Rania Homestay Kulai Johor

Rania Homestay Kulai Johor Homestay 3 bedroom dan 2 bathroom yang bersih dan selesa di Rose Villa Apartment Taman Putri Kulai.

06/12/2024

Selamat datang ke Rania Homestay, Kulai Johor! Penginapan selesa dengan lokasi strategik, sesuai untuk percutian keluarga atau urusan kerja. Nikmati suasana tenang dan kemudahan lengkap yang menjadikan pengalaman anda di sini lebih bermakna. Kami sedia menyambut kehadiran anda.๐Ÿฅฐ











๐Š๐€๐‹๐„๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ÿ—“๏ธโœ…Buka sekolah - 17/2/2025โœ…Puasa - 2/3/2025โœ…Hari Raya - 31/3/2025โœ…cuti sekolahโœ…cuti-cuti MalaysiaKorang d...
31/10/2024

๐Š๐€๐‹๐„๐๐ƒ๐€๐‘ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Ÿ—“๏ธ

โœ…Buka sekolah - 17/2/2025
โœ…Puasa - 2/3/2025
โœ…Hari Raya - 31/3/2025
โœ…cuti sekolah
โœ…cuti-cuti Malaysia

Korang dah boleh susun target atau planning awal untuk tahun 2025.

InsyaAllah, moga terus diberikan kesihatan yang baik dan usia diberkati.

PENGUMUMANLIF DIHENTIKAN OPERASI BUAT SEMENTARA WAKTU.Dimaklumkan bahawa Lif Blok E akan dihentikan operasi mulai 15 Jul...
02/08/2024

PENGUMUMAN
LIF DIHENTIKAN OPERASI BUAT SEMENTARA WAKTU.

Dimaklumkan bahawa Lif Blok E akan dihentikan operasi mulai 15 Julai 2024 bagi memberi ruang kepada kontraktor untuk pertukaran LIF BARU sehingga lif siap digunakan semula.

Menurut pihak pengurusan Rose Villa, pertukaran lif ini mengambil masa selama anggaran 2-5 bulan.

Pihak Rania Homestay Kulai Johor ingin memohon maaf kepada bakal pengunjung/tetamu yang akan menginap di Rania Homestay kerana lif tidak dapat digunakan buat masa ini.

Walau bagaimanapun, pengunjung Rania Homestay masih boleh menggunakan tangga untuk ke Tingkat 4.

MOHON MAAF, SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI.

Cuti panjang 2025... ๐Ÿ˜€Kredit : mysumber.com
30/07/2024

Cuti panjang 2025... ๐Ÿ˜€

Kredit : mysumber.com

DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERT...
29/07/2024

DAULAT TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 bersamaan 14 Muharam 1446H.

โ€œSemoga Allah Subhanahu Wa Taโ€™ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuankuโ€
Sembah Takzim daripada Rania Homestay Kulai Johor.


29/07/2024
BOLEH MEMASAK TAK?Selalu guest mesti tanya soalan ni kepada kami. Ye, boleh memasak.Demi keselesaan dan kepuasan hati te...
21/04/2024

BOLEH MEMASAK TAK?

Selalu guest mesti tanya soalan ni kepada kami. Ye, boleh memasak.

Demi keselesaan dan kepuasan hati tetamu yang menginap, kami sediakan hob/dapur gas baru untuk tahun 2024.

Kami pilih dapur jenama Faber Built-in Glass Hob Presto 2B/76BK (76cm)

Ciri-ciri dapur:
- 2 burners
- high quality tempered glass
- cast iron Pan support
- easy clean design
- colour: black
- Size 76cm x 46cm

Kami juga ada menyediakan peralatan elektrik lain di dapur seperti peti ais, rice cooker, blender, mesin penapis air Cuckoo.

Pinggan mangkuk, gelas, sudu garfu, periuk, kuali, gelas, cawan juga ada disediakan.

Nak masak tapi tak tahu kat mana nak beli barang masak?

Kalau simple2 bahan, di kawasan apartment ni ada juga kedai runcit untuk beli barang kering dan barang basah.

Kalau nak lebih pilihan, boleh beli di Econsave Taman Putri yang terletak lebih kurang 1.2km (3min). Atau boleh ke Fresh Hub Taman Putri dalam 1.7km (4min). Mydin dan Lotus pun tak jauh sgt.

Wah! Sedappnya..masak apa tu?๐Ÿ˜

Perlu memastikan peralatan dan tempat dibersihkan semula selepas aktiviti memasak.

PLEASE KEEP KITCHEN AREA CLEANโ€ผ๏ธ

Marhaban ya RamadanSelamat berpuasa buat semua. Kami mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan dir...
21/04/2024

Marhaban ya Ramadan

Selamat berpuasa buat semua. Kami mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menjalani ibadah berpuasa sehingga ke penghujungnya.

