NBS Journey

NBS Journey page ini diwujudkan untuk berkongsi info tempat menarik yang ada sama ada dalam atau luar negara yg

Taman Negara Gunung Mulu terletaknya gua  batu kapur yang terbesar di dunia dan laluan canopy skywalk terpanjang di duni...
02/10/2024

Taman Negara Gunung Mulu terletaknya gua batu kapur yang terbesar di dunia dan laluan canopy skywalk terpanjang di dunia. tempat healing terbaik untuk yang ingin lagi dari kesibukan kota. Jom tengok pengalaman saya selama 3 hari 2 malam di sini

Hai semua assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsi pengalaman 3 hari 2 malam saya ke Gunung Mulu National Park yangvterletak di Miri Sarawakselamat meno...

Siapa sangka saya akan akan mendaki gunung kinabalu ni sebanyak 4 kali. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi ...
24/08/2024

Siapa sangka saya akan akan mendaki gunung kinabalu ni sebanyak 4 kali. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang tertinggi di Malaysia mempunyai daya tarikan yang tersendiri. jamgan hairan la kalau ada rezeki saya akan repeat lagi utk kali yang seterusnya 🤣

perasan tak di waterfront kuchibg sarawak tu ada feri berwarna putih yang besar berlabuh di situ. sebenarnya kalau nak r...
11/07/2024

perasan tak di waterfront kuchibg sarawak tu ada feri berwarna putih yang besar berlabuh di situ. sebenarnya kalau nak rasa pengalaman naik fari menyusuri sungai sarawak tu boleh aje. tiket boleh dibeli secara online atau di kaunter waterfront tu. kadar bayaran pada masa ni rm79 untuk dewasa dan rm35 untuk kanak-kanak 12 ke bawah.

Hai semua assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsi pengalaman menaiki Sarawak Riber Cruise menyusuri Sungai Sarawak yang berpengkalan di Kuching Waterfr...

Bila umur makin meningkat, saya belajar banyak perkara.  1. Buat hal sendiri. Tak perlu terlalu sibuk nak ambil tahu ten...
27/02/2024

Bila umur makin meningkat, saya belajar banyak perkara.

1. Buat hal sendiri. Tak perlu terlalu sibuk nak ambil tahu tentang orang sekeliling sampai bergosip membawang. Gunakan konsep ambil tahu gitu-gitu sahaja. Yang penting jaga diri & keluarga. Nampak mcm selfish tapi memang Itu yang penting dalam hidup.

2. ⁠Jaga emosi. Jika ada yang menyakiti atau bersikap toksic, block atau tinggalkan. Tidak perlu nak serabutkan kepala. Diam-diam pergi dan diam-diam bahagia.

3. ⁠Cipta memori. Pergi lah mana-mana tempat samada bersendiri, dengan kawan atau keluarga. Ambil gambar setiap momen dan letaklah di mana-mana media sosial utk dijadikan sebagai kenangan. Abaikan cakap-cakap orang sekeliling yang terpaling pandai manage duit kononnya. Duit sendiri biar lah diri sendiri yang tentukan nak belanja arah mana. Sikit duit cara sikit. Banyak duit cara banyak.

4. ⁠Pekakkan Telinga. Elakkan bertangguh untuk buat dan capai sesuatu hanya kerana takut cakap-cakap orang. Pegang satu perkara, ketika mana kau susah, tiada siapa ketuk pintu rumah untuk hantar beras. ketika kau jatuh tak ada sorang pun yang datang untuk bantu kau bangun malahan ada yang bertepuk tangan gembira lihat kejatuhan kau.

'Cipta bahagia cara sendiri'

-NBS-

Salah satu aktiviti wajib kalau melancong ke Ho Chi Minh Vietnam adalah full day Mekong Delta Tour. disebabkan lokasinya...
27/02/2024

Salah satu aktiviti wajib kalau melancong ke Ho Chi Minh Vietnam adalah full day Mekong Delta Tour. disebabkan lokasinya lebih kurang 174 km dari Bandar HCM sebaiknya ambil aje pakej dari ejen pelancongan yang ada di HCM. saya guna ejen Aamin Tour & Travel yangvterletak di Malaysia street dengan kadar bayaran RM80 seorang. Saya kongsi video sepanjang 1 hari di sini. Semoga terhibur

Hai semua, assalamualaikumvideo kali ini saya nak kongsikan sambungan pengembaraan saya di Vietnam. kali ini saya ikut pakej Mekong Delta Tour daripada Aami...

