Lalai Dengan Dunia
Firman Allah SWT:
وَمَا ٱلْحَيَوٰةُ ٱلدُّنْيَآ إِلَّا لَعِبٌۭ وَلَهْوٌۭ ۖ وَلَلدَّارُ ٱلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌۭ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Maksudnya: “Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir.”
Surah Al-An'am, Ayat: 32
- Tanda-tanda kita lalai:
1. Kurang membaca Al Quran.
2. Kurang berzikir.
3. Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah.
4. Kurang atau malas berdoa.
5. Tangguh untuk bertaubat.
- Cara-cara mengatasi lalai:
1. Cari sahabat yang baik dan soleh.
2. Hadiri majlis ilmu.
3. Bangun malam untuk solat tahajjud.
4. Banyakkan zikir dan taubat.
5. Rajin membaca quran.
6. Ingat mati.
7. Amalkan sunnah Nabi SAW.
Jom umrah bulan Syawal.
wasap.my/60199884775/umrahsyawal2025
Kami datang menyahut panggilanMu Ya Allah
Rindu yg tiada berpenghujung…
Assalamualaikum wbkt... Buat semua Sahabat yang dikasihi serta dirahmati Allah SWT sekelian... Saya dengan rendah Hati menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala Keterlanjuran kata, Salah dan silap saya... Halalkan segala makan dan minum saya. Insyaa Allah pada Tarikh : *19/01/2025@19 Rejab 1446H (Ahad - pkl 6.25 Ptg)*, Saya & isteri akan berangkat ke Tanah Suci untuk membimbing serta menyantuni 112 Jemaah Umrah... Sudilah kiranya semua Sahabat mendoakan agar kami diberikan kesihatan dan dipermudahkan segala urusan serta mendapat Umrah yang Maqbullah... Terima Kasih.Hj Roslan Hj Mat SamanMutawif Safwah Travel & Tours Pahang
Every Difficulty Must Have Ease
Every Difficulty Must Have Ease
Allah says in Quran:
فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرٗا
Meaning: "So verily, with the hardship, there is relief. Verily, with the hardship, there is relief."
Surah Ash-Sharh: Verses 5-6
- Every difficulty is accompanied by ease because the end of every hardship is ease.
- Life may be full of hardships, but Allah is always there, guiding you through every step and lighting your path.
- Be patient when tested by Allah SWT. Do not stop praying and putting your trust in Allah SWT because Allah SWT promises His servants that "Every Difficulty Must Have Ease."
wasap.my/60199884775/umrahsyawal
Doa untuk Ketetapan Iman
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ
Maksudnya: "Wahai tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku dalam memegang teguh agama-Mu."
Riwayat at-Tirmizi (2140)
- Manusia memang tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Hati manusia sifatnya mudah berubah-ubah, dan oleh itu, kita perlu sentiasa memohon kepada Allah agar diberikan ketetapan hati dalam ketaatan kepada-Nya.
- Dengan usaha yang berterusan, doa yang ikhlas, dan tawakal kepada Allah, insyaAllah hati kita akan tetap teguh dalam ketaatan. Semoga kita semua diberi kekuatan untuk hidup dalam iman dan mati dalam iman. Amin.
Umrah Syawal dah dibuka. Jom booking seat terhad.
wasap.my/60199884775/umrahsyawal
Rejab: Bulan Persediaan dan Penghayatan Ibadah
Rejab: Bulan Persediaan dan Penghayatan Ibadah
Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِنَّ الزَّمَانَ قَدِ اسْتَدَارَ كَهَيْئَتِهِ يَوْمَ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ، السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا، أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ، ثَلاَثٌ مُتَوَالِيَاتٌ، ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ .
Maksudnya: "Sesungguhnya waktu telah berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada dua belas bulan, di antaranya terdapat empat bulan haram, tiga berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram, serta Rejab Mudhar yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban."
(Riwayat al-Bukhari, no. 4662; Muslim, no. 1679)
- Bulan haram adalah bulan-bulan yang diberi kemuliaan dan keistimewaan tertentu oleh Allah SWT. Kemuliaan ini berasal sejak zaman Nabi Ibrahim AS dan diteruskan dalam syariat Islam.