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA


SALAM AIDILFITRI 1445H ุŒุชูŽู‚ูŽุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุŒุตููŠูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ูŽูƒูู…ู’ ูŽูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ูู ูˆูŽุงูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู ู…...
21/04/2024

SALAM AIDILFITRI 1445H

ุŒุชูŽู‚ูŽุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…ู’ ุŒุตููŠูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ูŽูƒูู…ู’ ูŽูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ูู ูˆูŽุงูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู ู…ูู†ูŽ ุงู„ุนูŽุงุฆูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ููŽุงุฆูุฒููŠู’ู†ูŽ

"Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini."

Syawal Menjelang Tiba,
Takbir bergema menggegar Jiwa,
Sekiranya ada Salah & Dosa,
Ampun Maaf Dipinta Di Hari Mulia

Selamat Hari Raya Aidil FitRi.. Maaf Zahir & Batin.

Alhamdulillah aircond di bilik masterbedroom telah berfungsi dengan baik. Remote pun dah tukar baru. Harap digunakan den...
15/03/2024

Alhamdulillah aircond di bilik masterbedroom telah berfungsi dengan baik. Remote pun dah tukar baru. Harap digunakan dengan sebaiknya.
Dimohon switch off aircond sebelum check out. Thank you in advance ๐Ÿ˜Š



Remote aircond di masterbedroom rosak p**a. Ampun maaf dipinta ๐Ÿ™.So, terus order remote baru daripada supplier aircond.S...
14/03/2024

Remote aircond di masterbedroom rosak p**a. Ampun maaf dipinta ๐Ÿ™.
So, terus order remote baru daripada supplier aircond.
Semoga dipermudahkan urusan. Aamiin.๐Ÿคฒ

24/02/2024

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malam Nisfu Syaaban

ุนูŽู†ู’ ู…ูุนูŽุงุฐู ุจู† ุฌูŽุจูŽู„ู ุนูŽู† ูุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ: ูŠูŽุทู‘ูŽู„ูุนู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุนูŽู„ูŽู‰ ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฌูŽู…ููŠุนู ุฎูŽู„ู’ู‚ูู‡ู ุฅูู„ุง ู„ูู…ูุดู’ุฑููƒู ุฃูŽูˆู’ ู…ูุดูŽุงุญูู†ู

Daripada Muaz bin Jabal RA dari Nabi SAW baginda bersabda: Allah mendatangi makhlukNya pada malam Nisfu Syaaban. Dia mengampuni makhluk kecuali orang musyrik (berbuat syirik) dan yang bermusuhan (HR Tobrani No: 16639) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Bulan Syaaban memiliki kelebihan tersendiri dimana merupakan bulan yang Rasulullah SAW paling banyak berpuasa sunat di dalamnya.

2. Malam Nisfu Syaaban (malam 15hb Syaaban) juga terdapat kelebihan dan keutamaan bagi mereka yang beribadat dengan diberikan keampunan kecuali kepada mereka yang melakukan syirik dan bermusuhan sesama Muslim.

3. Digalakkan kita memperbanyakkan ibadat dan memohon keampunan kerana Nabi SAW bersabda:

ุนูŽู†ู’ ุนูŽุงุฆูุดูŽุฉูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽุชู’ ููŽู‚ูŽุฏู’ุชู ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณูŽู„ู‘ูŽู…ูŽ ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉู‹ ููŽุฎูŽุฑูŽุฌู’ุชู ููŽุฅูุฐูŽุง ู‡ููˆูŽ ุจูุงู„ู’ุจูŽู‚ููŠุนู ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽูƒูู†ู’ุชู ุชูŽุฎูŽุงูููŠู†ูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุญููŠููŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒู ูˆูŽุฑูŽุณููˆู„ูู‡ู ู‚ูู„ู’ุชู ูŠูŽุง ุฑูŽุณููˆู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุฅูู†ู‘ููŠ ุธูŽู†ูŽู†ู’ุชู ุฃูŽู†ู‘ูŽูƒูŽ ุฃูŽุชูŽูŠู’ุชูŽ ุจูŽุนู’ุถูŽ ู†ูุณูŽุงุฆููƒูŽ ููŽู‚ูŽุงู„ูŽ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ูŠูŽู†ู’ุฒูู„ู ู„ูŽูŠู’ู„ูŽุฉูŽ ุงู„ู†ู‘ูุตู’ูู ู…ูู†ู’ ุดูŽุนู’ุจูŽุงู†ูŽ ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงุกู ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ููŽูŠูŽุบู’ููุฑู ู„ูุฃูŽูƒู’ุซูŽุฑูŽ ู…ูู†ู’ ุนูŽุฏูŽุฏู ุดูŽุนู’ุฑู ุบูŽู†ูŽู…ู ูƒูŽู„ู’ุจู

