luangkan 1minit untuk amalan sebelum tidur. semoga memberi manfaat kepada semua.
QASIDAH RINDU MADINAH
𝐴𝑠𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚𝑢𝑎𝑖𝑘𝑢𝑚 𝑌𝑎 𝐻𝑎𝑏𝑖𝑏𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ.. 𝑆𝑒𝑙𝑎𝑤𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑠𝑎𝑙𝑎𝑚 𝑏𝑢𝑎𝑡 𝑗𝑢𝑛𝑗𝑢𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑠𝑎𝑟 𝑁𝑎𝑏𝑖 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑆.𝐴.𝑊 . 𝑇𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎 𝑘𝑎𝑠𝑖ℎ 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑛𝑖𝑘𝑚𝑎𝑡 𝐼𝑚𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝐼𝑠𝑙𝑎𝑚. 𝑆𝑦𝑎𝑓𝑎𝑎𝑡𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑎𝑚𝑖 𝑑𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡 𝑛𝑎𝑛𝑡𝑖.
.
𝐾𝑒𝑟𝑖𝑛𝑑𝑢𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚𝑢 𝑡𝑎𝑘𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑛𝑎ℎ 𝑝𝑎𝑑𝑎𝑚 𝑌𝑎 𝐻𝑎𝑏𝑖𝑏𝑎𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑀𝑢ℎ𝑎𝑚𝑚𝑎𝑑 𝑆.𝐴.𝑊..
MEMBERI TAK SEMESTINYA JADI "KAYA HARTA"
Tak semestinya apa yang kita beri, kita dapat balik 100% sama macam apa yang kita pernah beri. Kadang-kadang Allah ganti sesuatu yang baik itu kepada orang sekeliling kita dulu. Yang penting jangan berhenti memberi kerana ia akan kayakan jiwa kita.
.
#juarapilihankami
#juaratravel
#umrahbersamajuara
.
Kredit: thatgoodstories
PERGANTUNGAN KEPADA ALLAH AKAN MENENANGKAN JIWA
BERGANTUNG KEPADA ALLAH 💯
Moga video ini dapat memberi pengajaran kepada kita semua.
.
Manusia datang dan pergi tapi Allah sentiasa ada dekat dengan hambanya
.
Kredit : hijrahbarengan.id
.
#juaratravel
#juarapilihankami
#UmrahBersamaJuara