Badal Haji

Badal Haji Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badal Haji, Travel Agency, Kuching.

09/12/2022
Singgah di Sibu.
17/08/2022

Singgah di Sibu.

Subhanallah.
07/08/2022

Subhanallah.

01/08/2022
01/08/2022

HUKUM
Apakah hukumnya dalam Islam mengerjakan badal haji untuk orang yang sihat dan berkemanpuan dari segi fizikalnya lalu meninggal dunia?

Hukumnya diharuskan oleh Syarak menurut jumhur fuqaha berdasarkan hadith daripada Nabi ﷺ:
– حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ -رضي الله عنهما-: “أَنَّ امْرَأَةً مِنْ جُهَيْنَةَ جَاءَتْ إِلَى النَّبِيِّ -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَقَالَتْ: إِنَّ أُمِّي نَذَرَتْ أَنْ تَحُجَّ فَلَمْ تَحُجَّ حَتَّى مَاتَتْ، أَفَأَحُجُّ عَنْهَا؟ قَالَ: نَعَمْ حُجِّي عَنْهَا، أَرَأَيْتِ لَوْ كَانَ عَلَى أُمِّكِ دَيْنٌ أَكُنْتِ قَاضِيَةً؟ اقْضُوا اللَّهَ، فَاللَّهُ أَحَقُّ بِالْوَفَاءِ”.

Maksudnya: Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA : Seorang wanita dari Juhainah datang menemui Rasulullah ﷺ dan berkata: “Sesungguhnya ibuku telah bernazar untuk menunaikan haji, apakah aku perlu menunaikan haji bagi pihaknya?”. Jawab Baginda : “Ya,tunaikanlah haji untuknya. Apa pandangan kamu kalau ibu kamu berhutang, apakah kamu perlu melunaskannya?”. Jawabnya : “Ya”. Sabda Baginda : “Tunaikanlah hutang Allah dan hutang Allah lebih berhak untuk dilunaskan.

28/07/2022

Haji Badal atau Haji Niyabah (Haji Gantian) ialah sejenis Haji yang ditunaikan oleh seseorang untuk orang lain menurut syarat-syarat yang tertentu. Ia khusus dilaksanakan demi mereka yang Muslim yang sepanjang hidupnya atau hayatnya merupakan seorang yang berkemampuan (dari segi kewangan) untuk melaksanakan Haji, tetapi dari segi batiniah (badannya) ia terlau tua atau uzur sehingga dia tidak ada harapan lagi untuk menunaikan Haji di Makkah.

Oleh yang demikian, orang Muslim yang begini perlulah menginfakkan sedikit hartanya untuk menunaikan Haji bagi dirinya tetapi ibadah Haji itu dilaksanakan oleh orang lain yang berkemampuan dari aspek fizikal, rohani dan jasmani.

20/07/2022
20/07/2022

*MEMO*

🕋 *PERLAKSANAAN UPAH HAJI / BADAL HAJI*

🍀Upah Haji akan dilaksanakan oleh Ustaz, Tahfiz, Mutawif, Haji & Hajah yang menetap di Kota Mekah yang berpengalaman luas dalam mengerjakan ibadah Haji setiap tahun.

🍀Sijil dari pihak Mekah dan juga cenderahati akan diberi setelah selesai pelaksanaan haji, selewatnya 60 hari dari tempoh pelaksanaan.

🍀Sebarang pertukaran alamat hendaklah dimaklumkan bagi memudahkan proses penghantaran sijil dan cenderahati.

🍀Pihak pengurusan akan menghantar sijil dan juga cenderahati melalui kurier sekiranya waris diluar kawasan pihak pengurusan.

🍀Bayaran untuk Upah *Haji seorang RM2,200 meliputi 1 Haji + 1 Umrah + Tahlil dan Doa di Masjidilharam + Sijil daripada Pihak Mekah + Hadiah iringan daripada NYJ* .

🍀Sekiranya Pengupah dikenakan *DAM* , Pihak NYJ akan bertanggungjawab melunaskan DAM tesebut agar mendapat *HAJI YANG MABRUR* – In Syaa Allah

*SYARAT TERMA DAN PEMULANGAN WANG*

✅Pemulangan wang akan dilakukan berdasarkan pada perkara-perkara yang dipersetujui oleh pihak syarikat dan pihak pelanggan.

✅Pewaris / Pemohon ingin menarik diri dari menggunakan perkhidmatan NYJ.

✅Pemohon / Pewaris yang ingin menuntut pemulangan perlu melampirkan *BORANG RASMI PENDAFTARAN dan RESIT PEMBAYARAN NYJ* , ini bertujuan untuk tindakan syarikat selanjutnya.

✅Setiap tuntutan pemulangan wang akan *ditolak 30%* dari jumlah pembayaran yang telah dibuat.

✅Jumlah yang ditolak adalah melibatkan kos pengurusan antara syarikat NYJ dengan wakil syarikat muasasah di Saudi yang melibatkan pelbagai kos urusan antara dua negara.

✅Proses pemulangan wang akan diproses dalam tempah (30) hari dari tarikh tuntutan dibuat.

Address

Kuching
93050

Telephone

+60178582707

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badal Haji posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Badal Haji:

Share

Category


Other Travel Agencies in Kuching

Show All

You may also like