Daripada 'Aisyah RA dia berkata, Pada suatu malam saya kehilangan Rasulullah SAW, lalu saya keluar, ternyata saya dapati baginda sedang berada di Baqi', baginda bersabda: " Apakah kamu takut akan dizalimi oleh Allah dan Rasul-Nya?" saya berkata, wahai Rasulullah, saya mengira tuan mendatangi sebahagian isteri-isterimu, baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah ta'ala turun ke langit dunia pada malam pertengahan bulan Syaaban, lalu mengampuni manusia lebih banyak dari sejumlah bulu kambing." (HR Tirmizi No:670) Status: Hadis Daif

4. Ibnu Rajab mengatakan, berkaitan dengan malam nisfu Syaaban, para tabiโ€™in penduduk Syam, seperti Khalid bin Maโ€™dan, Mak-hul, Luqman bin Amir, dan beberapa tabiโ€™in lainnya memuliakannya dan bersungguh-sungguh dalam beribadah di malam ituโ€ (Lathaiful Maโ€™arif, hlm. 247).

5. Ulama bersetuju tidak ada jenis ibadat yang dikhususkan pada malam tersebut seperti tidak ada solat Nisfu Syaaban 100 rakaat, tiada doa-doa khusus atau bacaan-bacaan khusus. Namun boleh sahaja untuk kita melaksanakan solat sunat malam juga mempelbagaikan doa dan zikir.

Marilah kita merebut peluang memperbanyakkan ibadat dengan solat sunat, zikir, membaca al-Quran, selawat, doa dan memohon keampunan setiap waktu dan masa.

SELAMAT DATANG KE RANIA HOMESTAY KULAI JOHOR.Kepada pengunjung daerah Kulai,Kami menawarkan HOMESTAY APARTMENT bercitara...
22/01/2024

SELAMAT DATANG KE RANIA HOMESTAY KULAI JOHOR.

Kepada pengunjung daerah Kulai,
Kami menawarkan HOMESTAY APARTMENT bercitarasa kondominium untuk penginapan sementara bagi yang ingin bermalam di Kulai sama ada bagi tujuan :-

โœฟbercuti di Kulai
โœฟpenginapan berkeluarga
โœฟmelawat saudara mara di Kulai
โœฟmenghadiri majlis konvokesyen
โœฟmenjalankan urusan rasmi/kerja di Kulai.

Berdekatan dengan :-
- 2 minit ke SMK Kota Kulai
- 2 minit ke Masjid Ar-Rahman, Taman Putri Kulai
- 3 minit ke Stadium Mini Taman Putri Kulai
- 3 minit ke SK Taman Kota Kulai
- 3 minit ke Sekolah Agama Kota Kulai
- 3 minit ke Econsave Taman Putri Kulai
- 6 minit ke Mydin Kulai
- 7 minit ke Lotus's Kulai

JENIS RUMAH : Apartment 3 bilik tidur, 2 bilik air (Ada Lif)

LOKASI : Blok E, Tingkat 4, Rose Villa Apartment, Jalan Sri Putri 11/6, Taman Putri Kulai, 81000 Kulai, Johor.

KELENGKAPAN YANG DISEDIAKAN:
1. Bilik tidur Utama
- Katil Queen, Aircond, comforter, bantal 4 biji, lampu tidur, almari, meja solek, kipas siling.
2. Bilik tidur 2
- Katil Queen, Aircond, comforter, bantal 4 biji, lampu tidur, almari, meja solek, seterika dan papan seterika, sejadah.
3. Bilik tidur 3
- Katil Queen, kipas siling, bantal, selimut, cadar, almari, meja solek, kipas siling, selimut bersih dan extra tilam single 2.
4. 2 Bilik Air dan Water Heater
5. Ruang Tamu
- Set sofa, TV Sharp LED 32, Astro Njoi
6. Ruang Makan
- Meja makan 6 seater.
7. Ruang Dapur
- Dapur Gas 2 penunu, Hud Dapur, Peti Sejuk, Penapis Air Cuckoo, Rice Cooker, Blender, Pinggan Mangkuk, Sudu Garpu dll.
**Dibenarkan memasak, tetapi perlu memastikan peralatan dan tempat dibersihkan semula selepas aktiviti memasak.
8. Yard - Mesin basuh fully Auto Toshiba 7kg, Ampaian.