- Rejab adalah satu-satunya bulan haram yang tidak berturutan dengan tiga bulan haram lain (Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram). Hal ini menjadikan bulan ini istimewa dalam susunan bulan Islam.
- Rejab adalah bulan ketujuh dalam kalendar hijrah dan berada dua bulan sebelum Ramadan. Ia sering dianggap sebagai waktu untuk memperbaiki amalan dan mempersiapkan diri menyambut bulan Ramadan.
- Bulan Rejab adalah peluang untuk umat Islam memperbaiki diri dan mempersiapkan hati menyambut Ramadan yang semakin hampir. Walaupun tiada keutamaan khusus yang disebut dalam hadith sahih, bulan ini tetap wajar dimuliakan berdasarkan statusnya sebagai salah satu bulan haram.
wasap.my/60199884775@
Amal Paling Utama
Amal Paling Utama
عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِابْنِ مَسْعُودٍ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ سَأَلْتُ عَنْهُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مَوَاقِيتِهَا قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَبِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ وَمَاذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ وَالْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Daripada Abu ‘Amru Asy Syaibani bahawa seorang lelaki berkata kepada Ibnu Mas’ud, “Amal apakah yang paling utama?” ia berkata; “Aku pernah bertanya Rasulullah SAW tentang hal itu, maka baginda pun menjawab: “Solat pada waktunya, ” aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?” baginda menjawab: “Berbuat baik kepada kedua orang tua, ” aku bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, lalu apa lagi?” baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.”
Riwayat at-Tirmidzi (173)
1. Solat pada waktunya - Menunaikan solat pada waktu yang telah ditetapkan adalah amalan yang paling utama. Solat merupakan tiang agama dan menegakkan solat pada waktunya adalah tanda keimanan yang kuat dan ketaatan kepada perintah Allah SWT.
2. Berbuat baik kepada kedua orang tua - Berbakti kepada ibu bapa adalah amalan yang sangat dihargai dalam Islam. Kebaikan dan penghormatan terhadap ibu bapa merupakan tanda kesyukuran dan penghormatan kepada mereka yang telah membesarkan dan mendidik kita.
3. Jihad di jalan Allah - Jihad dalam konteks ini merujuk kepada usaha dan pengorbanan dalam mempertahankan agama dan kebenaran. Ini termasuk dalam pelbagai bentuk, baik melalui usaha fizikal, harta benda, mahupun ilmu dan doa.
wasap.my/60199884775/umrahjan2025
Pengadu Domba Tidak Masuk Syurga
عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ
Daripada Hudzaifah RA berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba'." (HR Muslim No: 151) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Setiap Muslim perlu memperlihatkan akhlak mulia dan saling mengasihi.
2. Muslim dilarang menjadi pengadu domba, penghasut dan menyebarkan fitnah, gossip dan cerita yang boleh mencerai beraikan hubungan ukhuwah sesama Muslim.
3. Namimah atau pengadu domba tergolong dalam perbuatan dosa besar kerana ia melibatkan penipuan, pengkhianatan amanah, dan kerosakan masyarakat. Perbuatan ini boleh membawa kepada perpecahan keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.
4. Tidak akan masuk syurga orang yang menjadi pemfitnah dan pengadu domba. Namun jika dia bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah, Allah akan mengampuni dosa-dosanya.
5. Setiap Muslim perlu memainkan peranan aktif dalam menjaga ukhuwah dengan mencegah penyebaran gosip atau fitnah. Jangan biarkan diri menjadi medium untuk menyampaikan berita yang boleh merosakkan hubungan orang lain.
Jadilah kita orang yang menyembunyikan aib saudaranya, bukan pengadu domba. Berusahalah mengeratkan hubungan ukhuwah sesama kita serta berhati-hati dalam menerima dan menyebarkan maklumat.
#BangunkanJiwaMerdeka
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka
27hb Jamadil Akhir 1446H
29hb Disember 2024
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram