01/06/2023
Tanam kangkung dalam baldi. Tanpa racun serangga kimia
Jom kita tanam kangkong, bayam , sawi dan ulam2 seperti selom,kesum,pudina,pegaga dll dlm baldi!!
Langkah menanam kangkong dalam baldi
1. Sediakan tapis dan baldi yg sama saiz mukanya supaya tapis dpt duduk elok dalam baldi
2. Isikan air dalam baldi ( biasa baldi 15 liter, isi air dlm 10 liter)
masukkan 50ml Baja A dan 50ml Baja B.
3. Pastikan air mencecah paras tapis tadi. Tidak terlalu tenggelam. Hanya paras2 tapis sahaja.
4. Tabur benih kangkong dlm tapis
tidak perlu tanah atau apa2 sahaja media sebab benih kangkong besar. Kalau benih bayam, sawi dan kailan gunakan tuala goodmorning sebagai lapik dan tabur benih atas tuala.
5. Letakkan baldi tadi di tempat teduh selama 3 ke 4 hari sehingga benih bercambah. Selepas itu bolehlah letakkan di kawasan yg ada cahaya matahari.
6. Selepas cambah semburkan dgn Sri Anak setiap seminggu dua kali atau sekali. Bancuh 5ml Sri Anak utk 1 liter air.
7. Selepas 25 hari dah boleh petik dan masak.
Sekian
Selamat Mencuba
kredit: Nurwahidah Hambali