KAPASITI TETAMU:
SESUAI UNTUK 8 ORANG

๐Ÿ”SELF CHECK-IN
Check-In:
๐Ÿ•2.30 PM
๐Ÿ•›12.00 PM (pada hari check-out)

๐Ÿš— Reserved Parking Lot: PE 49

LOCATION RANIA HOMESTAY:
๐ŸŒGoogle Maps โคต๏ธ
https://goo.gl/maps/cbtmS582VXy

LOKASI STRATEGIK - AKSES KEPADA PELBAGAI KEMUDAHAN :-
- 8 minit dari Lebuhraya Utara Selatan (EXIT 252 KULAIJAYA).
- 12 minit ke AEON Mall Kulai.
- 16 minit ke JPO Johor Premium Outlets.
- 18 minit ke IOI Palm Villa Golf & Country Club.
- 19 minit ke Putuo Village
- 20 minit ke UTM Skudai, Johor Bahru.
- 30 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (via Lebuh Putra Utama)
- 35 minit ke PEKAN NANAS, JOHOR.
- 35 minit ke Legoland Nusajaya (35km)
- 38 minit ke Puteri Harbour, Iskandar Puteri (via Second Link)
- 40 minit ke Pusat Bandar JOHOR BAHRU.
- 52 minit ke KOTA TINGGI, JOHOR.

FB: https://www.facebook.com/raniahomestaykulaijohor

IG:
https://www.instagram.com/raniahomestaykulaijohor

TT:
https://www.tiktok.com/

BOOKING SEKARANG โ—๏ธ
www.wasap.my/60138850710/raniahomestaykulaijohor
www.wasap.my/60138850710/raniahomestaykulaijohor
www.wasap.my/60138850710/raniahomestaykulaijohor



6 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUPTidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan ya...
31/12/2023

6 SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENDAPATKAN TIDUR YANG CUKUP

Tidur yang cukup adalah sangat penting dalam mengekalkan badan yang sihat. Meskipun dilihat sebagai satu perkara yang mudah dilakukan, ia menjadi masalah bagi sesetengah orang. Percaya atau tidak, kurang tidur mendedahkan anda kepada banyak risiko penyakit.

Bagi orang dewasa, purata jam yang disyorkan oleh National Sleep Foundation adalah antara 7 dan 9 jam. Nampak seperti lama, tetapi itu adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dijalankan di Amerika Syarikat dengan kerjasama pelbagai badan. Walau bagaimanapun, ia bukan sekadar bilangan jam, kualiti juga adalah penting dan perlu diambil perhatian.

Mengapa anda perlu dapatkan tidur yang cukup?

1. Merangsang memori dan proses pembelajaran
Tidur membantu otak menyimpan maklumat baru sebagai memori melalui proses yang disebut sebagai konsolidasi. Menurut kajian, mereka yang tidur selepas mengulang kaji mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian.

2. Mengawal metabolisme dan berat badan
Jika berat badan anda sering naik walaupun tidak mengambil kalori yang terlalu banyak, ia mungkin disebabkan tidur yang kurang. Ia menjejaskan cara badan memproses dan menyimpan karbohidrat, serta mengubah kadar hormon tertentu yang mengawal selera makan.

3. Keselamatan diri dan orang sekeliling
Mengantuk di siang hari akan mendedahkan diri dan orang lain kepada risiko keselematan. Contohnya di atas jalan raya ketika sedang memandu, terlelap walau seketika (microsleep) boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Di tempat kerja p**a, pekerjaan yang melibatkan alat atau mesin berbahaya mungkin disalahgunakan kerana fokus yang berkurang.

4. Mengekalkan mood yang baik
Apabila letih dan mengantuk, anda akan lebih mudah marah, kurang sabar, hilang fokus dan lebih beremosi. Keadaan ini akan menjejaskan kualiti hari anda secara keseluruhannya. Kesannya, semua kerja tidak dapat dilakukan dengan efisyen. Malah, kemurungan juga terkait dengan kurang tidur.

5. Penting untuk kesihatan jantung
Gangguan tidur yang serius didapati berkaitan dengan tekanan darah tinggi, peningkatan hormon stres dan degupan jantung yang tidak sekata. Ia meningkatkan risiko kepada penyakit jantung.

6. Meningkatkan sistem imun
Tidur yang cukup bermakna badan anda berfungsi dengan baik dan normal. Apabila terdapat gangguan, sistem badan akan terjejas termasuk sistem imun. Anda akan mudah mendapat penyakit. Ada kajian yang mendapati bahawa mereka yang kurang tidur lebih kerap mengalami demam.

Jadikan tidur sebagai prioriti anda demi mengekalkan kesihatan badan pada tahap yang baik. Mulakannya hari ini!

Sumber: hellodoktor.com

Address

Rose Villa Apartment Blok E, Taman Putri Kulai
Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rania Homestay Kulai Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rania Homestay Kulai Johor:

Videos

Share