Bukit Gondol Lundu. sesuai dengan namanya. atas puncak tu memang gondol tak ada pokok tinggi.  trek mudah aje dan anggar...
25/02/2024

Bukit Gondol Lundu. sesuai dengan namanya. atas puncak tu memang gondol tak ada pokok tinggi. trek mudah aje dan anggaran masa pendakian antara 30 minit - 1 jam ikut kelajuan langkah kaki pendaki. sesuai untuk beginer. Sebaiknya daki lah pada awal pagi atau petang sebelum matahari terbenam untuk elakkan cuaca yang panas melampau. kalau tak mahu melalui jalan berbatu kena tunggu air laut surut supaya boleh menyusuri laluan pantai.

niat di hati nak pergi memanjat, tapi cuaca tak mengizinkan. Maka ia berakhir di sini. carbo burning bertukar kepada car...
17/02/2024

niat di hati nak pergi memanjat, tapi cuaca tak mengizinkan. Maka ia berakhir di sini. carbo burning bertukar kepada carbo loading 😆🤣

wangian tersebar mengikut arah angin tetapi kebaikan tersebar dari semua arah.
15/02/2024

wangian tersebar mengikut arah angin tetapi kebaikan tersebar dari semua arah.


sea stack iconik bako yang terkenal di seluruh dunia telah runtuh
13/02/2024

sea stack iconik bako yang terkenal di seluruh dunia telah runtuh

Bandar Ho Chi Minh yang terletak di Selatan Vietnam cukup terkenal sebagai syurga untuk membeli belah di kalangan pelanc...
08/02/2024

Bandar Ho Chi Minh yang terletak di Selatan Vietnam cukup terkenal sebagai syurga untuk membeli belah di kalangan pelancong Malaysia. Barangan kulit berjenama seperti LV, coach, prada dan b*k lagi dijual dengan harga yang sangat berbaloi. Percaya la walaupun niat asal tak nak shopping, tapi bila sampai sini tiba-tiba boleh lupa ingatan 🤣🤣🤣

Punya la ramai pelancong Malaysia yang datang sampaikan ada satu jalan kat situ di panggil Malaysia Street. Jalan tu memang banyak menjual tudung, baju dan telekung. Nak cari makanan halal pun tak ada masalah sebab kat situ lah terletaknya banyak restoran halal. bukan itu sahaja, peniaga mereka pun fasih berbahasa melayu dan menerima duit RM. tak payah pening kepala nak tukar duit d**g.

Tapi sebenarnya bukan shopping aje yang best, ada banyak tempat tarikan lain yang ada di sini. So saya kongsi video pengalaman saya berkunjung ke HCM pada Jan yg lepas. saya bahagikan video kepada beberapa episod sebab terlalu banyak yang saya nak kongsi. Selamat menonton ✌🏼

Hai semua, assalamualaikumVideo kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya travel ke bahagian selatan Vietnam iaitu Ho Chi Minh. Nama asal Bandar Ho Chi Min...

"Hiasi diri dengan senyuman, fikirkan hal yang positif dan hiduplah dalam keadaan yang bahagia. Jangan biarkan perkara n...
06/02/2024

"Hiasi diri dengan senyuman, fikirkan hal yang positif dan hiduplah dalam keadaan yang bahagia. Jangan biarkan perkara negatif menjatuhkan kita."


"Merantau akan banyak memberikanmu pengalaman hidup. Pergi lah sejauh mungkin, tapi jangan sampai lupa pulang."
05/02/2024

"Merantau akan banyak memberikanmu pengalaman hidup. Pergi lah sejauh mungkin, tapi jangan sampai lupa pulang."

Clay Tunnel Dalat merupakan salah satu tempat menarik di Dalat Vietnam.  gigih pakai skirt nak berOOTD 😆
01/02/2024

Clay Tunnel Dalat merupakan salah satu tempat menarik di Dalat Vietnam. gigih pakai skirt nak berOOTD 😆

selesai urusan ptg ni di sini, saya terus ke tangga untuk turun. Memang dah jadi kebiasaan saya memilih guna tangga wala...
29/01/2024

selesai urusan ptg ni di sini, saya terus ke tangga untuk turun. Memang dah jadi kebiasaan saya memilih guna tangga walaupun lif disediakan terutama utk bangunan 2@3 tingkat. Pada masa tu berselisih dengan sorg perempuan tua bertongkat sedang turun tangga. pada masa yg sama depan lif ada beberapa org yg nampak sihat sedang menunggu lif. saya dengan ramah menegur dia "kenapa tak mahu guna lif?" dia jawab "tak apa. turn saja ma. boleh guna tangga" saya lihat dia menuruni tangga perlahan-lahan bersama tongkat walaupun nampak agak sukar.

entah kenapa hati saya tersentuh melihat dia. 🥹🥹🥹

Syukur alhamdulillah diizinkan lagi untuk menjejakkan kaki ke Vietnam untuk kali ke 3.  Misi travel kali ini nak pergi k...
24/01/2024

