25/10/2019
Tempat Menarik di Kudat Admin belanja..klu perlukan Homestay utk penginapan percutian anda, trus call or wassap admin ya..βπΌπβπΌ
=======================
KEAJAIBAN DAERAH KUDAT
=======================
Jika diteliti berdasarkan pemerhatian saya sejak dari dulu hingga sekarang, orang nampak Kudat, mereka nampak Simpang Mengayau.
Sedangkan Kudat mempunyai tempat-tempat yang lagi cantik dan menarik. Bukan hanya simpang mengayau semata-mata tetapi ada banyak. Daripada kampung hingga ke pekan, ada 'KEAJAIBANNYA' yang tersendiri..
Antara tempat yang boleh dikunjungi :
1.Kg.Gombizau (Gombizau kg.Madu)
2.Kg Sumangkap (Pusat gong)
3.Kg Hobut (Rumah panjang rungus)
4.Kg Tinangol (Pusat gubahan manik)
+Tempat atau kawasan ini juga kita akan dapat melihat sendiri budaya dan tradisi rungus dari segi pakaian, peralatan, bahasa dan banyak lagi yang boleh kita dapat.
5.Pandai tindakon dazang
6.Misompuru Homestay
7.Pantai Bak-Bak
8.Pantai Kelambu
9.Hibiscus Villa
10.North Borneo Biostation
11.Explanade Sidek
12.Simpang Mengayau
13.Tampat Do aman
+North Borneo Biostation dan Hibiscus Villa satu tempat yang suasana nya seperti di Bali.
14.Pulau Banggi
15.Pulau Tigabu
16.Pulau mandi darah
17.pulau matunggong
18.Balambangan
+Walaupun terpencil dan jauh daripada pekan, namun pulau ini tetap di diami oleh orang bajau ubian, dusun bonggi dan suku lain yang telah lama menetap di sana.
Tempat menarik dan cantik ini jika dibangunkan, inshaAllah saya yakin dan percaya selepas ini orang luar yang datang ke Kudat tidak hanya memandang atau mengaitkan kudat dengan simpang mengayau semata-mata.
Sesungguhnya banyak lagi tempat yang cantik dan menarik yang belum dan habis kita terokai dan kunjungi. Khazanah dan Keajaiban ini satu bonus kepada warga kudat, kerana melalui ini, kudat boleh menjadi destinasi pelancong yang utama. Malah tempat-tempat ini juga akan menjadi satu tempat yang dapat membuka peluang pekerjaan kepada warga kudat itu khususnya, dan tarikan orang luar untuk melakukan penyelidikan atau pembangunan di kawasan tersebut
Kudat is amazing!