Syukur alhamdulillah diizinkan lagi untuk menjejakkan kaki ke Vietnam untuk kali ke 3. Misi travel kali ini nak pergi ke tempat yang semakin viral iaitu Dalat Vietnam bukan Dalat Sarawak ye 😆🤣

Perancangan & pembelian tiket dibuat lebih kurang 2 bulan aje. seperti biasa lepas beli tiket baru lah itinerary mula dirancang. kali ni saya travel berdua bersama Izah memandangkan anak 2 orang lagi tak boleh ikut serta. Azim di asrama dan Wani dah start kuliah. (begitu la bila cuti dah tak sama)

walaupun kami travel backpacker tapi bukan lah budget sangat pun. saya kongsikan ringkasan itinerary kot-kot ada yg berhajat untuk ke sana. boleh lah dijadikan panduan nanti.

Ho Chi Minh dan Dalat
8 hari dari 13 hingga 20 Jan 2024

Day 1 (13/1/2024 - sabtu)

1. KL ke HCM flight jam 9.00 pagi dari KLIA2
2. 10.05 pagi sampai HCM Airport
3. Grab airport ke Hotel (VND 136k)
4. Check in Queen Central Hotel ( kat area Malaysia Street) - agoda
5. Beli pakej Mekong River di Amin Travel, kedai dia ada di Malaysia Street tu (RM80 seorg)
6. beli tiket sleeper bus untuk ke dalat di Trung Tam Du Lich – (VND 560K seorg return)
7. Makan di Restoran Hajah Basiroh
8. Jalan-jalan sekitar HCM
a. War Remnant museum (VND 40K seorg)
b. Book Street
c. Ho Chi Minh Statue
d. Ben Thanh market
e. Central Market

Day 2 (14/1/2024 - ahad)

1. Mekong River tour (6.30am -7pm)
a. Singgah tempat shopping di Mekong My Tho (spend 1 jam kat situ)
b. Sampai jeti naik bot pergi ke pulau 1 – tempat menghasilkan produk dari kelapa seperti gula-gula kelapa, biskut kelapa, minyak kelapa dll
c. naik bot ke pulau ke 2. Dari sini akan naik sampan menyusuri sungai mekong. Menuju ke tempat menghasilkan madu dan dihidangkan dengan minuman air madu yang dicampur dengan limau kasturi dan kerepek pisang madu.
d. Bergerak ke tempat jualan barangan kulit
e. Dihidangkan air the dan beraneka jenis buah-buahan iaitu tembikai, nenas, ciku dan jambu batu sambil menyaksikan persembahan nyanyian.
f) singgah shopping di sara collection sblm
balik hotel


2. Check out Hotel ( tambah fullday use VND 580k)
3. Naik sleeper bus ke Dalat pukul 10.30 pm

Day 3 (15/1/2024 – Isnin)

1. Sampai Dalat pukul 5 pagi
2. Teksi ke hotel VND 50K
3. Check in hotel di Dalat City – peach valley hotel- agoda (utk 2 malam + early check in VND 300k )
4. Sewa motosikal VND 150K sehari x 2 1/2 hari. Isi minyak penuh VND 50K
5. Crazy House (VND 60k seorang + parking motosikal VND 5k) – rekabentuk bangunan ni unik. sesat 2 jam kat situ tapi seronok layan dan bergambar.
6. Lam Vien Square (depan tasik). lepak-lepak sambil layan sunset dan makan buah strawberry
7. Makan di Restoran Hajah Hawa

Day 4 (16/1/2024 – Selasa)

1. Datanla Alpine Coaster (naik coaster, tengok Datanla Waterfall – VND 250k seorg
2. Bali hill (2 gelas air strawberry smoothie VND 130K)
3. Summer palace/ Bao Dai Palace VND 40k seorg
4. Robin Cable Car VND 40K seorg
5. Kos Parking motosikal VND 3K + 3K
6. Dalat night market
Durian besar-besar ulasnya. Buah strawberry murah betul. hari-hari makan buah strawberry. Baju sejuk pun murah-murah. kat sini banyak street food tapi saya tak beli sebab meragui halalnya.

Day 5 (17/1/2024 – Rabu)

1. Check out peach valley hotel tinggal beg kat hotel dulu. Gigih pakai skirt sebab nak OOTD
2. Mongo Land VND100K. lawa tempat ni. Wajib singgah. Sesuai untuk bergambar dan ada game yang boleh naik banyak kali sampai mabuk.
3. Clay tunnels VND 60K. tempat wajib singgah juga ni. terpegun tengok hasil clay yang dibuat di situ. memang cantik & unik.
4. Pulangkan motosikal di hotel dan naik grab ke The Lake Dalat VND 102K
5. Check in The Lake House Dalat – booking di agoda (VND 470K)

Day 6 (18/1/2024 – Khamis)

1. Hari ni memang plan nak bersantai-santai di Lake House Dalat. Tempat ni sesuai untuk yang nak relax menikmati suasana urban view. Bilik yang kami booking mengadap tasik. Memang lawa lah. Check out 12 tgh ke Dalat
2. Check in La Pensee Hotel lokasinya tak jauh dari stesen bas Dalat. Santai-santai aje kat bilik hotel. (VND 380K)
3. Naik sleeper bas ke HCM pukul 10.30 malam

Day 7 (19/1/2024 – Jumaat)

1. Sampai HCM pukul 5 pagi
2. Tinggal beg di Queen Central Hotel
3. Ambil pakej half day ke Chuchi turnnels di Aamin Tour (RM55 + VND 125k byr di kaunter masuk chuchi turnels)
4. Sebelah petang shopping kat sekitar Malaysia street dan Benh Thant market. kat Benh Thant kena pandai tawar menawar. tawar 3 kali ganda kurang dr harga diberi.
5. Makan restoran halal sekitar Malaysian street area depan hotel. ada banyak pilihan restoran

Day 8 (20/1/2024 – Sabtu)

1. Pergi ke Post office untuk pos poskad buat kenangan.
2. Sambung shopping lagi kat sekitar Malaysia street, Central market dan Benh Thant market.
3. Check out jam 12 tgh tinggal beg kat hotel, Lunch dan sambung shopping lagi. Jam 4 ptg ambil grab ke airport.
4. airport HCM ke KL sepatutnya jam 4 ptg tapi flight retime jadi 8 malam.

Nota:
1. Dalat ni sejuk terutama sebelah pagi, petang lepas asar dan malam, jadi standby baju sejuk dan topi. Kami tak prepare so kena beli baju sejuk kat Dalat. Tapi ok aje sebab harga baju sejuk murah kat situ.

2. Dalat tiada apa untuk shopping kecuali pasal night market ada jual banyak baju sejuk yang cantik dan murah. Buah strawberry pun murah. enjoy view dan tempat menarik sahaja.

3. Pergerakan di dalat kalau ramai boleh naik grab. Disebabkan saya berdua kami sewa motosikal aje.

4. Di Dalat, mereka tak pandai English,kena gunalah google translate. Di HCM tu ok lagi.
5. Duit kita diterima je di HCM tu. Bayar pakai RM je untuk shopping. Lebih mudah.

6. Tempat-tempat di Dalat tu memerlukan kita banyak berjalan. Pastikan pakai kasut yang sesuai.

7. Untuk makanan halal di HCM sebaiknya hanya makan di sekitar Malaysia Street sahaja. Itu yang diingatkan oleh tourist guide semasa trip ke Mekong River. Tempat lain diragui halalnya.

8. Di Dalat ada beberapa restoran makanan halal. Kalau dari Peach valley hotel ada sebuah restoran di sebelah hotel tu aje. Harga makanan halal agak mahal di kedua-dua tempat.

9. HCM ni banyak motosikal. Sampai naik atas divider pejalan kaki motor mereka. kena banyak berhati-hati. Melintas jalan pun kena ada skill kamikaze, lintas je la dengan jiwa yang terpaling kental. Pemanduan mereka laju tapi mereka hebat brek. Nak tunggu jalan clear, memang sampai ke sudah kita tak melintas.

10. Di Dalat kenderaan tidak sebanyak di HCM jadi kami berani lah sewa motosikal.

11. sebaiknya booking hotel yg sama di HCM. jadi boleh tinggal beg yang tak diperlukan semasa pergi Dalat. lebih mudah

Just nak share mana yang selalu tanya pergi visa ke tak, boleh lah ke link ni https://www.passportindex.org/passport/mal...
02/01/2024

Just nak share mana yang selalu tanya pergi visa ke tak, boleh lah ke link ni https://www.passportindex.org/passport/malaysia/. Dekat sini kita boleh tengok negara mana yang visa free, perlukan eta, atau perlukan visa (visa on arrival / visa before arrival pergi kedutaan). Dekat situ ada link untuk evisa dan eta negara mana korg nak pergi, akan terus link ke imigresen negara tersebut.

Semoga bermanfaat.

https://www.passportindex.org/passport/malaysia/

Boleh juga download apps ni dan scan passport dekat situ, dari situ tahu mana perlukan visa atau tidak.

Discover all visa requirements and real-time passport ranking of Malaysia. Passport Index is the leading global mobility intelligence platform providing guidance on the right of travel.

welcome 2024Good bye 2023Don't think about yesterdayjust think about tomorrowbecause tomorrow is chanceto correct the mi...
01/01/2024

welcome 2024
Good bye 2023
Don't think about yesterday
just think about tomorrow
because tomorrow is chance
to correct the mistake of yesterday

-NBS-

Address

Kuching

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when NBS Journey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to NBS Journey:

Videos

Share